Ary Malik

Personaliti televisyen Malaysia

Nurita Maliha Aryanee Abdul Malik (16 Oktober 1971 – 28 Februari 2017) merupakan seorang bekas pengacara TV dan pelakon wanita Malaysia, dan merupakan kakak kepada penyanyi, Min Malik.[1] Sepanjang kerjaya hiburannya selama dua dekad, Ary terkenal sebagai VJ di MTV dan menjadi salah seorang peserta MasterChef Malaysia musim pertama. Beliau meninggal dunia pada 28 Februari 2017 selepas setahun bertarung dengan kanser ovari.[2]

Ary Malik
Kelahiran
Nurita Malita Aryanee binti Abdul Malik

(1971-10-16)16 Oktober 1971
Meninggal dunia28 Februari 2017(2017-02-28) (umur 45)
Ampang, Selangor, Malaysia
Sebab kematianKanser ovari
DikebumikanTanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota
PekerjaanPengacara, pelakon, VJ, personaliti media
Tahun aktif1989–2017
PasanganShahrul Nizam Shaharuddin (k. 1997–2017)
Anak-anak3
SaudaraMin Malik (adik)

Kehidupan awal dan peribadi sunting

Ary Malik dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Bapanya merupakan seorang pesara tentera. Adiknya, Yasmin Malik atau lebih terkenal sebagai Min Malik ialah penyanyi terkenal era 90-an, Min popular menerusi lagu "Flora Cinta". Ary berkahwin dengan pengarah kreatif Shahrul Nizam Shahruddin atau Sha Bromo yang berasal dari Singapura pada 1997, dan dikurniakan tiga anak yang kesemuanya perempuan—Nuhr Zoe Iman (lahir 1998), Dinda Pelangi Timor (lahir 2004) dan Ratu Chinta Mecca (lahir 2006).[3]

Kerjaya sunting

Beliau dikenali kerana kepetahannya mengacarakan program hiburan MTV serta rancangan TV popular TV3, Muzik Muzik sekitar 2003.[4] Ary memulakan kerjaya lakonan menerusi drama terbitan kerjasama Malaysia dan Indonesia, Kolej pada 2000.[4]

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi; Ary memegang watak sebagai Saira, tunang kepada Hafiz.[5] Nama Ary menjadi sebutan dengan muncul bersama Bront Palarae dalam drama bersiri Cinta Tsunami arahan Ogy Ahmad Daud.[6]

Ary juga berbakat dalam seni masakan, pada tahun 2011, beliau menjadi salah seorang daripada 40 peserta rancangan realiti masakan, MasterChef Malaysia musim pertama terbitan Astro.[7] Menerusi rancangan inilah, beliau berjaya mara ke peringkat akhir.[8]

Selain itu, Ary juga telah menjayakan beberapa iklan TV termasuk Coca-Cola, Maxwell House, Lipton Tea, Colgate, Pantene dan juga Peter Stuyvesant Travel.[7] Beliau membuat penampilan terakhirnya di televisyen sebelum meninggal dunia menerusi telfilem Menanti Awan yang dibintangi oleh Fizz Fairuz, Amerul Affendi dan Ruhainies Farehah, bersiaran di slot Citra TV2 pada 23 Ogos 2016.

Sakit dan kematian sunting

Pada Mei 2016, Ary mula dikesan menghidap penyakit kanser ovari selepas mengadu sakit perut dan menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju.[9] Beliau kemudiannya menjalani kemoterapi dan sebelum dirujuk ke Hospital Ampang pada 18 Februari 2017 di mana kanser ovarinya telah mencapai tahap empat dan keadaan kesihatannya bertambah teruk.[10][11] Beliau turut dikesan menghidap tumor dipercayai merebak ke kepalanya.[12]

Pada 28 Februari 2017, khabar angin mula tersebar pada jam 2 petang, mengatakan beliau sudah meninggal dunia, namun ianya tidak benar.[13] Bagaimanapun, Ary masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.[14] Tujuh jam selepas khabar angin tersebut tersebar, Ary disahkan meninggal dunia pada jam 7:17 malam pada tarikh sama di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.[15] Jenazah beliau dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kem Wardieburn, Setapak pada jam 8.30 malam[16][17][18] dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota pada jam 12.40 pagi 1 Mac 2017.[19] Antara selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ako Mustapha, Riezman Khuzaimi, Erma Fatima, Ellie Suriati dan Fizz Fairuz.[16] Suami Allahyarhamah Ary, Shahrul Nizam juga terkesan dengan pemergian Ary dan menyifatkan kehilangannya merupakan sesuatu yang besar buatnya.[20]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2001 Lips to Lips Ary Amir Muhammad

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2000 Kolej Usahasama Malaysia-Indonesia
2002 Spanar Jaya Nani ntv7 Pelakon undangan
2004 Cinta Tsunami Marina Astro Ria
2010 Janji Kekasih Safura TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2003 Neon Saira VCD Penampilan khas
2016 Menanti Awan TV2 Penampilan TV terakhir

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1990an-2000an MTV Dirinya sendiri/pengacara MTV
2003 Muzik Muzik Dirinya sendiri/pengacara TV3
2011 MasterChef Malaysia Dirinya sendiri/peserta Astro Ria

Rujukan sunting

  1. ^ Aqmar Mustaza (9 Februari 2012). "'Ary Malik kembali berlakon selepas lima tahun menyepi". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-25. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  2. ^ Haslina Kamaruddin (28 Februari 2017). "Ary Malik meninggal dunia". Sinar Harian. Dicapai pada 23 Julai 2018.
  3. ^ Aqmar Mustaza (3 Mac 2017). "'Ary Malik seorang pejuang' - Suami". Sinar Harian. Dicapai pada 23 Julai 2018.
  4. ^ a b Haryati Karim (2 Mac 2017). "Abadinya tawa canda Ary Malik". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-25. Dicapai pada 25 Julai 2017.
  5. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  6. ^ "Turbulent love story". The Star Online. 16 Disember 2005. Dicapai pada 26 Julai 2017.
  7. ^ a b "Ary bangga dipanggil chef". Utusan Malaysia. 22 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-23. Dicapai pada 23 Julai 2017.
  8. ^ "Senarai Peserta MasterChef Malaysia 2011". Sensasi Selebriti. 18 Oktober 2011. Dicapai pada 20 Julai 2017.
  9. ^ "Ary Malik meninggal dunia". Utusan Malaysia. 28 Februari 2017. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  10. ^ Dennis Chua (25 Februari 2017). "Singer, TV host Ary Malik in critical condition with stage 4 cancer". New Straits Times. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  11. ^ Izzah Azizah (27 Februari 2017). "Ary Malik Tenat Akibat Kanser Ovari Tahap Empat". Wanista. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  12. ^ "Ary Malik menderita kanser ovari". Kosmo!. 26 Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-25. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  13. ^ Haslina Kamaludin (28 Februari 2017). "Berita meninggal dunia Ary Malik palsu". Sinar Harian. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  14. ^ Farhan Ikram (28 Februari 2017). "Ary Malik Bergantung Kepada Alat Bantuan Pernafasan". mStar Online. Dicapai pada 26 Julai 2018.
  15. ^ "Singer and television host Ary Malik dies after year-long cancer battle". The Star Online. 28 Februari 2017. Dicapai pada 20 Julai 2018.
  16. ^ a b "Ary Malik Meninggal Dunia Akibat Kanser, Selamat Dikebumikan". mSTAR Online. 28 Februari 2017. Dicapai pada 25 Julai 2017.
  17. ^ "Ary Malik meninggal dunia". Astro Awani. 28 Februari 2017. Dicapai pada 26 Julai 2017.
  18. ^ Farihad Shalla Mahmud (28 Februari 2017). "Ary Malik meninggal akibat barah ovari". Berita Harian. Dicapai pada 26 Julai 2017.
  19. ^ "Pelakon dan personaliti TV, Ary Malik selamat dikebumikan". Sinar Harian. 1 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-23. Dicapai pada 23 Julai 2017.
  20. ^ "Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup - suami Ary Malik". Astro Gempak. 28 Februari 2017. Dicapai pada 27 Julai 2018.

Pautan luar sunting