Laman Utama

سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada (2002-10-26) 26 Oktober 2002 (umur 21).
Kini, kami mempunyai 391,336 buah rencana.

Rencana pilihan

Peta rajah Perang Ahzab
Peta rajah Perang Ahzab

Perang Ahzab (Bahasa Arab: غزوة الاحزابtranslit.: Ghazwah al-Ahzab) juga dikenali sebagai Perang Khandaq (Arab: غزوة الخندق, Ghazwah al-Khandaq), ialah peristiwa pengepungan Madinah selama lebih kurang empat minggu oleh suku-suku Arab dan Yahudi yang bergabung, yang bermula pada 31 Mac 627 M. Kekuatan pihak Gabungan dianggarkan seramai 10,000 orang diiringi 600 ekor kuda dan sebilangan ekor unta, sementara pihak Madinah terdiri daripada 3,000 orang.

Pihak yang mempertahankan Madinah, yang kebanyakannya Muslim di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW, menggali parit yang bersama-sama dengan kubu alami membuat pasukan berkuda Gabungan tidak berkesan, sekali gus menimbulkan kebuntuan buat kedua-dua pihak. Pihak Gabungan merancang untuk membuat beberapa serangan secara serentak dan berjaya meyakinkan sekutu mereka, Bani Quraizah, untuk menyerang kota Madinah dari arah selatan. Walau bagaimanapun, diplomasi Nabi Muhammad berjaya merosakkan rundingan antara Gabungan dan Quraizah, dan sekali gus mematahkan pakatan yang menentang baginda. Susunan pertahanan yang teratur, kejatuhan semangat pihak Gabungan dan keadaan cuaca yang buruk akhirnya menyebabkan kepungan berakhir dalam keadaan kelam kabut.

Pengepungan ini merupakan sebuah "pertarungan kepintaran" yang menyaksikan musuh dikalahkan oleh pihak Muslim secara taktikal sambil menanggung kerugian yang kecil. Usaha-usaha untuk mengalahkan Muslim gagal, dan Islam tambah berpengaruh di rantau itu. Susulan daripada itu, tentera Muslim mengepung perkampungan Quraizah, satu tindakan yang membawa kepada penyerahan diri tanpa syarat bani tersebut.

Rencana pilihan sebelum ini: Amir HamzahAnjingKanak-kanak hijau Woolpit

Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Oktober 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!

Tahukah anda...

Satu bukti daripada buku Euclid "Elements" bahawa apabila diberikan satu tembereng garis, satu segitiga sama wujud termasuklah tembereng sebagai salah satu daripada tiga sisi. Buktinya adalah dengan cara binaan: Satu segitiga sama ΑΒΓ dibuat dengan melukis bulatan Δ dan Ε berpusat pada titik-titik Α dan Β, dan dengan mengambil satu persilangan bulatan sebagai puncak sudut ketiga bagi segitiga tersebut.
Satu bukti daripada buku Euclid "Elements" bahawa apabila diberikan satu tembereng garis, satu segitiga sama wujud termasuklah tembereng sebagai salah satu daripada tiga sisi. Buktinya adalah dengan cara binaan: Satu segitiga sama ΑΒΓ dibuat dengan melukis bulatan Δ dan Ε berpusat pada titik-titik Α dan Β, dan dengan mengambil satu persilangan bulatan sebagai puncak sudut ketiga bagi segitiga tersebut.
  • "... bahawa fail komputer boleh dihadkan kepada baca sahaja atau disembunyikan terus?" 
  • "... bahawa dengan horcrux, seorang ahli sihir dapat hidup dengan sangat lama selagi horcrux itu kekal utuh?"  
  • ... bahawa orang Malagasi menganggap fosa sebagai suatu haiwan yang tamak, rakus dan licik; menyebabkan mereka melarang memakan dagingnya kerana takut terkena bala. 

Hari ini dalam sejarah

17 Oktober: Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa; Hari Dessalines di Haiti (1806).

Johannes Kepler

Hari-hari sebelum: 16 Oktober15 Oktober14 Oktober

Gambar pilihan

Pembebasan Paris

Orang ramai berbaris di Champs-Élysées semasa Bahagian Perisai Ke-2 Perancis melancarkan perarakan dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944, berikutan pembebasan Paris. Diperintah oleh Jerman Nazi sejak menandatangani Gencatan Senjata Compiègne Ke-2 pada tahun 1940, Paris telah dibebaskan semasa perjuangan selama seminggu yang bertelagah dengan Pasukan Dalaman Perancis, Bahagian Perisai Ke-2 Perancis, dan Tentera Darat Tengah Amerika Syarikat menentang Jerman Bahagian Keselamatan Ke-325. Pertempuran berakhir dengan Jeneral Jerman Dietrich von Choltitz menyerah kalah kepada pasukan Perancis. Lebih daripada 1,700 tentera Perancis dan 3,200 tentera Jerman terbunuh dalam pertempuran itu.

Gambar: Jack Downey

Gotong-royong

sunting

Kerjasama rencana baharu

Cabaran gotong-royong
Hasil gotong-royong terbaru

Segera Cipta
Segera Selenggara

Perangkaan WBM
Kedalaman Rencana Laman Suntingan Pengguna Pentadbir Fail
19.1 391,336 1,109,176 6,328,459 343,832 (641 aktif) 13 18,416

Perbaiki kandungan

Wikipedia dalam bahasa lain (mengikut susunan jumlah rencana) Wikipedia dalam bahasa lain

Projek Wikimedia yang lain

Wikipedia ialah projek Yayasan Wikimedia, sebuah pertubuhan bukan untung yang turut mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.


Wikikamus
Kamus bebas
Wikibuku
Buku teks dan manual bebas
Wikisumber
Perpustakaan bebas
Wikiberita
Sumber berita bebas
Wikipetik
Koleksi petikan kata
Wikilayar
Panduan perjalanan bebas
Commons
Koleksi multimedia bebas
Meta-Wiki
Penyelarasan projek Wikimedia
Wikidata
Pangkalan pengetahuan bebas
Wikiversiti
Bahan pelajaran bebas
Wikispesies
Panduan spesies
MediaWiki
Pembangunan perisian bebas


Bahasa