Chong Chieng Jen, (Bahasa Cina: 张健仁pinyin: Zhāng Jiàn Rén​; lahir 12 Februari 1971), merupakan seorang peguam dan ahli politik Malaysia mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia sehingga Februari 2020. Beliau memiliki firma guaman bernama Chong Brothers Advocates. Beliau kini adalah seorang Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi kawasan Stampin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kerusi kawasan Kota Sentosa. Beliau juga merupakan Pengerusi DAP Sarawak, Ahli Jawatankuasa Kerja bagi DAP Malaysia, dan ahli seumur hidup DAP semenjak 1998.[2]


Chong Chieng Jen
张健仁

Anggota Parlimen
untuk Stampin
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Julian Tan Kok Ping
Majoriti7,158 (PRU-15)
14,221(PRU-14)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk Padungan
Memegang jawatan
18 Disember 2021
Didahului oleh Wong King Wei
Majoriti1,198 (2021)
Naib Presiden Pakatan Harapan
Memegang jawatan
13 Julai 2017
PengerusiMahathir Mohamad
Anwar Ibrahim
Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik
Memegang jawatan
16 December 2012
Berkhidmat dengan Chow Kon Yeow
M. Kulasegaran
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
Jannie Lasimbang
Pengerusi Kebangsaan Tan Kok Wai
Setiausaha Agung Lim Guan Eng
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Sarawak
Memegang jawatan
10 Jun 2013
PengerusiTan Kok Wai
Setiausaha AgungLim Guan Eng
Didahului oleh Wong Ho Leng
Ketua Pembangkang
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Dalam jawatan
2013–2020
GabenorAbdul Taib Mahmud
Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg
Didahului oleh Wong Ho Leng
Digantikan olehWong Soon Koh
Kawasan pilihan rayaKota Sentosa
Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk Kota Sentosa
Dalam jawatan
20 Mei 2006 – 4 November 2021
Didahului olehKawasan pilihan raya ditubuhkan
Digantikan olehYap Yau Sin
Majoriti531 (2006)
4,824 (2011)
2,819 (2016)
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Muhammad V
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Menteri Saifuddin Nasution Ismail
Didahului oleh Henry Sum Agong
Digantikan oleh Rosol Wahid
Kawasan pilihan rayaStampin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bandar Kuching
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Song Swee Guan (SUPP-BN)
Digantikan oleh Kelvin Yii Lee Wuen (DAP-PH)
Majoriti2,041 (2004)
9,952 (2008)
19,642 (2013)
Butiran peribadi
Lahir (1971-02-12) 12 Februari 1971 (umur 53)
Sarawak Kuching, Sarawak, Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Rakyat (PR)
Pakatan Harapan (PH)
PasanganTan Hui Poh[1]
Anak-anak3 (1L + 2P)
Alma materAustralia Universiti Nasional Australia
PekerjaanMalaysia Ahli Parlimen
Malaysia Ahli Dewan Undangan Negeri
ProfesionPeguam
Laman web rasmichiengjen.blogspot.com

Kehidupan peribadi dan pendidikan sunting

Chong memulakan pendidikan sekolah rendah pada awalnya di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Methodist, Sibu sebelum menyambung tahun 3 hingga 5 di Sekolah Rendah Kuching Chung Hua No.3, dan dan kemudiannya tahun 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan St. Theresa Padungan, Kuching. Chong meneruskan pendidikan menengah SMK St. Joseph, Kuching dan Saint Patrick's School, Singapura. Beliau memasuki Victoria Junior College, Singapura untuk persediaan pendidikan tingginya sebelum melanjutkan pelajarannya ke Universiti Nasional Australia, Canberra dan telah berjaya dengan kelulusan Saujana Muda Perdagangan (Akaun & Ekonomi) dan Undang-undang.[2]

Kerjaya Politik sunting

 
Ketika berkempen dalam pilihan raya

Chong buat kali pertama bertanding di dalam Pilihanraya Umum 1999 bagi kawasan Bandar Kuching atas tiket DAP tetapi tewas kepada calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Song Swee Guan. [3][4] Berikutnya beliau bertanding di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2001 bagi kerusi Padungan kepada Lily Yong, seorang calon SUPP. [5] Walau bagaimanapun, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk Bandar Kuching pada tahun 2004 dengan majoriti 2,041, ADUN Sarawak untuk kerusi Kota Sentosa yang baru diwujudkan pada tahun 2006 dan mempertahankan kerusi parlimennya pada 2008 dengan majoriti yang lebih besar. Sekali lagi, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negerinya dari Datuk Yap Chin Loi dengan majoriti sebanyak 4,824 pada tahun 2011.

Pada 17 Disember 2012, semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-16, Chong adalah antara tujuh pemimpin DAP yang dilantik ke Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).[6]

Pada 5 Mei 2013, beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Bandar Kuching untuk kali terakhir dalam pilihan raya umum ke-13 Malaysia dan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti lebih besar iaitu 19,642 undi berbanding Tan Kai.[7]

Pada 7 Mei 2016, semasa pilihan raya negeri Sarawak ke-11, Chong mengekalkan kerusi DUN Kota Sentosa dengan undi majoriti sebanyak 2,819 terhadap Yap Yau Sin.[8]

Pada 12 November 2017, semasa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Chong dilantik semula sebagai salah seorang daripada lima naib pengerusi kebangsaan.[9][10]

Berikutan keputusan Julian Tan Kok Ping untuk bersara daripada politik[11], Chong bertanding di kerusi Parlimen Stampin terhadap Presiden SUPP Sim Kui Hian dalam pilihan raya umum ke-14 Malaysia pada 9 Mei 2018, yang dilihat sebagai 'kelabu' atau kerusi yang tidak selamat selepas penukaran semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.[12] Penasihat khasnya, Kelvin Yii Lee Wuen, bertanding untuk kerusi Bandar Kuching.[13] Chong terus memenangi majoriti sebanyak 14,221 undi.[14][15][16]

Pada 2 Julai 2018, Chong mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.[17]

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan Undi Pct Lawan Undi Pct Buang undi Majoriti Keluar
1999 Bandar Kuching Chong Chieng Jen (DAP) 5,913 17.39% Song Swee Guan (SUPP) 18,239 53.64% 34,693 8,389 63.06%
Dominique Ng Kim Ho (BEBAS) 9,850 28.97%
2004 Chong Chieng Jen (DAP) 17,914 53.02% Wee Kok Tiong (SUPP) 15,873 46.98% 34,693 2,041 63.06%
2008 Chong Chieng Jen (DAP) 22,901 63.88% Sim Yaw Yen (SUPP) 12,949 36.12% 36,257 9,952 68.13%
2013 Chong Chieng Jen (DAP) 30,133 74.18% Tan Kai (SUPP) 10,491 25.82% 40,879 19,642 76.64%
2018 Stampin Chong Chieng Jen (DAP) 33,060 63.70% Sim Kui Hian (SUPP) 18,839 36.30% 52,550 14,221 79.33%
2023 Chong Chieng Jen (DAP) 39,310 53.30% Lo Khere Chiang (SUPP) 32,152 543.59% 73,753 7,158 60.95%
Lue Cheng Hing (PSB) 2,291 3.11%
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Tahun Kawasan Undi Pct Opponent(s) Undi Pct Buang undi Majoriti Keluar
2006 Kota Sentosa Chong Chieng Jen (DAP) 6,579 52.10% Yap Chin Loi (SUPP) 6,048 47.90% 12,846 531 67.84%
2011 Chong Chieng Jen (DAP) 12,594 61.84% Yap Chin Loi (SUPP) 7,770 38.16% 20,589 4,824 75.41%
2016 Chong Chieng Jen (DAP) 10,047 58.16% Yap Yau Sin (SUPP) 7,228 41.84% 17,495 2,819 67.91%
2021 Padungan Chong Chieng Jen (DAP) 4,686 50.40% Wee Hong Seng (SUPP) 3,488 37.52% 9,297 1,198 44.76%
Raymond Thong Ee Yu (PBK) 930 10.00%
Lina Soo (ASPIRASI) 193 2.08%

Pautan luar sunting

Chong Chieng Jen di Facebook

Rujukan sunting

  1. ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-08-31.
  2. ^ a b "DAP Candidate's CV – Chong Chieng Jen". Democratic Action Party. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-17. Dicapai pada 16 August 2010.
  3. ^ "DAP blames defeat on its alliance with the Pas". New Straits Times. 1999-12-01. m/s. 4. |access-date= requires |url= (bantuan)
  4. ^ "DAP and Keadilan tussle over Stampin, Bandar Kuching seats". New Straits Times. 1999-11-13. m/s. 8. |access-date= requires |url= (bantuan)
  5. ^ "Sarawak State Election: The candidates". New Straits Times. 2001-09-19. m/s. 6. |access-date= requires |url= (bantuan)
  6. ^ "Appointment is first step to penetrate Dayak areas: Anthony". The Sun Daily. 17 December 2012. |access-date= requires |url= (bantuan)
  7. ^ http://www.theborneopost.com/2017/09/16/tan-kai-says-better-to-be-pol-sec-than-election-candidate/
  8. ^ http://www.thesundaily.my/news/1793366
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-16. Dicapai pada 2018-07-03.
  10. ^ https://www.nst.com.my/news/politics/2017/11/302404/dap-cec-re-election-kit-siang-comes-out-top-gobind-runner
  11. ^ http://www.theborneopost.com/2017/09/06/julian-not-defending-stampin-in-parliamentary-polls-chong/
  12. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/23/chong-chieng-jen-to-contest-stampin-parliamentary-seat/
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-25. Dicapai pada 2018-07-03.
  14. ^ http://www.thesundaily.my/news/2018/05/10/chong-wins-stampin-seat-14221-vote-majority
  15. ^ http://www.bernama.com/state-news/berita.php?id=1462796
  16. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-15. Dicapai pada 2018-07-03.
  17. ^ http://www.theborneopost.com/2018/07/02/cabinet-malaysia-2018/