Syisya[1], gudu-gudu atau hukah[1][2][3] (Jawi: حوقه، ݢودو٢، شيشا; lihat juga nama lain) ialah sejenis peralatan untuk memanaskan atau mengewapkan tembakau, tembakau berperisa (selalunya muassil), kadangkala ganja, hasyis dan candu untuk dihisap.[1] Asap disalurkan melalui bekas air—biasanya kaca—sebelum dihisap.[1][4][5][6][7]

Seorang lelaki India menghisap syisya, Rajasthan, India.

Antara risiko kesihatan utama menghisap tembakau, ganja, candu dan dadah lain dengan syisya termasuk pendedahan kepada bahan kimia toksik, karsinogen dan logam berat yang tidak ditapis oleh air,[1][8][9][10][11] serta risiko penularan penyakit berjangkit dan bakteria patogen apabila syisya dikongsi.[1][9][12][13] Penggunaan syisya merupakan satu isu kesihatan awam global, dengan kadar penggunaan yang tinggi dalam populasi Timur Tengah dan Afrika Utara serta golongan muda di Amerika Syarikat, Eropah, Asia Tengah dan Asia Selatan.[1][8][9][10][11]

Syisya dicipta oleh Abul-Fath Gilani, seorang doktor Parsi kepada Raja Akbar, di bandar Fatehpur Sikri di India semasa zaman India Mughal;[9][14][15] syisya tersebar dari benua kecil India ke Parsi terlebih dahulu di mana alatnya diubah kepada bentuk yang kini kemudian ke Asia Barat.[16] Ataupun ia mungkin berasal dari dinasti Safawiyah Parsi,[9][17][18] dari mana ia akhirnya tersebar ke benua kecil India.[19][20]

Walaupun tembakau dan dadah pantang digunakan semasa syisya mula-mula wujud, ia menjadi popular dalam kalangan bangsawan dan kemudian diterima orang ramai.[21] Tembakau yang dibakar mula digantikan dengan tembakau berperisa yang diwapkan. Namun, syisya asli sering digunakan di kawasan luar bandar Asia Selatan, yang masih menggunakan tumbak (tembakau tulen dan kasar yang tidak berperisa) dan dihisap dengan membakarnya terus dengan arang.[22] Walaupun kaedah ini menghasilkan kandungan tembakau dan nikotin yang lebih tinggi, ini juga menimbulkan lebih banyak kesan kesihatan yang buruk berbanding syisya pengewap.[perlu rujukan]

Nama dan etimologi sunting

 
Syisya jed Maharaja Mughal Jahangir, Muzium Negara, New Delhi, India.
 
Karim Khan, pemerintah Parsi, bersemayam di istana baginda di Shiraz sambil menghisap syisya (1755).

Di benua kecil India, syisya dipanggil dengan perkataan Hindustani huqqa (Dewanagari: हुक़्क़ा, Nastaliq: حقّہ) dan merupakan asal usul perkataan "hukah" dalam Inggeris.[2][23] Perkataan India "hookah" digunakan dalam bahasa Inggeris dengan meluas akibat penjajahan India British (1858–1947), semasa ramai pendatang dari Britain mencuba syisya buat kali pertama.[24] William Hickey, selepas tiba di Calcutta, India pada tahun 1775, terus menulis dalam Memoir beliau:

Saya disediakan hukah yang paling mewah dan cantik. Saya cuba tetapi tidak menyukainya. Setelah mencubanya beberapa kali dan masih rasa ia tidak menyenangkan, saya dengan serius bertanya jika saya perlu menjadi seorang penghisap hukah. Jawapannya sama serius, "Ya memang perlu kerana di sini awak mesti mengikuti fesyen. Di sini semua orang hisap hukah, dan mustahil hendak hidup tanpanya ...[Saya] sering dengar lelaki berkata mereka lebih rela tidak makan malam daripada tidak dapat hukah."[25]

Perkataan Arab أرجيلة (arjīlah)[26] biasa digunakan di Lubnan, Syria, Palestin, Jordan, Uzbekistan, Kuwait dan Iraq, manakala nargilah (Ibrani: נַרְגִּילָה, Arab: نارجيلة) paling biasa digunakan di Israel. Ia berasal daripada nārgil (Parsi: نارگیل), yang berasal daripada Sanskrit nārikela ( नारिकेल), bermaksud kelapa, menunjukkan bahawa syisya dahulu dipotong daripada tempurung kelapa.[27][28]

Di Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Macedonia Utara, Yunani, Turki dan Bulgaria, na[r]gile (на[р]гиле) atau na[r]gila (на[р]гила) adalah nama untuk paip syisya,[29] manakala šiša (шиша) adalah شیشه (šiše) iaitu "botol kaca" dalam bahasa Parsi. Paip di negara-negara ini selalunya ada muncung. Tembakau berperisa, yang dibuat dengan memerap tembakau yang telah dipotong ke dalam pelbagai sirap berperisa, diletakkan di atas air dan ditutup dengan kerajang yang bertebuk dengan arang panas diletakkan di atasnya, dan asap disedut melalui air sejuk untuk menyejukkan dan menapisnya. Di Albania, syisya dipanggil "lula" atau "lulava". Di Romania, ia dipanggil narghilea .

"Narguile"[30] ialah perkataan lazim di Sepanyol untuk merujuk kepada paip syisya tetapi "cachimba"[31] juga digunakan, serta "shisha" oleh pendatang Maghribi di Sepanyol. Perkataan "narguilé" digunakan dalam bahasa Portugis. "Narguilé" juga digunakan dalam bahasa Perancis, begitu juga "chicha".

Arab شيشة (syīsyah), melalui perkataan Turki Usmaniyah شیشه‎ (syisye) yang merupakan kata pinjaman langsung daripada Parsi شیشه (syīsye) yang bermaksud "bekas kaca", ialah nama lazim untuk syisya di Mesir, Sudan dan juga dunia Arab lain seperti Semenanjung Arab (antaranya Kuwait, Bahrain, Qatar, Oman, UAE, Yaman dan Arab Saudi), Algeria, Tunisia. Perkataan ini juga digunakan di Malaysia, Maghribi dan Somalia.[32] Di Yaman, perkataan Arab مداعة (madā`ah) juga digunakan, tetapi untuk paip tembakau tulen.

Di Parsi, syisya dipanggil "qalyān" (قلیان). Qalyan disebut dalam buku Eropah terawal tentang tembakau, tobacologia yang ditulis oleh Johan Neander dan diterbitkan dalam bahasa Belanda pada tahun 1622. Nampaknya syisya pada masa itu mula dikaitkan dengan Parsi kerana di Mesir abad ke-18, syisya yang paling popular dipanggil Karim Khan sempena pemerintah Parsi pada masa itu.[33] Nama ini juga digunakan di Azerbaijan, Ukraine, Rusia, Lithuania dan Belarus.[34]

Di Uzbekistan dan Afghanistan, syisya dipanggil chillim.[35]

Dalam bahasa Kashmir, syisya dipanggil "Jajeer".[36]

Di Maldives, syisya dipanggil "Guduguda".[37]

Di Jerman, Austria dan Switzerland, syisya dipanggil "Shisha".[38][sumber lebih baik diperlukan]

Di Filipina, syisya dipanggil "hitboo" dan biasanya digunakan dalam menghisap ganja berperisa.[39]

Dalam bahasa Sindh, salah satu bahasa Asia Selatan, ia dipanggil huqqo (حُقو / हुक़्क़ो).[40]

Di Vietnam, paip syisya dipanggil syisya hukah (bình shisha) dan syisya dipanggil "tembakau syisya" (thuốc shisha).[41]

Sejarah sunting

 
Menghisap Hukah, lukisan cat oleh Rudolf Ernst
 
Pesywa Bajirao I menghisap syosya

Di bandar Fatehpur Sikri, India, mubaligh Roman Katolik Persatuan Jesus yang tiba dari bahagian selatan negara itu mempersembahkan tembakau kepada Maharaja Mughal Akbar Agung (1542–1605).[42] Louis Rousselet menulis bahawa doktor Akbar, Hakim Abu al-Fateh Gilani, kemudiannya mencipta syisya di India.[14][43][44] Walau bagaimanapun, sajak catur baris Ahlī Shirazi (meninggal 1535), seorang penyair Parsi, menyebut tentang penggunaan ḡalyān (Falsafī, II, hlm. 277; Semsār, 1963, hlm. 15), maka syisya sudah digunakan sekurang-kurangnya seawal zaman Syah Ṭahmāsp I. Oleh itu, Abu al-Fateh Gilani sepatutnya dinamakan orang yang memperkenalkan ḡalyān, yang sudah digunakan di Parsi, di India.[45] Walau bagaimanapun, tiada bukti bahawa syisya kewujudan sehinggalah tahun 1560-an. Tambahan pula, tembakau dipercayai tiba di India pada abad ke-17, dan sebelum itu orang menghisap ganja di India. Ini menunjukkan bahawa mungkin sajak Ahlī Shirazi bercakap tentang bahan lain dan barangkali dengan kaedah yang lain.[46]

Selepas Eropah membawa tembakau ke Parsi dan India, Hakim Abu al-Fateh Gilani yang berasal dari Gilan, sebuah wilayah di utara Parsi, berpindah ke Hamarastan. Beliau menjadi doktor di istana Mughal dan menyedari isu kesihatan daripada kepopularan menghisap tembakau dalam kalangan bangsawan India.[47] Beliau kemudiannya mendapat idea untuk melalukan asap dalam air untuk 'dibersihkan'.[14] Gilani mempersembahkan ḡalyān selepas Asad Beg, duta Bijapur, menggalakkan Akbar I menghisap syisya.[14] Berikutan populariti dalam orang bangsawan, alat baharu untuk merokok ini tidak lama kemudian menjadi simbol status bagi golongan bangsawan dan kelas atasan India.[14][44]

Zaman moden sunting

Daripada menggunakan tembaga, loyang dan aloi-aloi berkualiti rendah, semakin banyak pengeluar menggunakan keluli tahan karat dan aluminium. Sebatian getah silikon digunakan untuk hos syisya, menggantikan kulit dan wayar. Bahan-bahan baharu menjadikan syisya moden lebih tahan lama, menghilangkan bau semasa menghisap dan dapat dicuci tanpa risiko kakisan atau mereput. Teknologi baharu dan reka bentuk moden mengubah rupa syisya. Walaupun syisya moden mempunyai banyak kebaikan, seperti lebih lasak, kos pengeluaran yang tinggi dan peralatan moden yang kurang tersedia di tempat-tempat tradisional syisya dibuat menyebabkan kebanyakan syisya masih dihasilkan dengan teknologi lama.

Proses sunting

 
Pandangan keratan rentas syisya
 
Hukah kecil

Kelalang di bahagian bawah syisya diisi dengan air yang cukup untuk menenggelamkan beberapa sentimeter batang syisya, yang ditutup dengan kedap padanya. Menggunakan lebih banyak air akan menjadikannya lebih sukar untuk dihisap. Tembakau atau molase tanpa tembakau diletakkan di dalam cupak di bahagian atas syisya. Mangkuk biasanya ditutup dengan kerajang timah berlubang atau kasa dawai, dengan arang batu diletakkan di atas. Kerajang memisahkan arang batu daripada tembakau dan boleh mencapai suhu maksimum 450 darjah Celsius, atau 130 dengan kasa dawai.[48] Suhu ini terlalu rendah untuk menyebabkan pembakaran dan jauh lebih rendah daripada 900 darjah Celsius (1700°F) yang digunakan untuk rokok.[49] Sebahagian besar asap syisya dibuat dengan proses yang lebih ringkas—penyulingan, bukan pembakaran atau pirolisis. Oleh itu, ia kurang mengandungi sebatian terpirosintesis berbahaya yang banyak terdapat dalam asap rokok.[48]

Apabila hos disedut, ia menghasilkan vakum di dalam ruang kelalang yang menarik asap ke dalam air. Pada masa yang sama, udara ditarik melepasi arang dan dipanaskan. Ia melepasi campuran tembakau, menghasilkan aerosol daripada perolakan udara panas dan pengaliran haba daripada arang batu.[50] Wap ini turun batang tiub ke dalam air di dalam kelalang. Ia membobok melalui air, menyejuk, dan memenuhi ruang kelalang. Apabila pengguna menyedut hos, asap masuk ke dalam paru-paru, sementara udara baharu ditarik melepasi arang, memulakan proses ini semula. Wap yang terkumpul di dalam kelalang di atas garis air boleh dikeluarkan melalui injap pembersihan, jika ada. Injap sehala ini dibuka dengan meniup perlahan-perlahan ke dalam hos.

Masalah kesihatan sunting

Terdedah kepada kimia toksik sunting

Asap tembakau mengandungi bahan kimia toksik, seperti karsinogen (bahan kimia yang menyebabkan kanser).[51] Air tidak menapis bahan-bahan kimia ini.[51] Bahan kimia ini berasal daripada pembakaran arang, tembakau, dan perasa. Bahan-bahan kimia ini boleh menyebabkan kanser, penyakit jantung, penyakit paru-paru dan masalah kesihatan lain.[52][53] Beberapa bahan kimia berbahaya dalam asap tembakau ialah nitrosamin, hidrokarbon aromatik polisiklik (PAH; cth. benzo[a]pirena dan antrasena), aldehid meruap (cth. formaldehid, asetaldehid, akrolein), benzena, nitrik oksida, logam berat (arsenik, kromium, plumbum), dan karbon monoksida (CO).[52] Menghisap syisya juga meningkatkan jumlah karbon monoksida (CO) dalam badan lapan kali ganda daripada normal.[54] Berbanding menghisap sebatang rokok, satu sesi syisya mendedahkan pengguna kepada lebih banyak karbon monoksida dan PAH, paras nikotin yang serupa dan paras nitrosamin khusus tembakau yang lebih rendah.[11][52] Dengan menyedut bahan-bahan kimia ini, penghisap syisya lebih berisiko untuk mendapat banyak masalah kesihatan yang sama dengan perokok.[13][51] Satu sesi syisya menghasilkan 100–200 kali lebih banyak asap yang dihisap daripada sebatang rokok.[55]

Terdedah kepada kuman penyakit berjangkit sunting

Apabila orang berkongsi syisya, terdapat risiko penyakit berjangkit seperti herpes mulut, batuk kering, hepatitis, influenza dan H. pylori merebak.[56] Menggunakan muncung paip pakai buang asing boleh mengurangkan risiko ini tetapi bukan seratus peratus.[57]

Ketagihan dan kebergantungan pada syisya sunting

Penghisap syisya menyedut nikotin, bahan kimia penagih. Satu sesi menghisap syisya memberikan 1.7 kali ganda dos nikotin sebatang rokok[58] dan kadar penyerapan nikotin dalam pengguna syisya harian adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok sehari.[59] Ramai penghisap syisya, terutamanya pengguna kerap, mengidam syisya dan mengalami gejala-gejala cerai dadah selepas lama tidak menghisapnya, dan ia boleh menjadi sukar untuk berhenti.[60][61][62][63] Orang yang ketagih syisya lebih berkemungkinan akan menghisapnya seorang diri.[64] Penghisap syisya yang ketagih mungkin berasa lebih mudah untuk berhenti jika mereka mendapatkan bantuan daripada program kaunseling berhenti merokok.[61][65][66]

Masalah kesihatan jangka pendek sunting

Karbon monoksida (CO) dalam asap syisya menyukarkan badan membawa oksigen ke organ-organ penting seperti otak dengan mengikat hemoglobin dalam darah dan membentuk karboksihemoglobin. Terdapat beberapa kes dalam kepustakaan perubatan yang mana penghisap syisya perlu dirawat di bilik kecemasan hospital kerana gejala-gejala keracunan CO seperti sakit kepala, loya, lesu dan pengsan.[67][68][69][70] Ini kadang-kadang dipanggil "penyakit syisya".[71] Menghisap syisya merosakkan sistem jantung dengan beberapa cara,[11][13] antaranya membuat jantung berdegup lebih laju dan meningkatkan tekanan darah.[72] Ia juga menyukarkan badan mengawal tekanan darah[73] dan degupan jantung.[11][74][75] Mengguna syisya juga merosakkan saluran darah,[72] menyebabkan keradangan,[76] membahayakan paru-paru serta menyukarkan keupayaan bersenam.[77]

Masalah kesihatan jangka panjang sunting

Bukti terkini menunjukkan syisya menyebabkan banyak masalah kesihatan.[11][13][51][78] Menghisap syisya boleh meningkatkan risiko beberapa jenis kanser (paru-paru, esofagus, dan gastrik), penyakit paru-paru (fungsi paru-paru terjejas, bronkitis kronik, dan emfisema), penyakit arteri koronari, penyakit periodontium, masalah bersalin dan peranakan (berat lahir rendah dan masalah paru-paru semasa lahir), perubahan larinks dan suara, dan osteoporosis. Banyak kajian setakat ini boleh ditambah baik dengan mengukur penggunaan syisya dengan cara yang lebih standard.[13] Kajian yang lebih besar dan berjangka panjang masih diperlukan untuk mengetahui masalah kesihatan jangka panjang dengan lebih lanjut akibat syisya serta pendedahan kepada asap syisya.[13] Kesihatan mulut juga terjejas, lebih-lebih lagi gigi dan gusi.[79]

Kesan asap syisya basi sunting

Asap basi daripada syisya mengandungi banyak karbon monoksida, aldehid, PAH, zarah ultrahalus, dan zarah boleh hirup (zarah yang cukup kecil untuk masuk ke dalam paru-paru).[11] Kajian menunjukkan kualiti udara di dalam bar syisya adalah sangat tidak sihat, dengan kepekatan zarahan dilabelkan tidak sihat hingga berbahaya mengikut piawaian Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS.[80] Udara dalam bar syisya juga mengandungi banyak bahan kimia toksik seperti karbon monoksida, nikotin, hidrokarbon aromatik dan logam surih. Kepekatan semua bahan toksik ini malah lebih teruk daripada tempat orang menghisap rokok (bagi bilangan perokok yang sama setiap jam).[81] Apabila seseorang menghisap syisya selama sejam, mereka melepaskan 2-10 kali ganda bahan kimia penyebab kanser dan kimia berbahaya lain dibandingkan dengan perokok.[81] Tiada kajian telah menyelidik masalah kesihatan jangka panjang akibat terdedah kepada asap syisya basi, tetapi antara masalah jangka pendeknya adalah masalah bernafas seperti berdehit, hidung tersumbat dan batuk kronik.[82][83]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g Qasim, Hanan; Alarabi, A. B.; Alzoubi, K. H.; Karim, Z. A.; Alshbool, F. Z.; Khasawneh, F. T. (September 2019). "The effects of hookah/waterpipe smoking on general health and the cardiovascular system" (PDF). Environmental Health and Preventive Medicine. BioMed Central. 24 (58): 58. Bibcode:2019EHPM...24...58Q. doi:10.1186/s12199-019-0811-y. ISSN 1347-4715. PMC 6745078. PMID 31521105. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 April 2021. Dicapai pada 8 September 2021.
  2. ^ a b The Ceylon Antiquary and Literary Register [Daftar Purbawan dan Susastera Selan]. The Times (dalam bahasa Inggeris). 1. 1916. m/s. 111. Ia juga banyak dipengaruhi bahasa Inggeris, dan perkataan seperti daktar dan platfarm, isteshan dan tikat, trem-ghari dan rel-ghari, registran karna dan apil karna lazim seperti perkataan-perkataan yang serupa di Selan. Sebagai pampasan, Hindustani bukan sahaja memperkayakan kota kata Bahasa Inggeris-India dengan kata-kata seperti topi dan pugre, oheerot dan hookah, dhoby dan sepoy, ghary dan tamasha, durbar dan bukshish, Kachcheri dan Punkah, malah telah menyumbang perkataan-perkataan seperti jungle, bazar, [dan] loot.
  3. ^ Pathak, R. S. (1994). Indianisation of English Language and Literature. Bahri Publications. m/s. 72. Bhabani Bhattacharya, who uses Hindi words like taveez, laddoo, hookah, vaid and halwai, also makes deft employment of reverential term Bai for the heroine besides using exclamatory terms as Ho, Han (yes) and Ram-Ram.
  4. ^ Devichand, Mukul (2007-06-25). "UK | Magazine | Pipe dream". BBC News. Dicapai pada 2013-09-03. Walaupun baru kepada budaya British, syisya mempunyai sejarah yang panjang. Ramai percaya ia berasal dari India (dikenali di sana sebagai "hukah") kira-kira seribu tahun yang lalu, semasa paip shisha lebih kerap digunakan untuk menghisap candu daripada tembakau.
  5. ^ The cyclopaedia of India and of Jordan and eastern and southern Asia, Volume 2. Bernard Quaritch. 1885. Dicapai pada 2007-08-01. HOOKAH. Hindi. The Indian pipe and apparatus for smoking.
  6. ^ Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Hookah" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 13 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 670.
  7. ^ "TobReg Advisory Note" (PDF). World Health Organization. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 September 2006. Dicapai pada 2013-09-03.[pautan mati]
  8. ^ a b Alarabi, A. B.; Karim, Z. A.; Alshbool, F. Z.; Khasawneh, F. T.; Hernandez, Keziah R.; Lozano, Patricia A.; Montes Ramirez, Jean E.; Rivera, José O. (February 2020). "Short-Term Exposure to Waterpipe/Hookah Smoke Triggers a Hyperactive Platelet Activation State and Increases the Risk of Thrombogenesis". Arteriosclerosis, Thrombosis, and Vascular Biology. Lippincott Williams & Wilkins. 40 (2): 335–349. doi:10.1161/ATVBAHA.119.313435. ISSN 1079-5642. PMC 7000176. PMID 31941383.
  9. ^ a b c d e Patel, Mit P.; Khangoora, Vikramjit S.; Marik, Paul E. (Oktober 2019). "A Review of the Pulmonary and Health Impacts of Hookah Use". Annals of the American Thoracic Society. American Thoracic Society. 16 (10): 1215–1219. doi:10.1513/AnnalsATS.201902-129CME. ISSN 2325-6621. PMID 31091965.
  10. ^ a b Etemadi, Arash; Blount, Benjamin C.; Calafat, Antonia M.; Chang, Cindy M.; De Jesus, Victor R.; Poustchi, Hossein; Wang, Lanqing; Pourshams, Akram; Shakeri, Ramin (Februari 2019). "Urinary Biomarkers of Carcinogenic Exposure among Cigarette, Waterpipe, and Smokeless Tobacco Users and Never Users of Tobacco in the Golestan Cohort Study". Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention. American Association for Cancer Research. 28 (2): 337–347. doi:10.1158/1055-9965.EPI-18-0743. ISSN 1055-9965. PMC 6935158. PMID 30622099.
  11. ^ a b c d e f g Waterpipe tobacco smoking: health effects, research needs and recommended actions by regulator (PDF) (ed. ke-2). Geneva: Pertubuhan Kesihatan Dunia. 2015. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "WHO15" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  12. ^ Akl, EA; Gaddam, S; Gunukula, SK; Honeine, R; Jaoude, PA; Irani, J (June 2010). "The effects of waterpipe tobacco smoking on health outcomes: a systematic review". International Journal of Epidemiology. 39 (3): 834–57. doi:10.1093/ije/dyq002. PMID 20207606.
  13. ^ a b c d e f El-Zaatari, ZM; Chami, HA; Zaatari, GS (Mac 2015). "Health effects associated with waterpipe smoking". Tobacco Control. 24 (Suppl 1): i31–i43. doi:10.1136/tobaccocontrol-2014-051908. PMC 4345795. PMID 25661414. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ElZaatari15" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  14. ^ a b c d e Sivaramakrishnan, V. M (2001). Tobacco and Areca Nut. Hyderabad: Orient Blackswan. m/s. 4–5. ISBN 978-81-250-2013-4. Syisya mempunyai nilai bersejarah. Pedagang Portugis memperkenalkan daun tembakau dan paip gaya Eropah ke Bijapur, ibu kota gemilang kerajaan Adil Syahi. Dari sini, Asad Beg, duta Mughal di Bijapur, membawa sejumlah besar tembakau dan paip ke istana Mughal. Beliau mempersembahkan Maharaja Akbar beberapa helai daun tembakau dan paip gaya Eropah bertatahkan permata. Atas ihsan dan perasaan ingin tahu, Akbar menghisap sedikit tetapi doktor peribadi baginda bimbang asap tembakau, bahan yang langsung tidak dikenali, mungkin berbahaya. Jadi, beliau mencadangkan agar asap itu dibersihkan dengan melalukannya dalam air, sebelum dihisap. Begitulah syisya tercipta. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Sivaramakrishnan4-5" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  15. ^ The Wealth of India. Council of Scientific & Industrial Research. 1976. Dicapai pada 2007-08-01. Menghisap syisya dan hukah bermula di India semasa pemerintahan maharaja agung Mughal, Akbar
  16. ^ Khaled Aljarrah; Zaid Q Ababneh; Wael K Al-Delaimy (2009). "Perceptions of hookah smoking harmfulness: predictors and characteristics among current hookah users". Tobacco Induced Diseases. 5 (1): 16. doi:10.1186/1617-9625-5-16. ISSN 1617-9625. PMC 2806861. PMID 20021672. Hookahs originated in India in the 15th century and then spread to the Near East countries. Hookahs spread first to Persia and underwent further changes to its original shape to the current known shape. In the middle of the 16th century, hookahs reached the Ottoman Empire, Egypt, and other Mediterranean regions.
  17. ^ "ḠALYĀN". Encyclopaedia Iranica. Dicapai pada 2019-05-29. Nampaknya Abu'l-Fatḥ Gīlānī harus dinamakan sebagai orang yang membawa ḡalyān, yang telah digunakan di Parsi, ke India.
  18. ^ Nichola Fletcher (1 Ogos 2005). Charlemagne's tablecloth: a piquant history of feasting. Macmillan. m/s. 10. ISBN 9780312340681.
  19. ^ Sandra Alters; Wendy Schiff (28 January 2011). Essential Concepts for Healthy Living Update. Jones & Bartlett Learning. ISBN 9780763789756.
  20. ^ Prakash C. Gupta (1992). Control of tobacco-related cancers and other diseases: proceedings of an international symposium, January 15–19, 1990, TIFR, Bombay. Prakash C. Gupta. m/s. 33. ISBN 9780195629613.
  21. ^ Chopra, H. K.; Nanda, Navin C. (2012-12-30). Textbook of Cardiology (A Clinical & Historical Perspective) (dalam bahasa Inggeris). JP Medical Ltd. ISBN 978-93-5090-081-9.
  22. ^ "The effects of hookah/waterpipe smoking on general health and the cardiovascular system". Environmental Health and Preventive Medicine. 24 (1): 58. September 2019. Bibcode:2019EHPM...24...58Q. doi:10.1186/s12199-019-0811-y. PMC 6745078. PMID 31521105.
  23. ^ Dora-Laskey, Prathim-Maya. Postmodern Chic and Postcolonial Cheek: A Map of Linguistic Resistance, Hybridity, and Pedagogy in Rushdie's Midnight's Children. York University. m/s. 190–193.
  24. ^ Cook, Vivian (9 Disember 2010). It's All in a Word: History, meaning and the Sheer Joy of Words. Profile Books. m/s. 72. ISBN 9781847653192. Sejak British pergi ke India, banyak perkataan bahasa India telah masuk. Hubungan antara kedua-dua negara berubah, dibuktikan dengan pelbagai jenis perkataan yang dipinjam bahasa Inggeris pada waktu-waktu yang berbeza, menurut pakar India Subba Roa. Pada abad ke-17, perdagangan penting. Nama-nama tempat India digunakan untuk bahan tertentu, seperti "calico" (sebuah bandar) atau "kashere" (Kashmir). Pada abad ke-18, walaupun perdagangan terus membawakan perkataan seperti jute dan seersucker, budaya India juga berpengaruh, seperti hookah (sejenis alat merokok), dan istilah tentera seperti sepoy (askar India lama).
  25. ^ Memoirs of William Hickey (ed. Volume II). London: Hurst & Blackett. 1918. m/s. 136.
  26. ^ Team, Forvo. "أرجيلة pronunciation: How to pronounce أرجيلة in Arabic". Forvo.com.
  27. ^ "Nargile". mymerhaba. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2009. Dicapai pada 2013-09-03.
  28. ^ "Smoke like an Egyptian—Sri Lanka". Lankanewspapers.com. Dicapai pada 2010-08-22.
  29. ^ "Nargile on the map". ezglot. Dicapai pada 2017-04-29.
  30. ^ "Diccionario de la lengua española - Vigésima segunda edición" (dalam bahasa Sepanyol). Buscon.rae.es. Dicapai pada 2010-08-22.
  31. ^ "Diccionario de la lengua española - Vigésima segunda edición" (dalam bahasa Sepanyol). Buscon.rae.es. Dicapai pada 2010-08-22.
  32. ^ "تعريف و معنى شيشة في معجم المعاني الجامع". المعاني - معجم عربي عربي. Almaany. Dicapai pada 29 April 2018.
  33. ^ Rudolph P. Matthee (2005). The pursuit of pleasure: drugs and stimulants in Persian history, 1500-1900. Princeton University Press. m/s. 124. ISBN 978-0691118550.
  34. ^ "hookah". Reverso Dictionary. Reverso-Softissimo. 2017.
  35. ^ Robert Connell Clarke (1998). Hashish!. Red Eye Press. m/s. 140. ISBN 9780929349053.
  36. ^ "My Teachers And Jajjeer". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2016. Dicapai pada 26 Disember 2016.
  37. ^ Melvin Ember, Carol R. Ember (2001). Countries and Their Cultures: Laos to Rwanda. Macmillan Reference USA. m/s. 1377. ISBN 9780028649498.
  38. ^ "Duden: Shisha". Duden (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 2020-11-30.
  39. ^ John Adrian Rosit (1969). Adrian Rosit's Guide to THC. Rex Bookstore. m/s. 33.
  40. ^ "Online Etymology Dictionary". Dictionary.com. Dicapai pada 30 Jun 2011.
  41. ^ "Hút shisha hay thuốc lá để đảm bảo sức khỏe". Binhshishagiare.com (dalam bahasa Vietnam). 12 November 2018.
  42. ^ Rousselet, Louis (2005) [1875]. "XXVII — The Ruins of Futtehpore". India and Its Native Princes: Travels in Central India and in the Presidencies of Bombay and Bengal (ed. Cetakan semula — Asian Educational Services 2005). London: Chapman and Hall. m/s. 290. ISBN 978-81-206-1887-9. Menurut cerita, di sinilah baginda menyambut Jesuit-jesuit dari Goa, yang membawakan baginda daun dan biji tembakau. Khabarnya, seorang lelaki Fatehpur bernama Hakim Aboul Fatteh Ghilani, salah seorang doktor Akbar, yang mencipta hukah, paip India.
  43. ^ Blechynden, Kathleen (1905). Calcutta, Past and Present. Los Angeles: University of California. m/s. 215. It is said that it was in the early years of their settlement at Hughly that the Portuguese introduced tobacco to the notice of the Emperor Akbar, and that the Indian pipe, the hookah, was invented.
  44. ^ a b Rousselet, Louis (1875). India and Its Native Princes: Travels in Central India and in the Presidencies of Bombay and Bengal. London: Chapman & Hall. m/s. 290. ISBN 9788120618879. Menurut cerita, di sinilah baginda menyambut Jesuit-jesuit dari Goa, yang membawakan baginda daun dan biji tembakau. Khabarnya, seorang lelaki Fatehpur bernama Hakim Aboul Fatteh Ghilani, salah seorang doktor Akbar, yang mencipta hukah, paip India. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "RousseletLouis" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  45. ^ Razpush, Shahnaz (15 Disember 2000). "ḠALYĀN". Encyclopedia Iranica. m/s. 261–65. Dicapai pada 19 Disember 2012.
  46. ^ "Tobacco". Encyclopaedia Iranica. Iranica online. 2009-07-20. Dicapai pada 2013-09-03.
  47. ^ "An Oriental Delight". What I learned today. Medium. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2014. Dicapai pada 21 Jun 2013.
  48. ^ a b Shihadeh, A (21 July 2002). "Investigation of mainstream smoke aerosol of the argileh water pipe". Food and Chemical Toxicology. 41 (1): 75–82. doi:10.1016/j.pbb.2004.06.005. PMID 15388286.
  49. ^ Wakeham, H (1972). "Recent Trends in Tobacco and Tobacco Smoke Research". The Chemistry of Tobacco and Tobacco Smoke. Boston, MA: Springer. m/s. 1–20. doi:10.1007/978-1-4757-0462-4_1. ISBN 978-1-4757-0462-4.
  50. ^ Shihadeh, Alan; Azar, Sima; Antonios, Charbel; Haddad, Antoine (September 2004). "Towards a Topographical Model of Narghile Water-Pipe café Smoking: A Pilot Study in a High Socioeconomic Status Neighborhood of Beirut, Lebanon". Pharmacology Biochemistry and Behavior. 79 (1): 75–82. doi:10.1016/j.pbb.2004.06.005. PMID 15388286.
  51. ^ a b c d Akl, EA; Gaddam, S; Gunukula, SK; Honeine, R; Jaoude, PA; Irani, J (2010). "The effects of waterpipe tobacco smoking on health outcomes: a systematic review". International Journal of Epidemiology. 39 (3): 834–57. doi:10.1093/ije/dyq002. PMID 20207606.Akl, EA; Gaddam, S; Gunukula, SK; Honeine, R; Jaoude, PA; Irani, J (2010). "The effects of waterpipe tobacco smoking on health outcomes: a systematic review". International Journal of Epidemiology. 39 (3): 834–57. doi:10.1093/ije/dyq002. PMID 20207606. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Akl10" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  52. ^ a b c Shihadeh, A; Schubert, J; Klaiany, J; El Sabban, M; Luch, A; Saliba, NA (2015). "Toxicant content, physical properties and biological activity of waterpipe tobacco smoke and its tobacco-free alternatives". Tobacco Control. 24 (Supplement 1): i22–i30. doi:10.1136/tobaccocontrol-2014-051907. PMC 4345918. PMID 25666550.
  53. ^ Grillo, R; Khemiss, M; Slusarenko da Silva, Y (2023). "Cytotoxic and genotoxic effects of waterpipe on oral health status: A systematic review and meta-analysis". Sultan Qaboos University Medical Journal. 23 (1): 5–12. doi:10.18295/SQUMJ.6.2022.043. PMC 9974039 Check |pmc= value (bantuan). PMID 36865434 Check |pmid= value (bantuan).
  54. ^ Martinasek, MP; Ward, KD; Calvanese, AV (2014). "Change in carbon monoxide exposure among waterpipe bar patrons". Nicotine & Tobacco Research. 16 (7): 1014–9. doi:10.1093/ntr/ntu041. PMID 24642592.
  55. ^ CDCTobaccoFree (2023-10-20). "Hookahs". Centers for Disease Control and Prevention (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-30.
  56. ^ "Hookah Smoking – A Growing Threat to Public Health" (PDF). American Lung Association. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 September 2017. Dicapai pada 27 June 2018.
  57. ^ "Waterpipe and Hookah Smoking - A Dangerous New Trend". Simcoe Muskoka District Health Unit. 30 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2016. Dicapai pada 13 Jun 2015.
  58. ^ Eissenberg, T; Shihadeh, A (Disember 2009). "Waterpipe tobacco and cigarette smoking: direct comparison of toxicant exposure". American Journal of Preventive Medicine. 37 (6): 518–23. doi:10.1016/j.amepre.2009.07.014. PMC 2805076. PMID 19944918.
  59. ^ Neergaard, J; Singh, P; Job, J; Montgomery, S (October 2007). "Waterpipe smoking and nicotine exposure: a review of the current evidence". Nicotine & Tobacco Research. 9 (10): 987–94. doi:10.1080/14622200701591591. PMC 3276363. PMID 17943617.
  60. ^ Aboaziza, E; Eissenberg, T (Mac 2015). "Waterpipe tobacco smoking: what is the evidence that it supports nicotine/tobacco dependence?". Tobacco Control. 24 (Suppl 1): i44–i53. doi:10.1136/tobaccocontrol-2014-051910. PMC 4345797. PMID 25492935.
  61. ^ a b Asfar, T; Al Ali, R; Rastam, S; Maziak, W; Ward, KD (June 2014). "Behavioral cessation treatment of waterpipe smoking: The first pilot randomized controlled trial". Addictive Behaviors. 39 (6): 1066–74. doi:10.1016/j.addbeh.2014.02.012. PMC 4141480. PMID 24629480.
  62. ^ Rastam, S; Eissenberg, T; Ibrahim, I; Ward, KD; Khalil, R; Maziak, W (Mei 2011). "Comparative analysis of waterpipe and cigarette suppression of abstinence and craving symptoms". Addictive Behaviors. 36 (5): 555–9. doi:10.1016/j.addbeh.2011.01.021. PMC 3061840. PMID 21316156.
  63. ^ Ward, KD; Hammal, F; VanderWeg, MW; Eissenberg, T; Asfar, T; Rastam, S; Maziak, W (Februari 2005). "Are waterpipe users interested in quitting?". Nicotine & Tobacco Research. 7 (1): 149–56. CiteSeerX 10.1.1.625.4651. doi:10.1080/14622200412331328402. PMID 15804687.
  64. ^ Maziak, W; Eissenberg, T; Ward, KD (January 2005). "Patterns of waterpipe use and dependence: implications for intervention development". Pharmacology Biochemistry and Behavior. 80 (1): 173–9. doi:10.1016/j.pbb.2004.10.026. PMID 15652393.
  65. ^ Dogar, O; Jawad, M; Shah, SK; Newell, JN; Kanaan, M; Khan, MA; Siddiqi, K (June 2014). "Effect of cessation interventions on hookah smoking: post-hoc analysis of a cluster-randomized controlled trial". Nicotine & Tobacco Research. 16 (6): 682–8. doi:10.1093/ntr/ntt211. PMID 24376277.
  66. ^ Maziak, Wasim; Jawad, Mohammed; Jawad, Sena; Ward, Kenneth D.; Eissenberg, Thomas; Asfar, Taghrid (2015-07-31). "Interventions for waterpipe smoking cessation". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 2015 (7): CD005549. doi:10.1002/14651858.CD005549.pub3. ISSN 1469-493X. PMC 4838024. PMID 26228266.
  67. ^ Cavus, UY; Rehber, ZH; Ozeke, O; Ilkay, E (2010). "Carbon monoxide poisoning associated with narghile use". Emergency Medicine Journal. 27 (5): 406. doi:10.1136/emj.2009.077214. PMID 20442182.
  68. ^ La Fauci, G; Weiser, G; Steiner, IP; Shavit, I (2012). "Carbon monoxide poisoning in narghile (water pipe) tobacco smokers". Canadian Journal of Emergency Medicine. 14 (1): 57–59. doi:10.2310/8000.2011.110431. PMID 22417961.
  69. ^ Lim, BL; Lim, GH; Seow, E (2009). "Case of carbon monoxide poisoning after smoking shisha". International Journal of Emergency Medicine. 2 (2): 121–122. doi:10.1007/s12245-009-0097-8. PMC 2700232. PMID 20157455.
  70. ^ Türkmen, S; Eryigit, U; Sahin, A; Yeniocak, S; Turedi, S (2011). "Carbon monoxide poisoning associated with water pipe smoking". Clinical Toxicology. 49 (7): 697–698. doi:10.3109/15563650.2011.598160. PMID 21819288.
  71. ^ Pearl, Mike. "Is hookah sickness just carbon monoxide poisoning". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2015. Dicapai pada 13 June 2015.
  72. ^ a b Alomari, MA; Khabour, OF; Alzoubi, KH; Shqair, DM; Eissenberg, T (2014). "Central and peripheral cardiovascular changes immediately after waterpipe smoking". Inhal Toxicol. 26 (10): 579–587. Bibcode:2014InhTx..26..579A. doi:10.3109/08958378.2014.936572. PMID 25144473.
  73. ^ Al-Kubati, M; Al-Kubati, AS; al'Absi, M; Fiser, B. (2006). "The short-term effect of water-pipe smoking on the baroreflex control of heart rate in normotensives". Autonomic Neuroscience. 126–127: 146–9. doi:10.1016/j.autneu.2006.03.007. PMID 16716761.
  74. ^ Cobb, CO; Sahmarani, K; Eissenberg, T; Shihadeh, A (2012). "Acute toxicant exposure and cardiac autonomic dysfunction from smoking a single narghile waterpipe with tobacco and with a "healthy" tobacco-free alternative". Toxicology Letters. 215 (1): 70–75. doi:10.1016/j.toxlet.2012.09.026. PMC 3641895. PMID 23059956.
  75. ^ St Helen, G; Benowitz, NL; Dains, KM; Havel, C; Peng, M; Jacob, P (2014). "Nicotine and carcinogen exposure after water pipe smoking in hookah bars". Cancer Epidemiol Biomarkers Prev. 23 (6): 1055–66. doi:10.1158/1055-9965.EPI-13-0939. PMC 4047652. PMID 24836469.
  76. ^ Hakim, F; Hellou, E; Goldbart, A; Katz, R; Bentur, Y; Bentur, L (April 2011). "The acute effects of water-pipe smoking on the cardiorespiratory system". Chest. 139 (4): 775–81. doi:10.1378/chest.10-1833. PMID 21030492.
  77. ^ Hawari, FI; Obeidat, NA; Ayub, H; Ghonimat, I; Eissenberg, T; Dawahrah, S; Beano, H (August 2013). "The acute effects of waterpipe smoking on lung function and exercise capacity in a pilot study of healthy participants". Inhalation Toxicology. 25 (9): 492–7. Bibcode:2013InhTx..25..492H. doi:10.3109/08958378.2013.806613. PMID 23905967.
  78. ^ CDCTobaccoFree (2021-04-23). "Hookahs". Centers for Disease Control and Prevention (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-13.
  79. ^ Grillo, R; Khemiss, M; Bibars, A; Slusarenko da Silva, Y (2023). "Impact of waterpipe smoking on oral health of users: a systematic review and meta-analysis". Prosthodontics. 72 (4): 322–332. doi:10.5114/PS/157370.
  80. ^ Kumar, SR; Davies, S; Weitzman, M; Sherman, S (March 2015). "A review of air quality, biological indicators and health effects of second-hand waterpipe smoke exposure". Tobacco Control. 24 (Suppl 1): i54–i59. doi:10.1136/tobaccocontrol-2014-052038. PMC 4345792. PMID 25480544.
  81. ^ a b Daher, N; Saleh, R; Jaroudi, E; Sheheitli, H; Badr, T; Sepetdjian, E; Al Rashidi, M; Saliba, N; Shihadeh, A (1 January 2010). "Comparison of carcinogen, carbon monoxide, and ultrafine particle emissions from narghile waterpipe and cigarette smoking: Sidestream smoke measurements and assessment of second-hand smoke emission factors". Atmospheric Environment. 44 (1): 8–14. Bibcode:2010AtmEn..44....8D. doi:10.1016/j.atmosenv.2009.10.004. PMC 2801144. PMID 20161525.
  82. ^ Tamim, H; Musharrafieh, U; El Roueiheb, Z; Yunis, K; Almawi, WY (2003). "Exposure of children to environmental tobacco smoke (ETS) and its association with respiratory ailments". The Journal of Asthma. 40 (5): 571–6. doi:10.1081/jas-120019029. PMID 14529107.
  83. ^ Zeidan, RK; Rachidi, S; Awada, S; El Hajje, A; El Bawab, W; Salamé, J; Bejjany, R; Salameh, P (August 2014). "Carbon monoxide and respiratory symptoms in young adult passive smokers: a pilot study comparing waterpipe to cigarette". International Journal of Occupational Medicine and Environmental Health. 27 (4): 571–82. doi:10.2478/s13382-014-0246-z. PMID 25012596.

Pautan luar sunting