Buka menu utama

Upacara menandatangani Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang disaksikan oleh Raja-Raja Malaysia telah dijalankan di Istana Negara pada 1 Februari 1974.[1] Kerajaan Selangor diwakili oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah manakala Kerajaan Persekutuan pula diwakili oleh Yang di-Pertuan AgongTuanku Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Perjanjian tersebut disiarkan secara langsung melalui Radio dan Televisyen Malaysia. Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Abdul Razak Hussein manakala Menteri Besar Selangor pula ialah Dato' Harun Idris.

Pada masa yang sama kawasan Batu Tiga telah dibangunkan untuk dijadikan ibu negeri Selangor yang baharu bagi menggantikan Kuala Lumpur.

Nama ibu negeri Selangor yang baru kemudian diberi nama Shah Alam sempena nama ayahanda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

SejarahSunting

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan selepas Pembentukan Persekutuan Malaysia dalam tahun 1963, sudah terdapat cadangan bagi memisahkan Kuala Lumpur dari Selangor.

Namun begitu bertitik tolak dari pilihanraya 1969, yang mana kerajaan Persekutuan Malaysia di bawah Parti Perikatan tidak mendapat majoriti 2/3 di negeri Selangor berikutan kemenangan parti DAP di kebanyakan DUN. Ketika pilihan raya 1969, Menteri Besar Selangor ialah Dato ' Harun Idris. Kuala Lumpur yang menjadi kubu parti DAP menyebabkan Kerajaan Parti Perikatan sukar mentadbir Negara Malaysia dari Kuala Lumpur dengan sempurna.

Kuala Lumpur pada ketika itu merupakan ibu negeri Selangor dan pada masa yang sama memegang status Ibu Negara Malaysia. Kuala Lumpur dipilih sebagai Ibu Negara Malaysia sejak dari sebelum merdeka lagi. Sebelum itu Taiping dan Kuala Lumpur antara dua bandar yang telah dicadangkan untuk dipilih menjadi ibu negara Tanah Melayu atau lebih tepat semenjak penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, tetapi keputusan lebih berpihak kepada Kuala Lumpur yang lebih pesat hasil dari pembangunan yang dilakukan oleh Kapitan Yap Ah Loy dan Residen Selangor Frank Swettenham, lalu British memusatkan pusat pentadbirannya ke situ.

Bagi melancarkan pentadbiran di Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia, parti Barisan Nasional telah mencadangkan supaya Kuala Lumpur dikeluarkan dari jajahan negeri Selangor. Atas nasihat pakar, kemungkinan pada ketika itu supaya Selangor terus kekal ditadbir oleh parti sama yang memerintah Kerajaan Persekutuan adalah sukar, maka Kuala Lumpur perlu dikeluarkan dari negeri Selangor dan diletakkan terus dibawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan sebarang masalah pentadbiran.

Selepas Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan secara rasmi, kesemua DUN Selangor yang terdapat di Kuala Lumpur dimansuhkan, manakala Parlimen dikekalkan selepas disusun semula.

Kajian KesSunting

SingapuraSunting

Tindakan ini adalah hampir menyamai dengan tindakan Tunku Abdul Rahman Putra mengeluarkan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965. Bilangan penduduk Singapura berjumlah lebih 2 juta akan menyebabkan jumlah pengundi akan berubah . Pentadbiran negara yang mengikut sistem majoriti akan menyebabkan isu Ketuanan Melayu dalam keadaan tidak teguh dan sering dipersoal serta sering didesak untuk digubal semula sekiranya mereka mendapat sokongan majoriti. Menurut para pemimpin Melayu pada ketika itu... biar rugi sedikit, jangan rugi banyak.

LabuanSunting

Pembentukan Wilayah Persekutuan Labuan dibentuk ketika Ketua Menteri Sabah , Dato' Harris Salleh dengan Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad.

PutrajayaSunting

Pembentukan Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dibentuk semasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sedang memerintah iaitu ketika baginda menjadi Yang DiPertuan Agong. Menteri Besar Selangor ketika itu ialah Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo manakala Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Istana Darul Ehsan yang terletak di Putrajaya dihadiahkan kepada baginda sebagai menghargai peranan baginda yang sentiasa sedia menyokong agenda Kerajaan Persekutuan.

PampasanSunting

Pampasan pertama dari Kerajaan Pusat ialah pampasan kekal kepada Kerajaan Selangor didasarkan kepada sejumlah hasil tahunannya yang hilang akibat penyerahan Kuala Lumpur. Jumlah yang ditetapkan adalah sebanyak RM 18,305,637.66 setahun. Ini berdasarkan nilai hasil yang dikira bagi jangka masa Januari sehingga 31 Disember 1974. Pembayaran secara tahunan ini dibuat empat kali setahun secara berperingkat iaitu pada setiap suku tahun. Jumlah pembayaran untuk suku tahun pertama, kedua dan ketiga adalah sebanyak RM 4,576,409 dan sebanyak RM 4,576,410.66 bagi suku tahun keempat. 

Selain itu, pampasan juga diberikan berkaitan dengan harta-harta yang diserahkan meliputi tanah,bangunan dan alat alat kelengkapan perabot. Pampasan ini telah dilunaskan oleh Kerajaan Pusat.

Bentuk pampasan yang ketiga adalah dipanggil pemberian kemakmuran bersama merangkumi pemberian pembahagian-pembahagian premium tambahan dan pembahagian tambahan cukai tanah yang secara keseluruhan bernilai RM 3.5 billion dibayar secara berperingkat selama 15 tahun. [2][3]

Pada tahun1974 sahaja Kerajaan Persekutuan membayar RM 200 juta. Pampasan itu digunakan oleh kerajaan Selangor untuk membangunkan Shah Alam, ibu negeri Selangor yang baru seperti pembinaan bangunan ibu pejabat Kerajaan Negeri yang baru, prasarana di Shah Alam seperti Taman Tasik Shah Alam, pembinaan Masjid Negeri serta lain-lain. Tidak hairanlah Masjid Negeri di Shah Alam merupakan masjid terbesar di Malaysia dan pernah suatu masa terbesar di Asia Tenggara. Bayaran ansuran pampasan terakhir dari keseluruhan jumlah 3.5 billion diterima adalah pada tahun 1989 yang mana ia digunakan oleh kerajaan negeri bagi pembinaan Stadium Shah Alam.

SempadanSunting

Sempadan Kuala Lumpur yang ada pada hari ini adalah hasil persetujuan Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Persekutuan. Pada awal rundingan, Kerajaan Persekutuan ingin memasukkan juga Petaling Jaya, tetapi dibantah oleh Kerajaan Selangor atas sebab tiada lagi kawasan industri yang tinggal bagi negerinya ketika itu.[4]

Sultan Selangor menitahkan kerajaan negeri untuk segera mendirikan Kota Darul Ehsan di sempadan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya sebagai memperingati peristiwa penyerahan ini.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting