Wikipedia:Laku musnah

(Dilencongkan dari Wikipedia:Vandalisme)

Laku musnah ialah mana-mana satu penambahan, penghapusan, atau penukaran kandungan yang dilakukan semata-mata untuk mengurangkan mutu ensiklopedia ini. Jenis laku musnah yang paling biasa ialah penukaran teks dengan bahan lucah, pengosongan halaman, atau pemasukan jenaka ataupun bahan-bahan karut yang lain.

Laku musnah ditegah sama sekali. Sementara para penyunting digalak memberi amaran dan mendidik pelaku musnah, pemberian amaran tidak menjadi syarat bagi seseorang penyelia menjalankan sekatan.

Mana-mana suatu usaha yang dibuat dengan ikhlas untuk memperbaiki ensiklopedia ini, walaupun salah, tidak akan dianggap sebagai laku musnah. Suntingan yang pada kelihatannya merupakan niat jahat tetapi sifatnya tidak jelas, tidak akan dianggap sebagai laku musnah di Wikipedia. Umpamanya memasukkan pendapat sendiri dalam halaman untuk kali pertama tidak dianggap sebagai laku musnah — ia hanya tidak berguna, dan harus dihapuskan atau perkataan-perkataannya disusun semula.

Melakukan laku musnah merupakan pencabulan dasar Wikipedia; ia harus dikesan, dan kemudian dihadapi — jika anda tidak dapat menghadapinya sendiri, anda boleh mendapat bantuan daripada mana-mana penyelia di portal ini.

Satu kajian pada 2002 yang dibuat oleh IBM mendapati bahawa kebanyakan daripada laku musnah di Wikipedia Bahasa Inggeris dikembalikan dalam lima minit (sila lihat keputusan rasmi); bagaimanapun, pelaku musnah merupakan masalah yang berterusan kepada semua pengguna, dan amt baik sekiranya sebelum menyunting rencana, anda memeriksa sejarah terkini untuk mengesan jika adanya laku musnah terkini yang belum dikembalikan — walaupun pengemaskinian terakhir hanya lima minit dahulu sahaja.

Bukan semua laku musnah adalah terang-terangan, dan bukan semua penukaran yang besar ataupun yang berkontroversi merupakan laku musnah. Berhati-hatilah dalam memutuskan sama ada data atau maklumat yang baru itu merupakan maklumat yang sah ataupun hanya merupakan laku musnah.

Mengenal pasti laku musnah

Anda boleh mengesan laku musnah dengan cara-cara berikut:

  • Meronda dan memeriksa laman Perubahan terkini , dan menggunakan perubahan bagi mengenal pasti suntingan yang mencurigakan.
  • Perhatikan Senarai pantau anda.
  • Sejarah suntingan sesebuah rencana dapat diperiksa untuk mencari suntingan yang mencurigakan, dan kemudiannya dibandingkan dengan sesebuah pembatalan ataupun himpunan suntingan sahih. Kaedah ini dapat memeriksa banyak suntingan yang mencurigakan pada sesuatu masa. Saiz rencana, yang diberikan dalam bait, lazimnya meningkat sedikit dengan peredaran masa, sementara pengurangan mendadak berkemungkinan disebabkan oleh pemadaman.

Dalam ketiga-tiga kaedah yang disebut di atas, contoh suntingan yang mencurigakan ialah suntingan yang dilakukan alamat IP, berpautan merah, ataupun mempunyai nama pengguna yang diubah suai. Satu cara yang bagus adalah dengan mengklik setiap suntingan yang dikira sahih yang terkandung dalam senarai pantu, sejarah, dll. Pengalaman anda akan memberi tahu anda mana suntingan yang harus diperiksa lanjut dan yang mana boleh diabaikan. Penyunting IP tidak seharusnya dianggap pelaku musnah. Walaupun banyak pelaku musnah melakukan kegiatan tanpa mendaftar diri, terdapat juga ramai penyunting IP yang menyumbang secara baik kepada Wikipedia. Oleh itu, sentiasa baca apa yang ditulis dan jadikannya, bukan siapa yang membuat suntingan, sebagai kayu pengukur apabila membuat taksiran.

  • Lihat juga laman Pautan ke laman ini bagi mencari teks Muat, Tajuk, Maklumat halaman dan sebagainya. Ciri Ringkasan suntingan juga dapat membantu.
  • Memeriksa Log penyalahgunaan
  • Memantau suntingan yang diteg oleh penyaring penyalahgunaan. Walau bagaimanapun sila maklum bahawa banyak suntingan yang diteg ialah suntingan sahih dan tidak sepatutnya dibalikkan secara membabi buta. Justeru, jangan membalikkan suntingan berteg tanpa sekurang-kurangnya membaca suntingan terlebih dahulu.

Menghadapi laku musnah

Jika anda melihat perbuatan atau gejala laku musnah (seperti ditakrifkan di bawah), seringnya adalah berfaedah jika anda dapat memeriksa sejarah halaman selepas membuat pengembalian bagi memastikan bahawa anda telah menghapuskan kesemua laku musnah. Periksakan juga sumbangan pengguna yang mempunyai rekod sebagai pelaku musnah di Wikipedia — biasanya, anda akan mendapati lebih banyak penyuntingan yang berniat jahat telah dilakukannya.

Sebagai tambahan, tinggalkan pesanan amaran pada halaman perbualan pelaku musnah melalui sistem berikut.

Templat amaran

Sila ambil perhatian bahawa templat-templat ini tidak perlu diguna secara berurutan. Jika penyuntingan itu merupakan laku musnah yang jelas, pertimbangkan mengguna ujian2. Untuk laku musnah teruk yang berterusan, ujian3 boleh dilangkau dan ujian4 diberikan selepas ujian2. Ingat, pemberian templat amaran tidak menjadi syarat bagi seseorang penyelia menjalankan sebarang sekatan terhadap pelaku musnah!

Bagaimanapun, jika anda tidak pasti adakah suntingan itu merupakan laku musnah, selalu bermula dengan ujian1. ~~~~ dalam templat di bawah akan menyebabkan masa dan tandatangan dimasukkan ke dalam amaran anda.

{{subst:ujian1}}~~~~
  Terima kasih kerana mencuba Wikipedia. Percubaan anda berjaya dan telah diundurkan atau dihapuskan. Sila gunakan kotak pasir untuk sebarang percubaan yang anda kehendaki. Selain itu, anda boleh melihat laman pengenalan untuk mempelajari lebih lanjut bagaimana anda boleh menyumbang di ensiklopedia ini.

  Thank you for editing in Wikipedia. Your edit has been successful and has been reverted or deleted. Please use the sandbox for test edits. You can also read the introduction page to learn about how you can contribute to this encyclopedia.

{{subst:ujian2}}~~~~
  Sila berhenti daripada melakukan sebarang suntingan tidak bermakna pada Wikipedia. Suntingan anda lebih kelihatan seperti vandalisme dan telah dibalikkan atau dibuang. Jika anda ingin melakukan uji kaji, sila gunakan kotak pasir. Terima kasih.

  Please refrain from making unconstructive edits to Wikipedia. Your edits appear to constitute vandalism and have been reverted or removed. If you would like to experiment, please use the sandbox. Thank you.

{{subst:ujian2a}}~~~~ (kelainan yang sesuai untuk laku musnah yang mengosongkan halaman)
 

Sila hentikan pembuangan kandungan dari Wikipedia. Perbuatan anda dianggap sebagai laku musnah. Jika anda cuma ingin mengujikaji, silalah gunakan kotak pasir. Terima kasih.


Please stop removing content from Wikipedia. It is considered vandalism. If you would like to experiment, please use the sandbox. Thank you.

{{subst:ujian3}}~~~~
  Sila hentikan suntingan gangguan anda. Jika anda terus melaku musnah, anda berkemungkinan disekat daripada menyunting.

  Please stop your disruptive editing. If you continue to harm Wikipedia, you may be blocked from editing.

{{subst:ujian4}}~~~~
 
Anda mungkin akan disekat daripada menyunting tanpa sebarang amaran lanjutan pada kali yang berikutnya anda melaku musnah.

 

You may be blocked from editing without further warning the next time you harm Wikipedia.


Sebagai ganti, anda juga boleh menggunakan:

{{subst:ujian-n|}}~~~~
{{subst:ujian2-n|}}~~~~
{{subst:ujian2a-n|}}~~~~
{{subst:ujian3-n|}}~~~~
{{subst:ujian4-n|}}~~~~

Untuk mengatakan dengan jelas mana satu rencana yang telah dilakumusnahkan (akhiran -n merupakan nama rencana) dan menambahkan tandatangan anda. Umpamanya:

{{subst:ujian-n|Diablo II}}
Pesanan ini adalah berkenaan rencana Diablo II. Terima kasih kerana menguji kaji dengan Wikipedia. Ujian anda berjaya dan telah dikeluarkan. Sila gunakan kotak pasir jika anda ingin membuat uji kaji yang lain. Sila lihat halaman sambutan jika anda hendak mempelajari cara menyumbang dengan lebih lanjut. Terima kasih.

"subst" menyebabkan teks templat ditampal ke dalam halaman perbualan dengan rupa yang sama seolah-olah anda telah menaipnya berbanding peninggalan {{subst:ujian}} yang boleh dilihat sewaktu menyunting halaman itu. Ini menyebabkan pesanan anda lebih bersifat keperibadian kepada pengguna, dan oleh sebab itu, lebih ramah. Juga jika sesiapa melaku musnah kepada templat, laku musnah itu tidak akan menjejaskan setiap halaman yang menggunakan teks daripada templat itu.

Jika pelaku musnah melakukan perbuatannya sekali lagi, senaraikan nama atau alamat IP mereka di Wikipedia: Campur tangan Penyelia terhadap laku musnah. Penyelia yang menyekat pelaku musnah tersebut akan meninggalkan pesanan yang berikut di halaman perbualan pelaku musnah:

{{Templat:Sekat}}
 
Anda telah disekat daripada menyunting kerana vandalisme di Wikipedia. Jika anda berhajat untuk membuat sumbangan yang berguna di wikipedia ini, anda boleh berbuat demikian sejurus selepas tempoh sekatan anda tamat. Lihat log sekatan

Jangan lupa meninggalkan tandatangan dan masa dalam amaran anda melalui empat tilde seperti berikut: ~~~~.

Kesani IP

Pertimbangkan juga mengesankan IP. Carikan pemilik melalui ARIN, RIPE ataupun APNIC (jika alamatnya tidak berada dalam satu laman sesawang, ia mungkin terdapat di laman sesawang yang lain), dan tambahkan {{vandalip|nama pemilik}} kepada halaman perbualan pengguna yang melaku musnah.

Maklumat lanjut: Campur tangan Penyelia terhadap laku musnah

Jenis laku musnah

Bentuk laku musnah yang paling biasa di Wikipedia adalah seperti berikut:

Memadamkan

Pemadaman kesemua rencana ataupun sebahagiannya yang utama (kekadang menggantikan kandungan yang dipadam dengan bahan-bahan yang tidak senonoh) merupakan suntingan laku musnah yang biasa.

Spam

Mencipta pautan luar yang tidak sesuai untuk iklan dan/atau untuk mempromosi sendiri.

BotLakuMusnah

Penggunaan skrip atau "robot" untuk mencuba melaku musnah ataupun mengespamkan amat banyak rencana (beratus-ratus atau beribu-ribu) dengan pemadaman, ataupun penciptaan pautan komersil. Lagi sejenis BotLakuMusnah kelihatan mendaftar diri berulang kali melalui nama rawak yang berbilang untuk melaku musnah rencana.

Laku musnah kebudak-budakan

Memasukkan grafiti atau memadam halaman. (Pelaku musnah seperti bekas pengguna "Penunggang basikal wanita" merupakan sebuah contoh jenis ini.) Sila perhatikan bahawa versi Wikipedia bahasa Inggeris untuk halaman ini telah berulang kali dipadam oleh pelaku musnah sejak 11 Jun 2005.

Laku musnah yang mengarut

Pelaku musnah kekadangnya akan mencipta rencana jenaka atau menggantikan rencana dengan bahan-bahan karut yang kelihatan munasabah, atau memasukkan jenaka yang bukan-bukan kepada rencana. Portal yang lebih sesuai untuk kandungan yang semata-mata bersifat jenaka ataupun karut ialah Uncyclopedia ataupun WP:BJAODN.

Laku musnah yang licik

Laku musnah ini lebih susah dikesan. Ia terdiri daripada pemasukan maklumat salah, 'pembetulan' menaip, penggantian tarikh, dan lain-lain yang kelihatan munasabah. Memasukkan maklumat yang jelas menipu dan dengan sengaja mengelirukan sidang dengan dakwaan yang direka-reka, bohong dan tidak sahih boleh dianggap sebagai laku musnah licik.

Laku musnah untuk menarik perhatian

Penggunaan hinaan dan nama pengguna yang kesat, menggantikan rencana dengan jenaka, dan sebagainya. (sila lihat juga: Wikipedia:Bidasan peribadi tidak diizinkan).

Laku musnah pada halaman pengguna

Memasukkan hinaan, bahan-bahan yang tidak senonoh dan sebagainya ke dalam halaman pengguna (sila lihat juga: Wikipedia:Bidasan peribadi tidak diizinkan).

Laku musnah imej

Muat naik imej yang bersifat provokatif, memasukkan pesanan politik, membuat GIF animasi yang berniat jahat, dan sebagainya. Mengulangi pemuatnaikan imej tanpa sumber dan/ataupun maklumat pelesenan selepas diberitahu bahawa maklumat itu diperlukan mungkin merupakan laku musnah.

Penyalahgunaan teg

Membubuhkan {{hapus}} dengan niat yang jahat, menghapuskan teg secara pantas walaupun syarat-syarat untuk berbuat demikian masih belum dipenuhi, ataupun membubuh teg perlindungan halaman pada rencana secara mengabui mata. ===Laku musnah templat Memasukkan mana-mana satu perkara yang tertulis di atas dalam templat.

Laku musnah berpindah halaman

Berpindah halaman ke halaman yang mempunyai nama yang kesat atau yang bukan-bukan. Bagaimanapun, Wikipedia kini cuma mengizinkan pengguna yang telah membuat sekurang-kurang 25 suntingan untuk membuat pengalihan halaman, dan alasan untuk membuat demikian mesti dinyatakan.

Laku musnah pengalihan

Mengalih rencana atau halaman perbualan ke rencana atau imej yang kesat. Sebahagian pelaku musnah akan mencuba mengalih halaman ke tajuk yang bukan-bukan yang dicipta mereka. Kelainan ini biasa dilakukan oleh pelaku musnah yang mempunyai akaun yang terlalu baru untuk berpindah halaman. Ia sering dibuat pada halaman yang dilindungi daripada perpindahan.

Laku musnah pautan

Menulis semula pautan dalam rencana supaya ia kelihatan sama sahaja, tetapi merujuk kepada sesuatu yang tidak berkaitan ataupun yang tidak munasabah, umpamanya [[Pepsi-Cola|Coca-Cola]].

Laku musnah pengelakan

Memadamkan {{hapus}}, {{copyvio}} dan teg-teg lain yang berkaitan untuk menyembunyikan ataupun mengelakkan kemungkinan sesuatu rencana dihapus.

Memadamkan amaran

Memadamkan amaran, baik untuk laku musnah atau jenis kelakuan lain yang dilarang ataupun tidak digalakkan, daripada halaman perbualan sendiri juga dianggap sebagai laku musnah.

Laku musnah aksara rawak

Menggantikan maklumat dengan aksara rawak, atau cuma memasukkan aksara rawak ke dalam halaman umpamanya, "aslkdjnsdagkljhasdlkh".

Menukarkan komen orang lain

Menyunting komen yang ditandatangani oleh pengguna yang lain supaya maksudnya bertukar (umpamanya, mengubah undi orang lain). Bagaimanapun, pemasukan komen bahawa sesuatu pesanan tidak ditandatangi merupakan pengecualian, umpamanya (komen tidak ditandatangani oleh pengguna)

Penyalahgunaan teg pertikaian

Teg-teg pertikaian ialah cara penting bagi pengguna untuk menunjukkan bahawa sebuah rencana mengandungi masalah. Jangan menghapuskannya sehingga pertikaian telah diselesaikan. Sebagai panduan am, jangan dua kali menghapuskan teg pertikaian pengguna lain dalam tempoh 24 jam. Jangan salah membubuh teg pertikaian, umpamanya sewaktu ketiadaan pertikaian. Alasan untuk membubuh teg pertikaian adalah kerana sesuatu suntingan telah kegagalan dalam mendapat persetujuan. Sebagai ganti, sila mengikut WP:CON dan menerima hakikat bahawa sebahagian daripada suntingan-suntingan tidak akan menerima persetujuan.

Laku musnah halaman perbualan rencana

Memadamkan komen pengguna yang lain daripada halaman perbualan rencana, atau memadamkan seluruh bahagian, biasanya dianggap sebagai laku musnah. Memadamkan bidasan peribadi sering dianggap sebagai perbuatan yang sah, dan juga dianggapi bahawa pengarkiban halaman perbualan yang terlalu panjang ke dalam fail yang lain diikuti dengan penghapusan teks daripada halaman perbualan utama boleh diterima. Yang tertulis ini tidak kena-mengena dengan halaman perbualan pengguna sendiri. Pengguna-pengguna dibenarkan memadamkan komen luar mengikut budi bicara mereka, kecuali dalam kes amaran yang mana pemadaman adalah dihalang.

Laku musnah dasar rasmi

Memadamkan atau mengubahkan sebahagian daripada dasar rasmi Wikipedia yang tidak disetujui oleh pelaku musnah, tanpa mencuba mendapat persetujuan ataupun tidak hendak mengakui persetujuan yang wujud. Memperbaiki ataupun menjelaskan susunan kata yang selaras dengan persetujuan terkini tidak dianggap sebagai laku musnah.

Laku musnah bahan hak cipta

Menggunakan bahan hak cipta dengan penuh erti dalam Wikipedia dengan cara yang melanggari dasar hak cipta Wikipedia dianggap sebagai laku musnah. Oleh sebab pengguna-pengguna mungkin tidak menyedari bahawa maklumat itu mempunyai hak cipta, ataupun tidak sedar akan dasar Wikipedia mengenai adakah bahan itu boleh atau tidak boleh diguna, perbuatan sebegini hanya merupakan laku musnah jika ia berterusan selepas sifat hak cipta bahan itu dan dasar berkaitan yang membataskan kegunaannya telah diberitahu kepada pengguna.

Laku musnah penciptaan akaun

Mencipta akaun dengan istilah kesat yang sengaja dalam nama pengguna dianggap sebagai laku musnah, tidak mengira sama ada akaun itu digunakan atau tidak.

Apa yang tidak dianggap sebagai laku musnah

Walaupun disangka sedemikian, namun perkara-perkara berikut bukan laku musnah dan perlu dilayan secara berbeza:

Ujian Pengguna Baru

Pengguna baru yang melihat butang "Sunting" kadang kala ingin mengetahui samaada mereka benar-benar boleh menyunting sebarang laman, dengan itu mereka menulis sesuatu di dalam hanya untuk mengujinya. Ini bukanlah pesalah laku! Sebaliknya, penguna sebegini sepatutnya disapa dengan ramah, dan diberikan rujukan kepada Kotak pasir (contoh. menggunakan perutusan template ujian) di mana mereka boleh terus membuat ujian mereka. (Kadang-kala mereka sendiri mengundurkan suntingan mereka; dalam kes sedemikian, letakkan perutusan {{selftest}} pada laman perbincangan mereka.)

Belajar Wiki Markup dan Panduan Stail

Sesetengah pengguna memerlukan masa bagi mempelajari wiki-based markup, dan akan menghabiskan sedikit masa mencuba dengan cara berlainan bagi membuat pautan luar, pautan dalaman, dan huruf khas lain. Daripada mengecam mereka sebagai pelaku musnah, terangkan sahaja kepada mereka gaya mana yang harus dipatuhi untuk isu yang ditangani—seperti menunjukkan mereka ke Wikipedia:Menyunting, dsb.

Pencabulan NPOV

Dasar pandangan berkecuali sukar difahami ramai, adakalanya orang lama di Wikipedia pun menyumbangkan kandungan yang berat sebelah. Sesungguhnya, kita semua dikaburi sedikit sebanyak oleh kepercayaan masing-masing. Walaupun dikesali, namun ini bukan laku musnah namanya.

Berani menyunting

Ahli Wikipedia juga membuat perubahan besar pada rencana demi meningkatkan mutunya—ramai di kalangan kita ingin bersikap berani mengemaskini rencana. Biarpun terasa seperti laku musnah apabila sebahagian besar bahan tulisan anda dipadam, dialihkan ke laman perbincangan, ataupun ditulis semula secara menyeluruh, namun jangan anda mengecamnya sebagai laku musnah.

Kesilapan

Adakalanya, seseorang memasukkan kandungan yang belum tentu tepat dalam rencana, kerana dia mempercayai kebenarannya. Mereka ini cuma cuba membuat sumbangan dan peningkatan pada ensiklopedia ini secara jujur. Jika anda percaya bahawa terdapat maklumat yang tidak tepat dalam rencana itu, pastikannya, dan/atau bincangkannya dengan pengguna yang menyumbangkannya.

Pembulian atau Kedegilan

Sesetengah pengguna tidak boleh mencapai persetujuan dengan lain-lain yang sudi berbincang dengan mereka dalam laman perbincangan, serta berulang kali melakukan perubahan yang dibangkang oleh semua orang lain. Perkara ini memang dikesali—anda boleh mendapatkan bantuan di laman penyelesaian pertikaian. Tetapi, ini bukan laku musnah namanya.

Mengganggu atau Mengutuk

Dasar Wikipedia jelas melarang sebarang tindakan menyelar atau mengganggu penyumbang-penyumbang lain. Ada sesetengah jenis penggangguan yang nyata berupa laku musnah, seperti mencemari laman pengguna. Apapun, secara amnya, gangguan bukan laku musnah.

Bagaimana mengesan laku musnah

Cara terbaik untuk mengesan laku musnah ialah memantau perubahan terkini. Setelah anda mencarinya, balikkan laman itu kepada versi terdahulu.

Pautan luar