Star Alliance merupakan satu diantara Perikatan penerbangan global terbesar di dunia. [8] Ia ditubuhkan pada 14 Mei 1997 dan Ketua Pegawai Eksekutif perikatan sekarang ialah Jeffrey Goh.[9][10] Ibu pejabatnya terletak di Frankfurt am Main, Jerman.[11] Sehingga April 2018, Star Alliance ialah perikatan global terbesar dengan kiraan penumpang sebanyak 762,27 juta, mendahului SkyTeam (630 juta) dan mendahului Oneworld (528 juta).[12][13] Slogannya ialah "The Way The Earth Connects" (Cara Bumi Terhubung).

Star Alliance
Perikatan Star
星空联盟
Xīngkōng liánméng
sternenallianz
Tarikh penubuhan14 Mei 1997; 26 tahun yang lalu (1997-05-14)
Ahli penuh27
Ahli bukan undi40 ahli gabungan
Bakal ahli0
Lapangan Penerbangan destinasi1,294 [1]
1,330
Negara destinasi193[2]
195 [3]
Penumpang tahunan (J)728[4]
RPK tahunan (G)1,364
1,739 [5]
Saiz armada4,657
5,003 [6]
PengurusanJeffrey Goh, CEO[7]
Scott Kirby, Pengerusi
Slogan perikatanThe Way the Earth Connects (Melayu: Cara Bumi Bersambung)
Ibu pejabatJerman Lapangan Terbang Frankfurt,
Frankfurt, Hesse, Jerman
Laman sesawangwww.staralliance.com/en/home


Star Alliance
Cina Ringkas: 星空联盟
Cina Tradisional: 星空聯盟
Maksud harfiah: Perikatan bintang

27 anggota syarikat penerbangan Star Alliance mengendalikan kira-kira 4,657 pesawat, lebih 1,330 yang berkhidmat di lapangan terbang di 192 negara dengan penerbangan lebih daripada 18,500 sehari. Perikatan ini mempunyai program ganjaran dua peringkat, Perak dan Emas, dengan insentif termasuk keutamaan dan naik taraf keutamaan. Seperti perikatan syarikat penerbangan lain, syarikat Star Alliance berkongsi terminal lapangan terbang (dikenali sebagai lokasi bersama) dan banyak pesawat ahli dicat dengan liveri persekutuan.[14]

Slogan Perikatan sunting

  • bahasa Inggeris: The Way the Earth Connects
  • Melayu: Cara Bumi Bersambung
  • Jerman: Die Art und Weise, wie sich die Erde verbindet
  • Cina: 地球连接方式; (Dìqiú liánjiē fāngshì)

Peta Senarai Syarikat Penerbangan dengan 3 Perikatan Penerbangan sunting

 
Pakatan Majoriti Syarikat Penerbangan dengan Jumlah armada terkini di Peta Dunia, setakat Mei 2020.

Perikatan di Asia sunting

 
Negara Asia yang mempunyai Syarikat Penerbangan Ahli Star Alliance.

[15]

  Republik Rakyat China sunting

Air China - (CA, CCA, AIR CHINA)
Shenzhen Airlines - (ZH, CSZ, SHENZHEN AIR)

  India sunting

Air India - (AI, AIC, AIR INDIA)

  Jepun sunting

All Nippon Airways - (NH, ANA, ALL NIPPON)

  Republik Korea sunting

Asiana Airlines - (OZ, AAR, ASIANA)

  Singapura sunting

Singapore Airlines - (SQ, SIA, SINGAPORE)

  Negara Thai sunting

Thai Airways - (TG, THA, THAI)

  Taiwan sunting

Eva Air - (BR, EVA)

  Turki sunting

Turkish Airlines - (TK, THY, TURKISH)

sunting

 
Logo Pakatan Star

Warna Tema Perikatan dan status peringkat Perikatan sunting

  •   Star Alliance (warna tema perikatan versi 2)
  •   Star Alliance (warna tema perikatan versi 1)
  •   Star Silver
  •   Star Gold

Galeri Logo Ahli Penuh Pakatan Star Alliance sunting

Nota: Tiada data Logo yang tersedia untuk Syarikat Penerbangan Air China, Shenzhen Airlines dan South African Airways.

Am Versi Lain sunting

26 ahli Syarikat penerbangan dalam Pakatan Star Alliance mengoperasikan armada kira-kira 5,033 pesawat, yang melayani lebih dari 1,290 lapangan terbang di 195 negara dengan lebih daripada 19,000 penerbangan setiap hari. Perikatan itu mempunyai program ganjaran dua peringkat, Perak dan Emas, dengan insentif termasuk keutamaan dan naik taraf keutamaan. Seperti perikatan syarikat penerbangan lain, syarikat penerbangan Star Alliance berkongsi terminal lapangan terbang (dikenali sebagai lokasi bersama) dan banyak pesawat anggota dicat dalam cat warna (liveri) persekutuan.

Galeri Armada Pesawat dengan liveri Star Alliance sunting

 
South African Airways A340 di liveri Star Alliance di Lapangan Terbang Munich
 
All Nippon Airways Boeing 767-300ER di liveri Star Alliance di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan
 
Aegean Airlines menyertai Star Alliance pada tahun 2010
 
Turkish Airlines Boeing 737-800 di Alliance alias bintang
 
Air India Boeing 787 di liveri Star Alliance

Sejarah sunting

1997–1999: Pakatan Pertama sunting

 
Empat pesawat milik Syarikat Penerbangan United Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco. satu pesawat dicat warna dengan Liveri istimewa Pakatan Star Alliance.

"Pakatan Star Alliance telahpun Lahir" – Pesawat dari lima ahli pengasas (United Airlines, Scandinavian Airlines, Thai Airways, Air Canada dan Lufthansa) pakatan itu berkumpul bersama, May 1997. Pada 14 Mei 1997, satu perjanjian diumumkan untuk membentuk Pakatan Star Alliance dari lima syarikat penerbangan di tiga benua: United Airlines (benua Amerika), Scandinavian Airlines (benua Eropah), Thai Airways (benua Asia), Air Canada (benua Amerika), and Lufthansa (benua Eropah).[16][17][18][19] Perikatan memilih Young & Rubicam untuk iklan, dengan anggaran sebanyak $25 juta (€18 juta).[20] Syarikat penerbangan itu berkongsi logo bintang dari awal, dengan lima titik mewakili syarikat penerbangan pengasas. Perikatan itu mengadopsi slogan pertamanya,"The Airline Network for Earth" (Melayu: Rangkaian Syarikat Penerbangan untuk Bumi),[21] dengan tujuannya "sebuah persekutuan yang akan membawa penumpang ke setiap bandar utama di bumi".[22]

Penambahan sunting

Syarikat penerbangan VARIG yang berpangkalan di Brazil yang kini tidak berfungsi, bergabung dengan rangkaian Star Alliance [23][24] pada Tarikh 22 Oktober 1997, dan memperluas pakatan ke Amerika Selatan. Turut bergabung ialah Syarikat Penerbangan Ansett Australia dan Syarikat Penerbangan Air New Zealand, dan memperluas Pakatan Star Alliance ke Australia dan Pasifik. [25] Dengan penambahan dua Syarikat Penerbangan yang terakhir, pakatan itu melayani 720 destinasi di 110 negara dengan armada gabungan sebanyak 1.650 pesawat. Syarikat penerbangan seterusnya yang akan disertainya ialah All Nippon Airways (ANA) yang Berpangkalan di Jepun, syarikat penerbangan kedua Asia pada Tarikh 15 Oktober 1999. [26][27]

2000–2006: Pengembangan sunting

Semasa awal Tahun 2000-an, beberapa Syarikat Penerbangan bergabung kedalam Pakatan Star Alliance; iaitu Kumpulan Syarikat Penerbangan Austria (Austrian Airlines, Tyrolean Airways dan Lauda Air) bergabung pada Tarikh 26 Mac 2000[28][29] dan Syarikat Penerbangan Singapore Airlines pada 1 April.[30] BMI (British Midland) dan Mexicana bergabung pada 1 Julai, membawa keahlian pakatan menjadi sebanyak 13.[31] Dengan masuknya Syarikat Penerbangan Singapore Airlines ke dalam pakatan itu, Syarikat Penerbangan Thai Airways mempertimbangkan untuk berpindah ke pakatan Oneworld, tetapi akhirnya memutuskan untuk terus kekal (kekal dalam Pakatan Star Alliance).[32] penambahan yang dibuat oleh Syarikat BMI membuat London Heathrow satu-satunya hab Eropah dengan dua pakatan. Semasa tahun itu, Syarikat Penerbangan Emirates Airline mempertimbangkan untuk bergabung ke dalam pakatan Star Alliance, tetapi memutuskan untuk tidak bergabung ke Pakatan Star Alliance.[33] Pada tahun itu BWIA West Indies Airways yang tidak berfungsi, yang telah bergabung dengan Syarikat Penerbangan United Airlines, dianggap menjadi ahli, tetapi tidak ada wujudnya bukti yang kukuh mengenai Status Syarikat tersebut dalam Pakatan Star Alliance.[34] Pada tahun 2000, pakatan itu juga membuka tiga pusat perniagaan pertamanya (di Los Angeles, Frankfurt, dan Bangkok) dan mengumumkan penubuhan Pasukan Pengurusan Perikatan (AMT), badan eksekutif perkongsian.[35][36] Pada bulan September 2001, Syarikat Penerbangan Ansett Australia (satu-satunya anggota pakatan Australia) meninggalkan Pakatan Star Alliance kerana muflis, memberikan sebahagian besar pasaran Australia kepada Syarikat Penerbangan Qantas (ahli Oneworld). Pada tahun itu, Star Alliance mengumumkan pelantikan CEO baharu, Jaan Albrecht.[37]

Syarikat penerbangan rakan kongsi mempromosikan jenama Pakatan Star Alliance dengan tiket Round the World (Mengelilingi Dunia) (RWT) yang menawarkan

"pilihan 19000, 21000 dan 23000 batu dengan persinggahan 15 bandar yang sah selama satu tahun! RWT sangat hebat kerana penggemar perjalanan dapat mengunjungi destinasi pilihan mereka dengan membuat jadual perjalanan selama setahun tanpa mengganggu komitmen kerja. Hingga kemudian pelancong mengambil percutian tahunan dua atau tiga minggu, sering menetap di destinasi yang kurang dikenali kerana penerbangan ditempah pada musim cuti puncak. Penilaian kesetiaan pelanggan meningkat, didorong oleh mesej yang mendasari - Lupakan negara dan bandar. Pergi ke mana tiket RWT membawa anda!"

[38]

Syarikat Penerbangan Asiana Airlines bergabung kedalam pakatan pada tarikh 1 Mac 2003,[39] Syarikat Penerbangan Spanair pada 1 Mei,[40] dan Syarikat Penerbangan LOT Polish Airlines (Syarikat Penerbangan pembawa bendera dari Poland) di bulan Oktober.[41] Sekitar waktu ini, Syarikat Penerbangan Mexicana Airlines meninggalkan pakatan itu setelah memutuskan untuk tidak memperbaharui Perjanjian Perkongsian Kod dengan Syarikat Penerbangan United Airlines, kemudian bergabung dengan Pakatan Oneworld.[42] Syarikat Penerbangan US Airways bergabung ke dalam Pakatan di bulan Mei tahun 2004,[43] menjadi syarikat penerbangan kedua di Amerika Syarikat. Pada bulan November Adria Airways, Blue1 dan Croatia Airlines bergabung dengan pakatan itu sebagai tiga anggota serantau pertama.[44]

Walaupun pakatan Star Alliance menjemput Lineas Aereas Azteca di tahun 2005 untuk bergabung pada pertengahan tahun 2007, syarikat penerbangan itu telah memfailkan muflis. Syarikat Penerbangan TAP Air Portugal bergabung pada Tarikh 14 Mac 2005, menambah destinasi Afrika ke rangkaian.[45][46] di April 2006 Swiss International Air Lines, syarikat penerbangan Eropah keenam pada persekutuan itu, dan South African Airways (Syarikat Penerbangan pertama dari Afrika) menjadi ahli ke-17 dan ke-18.[47]

2007: Dekad Pertama sunting

pada Mei 2007, Hari Jadi ke sepuluh pakatan Star Alliance, anggotanya mempunyai gabungan 16,000 pelepasan harian ke 855 destinasi di 155 negara dan melayani sebanyak 406 juta penumpang tiap tahun. Perikatan itu memperkenalkan Biosphere Connections, perkongsian dengan UNESCO, Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN), dan Ramsar Convention on Wetlands untuk mempromosikan kelestarian alam sekitar.[48][49][50]

"Hari ini, hampir 30% (Tiga Puluh Peratus) pelancong udara global menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan anggota kami atau, melihatnya dari perspektif industri secara keseluruhan, dua pertiga pelancong udara di seluruh dunia menggunakan satu daripada tiga pakatan syarikat penerbangan." - Jaan Albrecht, bekas CEO Pakatan Star Alliance[51]

Syarikat Penerbangan VARIG meninggalkan pakatan pada Tarikh 31 Januari 2007,[52][53] dan dua Syarikat Penerbangan dari China, iaitu Air China dan Shanghai Airlines bergabung ke dalam Pakatan Star Alliance pada 12 Disember.[54]

2008–2010: Operasi dekad kedua sunting

pada Tarikh 1 April 2008, Syarikat Penerbangan Turkish Airlines bergabung dengan pakatan itu setelah proses integrasi 15 bulan bermula pada bulan Disember 2006, menjadi ahli ke-20.[55] Syarikat Penerbangan EgyptAir, Syarikat Penerbangan Nasional Mesir dan Syarikat Penerbangan Afrika yang kedua, bergabung pada tarikh 11 Julai 2008.[56][57]

Pada Tarikh 27 Oktober 2009, Syarikat Penerbangan Continental Airlines menjadi ahli Star Alliance yang ke-25 selepas meninggalkan Pakatan SkyTeam tiga hari sebelumnya. Menurut CEO aliansi Jaan Albrecht, "Membawa Continental Airlines ke Star Alliance adalah pengalaman yang benar-benar unik. Ini adalah kali pertama syarikat penerbangan berpindah secara langsung dari satu pakatan ke yang lain dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan pertukaran lancar". Pada masa itu, dikhabarkan bahawa pertukaran itu merupakan langkah pertama Continental dalam penggabungan yang dirancang dengan Syarikat Penerbangan United Airlines.[58] dua bulan kemudian, Syarikat Penerbangan Brussels Airlines bergabung kedalam Pakatan Star Alliance.[59]

Syarikat Penerbangan Brazil iaitu, TAM Airlines bergabung dengan Pakatan Star Alliance pada Tarikh 13 Mai 2010,[60] meningkatkan kedudukannya di Amerika Selatan.[61] Syarikat Penerbangan Yunani yang terbesar iaitu, Aegean Airlines, dengan Jumlah Penumpang, bergabung ke dalam Pakatan Star Alliance pada 30 Jun.[62]

Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines meninggalkan Pakatan Star Alliance pada Tarikh 31 Oktober 2010 ketika bergabung dengan Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines, ahli Pakatan SkyTeam.[63][64] Pada 29 September, ketua lembaga eksekutif meluluskan Syarikat Penerbangan Ethiopian Airlines sebagai ahli ke-30 dalam Pakatan Star Alliance.[65][66][67] Pada tahun 2010 pakatan itu terbang ke 1.172 lapangan terbang di 181 negara, dengan sekitar 21.200 pelepasan (pemergian) harian.[68]

2011–kini: pengembangan lebih jauh dan kestabilan sunting

Sejak tahun 2011, pakatan ini telah memperoleh beberapa anggota yang besar tetapi telah kehilangan yang lain kerana keruntuhan atau penggabungan. Pada Tarikh 13 Disember 2011, Syarikat Penerbangan Ethiopian Airlines bergabung, menambah lima negara dan 24 destinasi ke peta pakatan.[69]

Star Alliance menyaksikan 2012–13 yang penuh gejolak, bermula dengan dua penyingkiran utama tetapi berakhir dengan langkah besar ke Amerika Latin. Di Eropah, Syarikat Penerbangan Spanair berhenti beroperasi, dan syarikat BMI pergi selepas diambil alih oleh Kumpulan Syarikat Penerbangan Antarabangsa (IAG), syarikat induk ahli Oneworld, iaitu Iberia dan British Airways. BMI disatukan ke dalam British Airways.[70][71] Di Amerika Utara, Continental bergabung dengan Syarikat Penerbangan United Airlines, mengurangkan keahlian Star Alliance lebih jauh, walaupun secara efektif kekal dalam pakatan selepas penggabungan.[72][73] Namun pada 21 Jun, Syarikat Penerbangan Avianca, Syarikat Penerbangan TACA Airlines dan Syarikat Penerbangan Copa Airlines bergabung, meningkatkan kehadiran Amerika Latin secara besar-besaran.[74] pada bulan November, Blue1 meninggalkan pakatan Star Alliance selepas menjadi sekutu dengan Syarikat Induk iaitu, Syarikat Penerbangan Scandinavian Airlines.[75][76] dan Shenzhen Airlines bergabung kedalam Pakatan Star Alliance, menambahkan pertambahan dari Rangakaian Domestik Air China.[77] Syarikat Penerbangan Taiwan iaitu, EVA Air bergabung kedalam pakatan pada Tarikh 18 Jun 2013, dan selepas integrasi Syarikat Penerbangan TACA ke dalam Syarikat Penerbangan Avianca, pakatan itu bertambah menjadi 28 anggota, menjadikannya yang terbesar daripada tiga pakatan syarikat penerbangan utama.[78][79][80] Pada 13 Disember, Syarikat Penerbangan Air India sekali lagi dijemput untuk memulakan proses integrasi dengan pakatan Star Alliance dan bergabung dengan pakatan tersebut pada Tarikh 3 Julai 2014.[81]

Berikutan rentetan pengembangan ini, pada tahun 2014 yang dibuka dengan dua pelepasan utama melalui penggabungan. Pertama, syarikat penerbangan Brazil iaitu, Syarikat Penerbangan TAM Airlines bergabung dengan Syarikat Penerbangan LAN Airlines untuk menjadi Kumpulan Syarikat Penerbangan LATAM, meninggalkan perikatan tanpa kehadiran di negara kelima terbesar di dunia.[82] Selepas itu, Syarikat Penerbangan US Airways selesai bergabung dengan Syarikat Penerbangan American Airlines dan juga meninggalkan pakatan itu.[83] Kedua-dua Syarikat Induk mereka tetap kekal dalam Pakatan Oneworld. Namun, pada 24 Jun, perikatan akhirnya meluluskan Syarikat Penerbangan Air India yang bergabung pada 11 Julai, meninggalkan persekutuan itu dianggotai 27 anggota, di mana ia berdiri sehingga hari ini.[84][85][86][87]

Pusat pengembangan masa depan berpusat pada penambahan Connecting Partners, anak syarikat atau rakan ahli pakatan yang akan menambahkan hubungan dengan pakatan tanpa menjadi anggota penuh. Syarikat Penerbangan Avianca Brasil bergabung dengan cara ini pada Tarikh 22 Julai 2015, membawa pakatan itu kembali ke pasaran Brazil yang sebahagiannya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh TAM.[88] Anak syarikat kos rendah South African Airways, iaitu Syarikat Penerbangan Mango, pada mulanya diumumkan untuk bergabung sebagai Rakan Penghubung pada Q3 2016[89][90] tetapi sejak itu ditangguhkan. Syarikat Penerbangan Juneyao Airlines, yang dimana ia memiliki perkongsian kod dengan Syarikat Penerbangan Shenzhen Airlines, bergabung sebagai rakan penghubung pada Tarikh 23 Mei 2017.[91][92][93][94] Syarikat Penerbangan Thai Smile, merupakan Anak Syarikat dari Syarikat Penerbangan Thai Airways, akan bergabung kedalam Pakatan Star Alliance sebagai Ahli Penghubung pada Tahun 2020.[95][96] Pada Tarikh 20 Ogos 2019, Star Alliance mengumumkan keluarnya ahli gabungan Avianca Brasil dari pakatan dari Tarikh 1 September 2019. Namun, pemergian itu tidak akan mempengaruhi keahlian Avianca.[97][98] Pada Tarikh 30 September 2019, Syarikat Penerbangan Adria Airways berhenti beroperasi, dan syarikat penerbangan itu keluar dari pakatan Star Alliance pada Tarikh 2 Oktober 2019.[99]

Pada Tarikh 16 November 2020, Syarikat Penerbangan Asiana Airlines mengumumkan rancangan mereka untuk keluar dari pakatan [perlu rujukan] selepas Kerajaan Korea Selatan mengesahkan bahawa syarikat penerbangan itu akan diambil alih oleh Korean Air, yang merupakan Syarikat Penerbangan Ahli Pakatan SkyTeam untuk $1.6 bilion.[100]

Pada 2022, Lufthansa mengumumkan rancangan untuk membeli 40% kepentingan dalam ITA Airways, ahli SkyTeam. Jika ini berlaku maka yang terakhir boleh menjadi ahli Star Alliance.[101][102]

 
Empat ahli Pakatan Star Alliance di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita: Thai Airways, United, Swiss and SAS

Penerbangan ahli dan ahli gabungan sunting

Ahli dan gabungan sunting

Syarikat penerbangan dan ahli gabungan sunting

Air Canada, Lufthansa, Scandinavian Airlines, Thai Airways dan United Airlines adalah lima anggota pengasas perikatan itu.

Ahli dan sekutu sunting

A Ahli pengasas.
B Penerbangan Air Canada Express dioperasikan oleh[129] Jazz Aviation.
C penerbangan TAP Express dioperasikan oleh Portugália Airlines dan White Airways.
D penerbangan United Express dioperasikan oleh Air Wisconsin, CommutAir, GoJet Airlines, Mesa Airlines, Republic Airways, dan SkyWest Airlines.
E Olympic Air, Alliance Air, UNI Air, Air Dolomiti, dan AnadoluJet adalah anak syarikat serantau yang dimiliki sepenuhnya yang mengendalikan penerbangan untuk syarikat induk mereka dengan nama yang berbeza.

Rakan Penghubung sunting

A Thai Smile ialah Anak Syarikat dari Syarikat Penerbangan Thai Airways.

Bekas ahli sunting

Bekas ahli gabungan ahli semasa sunting

Perkhidmatan sunting

Hab Ahli sunting

 
 
ATH
 
LCA
 
SKG
 
YYC
 
YUL
 
YYZ
 
YVR
 
PEK
 
CTU
 
PVG
 
DEL
 
BOM
 
AKL
 
CHC
 
WLG
 
HND
 
NRT
 
 
ITM
 
 
 
 
VIE
 
BOG
 
CLO
 
CTG
 
MDE
 
BRU
 
PTY
 
ZAG
 
CAI
 
ADD
 
LFW
 
TPE
 
WAW
 
FRA
 
 
 
OSL
 
ARN
 
SZX
 
CAN
 
 
NKG
 
NNG
 
SHE
 
XIY
 
 
 
SIN
 
JNB
 
 
LIS
 
OPO
 
BKK
 
HKT
 
IST
 
ADB
 
ORD
 
DEN
 
GUM
 
IAH
 
LAX
 
EWR
 
SFO
 
IAD
Hab Ahli Penuh pakatan Star Alliance [Note 1]

Perkhidmatan Pelanggan sunting

 
Star Alliance peringkat Perak dan Emas.

Penerbangan Perkongsian Kod syarikat penerbangan di Pakatan Star Alliance ialah konsisten. Kerjasama ini menimbulkan kecurigaan terhadap tingkah laku anti persaingan; pakatan tersebut disyaki oleh Kesatuan Eropah sebagai penggabungan maya terhadap ahlinya, dan ada spekulasi bahawa jika peraturan pemerintah dilonggarkan para anggotanya akan bergabung menjadi satu syarikat.[167]

Pakatan Star Alliance mengembangkan konsep "wilayah" pada tahun 2004, yang membantunya menembusi pasaran dengan penyertaan oleh syarikat penerbangan serantau yang lebih kecil. Ahli Serantau Pakatan Star Alliance harus ditaja oleh ahli pakatan. Perikatan itu tidak lagi menetapkan syarikat penerbangan sebagai ahli "serantau", kini merujuk kepada 27 syarikat penerbangannya sebagai "ahli".[168][169]

Pada tahun 2007, ahli pakatan terbang sebanyak 18.521 penerbangan harian ke 1,321 lapangan terbang di 193 negara dengan armada 4.025 pesawat. Ahlinya membawa Penumpang dengan jumlah 627.52 juta, dengan hasil sebanyak US$156.8 bilion (€145 bilion). Ia mempunyai 28 peratus pasaran global berdasarkan pendapatan penumpang per kilometer (RPK), dan ia lebih besar daripada gabungan pangsa pasar dari semua syarikat penerbangan yang bukan dalam satu diantara dari tiga pakatan utama. Semua syarikat penerbangan gabungan menggabungkan lebih daripada 405,000 Juruterbang, pramugari, dan kakitangan lain.

Premium sunting

Pakatan Star Alliance mempunyai dua tahap premium (Perak dan Emas), berdasarkan status pelanggan dalam ahli program penerbangan kerap. Syarikat penerbangan anggota dan serantau mengiktiraf status Star Silver dan Gold, dengan beberapa pengecualian yang sebahagian besarnya mengenai akses bilik rehat lapangan terbang. Keahlian dibuat berdasarkan program penerbangan kerap bagi setiap syarikat penerbangan. Banyak ahli mempunyai status premium dengan program penerbangan individu mereka yang melampaui Emas, namun tahap ini semua dikumpulkan sebagai status Emas apabila dikenali oleh pakatan Star Alliance secara keseluruhan.[170]

Star Alliance Perak sunting

Status Perak menyedari bahawa pelanggan telah menunjukkan kesetiaan kepada syarikat penerbangan ahli Star Alliance dan memperoleh dua hak istimewa yang dapat menjadikan perjalanan mereka lebih lancar. Ini termasuk senarai tunggu tempahan keutamaan dan siaga lapangan terbang keutamaan.[171][perlu rujukan]

Star Alliance Emas sunting

Status Emas Star Alliance diberikan kepada pelanggan yang telah mencapai tahap yang lebih tinggi dari program penerbangan kerap syarikat penerbangan. Manfaatnya ialah senarai tunggu tempahan keutamaan, penyediaan lapangan terbang, daftar masuk dan pengendalian bagasi; peruntukan bagasi tambahan yang diperiksa dengan berat maksimum 20 kg (atau satu keping tambahan, di mana peraturan potongan berlaku), dan akses ke bilik rehat Emas pakatan Star Alliance yang ditentukan pada hari dan tempat bertolak dengan penyampaian pas masuk Star Alliance. Beberapa syarikat penerbangan juga menawarkan tempat duduk pilihan (tempat keluar atau bahagian khas pesawat); tempat duduk yang dijamin pada penerbangan yang ditempah sepenuhnya, tertakluk pada kod kelas tempahan dan tempoh notis, dan peningkatan percuma dalam bentuk baucar, sijil atau peningkatan automatik semasa daftar masuk. United menyekat akses bilik rehat nya untuk Ahli Emas mereka kepada penumpang antarabangsa jarak jauh; Ahli emas dari syarikat penerbangan lain dipersilakan (dibenarkan) masuk di bilik rehat Syarikat Penerbangan United yang dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan United dalam semua jadual perjalanan.

Tahap kelayakan oleh syarikat penerbangan [172][173] sunting

sunting

Sesetengah Ahli Pakatan Star Alliance mengecat sebahagian Pesawat mereka dengan liveri pakatan, biasanya, pesawat dengan warna asas iaitu, putih dengan "Star Alliance" di seberang dan ekor pesawat yang berwarna hitam dengan logo pakatan; warna atau reka bentuk enjin cowling atau sayap tetap, bergantung pada warna ahli. Syarikat Penerbangan Singapore Airlines ialah satu-satunya pengecualian, sebelumnya menyimpan logo pada ekor pesawatnya tetapi sekarang menggunakan logo Star Alliance pada ekor pesawat dengan warna putih. Syarikat Penerbangan Asiana Airlines ialah ahli Pakatan Star Alliance pertama, yang mengecat pesawatnya dalam warna Star Alliance yang versi semasa.[228] Pesawat yang dicat dengan warna biasa syarikat penerbangan mempunyai logo Pakatan Star Alliance antara kokpit dan set pintu kabin pertama.

Lihat Juga sunting

Lihat Juga (Syarikat Penerbangan) sunting

Nota sunting

  1. ^ sebahagian Penamaan Kod IATA LTA pada Pin yang ada, tidak dipaparkan kerana Tak Cukup Ruang yang tersedia, dan Penamaan Kod IATA tersebut dipindahkan ke bahagian Tabel "Senarai Hab Ahli Penuh".
  2. ^ Syarikat Penerbangan Lufthansa juga memasukan Lapangan Terbang Antarabangsa Düsseldorf, Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna dan Lapangan Terbang Zurich sebagai habnya.[165][166] tetapi Mereka tidak disenaraikan di sini kerana mereka adalah pangkalan anak syarikat Lufthansa iaitu Eurowings, Austrian Airlines, Brussels Airlines, and Swiss International Air Lines, masing-masing.

Galeri Perikatan Star sunting

 
Negara-negara di Dunia yang memiliki Syarikat Penerbangan yang merupakan perikatan Star Alliance.

[229]

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.staralliance.com/documents/20184/680657/Star+Alliance+Facts+and+Figures.pdf/39a88cb5-ae7c-6a52-f67f-ddae83e4a43a?t=1568388329319
  2. ^ "Star Alliance Facts and Figures". Star Alliance Employee Portal. Star Alliance. April 2018. Dicapai pada 5 March 2019.
  3. ^ https://www.staralliance.com/documents/20184/680657/Star+Alliance+Facts+and+Figures.pdf/39a88cb5-ae7c-6a52-f67f-ddae83e4a43a?t=1568388329319
  4. ^ "Star Alliance Facts and Figures – Star Alliance Employees". portal.staralliance.com.
  5. ^ https://www.staralliance.com/documents/20184/680657/Star+Alliance+Facts+and+Figures.pdf/39a88cb5-ae7c-6a52-f67f-ddae83e4a43a?t=1568388329319
  6. ^ https://www.staralliance.com/documents/20184/680657/Star+Alliance+Facts+and+Figures.pdf/39a88cb5-ae7c-6a52-f67f-ddae83e4a43a?t=1568388329319
  7. ^ "Star Alliance Management". www.staralliance.com.
  8. ^ https://www.staralliance.com/documents/20184/680657/Star+Alliance+Facts+and+Figures.pdf/39a88cb5-ae7c-6a52-f67f-ddae83e4a43a?t=1568388329319
  9. ^ http://www.staralliance.com/en/management-team?id=191688
  10. ^ https://portal.staralliance.com/cms/about/right/jeffrey-goh-ceo-of-star-alliance
  11. ^ "Impressum". Star Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-17. Dicapai pada 12 May 2013.
  12. ^ "SkyTeam Alliance | About Us | SkyTeam". www.skyteam.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-22.
  13. ^ "Network and Operations – Marketing, Financial, Corporate". www.oneworld.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-22.
  14. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa "Member Airlines". Star Alliance.
  15. ^ https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Star_Alliance_Member_Asian_Countries_(2022).png
  16. ^ name="A new alliance"
  17. ^ Bryant, Adam (14 May 1997). "United and 4 Others to Detail Air Alliance Today". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-30. Dicapai pada 16 October 2010.
  18. ^ name="5 Airlines"
  19. ^ Tagliabue, John (15 May 1997). "5 Airlines Extend Limits of Alliances". The New York Times. Dicapai pada 16 October 2010.
  20. ^ Meredith, Robyn (15 May 1997). "Airline Alliance Picks Y.& R." The New York Times. Dicapai pada 16 October 2010.
  21. ^ name="A new alliance"
  22. ^ name="5 Airlines"
  23. ^ name="A new alliance"
  24. ^ "5 Airlines In 'Global Branding' Alliance". Bloomberg News. nwsource.com. 14 May 1997. Dicapai pada 16 October 2010.
  25. ^ "Star Alliance Welcomes New Members of the Team" (PDF). SAS. SAS Press Release. 3 May 1999. Dicapai pada 23 April 2014.
  26. ^ "ANA boards Star Alliance". The Nation. Google Archive. 24 October 1998. Dicapai pada 16 October 2010.
  27. ^ "All Nippon Airways Joins Star Alliance Network" (PDF).
  28. ^ "Austrian Airlines". Star Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2015.
  29. ^ "Austrian Airlines Group has joined Star Alliance" (PDF).
  30. ^ "Singapore Airlines". Star Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 February 2015.
  31. ^ "British Midland And Mexicana Airlines Welcomed to the Star Alliance Network". breakingtravelnews.com. 26 June 2000. Dicapai pada 16 October 2010.
  32. ^ Schmeltzer, John. "Thai Airways Considers Departing The Star Alliance". chicagotribune.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-23.
  33. ^ Reece, Damian (13 August 2000). "Emirates poised to join Star Alliance". London: Telegrapg.co.uk. m/s. 11. Dicapai pada 16 October 2010.
  34. ^ Lewis, Paul (16 May 2000). "BWIA seeks fleet renewal funds". Orlando: Flight International. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2015. Dicapai pada 5 December 2010.
  35. ^ name="Star Alliance"
  36. ^ "Star Alliance Chronological History". Star Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015.
  37. ^ name="Star Alliance"
  38. ^ "Round the world".
  39. ^ "Asiana Airlines". Star Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015.
  40. ^ "Spanair". Star Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 December 2011.
  41. ^ "LOT Polish Airlines". Star Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2015.
  42. ^ name="Star Alliance"
  43. ^ "US Airways Joins Star Alliance". The New York Times. 2 June 2004. Dicapai pada 20 October 2010.
  44. ^ "Croatia Airlines To Join Star Alliance". Star Alliance.
  45. ^ "TAP brings Star Alliance new Africa destinations". The New York Times. 15 March 2005. Dicapai pada 22 October 2010.
  46. ^ "TAP Air Portugal joins Star Alliance". AsiaTravelTips.com. 15 March 2005. Dicapai pada 22 October 2010.
  47. ^ "Press release 07.04.2006". Swiss.com.
  48. ^ name="10th and BC"
  49. ^ "Star Alliance Celebrates 10 Years" (Siaran akhbar). Star Alliance. 14 May 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015. Dicapai pada 23 October 2010.
  50. ^ "Star Alliance Partners with Global Environmental Organisations" (PDF). UNESCO. 14 May 2007. Dicapai pada 22 October 2010.
  51. ^ "Star Alliance marks 10th anniversary with Copenhagen event" (PDF). Star Alliance. 6 January 2006. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 November 2013. Dicapai pada 8 October 2015.
  52. ^ name="VARIG"
  53. ^ "VARIG to leave Star Alliance". Boarding.no. 31 January 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015. Dicapai pada 22 October 2010.
  54. ^ "Air China". Star Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2015.
  55. ^ "Turkish Airlines joins Star Alliance" (Siaran akhbar). Turkish Airlines. 1 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-23. Dicapai pada 8 October 2015.
  56. ^ name="EA"
  57. ^ "Star Alliance soon to welcome Egypt Air". eTravel Blackboard. 13 June 2008. Dicapai pada 22 October 2010.
  58. ^ Frary, Mark (20 June 2008). "Continental plans United tie-up; will leave SkyTeam for Star Alliance". The Times. UK. Dicapai pada 17 November 2010.
  59. ^ [1]. Company.brusselsairlines.com. Retrieved on 8 October 2015.
  60. ^ "TAM Airlines Joins Star Alliance" (Siaran akhbar). Star Alliance. 13 May 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015. Dicapai pada 23 October 2010.
  61. ^ "SkyTeam looking for new partners in Latin America, Asia and Africa". eTurboNews. 23 June 2010. Dicapai pada 23 June 2010.
  62. ^ "Aegean Airlines Joins Star Alliance Network" (Siaran akhbar). Star Alliance. 30 June 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2015. Dicapai pada 23 October 2010.
  63. ^ name="bloomberg.com"
  64. ^ "Shanghai Airlines to Leave Star Alliance at End of October, Xinhua Reports". Bloomberg. 29 July 2010. Dicapai pada 26 October 2010.
  65. ^ name="Ethiopian"
  66. ^ "Ethiopian Airlines Accepted as Future Star Alliance Member Carrier" (Siaran akhbar). Star Alliance. 29 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 October 2015. Dicapai pada 23 October 2010.
  67. ^ Ethiopian Joins Star Alliance Aviation News February 2012 page 11
  68. ^ name=Ethiopian
  69. ^ "Ethiopian Airlines Joins Star Alliance". Star Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015.
  70. ^ name="BMI"
  71. ^ "Spanair Ceases Operations". Upgrd.com. 27 January 2012.
  72. ^ name="UnitedMerger"
  73. ^ "A message for customers traveling on March 3". hub.united.com. United Airlines. 3 March 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015.
  74. ^ "Avianca, TACA Airlines and Copa Airlines John Star Alliance". Star Alliance. 17 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015.
  75. ^ name="Blue1"
  76. ^ "Blue1 to leave Star Alliance by end of November". Ch-Aviation.
  77. ^ "Shenzhen Airlines Joins". Star Alliance. 29 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 October 2015. Dicapai pada 22 March 2013.
  78. ^ "EVA Air Joins the Star Alliance". Star Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015.
  79. ^ name="TACA"
  80. ^ "Avianca-TACA primes for re-branding and intensifying competition with LATAM". CentreforAviation.com. 13 March 2013. Dicapai pada 30 December 2015.
  81. ^ "Star Alliance and Air India Recommence Integration Process". Star Alliance. 13 December 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015. Dicapai pada 13 December 2013.
  82. ^ "Brazilian carrier TAM Airlines announced it will leave Star Alliance to join Oneworld". BusinessTravelNews.com.
  83. ^ "US Airways and TAM leave Star Alliance". Star Alliance. 31 March 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015. Dicapai pada 13 April 2014.
  84. ^ Mutzabaugh, Ben. "Star Alliance OKs Air India membership". USA Today. Dicapai pada 25 June 2014.
  85. ^ Sinha, Saurabh (11 July 2014). "Air India joins Star Alliance, flyers to benefit from today". Times of India. Dicapai pada 6 September 2015.
  86. ^ "Star Alliance Chief Executive Board Approves Air India Membership". Star Alliance. 24 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015. Dicapai pada 6 September 2015.
  87. ^ "Air India becomes a permanent member of Star Alliance". IANS. news.biharprabha.com. Dicapai pada 24 June 2014.
  88. ^ "Avianca Brasil Joins Star Alliance Network". Star Alliance. 22 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 October 2015. Dicapai pada 6 September 2015.
  89. ^ name="Mango"
  90. ^ "Star Alliance Launches Connecting Partner Model to Expand Network Reach Via Low-cost and Hybrid Airlines South African Airline Mango to be First Airline to Implement". 9 December 2015. Dicapai pada 14 February 2016.
  91. ^ name="Juneyao"
  92. ^ "Star Alliance and Juneyao Seal Partnership" (Siaran akhbar). Shanghai, China: Star Alliance. 10 October 2016. Dicapai pada 14 November 2016.
  93. ^ "China's Juneyao Airlines eyes Star Alliance's CPM". ch-aviation. 31 July 2016. Dicapai pada 12 September 2016.
  94. ^ "Juneyao Airlines Becomes First Airline to Expand Star Alliance Network Under Connecting Partner Model" (Siaran akhbar). Shanghai, China: Star Alliance. 23 May 2017. Dicapai pada 1 June 2017.
  95. ^ name="auto1"
  96. ^ "Press – Star Alliance". www.staralliance.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 July 2019.
  97. ^ "Avianca Brazil to Exit Star Alliance – FlyerTalk – The world's most popular frequent flyer community" (dalam bahasa Inggeris). 20 August 2019.
  98. ^ "Press – Star Alliance". www.staralliance.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 August 2019.
  99. ^ "Adria Airways Leaves Star Alliance". Star Alliance.
  100. ^ Yonhap (November 16, 2020). "Korean Air to buy indebted Asiana, emerging as world's 10th-largest airline". The Korea Herald. Dicapai pada November 24, 2020.
  101. ^ "Lufthansa Could Buy up to 40% of ITA Airways". 7 January 2022.
  102. ^ "MSC and Lufthansa Offer to Buy ITA Airways". February 2022.
  103. ^ name=StarAlliance2015
  104. ^ name=StarAlliance2015
  105. ^ name=StarAlliance2015
  106. ^ name=StarAlliance2015
  107. ^ name=StarAlliance2015
  108. ^ name=StarAlliance2015
  109. ^ name=StarAlliance2015
  110. ^ name=StarAlliance2015
  111. ^ name=StarAlliance2015
  112. ^ name=StarAlliance2015
  113. ^ name=StarAlliance2015
  114. ^ name=StarAlliance2015
  115. ^ name=StarAlliance2015
  116. ^ name=StarAlliance2015
  117. ^ name=StarAlliance2015
  118. ^ name=StarAlliance2015
  119. ^ name=StarAlliance2015
  120. ^ name=StarAlliance2015
  121. ^ name=StarAlliance2015
  122. ^ name=StarAlliance2015
  123. ^ name=StarAlliance2015
  124. ^ name=StarAlliance2015
  125. ^ name=StarAlliance2015
  126. ^ name=StarAlliance2015
  127. ^ name=StarAlliance2015
  128. ^ name=StarAlliance2015
  129. ^ "Jazz begins flying under Air Canada Express banner". aircanada.com. Dicapai pada 5 April 2012.
  130. ^ name=Juneyao
  131. ^ name="auto1"
  132. ^ Cook, Terry (15 September 2001). "Australia's second biggest airline collapses". Dicapai pada 30 December 2015.
  133. ^ name=Blue1
  134. ^ name="CityJet"
  135. ^ "SAS Enters into Agreements with Cityjet for Wet Lease and Sale of Blue1". 1 October 2015. Dicapai pada 13 March 2016.
  136. ^ name=BMI
  137. ^ "Two mega-airlines are United: Continental is no more". Houston News. 3 March 2012. Dicapai pada 29 May 2012.
  138. ^ "Mexicana airline leaves Star Alliance". USAToday.com. 14 November 2013. Dicapai pada 30 December 2015.
  139. ^ "Shanghai to end Star Alliance membership". ATWOnline.com. 29 July 2010. Dicapai pada 30 December 2015.
  140. ^ "Spanair collapses, stranding 200,000 passengers". BBC. 30 January 2012. Dicapai pada 30 December 2015.
  141. ^ "US Airways leaves Star Alliance, joins Oneworld". Business Journals. 31 March 2014. Dicapai pada 30 December 2015.
  142. ^ name=VARIG
  143. ^ name="ACExpress"
  144. ^ "Air Canada launches new regional brand". 26 April 2011. Dicapai pada 4 January 2016.
  145. ^ "Applying rouge". Airliner World: 88–96. March 2015.
  146. ^ name=ACExpress
  147. ^ name="ANA"
  148. ^ "ANA Group History". Dicapai pada 4 January 2016.
  149. ^ name=ANA
  150. ^ name=ACExpress
  151. ^ "Avianca Perú anuncia cierre de operaciones y un proceso de disolución y liquidación". RPP Noticias. 10 May 2020. Dicapai pada 10 May 2020.
  152. ^ name=Blue1
  153. ^ name=CityJet
  154. ^ "LOT Polish Pulls the Plug on Centralwings". 3 April 2009. Dicapai pada 15 February 2016.
  155. ^ "Cyprus Turkish Airlines Goes Bankrupt". 22 October 2010. Dicapai pada 15 February 2016.
  156. ^ "Congo's Kornogo Airlines Throws in the Towel". 6 September 2015. Dicapai pada 15 February 2016.
  157. ^ "AUA-Ferienmarke, myHoliday ersetzt die Lauda Air". 1 October 2013. Dicapai pada 15 February 2016.
  158. ^ "Lufthansa changes its Italy strategy". 23 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-20. Dicapai pada 15 February 2016.
  159. ^ "Bankrupt United to start West Coast shuttle service, reapply for loan". 13 December 2002. Dicapai pada 15 February 2016.
  160. ^ "SWISS PrivateAviation – Home". Swiss Private Aviation. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2011. Dicapai pada 15 February 2016.
  161. ^ "After merger, Scoot adds 5 destinations". 26 July 2017. Dicapai pada 26 July 2017.
  162. ^ "Austrian Bord unter Dach und Fach". 31 October 2014. Dicapai pada 15 February 2016.
  163. ^ "Air Canada's Zip shut down". 8 September 2004. Dicapai pada 4 January 2016.
  164. ^ "United Shut Down Ted Airlines". 13 December 2002. Dicapai pada 15 February 2016.
  165. ^ name=LHhubs
  166. ^ "Our hubs in Frankfurt, Munich, Dusseldorf, Zurich and Vienna". Lufthansa. Dicapai pada 1 February 2015.
  167. ^ "Current issues arising with airline alliances: panel discussion. European Air Law Association. 11th Annual Conference. Recent developments in European air transport law and policy Lisbon". Ec.europa.eu. 5 November 1999. Dicapai pada 5 April 2012.
  168. ^ name="staralliance.com"
  169. ^ "Member Airlines". Staralliance.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2013. Dicapai pada 5 April 2012.
  170. ^ name ="staralliance.com"
  171. ^ "The complete guide to Star Alliance". Executive Traveller (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-29.
  172. ^ https://www.staralliance.com/en/frequent-flyers/
  173. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details
  174. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=OS
  175. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=SN
  176. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=OU
  177. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=LO
  178. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=LH
  179. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=LX
  180. ^ https://www.miles-and-more.com/online/portal/mam/at/homepage?l=en&cid=18001
  181. ^ https://www.miles-and-more.com/online/portal/mam/be/homepage?l=en&cid=1000188
  182. ^ https://www.miles-and-more.com/online/portal/mam/hr/homepage?l=en&cid=1000261
  183. ^ https://www.miles-and-more.com/online/portal/mam/pl/homepage?l=en&cid=1000340
  184. ^ https://www.miles-and-more.com/online/portal/mam/de/homepage
  185. ^ https://www.miles-and-more.com/online/portal/mam/ch/homepage?l=en&cid=18003
  186. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=A3
  187. ^ https://en.aegeanair.com/milesandbonus/
  188. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=AC
  189. ^ "Make Your Miles Count". Air Canada.
  190. ^ https://www.aircanada.com/ca/en/aco/home/aeroplan.html
  191. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=CA
  192. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=ZH
  193. ^ https://ffp.airchina.com.cn/appen/en/index-en.html
  194. ^ https://ffp.airchina.com.cn/en/index.html?cid=ZH
  195. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=AI
  196. ^ http://www.airindia.in/about-flying-returns-new.htm
  197. ^ "Flying Returns Member" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 May 2014. Dicapai pada 2 November 2015.
  198. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=NZ
  199. ^ https://www.airnewzealand.co.nz/airpoints
  200. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=NH
  201. ^ https://www.ana.co.jp/en/jp/amc/
  202. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=OZ
  203. ^ https://kr.flyasiana.com/C/en/main.do
  204. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=AV
  205. ^ https://www.lifemiles.com/
  206. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=CM
  207. ^ https://connectmiles.copaair.com/en/web/guest
  208. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=MS
  209. ^ http://www.egyptairplus.com/MS_Member_WebSite/frequent.jsp
  210. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=ET
  211. ^ https://shebamiles.ethiopianairlines.com/#/about_shebamiles
  212. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=BR
  213. ^ https://www.evaair.com/en-global/about-eva-air/news/news-releases/2020-04-30-news-for-infinity-mileagelands-members.html
  214. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=SK
  215. ^ https://www.flysas.com/en/eurobonus/
  216. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=SQ
  217. ^ https://www.singaporeair.com/en_UK/us/ppsclub-krisflyer/
  218. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=SA
  219. ^ https://www.flysaa.com/za/en/voyagerLogin.secured
  220. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=TP
  221. ^ https://www.flytap.com/en-de/miles-and-go
  222. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=TG
  223. ^ https://www.thaiairways.com/my_MM/rop/rop_login.page?
  224. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=TK
  225. ^ https://www.turkishairlines.com/en-int/miles-and-smiles/
  226. ^ https://www.staralliance.com/en/member-airline-details?airlineCode=UA
  227. ^ https://www.united.com/web/en-US/content/mileageplus/default.aspx
  228. ^ "Star Alliance Launches New Aircraft Livery; New Member Asiana Airlines to Premiere Bold New Design". PRNewsWire. 22 November 2002. Dicapai pada 8 October 2015.
  229. ^ https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Star_Alliance_countries_2022.png

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Star Alliance di Wikimedia Commons

  Kategori berkenaan Star Alliance di Wikimedia Commons