Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (lahir 9 Januari 1979) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan Ahli Parlimen Segambut.

Yang Berhormat Puan

Hannah Yeoh

AP
杨巧双
حنة[1]يوه تسيو سوان
Menteri Belia dan Sukan
Memegang jawatan
3 Disember 2022
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2022-2024)
Sultan Ibrahim Ismail (2024-kini)
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Adam Adli Abdul Halim
Didahului oleh Ahmad Faizal Azumu
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P117 Segambut
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Lim Lip Eng
Majoriti59,684 (PRU-15)
45,702 (PRU-14)
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Menteri Wan Azizah Wan Ismail
Didahului oleh Azizah Mohd Dun
Chew Mei Fun
Digantikan oleh Siti Zailah Mohd Yusoff
Yang di-Pertua
Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
21 Jun 2013 – 25 Jun 2018
Didahului oleh Teng Chang Khim
Digantikan oleh Ng Suee Lim
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N31 Subang Jaya
Dalam jawatan
08 Mac 2008 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Lee Hwa Beng
Digantikan oleh Michelle Ng Mei Sze
Majoriti28,069 (PRU-13)
13,851 (PRU-12)
Butiran peribadi
LahirYeoh Tseow Suan
(1979-01-09) 9 Januari 1979 (umur 45)
Selangor Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Parti politik Parti Tindakan Demokratik
PasanganRamanchandran Muniandy (k. 2008)
Anak-anak2
Alma materAustralia Universiti Tasmania, Australia
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam
Laman web rasmiHannah Yeoh's Personal Blog

Latar belakang

sunting

Dilahirkan di Subang Jaya, Yeoh pernah belajar di SK Seri Subang Jaya, SK SS19 dan SMK Subang Utama, selepas itu beliau menyambung pelajarannya di University of Tasmania, Australia pada tahun 1998 dan memperoleh ijazah undang-undangnya pada tahun 2001. Beliau diiktiraf menjadi peguam oleh Badan Peguam Malaysia pada bulan Januari 2003, dan kemudian mendapat pengiktirafan oleh Mahkamah Agung Tasmania selepas memperoleh Certificate of Legal Practice (Sijil Praktik Guaman) di Tasmania. Yeoh kemudian bertugas sebagai peguam di Petaling Jaya selama tiga tahun sebelum berpindah ke syarikat pengurusan upacara pada tahun 2006.[2]

Kerjaya politik

sunting

Didorong oleh Edward Ling, rakan sekolahnya, supaya menyertai dunia politik, kedua-dua Yeoh dan Ling menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Damansara pada akhir tahun 2006. Yeoh memilih untuk menyertai DAP walaupun parti itu merupakan sebuah parti pembangkang kerana beliau berasa bahawa pendirian parti politik itu adalah yang paling tekal, walaupun pemimpinnya sering diugut oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa sebarang perbicaraan.

 
Hannah Yeoh dalam satu ceramah mewakili DAP

Diilhamkan oleh Tony Pua, Pengerusi Cawangan Damansara, yang meletakkan jawatan untuk menyertai DAP sepenuh masa, Yeoh mengikut jejak Pua dan meletakkan jawatannya sejurus sebelum pilihan raya umum pada bulan Mac 2008 untuk menumpukan sepenuh masanya sebagai seorang ahli politik.

Dalam pilihan raya tersebut, Yeoh bertanding untuk kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan pilihan raya Subang Jaya, sebuah kubu Barisan Nasional, dan memenangi dengan majoriti sebanyak 13,851. Justeru itu, Ling yang merupakan pengurus kempennya dilantik sebagai setiausaha politik kepada Yeoh.

Keputusan pilihan raya umum 2008

sunting
Tahun DUN Undian diperolehi Majoriti Undian keseluruhan Lawan
2008 N31 Subang Jaya 23,459 13,851 33,067 Ong Chong Swen (BN - MCA)

Yeoh mengendalikan sebuah pusat perkhidmatan dan operasi yang ditempatkan di sebuah kedai yang terletak di 24, Jalan SS14/1A, Subang Jaya untuk memudahkan pertemuan dengan penduduk kawasannya serta untuk mengatasi masalah mereka. Beliau terperanjat apabila dibanjiri oleh masalah-masalah remeh-temeh dari tikus sehingga lampu jalan yang sepatutnya ditangani oleh anggota majlis tempatan.[3] Memahami bahawa peranannya adalah untuk "mewakili para pengundinya dengan berkesan dari segi dasar pada peringkat Dewan Undangan Negeri" dan bukan untuk mengatasi "masalah longkang", strategi Yeoh adalah untuk menggalakkan pengambilan anggota Majlis Perbandaran yang bermutu dari kalangan wakil penduduk.

Isu dan kontroversi

sunting

Tidak dibenarkan ke sekolah lama

sunting

Pada 4 Ogos 2010, Malaysiakini melaporkan bahawa terdapat satu surat pekeliling berhubung pemimpin-pemimpin BN yang boleh dijemput bagi menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah di Selangor tetapi membelakangkan pemimpin daripada Pakatan Rakyat dilabelkan sebagai contoh sifat 'pilih kasih' kerajaan persekutuan. Menurut surat yang bertarikh 16 Feb 2009 itu, Menteri Pelajaran Malaysia telah meluluskan senarai 57 pemimpin dari UMNO, MCA, MIC dan Gerakan di Selangor yang boleh mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin di negeri itu. Yeoh dalam laman tweet pernah mempersoalkan kandungan pekeliling itu dan berkata beliau mempunyai senarai pemimpin BN yang diluluskan itu. “Saya tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis di sekolah-sekolah di kawasan saya. Ini tidak betul kerana ia menghantar isyarat yang salah kepada kanak-kanak bahawa seseorang terpaksa menerima apa yang diberikan. Mereka tidak dibenarkan memilih pemimpin sendiri,” katanya.

Namun, katanya, dia dibenarkan ke sekolah lamanya - SMK Subang Utama - selepas campur tangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru.[4]

Seorang yang memeluk agama Kristian dan berkahwin dengan bangsa yang lain, pendirian Yeoh terhadap rasuah dan masyarakat pelbagai bangsa adalah nyata sekali. Sejurus selepas beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, beliau terkejut apabila mendapati bahawa meskipun rakyat selalu merungut tentang rasuah dan amat sangat ingin perubahan, masih terdapat orang yang rela menawarkannya wang untuk memudahkan dan mempercepat kelulusan projek. Bagi seorang yang menyertai dunia politik, bukan untuk kuasa atau keuntungan peribadi tetapi sebaliknya, untuk memastikan sebuah kerajaan yang bersih atas kepentingan generasi-generasi yang akan datang, Yeoh jelasnya merupakan suatu contoh unggul dalam kalangan ahli politik muda yang baharu yang muncul untuk memberikan pengertian baharu kepada apa yang dimaksudkan dengan ungkapan "perkhidmatan kepada negara."

Rujukan

sunting
  1. ^ https://www.almaany.com/ar/name/%D8%AD%D9%86%D8%A9/
  2. ^ "貌似慕尤丁- ‧- 欣赏郭素沁——杨巧双父亲是文青". Sin Chew Daily. 2018-07-08.
  3. ^ The Star: Subang Jaya assemblyman opens service centre. March 13, 2008
  4. ^ "", Malaysiakini.com. 4 Ogos 2010.

Pautan luar

sunting