Trippin
Trippin ialah sebuah rancangan inforia Malaysia terbitan 8TV, yang membawa penonton ke pelbagai tempat menarik di negara untuk menampilkan aktiviti-aktiviti rekreasi sama ada berkaitan dengan penghargaan kebudayaan atau alam atau kegiatan lasak. Rancangan ini sudah melalui dua musim di bawah pengacaraan dua orang berbeza.
Trippin | |
---|---|
Pengacara | Janice Yap (Musim 2; kini) Rina Omar (Musim 1) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan episod | 26 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 30 minit per episod |
Penyiaran | |
Saluran asal | 8TV |
Siaran asal | 12 November 2006 – 17 Oktober 2007 |
Episod
suntingMusim pertama
suntingMusim pertama diacarakan oleh Rina Omar, iaitu salah seorang pengacara 8TV Quickie.
# | Siaran pertama | Kegiatan | Lokasi | Komen |
---|---|---|---|---|
1 | 12 November 2006 | Tarian Branyo | Petempatan Portugis Melaka | Branyo ialah sejenis tarian tradisional orang Portugis. |
White-water rafting | Kuala Selangor | Disertai kumpulan Love Me Butch | ||
2 | 19 November 2006 | Pembuatan barangan perak | Melaka | |
Menyelam | Disertai Nazrudin Habibur Rahman | |||
3 | 26 November 2006 | G-Force dan Flying Fox | Menara Kuala Lumpur | Disertai Sasi the Don |
Payung terjun | Kuala Lumpur | Disertai Fly Guy dan Phat Fabes | ||
4 | 3 Disember 2006 | mendaki batu | Batu Caves | Disertai Jaclyn Victor |
Luncur air | Cherating | Disertai Liang | ||
5 | 10 Disember 2006 | Wau | Kelantan | |
Latihan penerbangan | - | |||
6 | 17 Disember 2006 | Pembuatan alat muzik tradisional | Kelantan | |
Wayang kulit | ||||
7 | 31 Disember 2006 | Kegiatan Mah Meri | Pulau Carey | Disertai Aishah Sinclair dan Keshminder Sadhu |
8 | 7 Januari 2007 | Kegiatan perikanan | Pulau Langkawi | |
9 | 14 Januari 2007 | Kalari payat | Bangsar, Kuala Lumpur | |
5 | 21 Januari 2007 | Batik | Pulau Pinang | |
Latihan monyet | Kelantan | |||
Pemuliharaan gajah | Kuala Gandah, Pahang |
Musim kedua
suntingMusim kedua diacarakan oleh Janice Yap, dan menyertakan DiGi Prepaid Fu-Yoh! sebagai penaja rancangan, dan dalam episod-episod tertentu, beberapa orang pelanggan perkhidmatan ini menyertai rancangan ini dengan melalui sesuatu peraduan yang terdahulu.
# | Siaran pertama | Kegiatan | Lokasi | Komen |
---|---|---|---|---|
1 | 25 Julai 2007 | Paramotor | Pulau Indah, Selangor | Reefa sebagai artis jemputan |
2 | 1 Ogos 2007 | Motosikal empat roda Luncur daratan(sejenis kegiatan papan luncur) |
Kuantan, Pahang | Dua orang pelanggan DiGi Prepaid Fuyoh! dijemput |
3 | 8 Ogos 2007 | Skimboarding | Pulau Pinang | nil |
4 | 15 Ogos 2007 | Bola cat | Subang Jaya, Selangor | Ruffedge, Tripple 6 Poser, Y2K sebagai artis jemputan |
5 | 22 Ogos 2007 | Latihan penerbangan | Ipoh, Perak | nil |
6 | 29 Ogos 2007 | Sukan drift | Bandar Sunway, Selangor | nil |
7 | 5 September 2007 | Wakeboarding | Mines Resort, Selangor | Atilia sebagai artis jemputan |
Poweriser | Kuantan, Pahang | Seorang DiGi Yellow Coverage Fellow membuat penampilan khas | ||
8 | 12 September 2007 | Selam skuba | Sipadan, Sabah | Dua orang pelanggan DiGi Prepaid Fuyoh! dijemput |
9 | 19 September 2007 | Penghargaan alam | Sandakan, Sepilok dan Pulau Penyu, Sabah | nil |
10 | 26 September 2007 | Luncur ais dan hoki ais | Sunway Pyramid, Selangor | nil |
11 | 3 Oktober 2007 | Pengalaman kebudayaan bersama orang Kenyah | berhampiran Miri, Sarawak | nil |
12 | 10 Oktober 2007 | Kembara 4WD | Lata Kijang, Negeri Sembilan | Dua orang pelanggan DiGi Prepaid Fuyoh! dijemput |
12 | 17 Oktober 2007 | Aerobatik | Nusa Jaya, Johor | Dua orang pelanggan DiGi Prepaid Fuyoh! dijemput |
Pautan luar
sunting- Lamn web rasmi Trippin di 8TV — mengandungi video episod penuh sepanjang Musim ke-2