Bahasa Semitik Purba

Bahasa Semitik Purba ialah bahasa purba yang direkonstruksi dan moyang kepada rumpun bahasa Semitik. Tiada kesepakatan di manakah asal usul bahasa Semitik Purba: pakar membuat hipotesis bahawa ia mungkin berasal dari Masyrik, Sahara, Tanduk Afrika, Semenanjung Arab, atau utara Afrika.[1] Menurut beberapa sumber kini, tempat asal yang paling mungkin adalah Afrika Utara.[2]

Semitik Purba
Rekonstruksi Bahasa-bahasa Semitik
Zamans. 4500–3500 SM
Rekonstruksi turutan

Rumpun bahasa Semitik dianggap sebagai sebahagian daripada rumpun bahasa Afro-Asia yang lebih besar daripadanya.

Penarikhan

sunting

Tulisan tertua dalam mana-mana bahasa Semitik adalah dalam bahasa Akkadia, dari sekitar abad ke-24 hingga ke-23 SM (lihat Sargon dari Akkad) dan bahasa Ebla, tetapi bukti yang bahasa Akkadia lebih lama datang daripada nama-nama peribadi dalam teks Sumeria dari awal alaf ke-3 SM.[3] Salah satu batu bersurat Akkadia tertua yang ditemui pada mangkuk di Ur, ditujukan kepada Raja Meskiagnunna dari Ur (s. 2485 – 2450 SM) oleh permaisuri baginda Gan-saman, yang dipercayai berasal dari Akkad.[4] Cebisan-cebisan teks Semit Barat yang terawal ialah mantera-mantera ular dalam teks-teks piramid Mesir, bertarikh dari sekitar pertengahan alaf ke-3 SM.[5][6]

Semitik Purba pula mesti dituturkan sebelum bahasa-bahasa turunannya muncul, jadi agak lama sebelum bahasa Akkadia mula dirakam, dan cukup lama untuk ia menjadi bahasa Akkadia. Maka ia mungkin wujud pada alaf ke-4 SM atau sebelum itu lagi.[3]

Tanah air asal

sunting

Memandangkan semua bahasa Semitik memiliki moyang yang sama, ahli-ahli kaji Semit telah mengutamakan pencarian Urheimat, iaitu tanah air asal, bahasa Semitik Purba.[7] Mereka menganggap asal usul bahasa ini di sekitar tempat rumpun bahasa Afro-Asia berada.

Hipotesis popular sebelum ini mengenai tanah air asal Arab telah ditinggalkan kerana Arabia tidak dapat menyokong gelombang penghijrahan besar-besaran sebelum unta dibiakkan pada alaf ke-2 SM.[7]

Terdapat juga bukti bahawa Mesopotamia dan kawasan Syria moden pada asalnya didiami oleh orang bukan Semitik. Idea ini berdasarkan toponim bukan Semitik yang terpelihara dalam bahasa Akkadia dan Ebla.

Hipotesis Syam

sunting

Kajian tahun 2009 yang menggunakan analisis Bayes menunjukkan bahawa semua bahasa Semitik yang diketahui mungkin berasal dari Syam sekitar 3750 SM, yang kemudian diperkenalkan Arab Selatan ke Tanduk Afrika sekitar 800 SM. Akan tetapi, kajian ini tidak dapat menentukan bila atau di mana moyang semua bahasa Semitik dipisahkan daripada keluarga bahasa Afro-Asia.[8] Oleh itu, ia tidak membuktikan atau menafikan idea bahawa perpisahan ini berlaku di Afrika.

 
Peta menunjukkan tempat bahasa Semitik tersebar dan cara ia bergerak. Lokasi hipotesis bahawa bahasa Semitik asal berpecah daripada kumpulan bahasa Afro-Asia di suatu tempat antara Laut Merah di Afrika dan Timur Dekat turut ditunjukkan.

Dalam versi lain teori ini, penutur awal bahasa Semitik memasuki Hilal Subur melalui Masyrik dan akhirnya mengasaskan Empayar Akkadia. Saudara-mara mereka, orang Amori, juga tiba dan menetap di Syria sebelum 2500 SM.[9] Kejatuhan Zaman Gangsa Akhir di Israel menyebabkan orang Semit Selatan bergerak ke selatan di mana mereka berhijrah ke dataran tinggi Yaman selepas abad ke-20 SM sehingga mereka menyeberangi Bab el-Mandeb ke Tanduk Afrika antara 1500 dan 500 SM.[9]

Fonologi

sunting

Semitik Purba mempunyai tiga vokal iaitu *a, *i, *u, serta pemanjangan vokal fonemik, biasanya ditandakan dengan garis atas: *ā, *ī, *ū.[10] Vokal-vokal ini masih digunakan dalam bahasa Arab Klasik.[11]

Konsonan

sunting

Rekonstruksi bahasa Semitik Purba kebanyakannya berasaskan bahasa Arab, yang telah mengekalkan banyak fonologi dan morfologinya (terutamanya dalam Bahasa Arab Klasik). Bahasa Arab mempunyai 28 daripada 29 fonem konsonan dalam Semitik Purba.[12] Ini bermakna Semitik Purba dan Arab berkongsi banyak persamaan dalam sistem bunyi, dan bahasa Arab hanya kurang satu fonem daripada Semitik Purba, dengan *s dan *š bergabung menjadi bahasa Arab /s/ ⟨س⟩ dan *ś menjadi Arab /ʃ/ ⟨ش⟩. Oleh yang demikian, Semitik Purba biasanya direkonstruksikan dengan fonem-fonem berikut (seperti yang biasa ditranskripsikan dalam kajian bahasa Semitik):[13]

Fonem konsonan Semitik Purba[11]
Jenis Cara artikulasi Suara Bibir Antara gigi Gusi Lelangit Velar/Uvular Farinks Glotis
Tengah Sisi
Obstruen Hentian tak bersuara *p [p] *t [t] *k [k]

,ˀ [ʔ]

penegas ()[a] *ṭ [] *q/ []
bersuara *b [b] *d [d] *g [g]
Letusan tak bersuara *s [t͡s] [t͡ɬ]
penegas *ṯ̣/θ̣/ [t͡θʼ] *ṣ [t͡sʼ] *ṣ́/ḏ̣ [t͡ɬʼ]
bersuara *z [d͡z]
Geseran tak bersuara *ṯ/θ [θ] [ʃ] *ḫ/ [x~χ] *ḥ [ħ] *h [h]
penegas (~χʼ)[b]
bersuara *ḏ [ð] / [ɣ~ʁ] ,ˤ [ʕ]
Nyaring Getaran *r [r]
Malaran tak geser *w/u [w] *l [l] *y/i [j]
Sengau *m [m] *n [n]
  1. ^ Woodard (2008, m/s 219) mencadangkan terdapat p penegas dalam beberapa bahasa Semitik yang berbeza mungkin menunjukkan bahawa fonem penegas seperti itu terdapat dalam bahasa Semitik Purba.
  2. ^ Huehnergard (2003, m/s 49) mengemukakan pendapat minoriti bahawa geseran velar ejektif wujud dalam Semitik Purba.

Fonem rekonstruksi *s *z *ṣ *ś *ṣ́ *ṯ̣, yang ditunjukkan sebagai konsonan letusan dalam jadual di atas juga boleh di terjemahkan sebagai geseran (/s z sʼ ɬ ɬʼ θʼ/), seperti yang dibincangkan di bawah. Ini cara rekonstruksi yang lama, mencerminkan kenapa tanda-tanda diguna.

Sistem konsonan Semitik Purba terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang mempunyai tiga konsonan tak bersuara, bersuara dan "penegas" yang berkaitan. Terdapat lima kumpulan konsonan rekonstruksi dalam Semitik Purba:

Kebanyakan konsonan disebut seperti dalam jadual mengikut Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Akan tetapi, dua kumpulan konsonan perlukan diterangkan.

Penegas

sunting

Bunyi-bunyi yang dipanggil sebagai "konsonan penegas" terdapat dalam hampir semua bahasa Semitik dan juga kebanyakan bahasa Afro-Asia lain, dan ia biasanya direkonstruksikan sebagai pengglotisan dalam bahasa Semitik Purba.[14][11][nb 1] Contohnya, *ṭ, dibunyikan sebagai [tʼ]. Lihat di bawah untuk bunyi-bunyi letusan/geseran.

Dalam bahasa-bahasa Semitik moden, bunyi-bunyi penegas disebut dengan pelbagai cara, seperti menggunakan farinks (Arab, Aram, Ibrani Tiberia (seperti [tˤ]), pengglotisan (bahasa Semitik Ethiopia, bahasa Arab Selatan Moden, seperti [tʼ]), atau sebagai konsonan halus (bahasa Turoyo di Tur Abdin seperti [t˭]);[15] Ibrani Ashkenaz dan Malta pula berbeza dan bunyi penegas bergabung menjadi konsonan biasa kerana pengaruh bahasa-bahasa Indo-Eropah (bahasa Sicily untuk bahasa Malta, pelbagai bahasa untuk Ibrani).

Konsonan bibir penegas *ṗ terdapat dalam beberapa bahasa Semitik tetapi tidak diketahui jika ia fonem dalam Semitik Purba.

  • Bahasa Semitik Ethiopia klasik, lebih dikenali sebagai Geʽez, adalah bahasa Semitik yang unik kerana membezakan ketiga-tiga /p/, /f/, dan /pʼ/. Konsonan /p/ dan /pʼ/ hadir kebanyakannya dalam kata pinjaman (terutama daripada bahasa Yunani), namun terdapat banyak contohnya terjadi dalam perkataan-perkataan yang kurang jelas asal usulnya (seperti hepʼä 'pukul', häppälä 'mencuci pakaian').[16]
  • Menurut Hetzron, Ibrani telah mempunyai fonem bibiran penegas untuk melambangkan /p/ yang tidak dihembus dalam bahasa Iran dan Yunani.[17]

Bunyi geseran

sunting

Rekonstruksi Semitik Purba mempunyai sembilan bunyi geseran yang biasanya menjadi sibilan dalam bahasa-bahasa turunan, tetapi tiada kesepakatan jika semua bunyinya sudah menjadi sibilan dalam Semiti Purba:

  • Dua geseran bersuara *ð, *z yang akhirnya menjadi /z/ untuk bahasa Ibrani dan Geʽez (/ð/ dalam Geʽez awal), tetapi /ð/ dan /z/ dalam bahasa Arab
  • Empat geseran tidak bersuara
    • (*ṯ) yang menjadi /ʃ/ dalam bahasa Ibrani tetapi /θ/ dalam bahasa Arab dan /s/ dalam Geʽez (/θ/ dalam Geʽez awal)
    • (*s₁) yang menjadi /ʃ/ dalam bahasa Ibrani tetapi /s/ dalam bahasa Arab dan Geʽez
    • (*s₂) yang menjadi /s/ (ditulis sebagai ś) dalam bahasa Ibrani tetapi /ʃ/ dalam bahasa Arab dan /ɬ/ dalam Geʽez
    • *s (*s₃) yang menjadi /s/ dalam bahasa Ibrani, Arab dan Geʽez
  • Tiga geseran penegas (*θ̣, *ṣ, *ṣ́)

Sebutan tepat bagi geseran-geseran dalam bahasa Semitik Purba, terutamanya , , *s dan *ṣ, masih belum difahami sepenuhnya. Terdapat pelbagai sistem tatatanda yang dicipta untuk menerangkannya. Notasi yang diterangkan di sini adalah kaedah tradisional dan berdasarkan sebutannya dalam Ibrani, dan sebutan ini telah digunakan untuk Semitik Purba. Notasi *s₁, *s₂, *s₃ banyak digunakan dalam kajian tentang bahasa Arab Selatan Kuno, tetapi baru-baru ini ia telah digunakan oleh sesetengah pengarang untuk membincangkan bahasa Semitik Purba tanpa berkomited dengan mana-mana sebutan tertentu. Walau bagaimanapun, transkripsi-transkripsi yang lebih lama masih lebih biasa di kalangan sarjana yang mungkin tidak bersetuju sepenuhnya dengan tafsiran tradisional.[18]

Pandangan lama, seperti yang digunakan dalam pentranskripsian konvensional dan masih dipercayai oleh sesetengah pengarang[19][20][21] ialah ialah bunyi geseran belakang gusi tak bersuara ([ʃ]), *s ialah sibilan gusi tak bersuara ([s]) dan ialah geseran sisian guis tak bersuara ([ɬ]). Selaras dengan itu, *ṣ dianggap sebagai versi penegas bagi *s ([sʼ]), *z sebagai versi bersuara ([z]), dan *ṣ́ sebagai versi penegas bagi ([ɬʼ]). Rekonstruksi *ś ṣ́ sebagai bunyi geseran sisian (atau letusan) adalah pasti walaupun tidak banyak bahasa hari ini ada lagi bunyi tersebut. Sebutan *ś ṣ́ sebagai [ɬ ɬʼ] masih ada dalam bahasa Arab Selatan Moden (seperti Mehri), dan bukti bagi sebutan dengan bunyi sisian terdapat dalam beberapa bahasa lain. Contohnya, baśam dalam Ibrani Alkitab telah dipinjam ke dalam bahasa Yunani Kuno sebagai balsamon (memasuki bahasa Inggeris "balsam"), dan ahli tatabahasa Arab Sibawaih dari abad ke-8 menghuraikan dengan jelas *ṣ́ yang diturunkan ke bahasa Arab, kini disebut [dˤ] dalam sebutan baku atau [ðˤ] dalam dialek-dialek Badawi, disebut sebagai geseran sisian bersuara berfarinks [ɮˤ].[22][23] (Bandingkan alcalde dalam Sepanyol, daripada bahasa Arab Andalusia اَلْقَاضِيal-qāḍī "hakim".)

Apa yang tidak disepakati adalah sama ada bunyi-bunyinya geseran atau letusan dalam bahasa Semitik Purba, dan sama ada bunyi yang dilambangkan dengan disebut [ʃ] (atau sebagainya) dalam Semitik Purba, seperti dalam pandangan lama, atau disebut [s]. Isu sifat konsonan-konsonan "penegas", yang dibincangkan di atas, agak berkaitan dengan isu-isu topik ini juga.

Dalam pandangan lama, terdapat dua dimensi modifikasi, minimum dan maksimum, yang boleh berlaku:

  1. Dalam berapa banyak bunyi dikira sebagai letusan. Pandangan "letusan minimum" menyatakan hanya *ṣ penegas adalah letusan [t͡sʼ]. Pandangan "letusan maksimum" menyatakan *s *z sebenarnya adalah letusan [t͡s d͡z] manakala sebenarnya adalah geseran [s].[24]
  2. Dalam menentukan sekiranya idea letusan patut dilanjutkan untuk memasukkan bunyi antara gigi dan sisian. Pandangan "lanjutan minimum" mencadangkan cuma sibilan sahaja dikira sebagai letusan, dan bunyi-bunyi "geseran" yang lain hanyalah geseran. Sementara itu, pandangan "lanjutan maksimum" meluaskan interpretasi ini untuk merangkumi semua bunyi. Dalam pandangan minimum, hanya bunyi penegas sahaja letusan, *ṣ θ̣ ṣ́ penegas adalah [t͡sʼ t͡θʼ t͡ɬʼ]. Pandangan maksimum pula percaya bunyi bukan penegas seperti *θ ð ś juga dikira sebagai letusan.

Letusan dicadangkan dalam bahasa Semitik Purba lama dahulu tetapi tidak ramai orang bersetuju sehinggalah karya Alice Faber (1981)[perlu rujukan] yang mencabar pendekatan lama. Bahasa-bahasa Semitik yang masih hidup sering mempunyai geseran untuk konsonan-konsonan ini. Namun, bahasa Ethiopik dan Ibrani Moden, dalam pelbagai qiraat, menggunakan letusan untuk *ṣ.[25]

Bukti untuk pelbagai terjemahan letusan sibilant berpunca daripada bukti langsung dalam transkripsi bertulis dan menganalisis struktur. Namun, bukti untuk pandangan "lanjutan maksimum" yang meluaskan terjemahan letusan kepada "geseran" bukan sibilan adalah kebanyakannya berdasarkan analisis struktur, kerana bunyi-bunyi ini tidak lazim dalam bahasa Semitik dan lebih sukar ditemui dalam bahasa-bahasa yang mana perkataan Semitik ditranskripsikan. Ini menjadikannya mencabar untuk memahami transkripsi-transkripsi dengan jelas.

Pandangan letusan yang paling sempit (hanya *ṣ adalah letusan [t͡sʼ]) adalah yang paling diterima.[11] Sebutan letusan dibuktikan secara langsung dalam bahasa-bahasa Ethiopik moden dan Ibrani Moden, seperti yang disebutkan di atas, tetapi juga dalam transkripsi purba banyak bahasa Semitik dalam pelbagai bahasa lain:

  • Transkripsi Ge'ez dari zaman Kerajaan Aksum (awal zaman Masihi): ṣəyāmo diterjemahkan sebagai τζιαμω tziamō dalam Yunani.[11]
  • Qiraat Ibrani bagi disebut [t͡s] jelas berasal sekurang-kurangnya dari zaman pertengahan, seperti yang ditunjukkan dengan penggunaan צ () bahasa Ibrani untuk melambangkan letusan dalam bahasa Parsi Baharu awal, Turki Osmanli Lama, Jerman Hulu Pertengahan, Yiddish, dsb. Begitu juga dengan bahasa Perancis Lama c /t͡s/ digunakan untuk mengalih huruf צ: Ibrani ṣɛdɛḳ "perbenaran" dan ʼārɛṣ "tanah (Israel)" ditulis cedek, arec.[11]
  • Terdapat juga bukti untuk letusan dalam bahasa Ibrani Kuno dan Fonisia. Punik sering ditranskripsikan sebagai ts atau t dalam bahasa Latin dan Yunani atau kadangkala ks dalam Yunani; ini juga sepadan dengan nama-nama dan kata pinjaman Mesir dalam bahasa Ibrani dan Fonisia yang menggunakan untuk melambangkan letusan lelangit Mesir (lazimnya diterangkan sebagai [d͡ʒ] bersuara tetapi juga mungkin [t͡ʃʼ] ejektif tidak bersuara).[11]
  • Bahasa Aram dan Syria pernah mempunyai *ṣ sehingga satu ketika, seperti yang dilihat dalam kata pinjaman Armenia Klasik: צרר bahasa Aram 'ikatan, tandan' → crar Armenia klasik /t͡sɹaɹ/.[26]

Pandangan "letusan maksimum", digunakan hanya untuk sibilan, juga mempunyai bukti dalam tulisan. Menurut Kogan, ramai pakar bersetuju bahawa bunyi yang dilambangkan dengan huruf Akkadia s z boleh di terjemahkan sebagai letusan.[11]

  • Tulisan pepaku Akkadia, seperti yang diadaptasi untuk menulis pelbagai bahasa lain, menggunakan tanda z- untuk melambangkan letusan. Antara contohnya /ts/ dalam bahasa Het,[26] letusan Mesir dalam surat-surat Amarna dan Iran Lama /t͡ʃ d͡ʒ/ dalam bahasa Elam.[11]
  • Transkripsi Mesir bagi perkataan Kanaan awal dengan *z, *s, *ṣ menggunakan letusan ( untuk *s, untuk *z, *ṣ).[11]
  • Kata pinjaman Semit Barat dalam "stratum lama" bahasa Armenia mencerminkan *s *z sebagai letusan /t͡sʰ/, /d͡z/.[25]
  • Pinjaman Yunani untuk Phoenicia 𐤔 untuk melambangkan /s/ (bandingkan dengan Σ Yunani), dan 𐤎 *s untuk melambangkan /ks/ (bandingkan dengan Ξ Yunani) sukar untuk dijelaskan jika *s kemudian mempunyai nilai [s] dalam bahasa Phoenicia, tetapi agak mudah untuk dijelaskan jika ia benar-benar mempunyai nilai [t͡s] (lebih-lebih lagi jika mempunyai nilai [s]).[11]
  • Seperti yang demikian, bahasa Phoenicia menggunakan 𐤔 untuk melambangkan geseran sibilan dalam bahasa lain dan bukannya 𐤎 *s sehingga pertengahan abad ke-3 SM, yang telah digunakan oleh Friedrich/Röllig 1999 (ms. 27–28)[27] sebagai bukti adanya sebutan letusan dalam bahasa Phoenicia sehingga itu. Sebaliknya, orang Mesir mula menggunakan s 'menggantikan yang lama untuk melambangkan s bahasa Kanaan sekitar 1000 SM. Maka, Kogan[11] menganggap bunyi letusan dalam bahasa Phoenicia hilang lebih awal, dan beliau mengandaikan bahawa letusan sibilan asing yang dimaksudkan mempunyai bunyi yang lebih hampir dengan [ʃ] daripada [s]. (Tafsiran yang sama untuk sekurang-kurangnya s dalam Latin telah dicadangkan[28] oleh pelbagai ahli bahasa berdasarkan bukti sebutan serupa s bertulis dalam beberapa bahasa Romawi abad pertengahan awal; istilah teknikal untuk sibilan "perantara" ini ialah sibilan gusi lebih belakang tak bersuara.) Walau bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa bahasa Kanaan mempunyai banyak variasi pada masa itu. Dialek Phoenicia Awal utara yang dituturkan oleh orang Yunani mungkin mengekalkan sebutan letusan sehingga setidaknya 800 SM, tidak seperti dialek Kanaan selatan yang berinteraksi dengan orang Mesir. Ini bermakna tidak ada percanggahan.

Manuskrip Akkadia awal memberikan bukti sebutan letusan untuk bunyi s z ṣ. Contohnya, gabungan ||*t, *d, *ṭ + *š|| disebut sebagai ss, yang masuk akal jika kita menganggap peraturan bahawa |*t, *d, *ṭ + *s|| disebut sebagai [tt͡s].[29] Selain itu, bunyi *s *z *ṣ menjadi sebelum bunyi *t, yang berkemungkinan satu bentuk penyahletusan.[30]

Bukti juga menunjukkan bahawa bunyi kadangkala boleh disebut sebagai /s/ tetapi ia tidak begitu jelas. Sesetengah penyelidik percaya bahawa bahasa yang hanya mempunyai satu bunyi sibilan jarang mempunyai bunyi [ʃ] dan bunyi [s] adalah lebih biasa.[31] 𐤔 dalam bahasa Phoenicia juga mungkin telah disebut sebagai [s] apabila ia mempengaruhi huruf Yunani Σ s. Dalam bahasa Semitik moden seperti Neo-Aram, Arab Selatan Moden, kebanyakan qiraat Ibrani Alkitab, dan Akkadia Babylon Lama, peralihan daripada ke [ʃ] dipercayai berlaku melalui beberapa buah perubahan. Ini termasuk peralihan daripada [t͡s] kepada [s] menyebabkan [s] bertukar kepada [ʃ] dalam beberapa bahasa, manakala dalam bahasa lain seperti Arab dan Semitik Ethiopia, kedua-dua bunyi bergabung menjadi [s].

Sebaliknya, sesetengah orang berpendapat bahawa pada mulanya, gabungan bunyi s dalam bahasa Arab berbunyi lebih seperti desisan,[32] serupa dengan [ɕ] atau "sibilan lebih belakang", dan kemudiannya ia menjadi [s]. Ini menunjukkan bahawa bunyi asalnya mungkin lebih dekat kepada [ɕ] atau [ʃ] untuk bunyi Semitik Purba. *s dipercayai pasti akan bergabung daripada bunyi [t͡s] dan [s] menjadi [s]. Terdapat juga bukti untuk menyokong idea bahawa bunyi [ʃ] untuk wujud pada masa *s masih disebut sebagai [ts].[33] Contohnya, dalam beberapa bentuk kuno Akkadia Babylon Selatan dan dalam transkripsi Mesir bagi perkataan-perkataan Kanaan awal, terdapat contoh yang mana bunyi s masing-masing ditulis sebagai š ṯ. (Bunyi adalah letusan [t͡ʃ], dan pemahaman umum š ialah [ʃ], seperti dalam bahasa Qibti Moden.[33])

Diem (1974) mencadangkan bahawa perubahan bunyi bahasa Kanaan akan lebih semula jadi jika ialah [s] daripada [ʃ]. Walau bagaimanapun, Kogan berhujah bahawa, kerana *s adalah [ts] pada masa itu, perubahan daripada kepada adalah peleburan yang paling berkemungkinan, tanpa mengira sebutan tepat semasa perubahansuran sebutannya sedang berlaku.[11]

Bukti yang menunjukkan bunyi bukan sibilan adalah bersifat letusan kebanyakannya datang daripada melihat pada bunyi-bunyi itu sendiri. Geseran ejektif agak jarang ada dalam semua bahasa, dan apabila satu bahasa mempunyai bunyi ini, ia hampir selalu mempunyai [sʼ] jadi jika *ṣ sebenarnya [tsʼ] letusan, amat luar biasalah jika *θ̣ ṣ́ adalah geseran [θʼ ɬʼ] dan bukan letusan [t͡θʼ t͡ɬʼ]. Menurut Rodinson (1981) dan Weninger (1998), nama tempat Yunani Mátlia, yang menggunakan tl untuk menerjemahkan bunyi dalam Ge'ez (*ṣ́ dalamcSemitik Purba) adalah "bukti yang jelas" bahawa bunyi ini diletuskan dalam Ge'ez dan mungkin juga dalam Semitik Purba juga.[11]

Bukti untuk tafsiran yang paling maksimum, yang mana semua konsonan antara gigi dan obstruen sisian adalah letusan, majoritinya berasaskan analisis struktur: ia akan menjadi lebih seimbang jika ia direkonstruksi begitu.

Peralihan kepada h berlaku dalam kebanyakan bahasa Semitik (selain Akkadia, Minae, Qataba) dalam morfem tatabahasa dan kata ganti, dan tidak jelas sama ada penyingkatan bermula dalam sebuah bahasa turunan purba atau dalam bahasa Semitik Purba sendiri. Oleh itu, sesetengah orang mencadangkan bahawa *š̠ yang lemah mungkin fonem asing dalam Semitik Purba.[34]

Bahasa Semitik Purba rekonstruksi mempunyai tekanan bukan fonemik pada mora ketiga yang dikira dari hujung perkataan,[35] iaitu pada suku kata kedua dari hujung jika ia mempunyai struktur CVC atau CVː (C ialah sebarang konsonan dan V ialah sebarang vokal), atau pada suku kata ketiga dari akhir, jika yang suku kata kedua mempunyai struktur CV.[36]

Morfofonologi

sunting

Bahasa Semitik Purba hanya membenarkan suku kata bagi struktur-struktur CVC, CVː, atau CV . Ia tidak membenarkan dua atau lebih gugusan konsonan, gugusan tiga atau lebih konsonan, hiatus oleh dua atau lebih vokal, atau vokal panjang dalam suku kata tertutup hadir pada akhir kata.[37]

Kebanyakan akar mempunyai tiga konsonan. Akan tetapi, nampaknya pada asalnya akar trikonsonan ini berasal daripada akar dwikonsonan (menurut bukti rekonstruksi dalaman dan luaran). Untuk membina bentuk tatabahasa tertentu, vokal tertentu disisipkan di antara konsonan-konsonan akar.[38][39] Terdapat peraturan pada struktur akar: akar tidak boleh bermula dengan dua konsonan yang sama, dan akar amat jarang mempunyai konsonan pertama dan ketiga yang sama.[40]

Tatabahasa

sunting

Kata nama

sunting

Tiga kasus telah direkonstruksi: nominatif (ditandakan dengan *-u), genitif (ditandakan dengan *-i), akusatif (ditandakan dengan *-a).[41][42]

Terdapat dua gender: maskulin (ditandakan dengan morfem sifar) dan feminin (ditandakan dengan *-at/*-t dan *-ah/).[43][44] Penanda feminin diletakkan selepas akar tetapi sebelum akhir, cth: *ba‘l- 'tuan' > *ba‘lat- 'puan', *bin- 'anak lelaki' > *bint- 'anak perempuan'.[45] Terdapat juga segelintir kata nama feminin yang tiada penanda gender: *'imm- 'ibu', *laxir- 'anak biri-biri', *'atān- 'keldai betina', *'ayn- 'mata', *birk- 'lutut'.[46]

Terdapat tiga bilangan: tunggal, jamak dan duaan (hanya kata nama).[44]

Terdapat dua kaedah untuk menandakan jamak:[47]

  • imbuhan
    • kata nama maskulin membentuk nominatifnya dengan penanda *-ū, genitif dan akusatifnya dengan *-ī, iaitu dengan memanjangkan vokal imbuhan akhiran kasus tunggal;
    • kata nama feminin juga dijamakkan dengan memanjangkan vokal — iaitu, dengan menggunakan penanda *-āt;
  • apofoni (dengan menukarkan pola penyuaraan perkataan, seperti dalam cth bahasa Arab: kātib 'penulis' — kuttāb 'penulis') — bentuk maskulin sahaja.

Duaan dibentuk dengan penanda *-ā dalam nominatif dan *-āy dalam genitif dan akusatif.[48]

Akhiran kata nama: [49]

Tunggal Jamak Duaan
Nominatif *-u *-ū *-ā
Genitif *-i *-ī *-ay
Akusatif *-a *-ī *-ay

Kata ganti nama

sunting

Seperti kebanyakan bahasa turunannya, bahasa Semitik Purba mempunyai sekumpulan kata ganti nama bebas, dan kumpulan kata ganti nama enklitik yang terikat dengan penanda kasus. Kasus genitif dan kasus akusatif hanya dibezakan dalam kata ganti nama pertama.[10]

Kata ganti nama Semitik Purba
nominatif bebas enklitik
nominatif genitif akusatif
1.tgl. ʼanā̆/ʼanākū̆ -kū̆ -ī/-ya -nī
2.tgl.mask. ʼantā̆ -tā̆ -kā̆
2.tgl.fem. ʼantī̆ -tī̆ -kī̆
3.tgl.mask. šuʼa -a -šū̆
3.tgl.fem. šiʼa -at -šā̆/-šī̆
1.du. ? -nuyā ? -niyā ? -nayā ?
2.du. ʼantumā -tumā -kumā/-kumay
3.du. šumā -šumā/-šumay
1.jmk. niḥnū̆ -nū̆ -nī̆ -nā̆
2.jmk.mask. ʼantum -tum -kum
2.jmk.fem. ʼantin -tin -kin
3.jmk.mask. šum/šumū -šum
3.jmk.fem. šin/šinnā -šin

Bagi kebanyakan kata ganti nama, vokal akhir direkonstruksikan dengan varian kedudukan panjang dan pendek; ini lazimnya ditunjukkan dengan menggabungkan makron dan brava pada huruf vokal (cth ā̆).

Kata ganti nama penunjuk Semitik biasanya dibahagikan kepada dua siri: satu yang menunjukkan objek yang agak dekat dan dua yang menunjukkan objek yang lebih jauh.[50] Walau bagaimanapun, bentuk Semitik Purba yang asal sukar direkonstruksi hanya dengan menganalisis kata-kata penunjuk dalam setiap bahasa Semitik.[51]

Satu siri kata ganti nama interogatif yang direkonstruksi untuk Semitik Purba: *man 'siapa', *mā 'apa' dan *'ayyu 'jenis apa' (berasal daripada *'ay 'mana').[52][53][54]

Rekonstruksi nombor kardinal daripada satu hingga sepuluh (maskulin):[55][56][57]

Bahasa Rekonstruksi
Akkadia Ugarit Arab Sabi Weninger Lipiński Huehnergard
Satu ištēnum ʔaḥd wāḥid ’ḥd *’aḥad- *ḥad-, *‘išt- *ʔaħad-
Dua šena/šina ṯn iṯnān ṯny *ṯinān *ṯin-, *kil’- *θin̩-/*θn̩-
Tiga šalāšum ṯlṯ ṯalāṯa s2lṯ *śalāṯ- *ślaṯ- *θalaːθ-
Empat erbûm ʔarbʻ ’arbaʻ ’rbʻ *’arbaʻ- *rbaʻ- *ʔarbaʕ-
Lima ḫamšum ḫmš ḫamsa ḫms1 *ḫamš- *ḫamš- *xamis-
Enam ši/eššum ṯṯ sitta s1dṯ/s1ṯ- *šidṯ- *šidṯ- *sidθ-
Tujuh sebûm šbʻ sabʻa s1 *šabʻ- *šabʻ- *sabʕ-
Lapan samānûm ṯmn ṯamānia ṯmny/ṯmn *ṯamāniy- *ṯmān- *θamaːniy-
Sembilan tišûm tšʻ tisʻa ts1ʻ *tišʻ- *tišʻ- *tisʕ-
Sepuluh ešrum ʻšr ʻašara ʻs2r *ʻaśr- *ʻaśr- *ʕaɬr-

Semua angka dari satu hingga sepuluh dianggap sebagai kata nama tunggal, kecuali 'dua' yang dianggap sebagai duaan. Bentuk feminin semua nombor dari satu hingga sepuluh dihasilkan dengan akhiran *-at . Selain itu, jika nama objek yang dikira adalah feminin, angka dari 3 hingga 10 akan menggunakan bentuk maskulin dan sebaliknya.[58]

Nama-nama angka dari 11 hingga 19 dibentuk dengan menggabungkan nama angka sa dengan perkataan 'sepuluh'. 'Dua puluh' disebutkan dengan 'sepuluh' dalam bentuk duaan, dan nama-nama angka puluh dari 30 hingga 90 adalah bentuk jamak bagi angka-angka sa-. Semitik Purba juga mempunyai perkataan untuk ratus (*mi't-), ribu (*li'm-) dan sepuluh ribu (*ribb-).[59][56]

Angka ordinal tidak boleh direkonstruksi untuk bahasa purba ini kerana bahasa-bahasa turunannya beraneka ragam.[57]

Kata kerja

sunting

Dalam kaedah lama, terdapat dua konjugasi rekonstruksi untuk Semitik Purba — konjugasi imbuhan awalan dan konjugasi imbuhan akhiran.[60] Menurut hipotesis yang mendapat sokongan meluas, konjugasi awalan digunakan dengan kata kerja yang menyatakan tindakan, dan konjugasi akhiran digunakan dengan kata kerja yang menyatakan keadaan.[61]

Konjugasi awalan direkonstruksi seperti berikut:[62][63]

Tunggal Jamak Duaan
1 org. *'a- *ni-
2 org.
mask. *ta- *ta- – -ū *ta- – -ā
fem. *ta- – -ī *ta- – -ā *ta- – -ā
3 org.
mask. *yi- *yi- – -ū *ya- – -ā
fem. *ta- *yi- – -ā *ta- – -ā

Konjugasi akhiran direkonstruksi seperti berikut:[64]

Tunggal Jamak Duaan
1 org. *-ku *-na *-kaya/-nāya
2 org.
mask. *-ka/-ta *-kan(u)/-tanu *-kā/-tanā
fem. *-ki/-ti *-kin(a)/-tina *-kā/-tanā
3 org.
mask. *-ū *-ā
fem. *-pada *-ā *-atā

Kata kerja dasar terbahagi kepada bentuk dasar dan terbitan. Bentuk dasar mempunyai akar trikonsonan dengan vokal tematik. Bentuk terbitan mempunyai kata dasar dengan konsonan tengah berganda, dasar dengan vokal pertama yang dipanjangkan, dasar kausatif (dibentuk melalui awalan *ša- ), kata nama dengan awalan *na-/*ni-, dasar dengan akhiran *-tV-, dasar dengan akar dwikonsonan berganda dan dasar dengan konsonan akhir berganda.[65][66][67]

Daripada dasar, partisipel aktif terbentuk pada pola CāCiC, yang pasif pada pola CaCīC dan CaCūC.[68]

Daripada dasar terbitan, partisipel dibentuk dengan menggunakan awalan *mu-, manakala pemvokalan yang aktif ialah ai dan yang pasif ialah aa[69] (contohnya dengan pola ini, nama Arab muḥammad terbentuk daripada akar ḥmd 'memuji'.[70])

Modus imperatif dibentuk hanya untuk kata ganti nama kedua, dan bentuk maskulin tunggal ialah kata dasar tulen:[71]

Tunggal Jamak Duaan
2 org.
mask. - *-ū *-ā
fem. *-i *-ā *-ā

Kata hubung

sunting

Terdapat tiga kata hubung dalam rekonstruksi Semitik Purba:[72]

  • *wa 'dan';
  • *'aw 'atau';
  • *šimmā 'jika'.

Sintaksis

sunting

Bahasa Semitik Purba ialah bahasa penjajaran nominatif-akusatif, yang dikekalkan dalam kebanyakan bahasa turunannya.[73]

Susunan asas ayat dalam Semitik Purba ialah kata kerja — subjek — objek langsung, dan penerangnya biasanya diikuti kata inti.[74][57]

Leksis

sunting
 
Bahasa-bahasa Semitik pada abad pertama Masihi

Rekonstruksi leksikon bahasa Semitik Purba memberikan maklumat lanjut tentang hidup orang Semit Purba dan dapat membantu menentukan tanah asal mereka.

Antara perkataan yang telah direkonstruksi termasuk:

  • Istilah agama: *’il 'dewa', *ḏbḥ 'mengorban', *mšḥ 'mengurap', *ḳdš 'suci', *ḥrm 'melarang, mengucilkan', *ṣalm- 'berhala';
  • Istilah pertanian: *ḥaḳl- 'ladang', *ḥrṯ 'membajak', *zrʻ 'menyemai', *`ṣ́d 'menuai', *dyš 'membanting', *ḏrw 'mengindang', *gurn- 'lantai membanting', *ḥinṭ- 'gandum', *kunāṯ- 'emer, sejenis gandum merah', *duḫn- 'sekoi';
  • Istilah penternakan: *'immar- 'biri-biri jantan', *raḫil- 'biri-biri betina', *'inz- 'kambing', *śaw- 'sekawan biri-biri', *ṣ́a'n- 'sekawan biri-biri dan kambing', *gzz 'memotong bulu biri-biri', *r'y 'meragut rumput (binatang)', *šḳy 'membawa ke tempat air', *'alp- 'lembu jantan', *ṯawr- 'kerbau', *ḫzr- /*ḫnzr- 'babi', *kalb- 'anjing', *ḥimār- 'keldai', *'atān- 'keldai betina', *ḥalab- 'susu', *lašad- 'krim', *ḫim'at - 'mentega';
  • Istilah hidup sehari-hari: *bayt- 'rumah', *dalt- 'pintu', *kussi'- 'kerusi', *'arś- 'katil', *kry 'menggali', *bi'r- 'perigi', *śrp 'menyalakan', *'iš- 'api', *ḳly 'memanggang', *laḥm- 'makanan';
  • Istilah teknologi: *ṣrp 'melebur', *paḥḥam- 'arang batu', *kasp- 'perak', *kupr- 'asfalt', *kuḥl- 'antimoni', *napṭ- 'petrol', *ḥabl- 'tali', *ḳašt- 'busur', *ḥaṱw- 'anak panah';
  • Tumbuhan dan makanan: *ti'n- 'ara', *ṯūm- 'bawang putih', *baṣal- 'bawang', *tam(a)r- 'pokok kurma', *dibš- 'kurma madu', *buṭn- 'pistasio', *ṯaḳid- 'badam', *kammūn- 'jintan putih'.[75][76]

Perkataan *ṯawr- 'kerbau' dan *ḳarn- 'tanduk' disyaki dipinjam daripada Indo-Eropah Purba[75] atau sebaliknya (untuk *ṯawr- dan beberapa perkataan lain).[77] Sergei Starostin mencadangkan bahawa terdapat banyak persamaan antara bahasa-baasa Semitik dan Indo-Eropah, yang beliau anggap dipinjam daripada bahasa Anatolia Purba atau cabang Indo-Eropah Purba yang sudah tiada.[78]

Kosa kata perbandingan dan kata-kata akar terekonstruksi

sunting

Lihat Senarai kata dasar Semitik Purba (lampiran dalam Wikikamus Inggeris).

  1. ^ Sebab itulah tiadanya perbezaan aspek suara dalam kumpulan "penegas", kerana ia tidak perlu ditekankan pula dengan farinks.

Rujukan

sunting
  1. ^ The Oxford Handbook of the History of Linguistics by Keith Allan
  2. ^ The Oxford Handbook of the History of Linguistics by Keith Allan
  3. ^ a b Huehnergard, John (2019). "Introduction to the Semitic languages and their history". Dalam John Huehnergard and Na‘ama Pat-El (penyunting). The Semitic Languages (ed. Second). New York: Routledge.
  4. ^ Bertman, Stephen (2003). Handbook to Life in Ancient Mesopotamia. Oxford University Press. m/s. 94. ISBN 978-019-518364-1. Dicapai pada 16 May 2015.
  5. ^ Steiner, Richard C. (2011). Early Northwest Semitic Serpent Spells in the Pyramid Texts. Winona Lake: Eisenbrauns.
  6. ^ Huehnergard, John (2020). "The Languages of the Ancient Near East". Dalam Daniel C. Snell (penyunting). A Companion to the Ancient Near East (ed. Second). Hoboken: John Wiley & Sons. m/s. 341–353.
  7. ^ a b Lipiński 2001
  8. ^ Kitchen, A.; Ehret, C.; Assefa, S.; Mulligan, C. J. (29 April 2009). "Bayesian phylogenetic analysis of Semitic languages identifies an Early Bronze Age origin of Semitic in the Near East". Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences. 276 (1668): 2703–10. doi:10.1098/rspb.2009.0408. PMC 2839953. PMID 19403539.
  9. ^ a b Lipiński 2001, halaman 44
  10. ^ a b Huehnergard (2008).
  11. ^ a b c d e f g h i j k l m n Kogan (2011).
  12. ^ Versteegh, Cornelis Henricus Maria "Kees" (1997). The Arabic Language. Columbia University Press. m/s. 13. ISBN 978-0-231-11152-2.
  13. ^ Sáenz Badillos, Angel (1993) [1988]. "Hebrew in the context of the Semitic Languages". Historia de la Lengua Hebrea [A History of the Hebrew Language]. Diterjemahkan oleh John Elwolde. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 18–19. ISBN 0-521-55634-1.
  14. ^ Cantineau, J. (1952). "Le consonantisme du sémitique". Semitica: 79–94.
  15. ^ Dolgopolsky 1999, m/s 29.
  16. ^ Woodard 2008, m/s 219.
  17. ^ Hetzron 1997, m/s 147.
  18. ^ Untuk contoh pengarang menggunakan simbol tradisional tetapi mengikut nilai-nilai bunyi yang baharu, lihat Hackett, Joe Ann. 2008. Phoenician and Punic. The Ancient Languages of Syria-Palestine and Arabia (peny. Roger D. Woodard). Likewise, Huehnergard, John dan Christopher Woods. 2008. Akkadian and Eblaite. The Ancient Languages of Mesopotamia, Egypt, and Aksum (peny. Roger D. Woodard). m/s 96: "Seperti yang demikian, dahulu terdapat kumpulan bunyi-bunyi letusan, /ᵈz/ berbunyi (z), /ᵗs/ (s) tidak berbunyi, dan /ᵗsʼ/ (*ṣ) penegas. Semua ini menjadi bunyi geseran dalam dialek-dialek terkemudian; ahli golongan konsonan tidak bersuara yang terkembudian ini disebut [s] dalam bahasa Babylonia, tetapi [š] dalam in Assyria, sementara refleks dalam Semitik Purba, yang kemungkinannya [s] sahaja asalnya, terus disebut begitu dalam bahasa Assyria tetapi [š] dalam bahasa Babylonia." Selain itu, seorang pengarang yang belum tentu hendak menandakan nilai bunyi-bunyi sibilan pasti akan menggunakan simbol-simbol lazim juga, contohnya. Greenberg, Joseph, The Patterning of Root Morphemes in Semitic. 1990. m/s 379. On language: selected writings of Joseph H. Greenberg. peny. Keith M. Denning dan Suzanne Kemme: "Ramai tidak yakin dengan nilai fonetik s, ś, dan š dalam Semitik Purba. Saya hanya menggunakannya di sini sebagai transkripsi konvensional daripada tiga sibilan yang sepadan dengan bunyi samekh, śin , dan šin dalam ortografi Ibrani."
  19. ^ Lipiński, Edward. 2000. Semitic languages: outline of a comparative grammar. e.g. the tables on p.113, p.131; also p.133: "Common Semitic or Proto-Semitic has a voiceless fricative prepalatal or palato-alevolar š, i.e. [ʃ] ...", p.129 ff.
  20. ^ Macdonald, M.C.A. 2008. Ancient North Arabian. In: The Ancient Languages of Syria-Palestine and Arabia (ed. Roger D. Woodard). p. 190.
  21. ^ Blau, Joshua (2010). Phonology and Morphology of Biblical Hebrew. Winona Lake, Indiana: Eisenbrauns. p. 25–40.
  22. ^ Ferguson, Charles (1959), "The Arabic Koine", Language, 35 (4): 630, doi:10.2307/410601, JSTOR 410601.
  23. ^ Versteegh, Kees (1997), The Arabic Language, Edinburgh University Press, ISBN 90-04-17702-7
  24. ^ Contohnya, Huehnergard (2008).
  25. ^ a b Dolgopolsky 1999, m/s 33. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Dp33" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  26. ^ a b Dolgopolsky 1999, m/s 32. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Dp32" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  27. ^ Quoted in Kogan (2011).
  28. ^ Vijūnas, Aurelijus (2010), "The Proto-Indo-European Sibilant */s/", Historische Sprachforschung, Göttingen, 123: 40–55, doi:10.13109/hisp.2010.123.1.40, ISSN 0935-3518
  29. ^ Dolgopolsky 1999, m/s 32.
  30. ^ Kogan (2011), m/s. 66.
  31. ^ Kogan (2011), m/s. 69.
  32. ^ Kogan (2011), m/s. 70, memetik Martinet 1953 m/s 73 dan Murtonen 1966 m/s 138.
  33. ^ a b Kogan (2011), m/s. 70.
  34. ^ Dolgopolsky 1999, m/s 19, 69–70
  35. ^ Kogan L. (2011). "Proto-Semitic Phonetics and Phonology". The Semitic languages. Berlin — Boston: Walter de Gruyter. m/s. 124. ISBN 978-3-11-018613-0.
  36. ^ Huehnergard J. (2008). "Afro-Asiatic". The Ancient Languages of Syria-Palestine and Arabia. New York: Cambridge University Press. m/s. 232. ISBN 978-0-511-39338-9.
  37. ^ Huehnergard J. (2008). "Afro-Asiatic". The Ancient Languages of Syria-Palestine and Arabia. New York: Cambridge University Press. m/s. 231. ISBN 978-0-511-39338-9.
  38. ^ Moscati S., Spitaler A., Ullendorff E., von Soden W. (1980). An Introduction to the Comparative Grammar of the Semitic Languages. Wiesbaden: Otto Harrassowitz. m/s. 72–73.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  39. ^ Weninger S. (2011). "Reconstructive Morphology". The Semitic languages. Berlin — Boston: Walter de Gruyter. m/s. 152–153. ISBN 978-3-11-018613-0.
  40. ^ Huehnergard J. (2008). "Afro-Asiatic". The Ancient Languages of Syria-Palestine and Arabia. New York: Cambridge University Press. m/s. 233. ISBN 978-0-511-39338-9.
  41. ^ Weninger S. (2011). "Reconstructive Morphology". The Semitic languages. Berlin — Boston: Walter de Gruyter. m/s. 165. ISBN 978-3-11-018613-0.
  42. ^ Huehnergard J. (2008). "Afro-Asiatic". The Ancient Languages of Syria-Palestine and Arabia. New York: Cambridge University Press. m/s. 235. ISBN 978-0-511-39338-9.
  43. ^ Moscati S., Spitaler A., Ullendorff E., von Soden W. (1980). An Introduction to the Comparative Grammar of the Semitic Languages. Wiesbaden: Otto Harrassowitz. m/s. 84–85.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  44. ^ a b Weninger S. (2011). "Reconstructive Morphology". The Semitic languages. Berlin — Boston: Walter de Gruyter. m/s. 166. ISBN 978-3-11-018613-0.
  45. ^ Huehnergard J. (2011). Proto-Semitic Language and Culture. The American Heritage dictionary of the English Language. m/s. 2067.
  46. ^ Huehnergard J. (2008). "Afro-Asiatic". The Ancient Languages of Syria-Palestine and Arabia. New York: Cambridge University Press. m/s. 234. ISBN 978-0-511-39338-9.
  47. ^ Moscati S., Spitaler A., Ullendorff E., von Soden W. (1980). An Introduction to the Comparative Grammar of the Semitic Languages. Wiesbaden: Otto Harrassowitz. m/s. 87–92.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  48. ^ Moscati S., Spitaler A., Ullendorff E., von Soden W. (1980). An Introduction to the Comparative Grammar of the Semitic Languages. Wiesbaden: Otto Harrassowitz. m/s. 93.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  49. ^ Moscati S., Spitaler A., Ullendorff E., von Soden W. (1980). An Introduction to the Comparative Grammar of the Semitic Languages. Wiesbaden: Otto Harrassowitz. m/s. 94.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  50. ^ Lipiński E. (1997). Semitic languages: Outline of a Comparative Grammar. Leuven: Peeters. m/s. 315. ISBN 90-6831-939-6.
  51. ^ Moscati S., Spitaler A., Ullendorff E., von Soden W. (1980). An Introduction to the Comparative Grammar of the Semitic Languages. Wiesbaden: Otto Harrassowitz. m/s. 112.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  52. ^ Moscati S., Spitaler A., Ullendorff E., von Soden W. (1980). An Introduction to the Comparative Grammar of the Semitic Languages. Wiesbaden: Otto Harrassowitz. m/s. 114–115.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  53. ^ Lipiński E. (1997). Semitic languages:Outline of a Comparative Grammar. Leuven: Peeters. m/s. 328–329. ISBN 90-6831-939-6.
  54. ^ Huehnergard J. (2008). "Afro-Asiatic". The Ancient Languages of Syria-Palestine and Arabia. New York: Cambridge University Press. m/s. 238. ISBN 978-0-511-39338-9.
  55. ^ Weninger S. (2011). "Reconstructive Morphology". The Semitic languages. Berlin — Boston: Walter de Gruyter. m/s. 167. ISBN 978-3-11-018613-0.
  56. ^ a b Lipiński E. (1997). Semitic languages:Outline of a Comparative Grammar. Leuven: Peeters. m/s. 282. ISBN 90-6831-939-6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Lipiński282" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  57. ^ a b c Huehnergard J. (2008). "Afro-Asiatic". The Ancient Languages of Syria-Palestine and Arabia. New York: Cambridge University Press. m/s. 241. ISBN 978-0-511-39338-9. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Huehnergard241" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  58. ^ Huehnergard J. (2008). "Afro-Asiatic". The Ancient Languages of Syria-Palestine and Arabia. New York: Cambridge University Press. m/s. 240. ISBN 978-0-511-39338-9.
  59. ^ Moscati S., Spitaler A., Ullendorff E., von Soden W. (1980). An Introduction to the Comparative Grammar of the Semitic Languages. Wiesbaden: Otto Harrassowitz. m/s. 117–118.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  60. ^ Moscati S., Spitaler A., Ullendorff E., von Soden W. (1980). An Introduction to the Comparative Grammar of the Semitic Languages. Wiesbaden: Otto Harrassowitz. m/s. 131–132.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  61. ^ Коган Л. Е. (2009). "Семитские языки". Языки мира: Семитские языки. Аккадский язык. Северозападносемитские языки. М.: Academia. m/s. 75. ISBN 978-5-87444-284-2.
  62. ^ Weninger S. (2011). "Reconstructive Morphology". The Semitic languages. Berlin — Boston: Walter de Gruyter. m/s. 160. ISBN 978-3-11-018613-0.
  63. ^ Lipiński E. (1997). Semitic languages:Outline of a Comparative Grammar. Leuven: Peeters. m/s. 370. ISBN 90-6831-939-6.
  64. ^ Lipiński E. (1997). Semitic languages:Outline of a Comparative Grammar. Leuven: Peeters. m/s. 360. ISBN 90-6831-939-6.
  65. ^ Moscati S., Spitaler A., Ullendorff E., von Soden W. (1980). An Introduction to the Comparative Grammar of the Semitic Languages. Wiesbaden: Otto Harrassowitz. m/s. 122–130.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  66. ^ Lipiński E. (1997). Semitic languages:Outline of a Comparative Grammar. Leuven: Peeters. m/s. 378–406. ISBN 90-6831-939-6.
  67. ^ Weninger S. (2011). "Reconstructive Morphology". The Semitic languages. Berlin — Boston: Walter de Gruyter. m/s. 156–157. ISBN 978-3-11-018613-0.
  68. ^ Lipiński E. (1997). Semitic languages:Outline of a Comparative Grammar. Leuven: Peeters. m/s. 419. ISBN 90-6831-939-6.
  69. ^ Lipiński E. (1997). Semitic languages:Outline of a Comparative Grammar. Leuven: Peeters. m/s. 420–421. ISBN 90-6831-939-6.
  70. ^ Huehnergard J. (2011), Proto-Semitic Language and Culture, The American Heritage dictionary of the English Language, m/s. 2066
  71. ^ Lipiński E. (1997). Semitic languages:Outline of a Comparative Grammar. Leuven: Peeters. m/s. 366–367. ISBN 90-6831-939-6.
  72. ^ Weninger S. (2011). "Reconstructive Morphology". The Semitic languages. Berlin — Boston: Walter de Gruyter. m/s. 169. ISBN 978-3-11-018613-0.
  73. ^ Коган Л. Е. (2009). "Семитские языки". Языки мира: Семитские языки. Аккадский язык. Северозападносемитские языки. М.: Academia. m/s. 99. ISBN 978-5-87444-284-2.
  74. ^ Huehnergard, John (2006). "Proto-Semitic and Proto-Akkadian". The Akkadian language in its Semitic Context: 1. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  75. ^ a b Huehnergard J. (2011), Proto-Semitic Language and Culture, The American Heritage dictionary of the English Language, m/s. 2068 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Huehnergard2068" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  76. ^ Kogan L. (2011). "Proto-Semitic Lexicon". The Semitic languages. Berlin — Boston: Walter de Gruyter. m/s. 179–242. ISBN 978-3-11-018613-0.
  77. ^ "Древнейшие индоевропейско-семитские языковые контакты" (ed. Проблемы индоевропейского языкознания). 1964: 3–12. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  78. ^ а Старостин, С. (2007). Indo-European Glottochronology and Homeland (ed. Труды по языкознанию). Языки славянских культур. m/s. 821–826. ISBN 978-5-9551-0186-6.

Sumber

sunting

Pautan luar

sunting