Datuk Sapawi bin Amat Wasali @ Ahmad [1] merupakan ahli politik Malaysia dari parti Barisan Nasional.

YBhg Datuk

Sapawi bin Amat Wasali @ Ahmad

PGDK (Sabah)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sipitang, Sabah
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2018
Didahului olehYusof Yaacob (UMNOBN)
Digantikan olehYamani Hafez Musa
Butiran peribadi
LahirSipitang, Sabah
Parti politikBarisan Nasional Barisan Nasional (BN)
PekerjaanMalaysia Anggota Parlimen
Laman web rasmihttp://datuksapawiahmad.blogspot.com/

Ahli Parlimen Sipitang ini pernah berkhidmat sebagai Pembantu Menteri kepada tujuh orang Ketua Menteri Sabah.

Kualiti kerja beliau disenangi oleh Ketua-Ketua Menteri .Sapawi boleh diibaratkan ensiklopedia bergerak mengenai Ketua-Ketua Menteri Sabah.

Geografi kawasan Sipitang agak unik, terletak di selatan negeri Sabah, ia bersempadan dengan Sarawak (Lawas) dan Kalimantan (Indonesia).

Sipitang juga adalah laluan utama ke Brunei melalui jalan darat dan laut serta laluan ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Jaraknya dari bandaraya Kota Kinabalu ialah kira-kira 144km manakala dari Beaufort adalah 44 km.

Di daerah Sipitang, terdapat beberapa suku kaum dan antara suku kaum yang menetap di daerah tersebut adalah Etnik Melayu (suku Kadayan serta Brunei), Lun Bawang/Lundayeh, Murut dan Cina.

Sipitang juga terkenal sebagai penganjur Pesta Gasing dan Tamu Besar atau lebih dikenali dengan nama Pesta GATA, yang diadakan dua tahun sekali.

Pendidikan dan kerjaya sunting

Selepas tamat belajar, beliau menjadi guru sejarah. Beliau menerima latihan perguruan di Maktab Perguruan Gaya di Kota Kinabalu pada 1973-74.Seterusnya menjadi guru sejarah di Sekolah Menengah Saint Patrick di Membakut, Beaufort selama tiga tahun (1975-1977). Semasa belajar, beliau pernah menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tetapi tidaklah pernah bertemu dengan pengasasnya Datuk Sri Anwar Ibrahim.


Kemudian Sapawi menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi (1978-1981) dalam jurusan Sains Sosial .Tahun 1981 dia mengajar di Sekolah Berasrama Limau-Limauan di Kinarut, Papar.Pada 1984 Sapawi ditukarkan ke Sekolah Menengah Sains Kota Kinabalu sebelum naik pangkat menjadi Penolong Pengarah Pendidikan Sabah (bahagian latihan dan kemasyarakatan) pada 1988.

Politik sunting

Karier politik beliau bermula pada 1991 apabila dia dilantik sebagai Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Sabah dan menyertai UMNO sebaik parti itu berjaya masuk ke negeri di bawah bayu itu. Beliau menjadi Pengarah pertama. Ketika itu kerajaan negeri Sabah tidak ditadbir oleh BN yang ketika itu jadi pembangkang. Ketua Menteri Sabah dari Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu Datuk Sri Joseph Pairin Kitingan. Pada peringkat awal, BTN Sabah tidak mempunyai pejabat tetap , hanya ada pejabat sementara. Namun beliau gigih berusaha melatih 20 bahagian, pemuda dan wanita serta cawangan, belia, pemimpin masyarakat dan pegawai kerajaan.

Dari pengalaman itu, beliau , berjaya menyelami pemikiran politik di peringkat bahagian, cawangan, pemuda dan wanita - aspirasi, pendekatan dan juga perhubungan dengan  semua pemimpin politik .

Pilihan raya sunting

Selepas tiga tahun mengemudi BTN Sabah, Sapawi dicalonkan bertanding di DUN Sindumin dan menang dengan majoriti lebih 1,400 walaupun terdahulu DUN itu adalah kubu kuat USNO. Malah dia berjaya mengekalkan kerusi DUN itu selama tiga penggal.

Apabila BN menang di Sabah pada 1994, perlantikan negeri dibuat secara bergilir-gilir dan dia dilantik menjadi Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, iaitu Tun Sakaran Dandai.Kemudian tidak sampai setahun, Sankaran dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) menggantikan Datuk Seri Panglima Salleh Keruak (sekarang Speaker DUN Sabah) manakala Yong Teck Lee pula mengambilalih jawatan Ketua Menteri Sabah menggantikan Sakaran.

Pada 1996 Sapawi kekal Pembantu Menteri, kali ini kepada Tan Sri Bernard Giluk Dompok. Selepas PRU 1998, jawatan Ketua Menteri bertukar tangan kepada Datuk Seri Panglima Osu Sukam selama dua tahun dan dia juga mengekalkan khidmat Sapawi.

Pada 2000 Tan Sri Chong Kah Kiat dilantik Ketua Menteri Sabah yang baharu, dan dia  juga mengekalkan Sapawi.

Pada 2002 pula Sapawi dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Musa Aman (kini Ketua Menteri Sabah).

Pada PRU 2008 Sapawi menang di Parlimen Sipitang dengan majoriti hampir 7,000 undi mengalahkan  calon PKR, Haji Karim Kassim. Seterusnya menyandang jawatan Pengerusi Sabah Land Development Board (SLDB) pada tahun yang sama dan jawatan itu disandang sehingga sekarang.[2]

Pilihan raya Malaysia 2008 sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Sapawi Bin Amat Wasali @ Ahmad bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Sipitang , negeri Sabah. Sapawi Bin Amat Wasali @ Ahmad] telah menang dengan mendapat undi sebanyak 11905.

Calon lawan ialah Karim @ Abdul Karim Bin Tassim dari PKR mendapat 5,759 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75.42 %. Undi rosak sebanyak 531.


Keluarga sunting

Sapawi berkahwin dengan Patimah Ali dan mereka dikurniakan lima anak, iaitu dua lelaki dan tiga perempuan. Anak sulongnya bekerja sendiri, sementara anak kedua dan ketiga masing-masing graduan UIAM. Anak keempat pula sedang mengambil jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir manakala anak bongsu masih menuntut di Tingkatan 4.

Isterinya dikenali ketika menuntut di UKM, berasal dari Terengganu adalah  graduan akauntansi adalah pengetua Sekolah Menengah Tansau, Putatan, Penampang.

Sapawi aktif bermain bola sepak bersama tim “Sipitang Dream Team” yang turut dianggotai oleh bekas pemain-pemain negeri Sabah.Semasa di sekolah, beliau menjadi penjaga gol. Apabila membaca surat khabar ruangan sukan dibaca terlebih dahulu .

Lihat juga sunting


Rujukan sunting