Tuanku Muhriz

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (Jawi: توانكو محرز ابن المرحوم توانكو مناور) diputerakan pada 14 Januari 1948. Baginda ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11. Baginda merupakan satu-satunya putera daripada enam orang adik-beradik kepada pasangan Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9 dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Tuanku Muhriz
توانكو محرز
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
Pemerintahan29 Disember 2008 – kini
Pertabalan26 Oktober 2009
Pemasyhuran29 Disember 2008
Didahului olehTuanku Ja’afar
Pewaris takhtaPutera Yang Empat
Tunku Besar Seri Menanti
Tempoh1961 – 2008
Didahului olehTunku Besar Burhanuddin
Diikuti olehTunku Ali Redhauddin
Canselor ke-3
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tempoh2009 - kini
Didahului olehTuanku Ja'afar
Keputeraan (1948-01-14) 14 Januari 1948 (umur 76) (umur 76 tahun dan 5 bulan)
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
PasanganTuanku Aishah Rohani (k. 1974)
Anakanda
Nama penuh
Tunku Muhriz ibni Tunku Munawir
Nama diraja
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
DinastiPagar Ruyung
AyahandaTuanku Munawir
BondaTunku Ampuan Durah
AgamaSunni Islam
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
Perkhidmatan Rejimen Semboyan Diraja
Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja
Pangkat Kolonel Yang DiPertua

Kehidupan peribadi كهيدوڤن ڤريبادي

sunting

Tuanku Muhriz diputerakan pada 14 Januari 1948 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kekanda dan adindanya yang lain ialah :

Pendidikan ڤنديديقن

sunting

Baginda mendapat pendidikan rendah & menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad di Kuala Pilah. Kemudian di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin dan Sekolah Menengah King George V di Seremban dan meneruskan pelajaran baginda di Aldenhem School, United Kingdom. Baginda memperoleh Ijazah Undang-undang dari Kolej Universiti Wales, Aberystwyth, Britain.

Kerjaya كرجاي

sunting

Baginda menjadi ahli perniagaan serta Pengarah Bangkok Bank Berhad.

Istiadat pertunangan diraja ايستيعادة ڤرتوناعن دراج

sunting

Pada 16 Februari 1973, pertunangan diraja antara Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz, 25 tahun dengan Tengku Aishah Rohani, 21 tahun berlangsung pada pukul 4:30 petang di Istana Terengganu, Jalan Pekeliling.

Tunku Muhriz ialah seorang pegawai tadbir di Bank Rakyat dan bakal isterinya, Tengku Aishah Rohani ialah seorang kerani jurukira di sebuah bank tempatan.

Ketika ditemui, Tengku Aishah memberitahu bahawa Tunku Muhriz yang bakal jadi suaminya itu adalah pilihan hatinya berdasarkan suka sama suka.

Istiadat perkahwinan diraja ايستيعادة ڤركهوينن دراج

sunting

Pada 25 April 1974 bersamaan 2 Rabiul Akhir 1394 Hijrah, Tuanku Muhriz kemudiannya mengahwini Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu ketika berusia 26 tahun. Istiadat perkahwinan baginda berdua diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu disaksikan oleh bonda Tunku Muhriz, Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Durah serta kerabat diraja Negeri Sembilan dan Terengganu.

Pada 4 Mei 1974, Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Durah mengadakan Istiadat Menyambut Keberangkatan Balik Pengantin Diraja yang diadakan di Istana Lama Seri Menanti. Baginda berdua bersanding di atas singgahsana lama Istana Lama Seri Menanti.

Kerabat diraja كرابت دراج

sunting

Hasil perkahwinan dengan Tengku Aishah Rohani, baginda berdua memperoleh tiga orang putera iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al-'Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.

Tunku Besar Seri Menanti تونكو بسر سري مننتي

sunting

Dilantik sebagai Tunku Besar Seri Menanti pada 1961, Tunku Muhriz dipilih oleh Majlis Undang berikutan kemangkatan ayahanda baginda. Perlembagaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa penggantian takhta adalah mengikut anakanda lelaki, cucunda lelaki, adinda lelaki dan anak kepada adinda lelaki kepada pemerintah itu. Tunku Muhriz merupakan waris pertama selepas kemangkatan Tuanku Munawir, lalu diikuti oleh Tuanku Ja’afar dan Tunku Abdullah. Walau bagaimanapun, baginda tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar ketika itu tetapi ayahanda saudaranya, Tuanku Ja’afar yang untuk satu penggal iaitu 5 tahun ketika itu seorang diplomat, telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar yang ke-10. Pemilihan ini secara tidak langsung dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman, yang meminta supaya Tuanku Muhriz tidak dipilih kerana masih terlalu muda iaitu ketika itu berusia lapan belas tahun.

Istiadat pemasyhuran ايستيعادة ڤماشهوران

sunting

Kesemua Undang Yang Empat bersidang di Dewan Keadilan dan memutuskan pemasyhuran Tuanku Muhriz sebagai pengganti Almarhum Tuanku Ja’afar. Kemudian tembakan meriam 32 das dan 21 das lagi menandakan pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru. Semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz dan Mubarak menyampaikan persembahan Mas Manah. Seterusnya Mufti negeri, Datuk Murtadza Sheikh Ahmad membacakan doa kesyukuran.

Baginda hadir dalam Istiadat Pemakaman Diraja iaitu membawa jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar dari Pelambar di Istana Besar Seri Menanti ke Makam Diraja Seri Menanti bersebelahan Masjid Tuanku Munawir diiringi 86 das tembakan meriam.

Yang di-Pertuan Besar يڠ دي-ڤرتوان بسر

sunting

Tuanku Muhriz akhirnya dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008 di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Klana Petra Dato' Mubarak Dohak mengikut Adat Perpatih yang dibawa dari Pagar Ruyung, Sumatera, Indonesia.

 
Duta AS Kamala Lakhdir membuat kunjungan hormat ke atas Tuanku Muhriz

Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz Ibni Tuanku Munawir, Tunku Laksamana Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Tuanku Ja'afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tuanku Ja'afar. Tunku Naquiyuddin pernah menjadi pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tunku Imran dan Tunku Nadzaruddin turut dipertimbangkan sebagai calon Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Turut hadir ialah kesemua putera Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Laksamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar; Tunku Muda Serting, Tunku Imran Tuanku Ja’afar; dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, Undang Luak Jelebu, Dato' Musa Wahab; Undang Luak Rembau, Dato' Muhamad Sharip Othman; dan Undang Luak Johol, Dato' Mohd. Jan Abdul Gani. Lain-lain ialah Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri; Tunku Besar Tampin ; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin negeri.

Canselor UKM

sunting

Selepas kemangkatan Tuanku Ja'afar, DYMM Tuanku Muhriz dilantik sebagai Canselor UKM pada 2009.

Kolonel Yang DiPertua

sunting

DYMM Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah Kolonel Yang DiPertua Rejimen Semboyan Diraja (RSD) dan Kolonel Yang DiPertua Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD).[1]

Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرن

sunting
Gelaran hormat bagi
Tuanku Muhriz
 
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 14 Januari 1948 - 4 April 1960 : Yang Mulia Tunku Muhriz ibni Tunku Laksamana Munawir
  • 5 April 1960 - 5 Julai 1961 : Yang Amat Mulia Tunku Muhriz ibni Tuanku Munawir
  • 6 Julai 1961 - 14 April 1967 : Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz ibni Tuanku Munawir
  • 15 April 1967 - 28 Disember 2008 : Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir'
  • 29 Disember 2008 - kini : Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

Gelaran penuh baginda ialah :

Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, D.K., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Perlis), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T.

Penghargaan ڤعهرڠان

sunting

Negeri Sembilan

sunting

Baginda telah dianugerahkan:

Malaysia

sunting

Keturunan كتورونن

sunting

Rujukan رجوكن

sunting
  • "Tunku Muhriz Is Proclaimed New Yang Dipertuan Besar Of NS". BERNAMA. 2008-12-29. Dicapai pada 2008-12-29.
  1. ^ "Kolonel Yang DiPertua Rejimen Dan Kor". Warisan Permaisuri. 22 Julai 2016.
  2. ^ a b c d e List of Malaysian rulers with mentions of orders received


Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
Kerabat diraja Negeri Sembilan
Tarikh keputeraan: 14 Januari 1948
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tuanku Ja’afar
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1957 – 1960
Pemegang jawatan kini