Volkswagen Beetle
Volkswagen Type 1, lebih dikenali sebagai Beetle atau Bug, ialah model kereta ekonomi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jerman Volkswagen (VW) dari tahun 1938 sehingga 2003. Walaupun nama "Beetle" and "Bug" diterima ramai dalam masa yang singkat, hanya pada bulan Ogos 1967 barulah VW menggunakan nama Beetle untuk pasaran Amerika Syarikat. Di Britain, VW tidak pernah menggunakan nama Beetle secara rasmi. Sebelum ini ia hanya dikenali sama ada "Type I" ataupun 1200, 1300 atau 1500, yang merupakan nama yang digunakan dalam pasaran Eropah; nombor tersebut merujuk kepada saiz enjin dalam sentimeter padu. Pada tahun 1998, selepas model asal sudah lama dihentikan pengeluarannya bagi sebahagian besar pasaran dunia (tetapi masih dikeluarkan di Mexico sehingga tahun 2003) VW memperkenalkan model "New Beetle" (dibina berasaskan platform Volkswagen Golf) yang menampilkan keserupaan kosmetik kepada rupa bentuk asal.
Volkswagen Type 1 | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Volkswagen |
Juga dikenali | Volkswagen Beetle |
Pengeluaran | 1938—2003 |
Pengganti | Volkswagen New Beetle Volkswagen Golf |
Kelas | Kereta ekonomi |
Gaya badan | Cabriolet 2 pintu Coupé 2 pintu |
Enjin | 1.2 L 4 rata 1.3 L 4 rata 1.5 L 4 rata 1.6 L 4 rata |
Sejarah
suntingBermula tahun 1931, Ferdinand Porsche dan Zündapp membangunkan "Auto für Jedermann" (kereta untuk semua orang), kali pertama nama Volkswagen digunakan. Porsche lebih gemar menggunakan enjin 4 silinder rata sejukan udara, tetapi Zündapp menggunakan enjin jejari 5 silinder sejukan cecair. Pada tahun 1932 tiga prototaip telah berjaya diuji[1]. Kesemua kereta tersebut telah hilang semasa perang; yang terakhir telah hilang pada tahun 1945 di Stuttgart semasa serangan bom.
Pada tahun 1933, Adolf Hitler menghantar lakaran kepada Ferdinand Porsche bagi cadangan model "Volks-Wagen" ("Kereta Rakyat"), sebuah kereta asas yang mempu mengangkut dua penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak pada kelajuan 100 km/j (62bsj). Kereta Rakyat tersebut boleh didapati oleh rakyat Jerman Nazi melalui skim simpanan, dengan harga serendah 990 mark, hampir sama dengan harga sebuah motosikal kecil pada zaman tersebut, dengan pendapatan purata sekitar DM32 seminggu.[2] Ia merupakan antara kereta pertama di dunia yang mana enjinnya berfungsi tanpa menggunakan air. Kereta ini direka khas pada awal perang dunia untuk kegunaan askar Jerman melalui kawasan padang pasir dengan senang.
-
Bahagian belakang 1949 VW Bug yang telah dipulihara
-
VW Standard tahun 1950
-
Bahagian belakang model 1961 VW Bug yang telah dipulihara dengan bumbung suria
-
Papan pemuka model 1969 VW Bug buatan Mexico
-
Bahagian belakang model 1971 VW Beetle yang telah dipulihara di Sri Lanka
-
Bahagian dalaman 1949 VW Bug
-
VW 1303 Cabriolet
-
VW 1303LS dari Turki (gambar inframerah)
VW Beetle 1967
sunting1967 Volkswagen Beetle (imej bukannya model 1967 Beetle) | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Volkswagen |
Kelas | Kereta subkompak |
Gaya badan | Cabriolet2 pintu Coupé 2 pintu |
Enjin | Enjin 1500 cc 4 rata OHV sejukan udara di belakang 40 kW (53 bhp) @ 4200 rpm Tork 105 Nm (78 ka·lbf) @ 2600 lubang 83 mm lejang 69 mm Nisbah mampatan 7.5:1 |
Penghantaran | Manual 4 kelajuan |
Jarak roda | 2400 mm (94.5 in) |
Panjang | 4079 mm (160.6 in) |
Lebar | 1539 mm (60.6 in) |
Volkswagen Beetle telah melalui perubahan ketara bagi model tahun 1967. Sementara kereta tersebut kelihatan sama seperti model asal, sistem aliran kuasanya telah dipertingkatkan. Antara perubahan pada Beetle termasuklah enjin yang lebih besar pada tahun berikutnya. Kuasa kuda telah ditingkatkan kepada 37 kW (50 hp) pada tahun sebelumnya, dan pada tahun 1967 kuasa enjin telah dipertingkatkan lagi kepada 40 kW (53 hp).
Keluaran penjana elektrik telah meningkat daripada 180 kepada 360 watt, dan sistem elektrik dipertingkatkan daripada sistem 6 volt kepada sistem 12 volt. Saiz cakera klac juga telah meningkat, dan perubahan turut dilakukan pada roda tenaga, sistem brek dan gandar belakang. Peralatan wajib baharu termasuklah pengelap cermin hadapan 2 kelajuan, lampu sandaran, alas lengan pemandu pada pintu, punat pengunci pada pintu, lampu hadapan serta cermin sisi di bahagian pemandu.
Harga bagi model tersebut ialah AS$1,640 dengan berat 840 kg (1850 lb) yang merupakan berat lazim bagi kereta buatan Eropah pada masa tersebut. Kelajuan maksimum ialah 130 km/j (82 bsj), mencukupi bagi dipadankan dengan had laju maksimum 110 km/j (70 bsj) di lebuh raya Amerika Syarikat.
Beetle Baru
suntingPada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Amerika Utara 1994, Volkswagen menampilkan "Concept 1", kereta konsep dengan reka bentuk futuristik tetapi mirip model Beetle asal. Reaksi yang menggalakkan di kalangan orang ramai menyebabkan syarikat mengeluarkan kereta tersebut, dan pada tahun 1998, 20 tahun selepas Beetle terakhir dijual di Amerika Syarikat, Volkswagen melancarkan Beetle Baru yang direka bentuk oleh Mays dan Freeman Thomas di studio reka bentuk syarikat di California.
Beetle Baru dikeluarkan di kilang VW di Puebla, Mexico di mana, ironinya, barisan terakhir pengeluaran model Beetle lama dengan enjin sejukan udara dihentikan bagi membolehkan model Beetle Baru yang berasaskan Golf dikeluarkan.
Beetle Baru, dengan enjin (sejukan cecair) di hadapan kereta yang dipacu roda hadapan, hanya berkait dengan model asal pada nama, bentuk umum serta beberapa reka bentuk. Ia ialah sebuah kereta moden berasaskan platform Volkswagen A.
Nama-nama lain bagi Type 1
suntingVW Beetle dikenali dengan pelbagai nama di kebanyakan negara, biasanya merujuk kepada perkataan "kumbang" (beetle). Antaranya:
- Volkswagen Sedan
- Volkswagen Bug
- Coccinelle (ladybird) atau Kever di Belgium
- Peta ("kura-kura") di Bolivia
- Folcika di Bosnia-Herzegovina
- Sedan, kemudian Fusca (lebih popular, Fusquinha yang bermaksud Fusca Kecil. Di selatan Brazil Fusca atau Fuscão) di Brazil
- Косτенурка (Kostenurka) (bermaksud kura-kura) di Bulgaria
- Weevil di Canada
- Escarabat (bermaksud "kumbang") dalam bahasa Catalan
- Moncho atau Escarabajo di Chile
- Jiǎ Ké Chóng (甲壳虫) ((bermaksud "kumbang") di China
- Cucarron (Scarab) atau “Pichirilo” di Colombia.
- Buba di Croatia
- Brouk di Czech Republic
- Boblen (buih) di Denmark
- Cepillo ("Berus") di Republik Dominika
- Escarabajo atau Pichirilo di Ecuador
- خنفسة - Disebut sebagai khon-fesa di Mesir
- Põrnikas (bermaksud "kumbang") di Estonia
- Kuplavolkkari (kupla bermaksud buih) di Finland
- Coccinelle (kumbang) di Perancis
- Буба di Republik Macedonia
- Jin-guei che (金龜車) di Taiwan
- Käfer di Jerman
- Σκαθάρι (Scathari bermaksud[Penjelasan diperlukan]) atau Σκαραβαίος (Scaraveos bermaksud Scarab) di Yunani
- Cucaracha atau Cucarachita (lipad) di Guatemala.
- Coccinelle (kumbang) di Haiti
- Bogár (bermaksud "kumbang") di Hungary.
- Cucarachita (lipas kecil) di Honduras.
- Bjalla di Iceland
- Kodok di Indonesia
- Agroga عكروكة (katak) di Iraq
- חיפושית ("Hipushit," kumbang) di Israel
- Maggiolino atau nama tidak rasmi Maggiolone di Italy
- Kabuto-mushi (カブトムシ) (bermaksud "kumbang badak") di Jepun
- Kifuu di Kenya
- Vabole di Latvia
- Vabalas di Lithuania
- Kura di Malaysia
- Sedán,Pulguita (kutu kecil) atau Vocho (kadang-kadang dieja sebagai "bocho") di Mexico
- Scoro-Scoro di Namibia
- Kever di Belanda
- Catch Fire di Nigeria
- Boble (buih) di Norway
- Foxi atau ”Foxy” di Pakistan
- Escarabajo ("kumbang") atau Fusca di Paraguay
- kotseng kuba (bermaksud, 'kereta bongkok') /"pagong" (kura-kura),"Ba-o", kura-kura dalam dialek Cebuano "Boks" di Filipina
- Garbus (bermaksud 'bongkok') di Poland
- Carocha di Portugal
- Volky in Puerto Rico
- Broasca / Broscuţă (katak kecil) atau Buburuza (kumbang) di Romania
- Фольксваген-жук di Rusia
- Буба di Buba di Serbia
- Volla - disebut sebagai Folla di Afrika Selatan
- Chrobák di Slovakia
- Hrošč in Slovenia
- Escarabajo ("kumbang") di Sepanyol dan Amerika Latin
- Volks / Beetle/ ibba (kura-kura) di Sri Lanka
- Mgongo wa Chura” (Belakang Katak) or Mwendo wa Kobe” (Kelajuan Kura-kura) di Swahili
- Bagge (kependekan bagi skalbagge, kumbang) atau bubbla (buih) di Sweden
- Kobe di Tanzania
- รถเต่า - disebut Rod Tao (kereta kura-kura) dalam Bahasa Thai
- Kaplumbağa atau tosbağa (bermaksud kura-kura) atau "vosvos" di Turki.
- Escarabajo di Venezuela.
- con bo di Vietnam
- Bhamba datya in Shona - Datya bermaksud karak dalam bentuk vernakular dari Zimbabwe
- Poncho
- Popoy
- Pulga
- Punchbug
- Volky
Rujukan
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Volkswagen Beetle. |