Ekonomi Filipina
Filipina mempunyai ekonomi yang ke-34 terbesar di dunia dengan anggaran keluaran dalam negara kasar (nominal) 2017 sebanyak $348.593 bilion. Antara eksport utama termasuk semikonduktor dan barangan elektronik, kelengkapan pengangkutan, pakaian, hasil tembaga, hasil petroleum, minyak kelapa, dan buah-buahan. Rakan dagang utama termasuk Amerika Syarikat, Jepun, China, Singapura, Korea Selatan, Belanda, Hong Kong, Jerman, Taiwan, dan Thailand. Unit mata wangnya ialah peso (₱ atau PHP).[1]
Ekonomi Filipina | |
---|---|
Kedudukan | ke-25 |
Mata wang | 1 peso Filipina (PHP) = 100 centavo |
Tahun fiskal | Tahun takwim |
Pertubuhan perdagangan | APEC, ASEAN, WTO |
Perangkaan | |
KDNK | $453 bilion (2006) |
Pertumbuhan KDNK | 5.3% (2006) [1] |
KDNK per kapita | $4,923 (2006) |
KDNK mengikut sektor | Pertanian (14.5%), industri (32.3%), perkhidmatan (53.2%) (2004) |
Inflasi (CPI) | 6.0% (2005) |
Populasi dibawah garis kemiskinan | 26.3% (2003) |
Pekali Gini | 46.6 |
Tenaga buruh | 36.64 juta (2006) |
Tenaga buruh mengikut pekerjaan | Perkhidmatan (48%), pertanian (36%), industri (16%) (2004) [2] |
Pengangguran | 8.4% (2006) [3] |
Industri utama | Pemasangan elektronik, pakaian, kasut, bahan farmaseutik, bahan kimia, keluaran kayu, pemprosesan makanan, penapisan petroleum, perikanan |
Dagangan antarabangsa | |
Eksport | $44.2 bilion (2006) |
Barangan yang dieksport | Pelengkapan elektronik, jentera dan pelengkapan kenderaan, pakaian, alat optik, keluaran kelapa, buah-buahan dan kacang, keluaran tembaga, bahan kimia |
Rakan dagangan eksport utama | Amerika Syarikat 18%, Jepun 17.5%, China 9.9%, Belanda 9.8%, Hong Kong 8.1%, Singapura 6.6%, Malaysia 6%, Taiwan 4.6% (2006) |
Import | $48.76 bilion (2006) |
Barangan yang diimport | Bahan mentah, jentera dan pelengkapan, bahan api, kereta dan barang ganti, plastik, bahan kimia, bijian |
Rakan dagangan import utama | Amerika Syarikat 19.2%, Jepun 17%, Singapura 7.9%, Taiwan 7.5%, China 6.3%, Korea Selatan 4.8%, Arab Saudi 4.6%, Hong Kong 4.1% (2006) |
Kewangan awam | |
Hutang awam | $316.65 bilion (69.9% KDNK) |
Hasil negara | $19.44 bilion (2006) |
Perbelanjaan | $21.38 bilion (2006) |
Bantuan ekonomi | Penerima. ODA, $2.0 bilion (2002) |
Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551) | |
sunting |
Sebagai negara industri baru, ekonomi Filipina beralih daripada asas pertanian kepada lebih penekanan terhadap perkhidmatan dan perkilangan. Daripada jumlah tenaga kerja negara seramai 40.813 juta, sektor pertanian mengambil 30% guna tenaga dan menyumbang kepada 14% KDNK, sektor perindustrian mengambil 14% guna tenaga dan menyumbang kepada 30% KDNK, sementara 47% pekerja yang terlibat dalam sektor perkhidmatan menyumbang kepada 56% KDNK.[3][4]
Kadar pengangguran setakat 14 Disember 2014[kemas kini], berada pada 6.0%.[5][6] Rizab antarabangsa kasar setakat Oktober 2013 adalah $83.201 bilion.[7] Nisbah hutang kepada KDNK terus menurun kepada 38.1% setakat Mac 2014[8][9] daripada rekod tinggi 78% pada 2004.[10] Filipina merupakan negara pengimport bersih[4] tetapi juga negara pemiutang.[11]
Selepas Perang Dunia Kedua, Fiipina pernah sekali digelar negara kedua terkaya di Asia Timur, hanya mengekori Jepun.[12][13] Pada 1960-an, prestasi ekonomi mula diatasi negara lain. Ekonomi terbantut di bawah pemerintahan diktator Presiden Ferdinand Marcos yang menyebabkan salah urus ekonomi dan ketidaktentuan politik.[13] Maka negara mengalami pertumbuhan ekonomi lembap dan berkali-kali dilanda kegawatan. Pada 1990-an dengan adanya program liberalisasi ekonomi barulah ekonomi mula pulih.[13]
Negara teruk terjejas oleh Krisis Kewangan Asia 1997 yang menyaksikan kejatuhan nilai peso dan pasaran saham, tetapi tidak seteruk mana sesetengah negara jiran Asia. Ini terutamanya disebabkan sikap konservatif fiskal yang diambil kerajaan ekoran berpuluh tahun pemantauan dan penyeliaan fiskal oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), berbanding dengan perbelanjaan boros oleh negara-negara jiran untuk mempercepat pertumbuahn ekonomi. Sejak itu adanya tanda-tanda kemajuan. Pada 2004, ekonomi mengalami pertumbuhan KDNK 6.4% dan pada 2007 pula 7.1%, antara pertumbuhan tercepat dalam tiga dekad.[14][15] Purata pertumbuhan tahunan KDNK per kapita bagi tempoh 1966–2007 masih berada pada 1.45% berbanding dengan purata 5.96% bagi keseluruhan rantau Asia Timur dan Pasifik. 45% penduduk Filipina masih meraih pendapatan harian sebanyak kurang daripada $2.[16][17][18]
Ekonomi amat bergantung pada kiriman wang dari warga Filipina yang merantau, melampaui pelaburan langsung asing sebagai punca mata wang asing. Kiriman wang memuncak pada 2010 dengan kadar 10.4% daripada KDNK negara, manakala pada 2012 adalah 8.6%. Jumlah kiriman masuk tukarang asing Filipina pada 2014 adalah US$28 bilion.[19][20] Pembangunan tidak sama rata di seluruh negara, di mana pertumbuhan ekonomi baharu amat tertumpu di Luzon, khususnya Metro Manila, jauh meninggalkan bahagian-bahagian lain,[21][22] sungguhpun kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mengagihkan pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan di bahagian-bahagian lain. Biarpun adanya kekangan, sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan penyumberluaran proses niaga telah dikenal pasti sebagai antata sektor yang terbaik untuk pertumbuhan di seluruh negara.[4][23]
Filipina merupakan anggota Bank Dunia, IMF, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Bank Pembangunan Asia yang beribu pejabat di Mandaluyong, Pelan Colombo, G-77 dan G-24 antara lainnya.
Sejarah
suntingSejak keakhiran Perang Dunia II, ekonomi Filipina mengalami sebuah sejarah pertumbuhan dan perkembangan yang bercampur-campur. Pada sepanjang tempoh itu, Filipina berubah daripada merupakan salah sebuah negara yang terkaya di Asia (selepas Jepun) menjadi salah sebuah negara yang termiskin. Pertumbuhan sebaik sahaja selepas perang amat pesat, tetapi kemudian menjadi lambat dengan berlalunya masa. Pada bulan Mei 1977, Filipina menggesa Jepun untuk mengadakan peralihan pelaburannya dari industri ekstraktif semata-mata kepada pemprosesan dan pembuatan bahan-bahan mentah di negara-negara membangun untuk meningkatkan pendapatan eksport dan pembangunan mereka.[24] Suatu kemelesetan pada tahun 1984-85 memperlihatkan ekonomi mengecut melebihi 10% dan tanggapan-tanggapan ketakstabilan politik semasa pentadbiran Aquino memudarkan lagi kegiatan ekonomi. Semasa pentadbirannya, Presiden Fidel V. Ramos memperkenalkan berbagai-bagai pembaharuan dan inisiatif ekonomi yang direka bentuk semata-mata untuk mendorong pertumbuhan perniagaan dan pelaburan asing. Oleh itu, Filipina memperlihatkan suatu tempoh pertumbuhan terjamin yang pesat, akan tetapi Krisis Kewangan Asia yang tercetus pada tahun 1997 melembapkan pembangunan ekonomi sekali lagi di Filipina. Pada tahun 1998, ekonomi Filipina merosot, akibat kesan Krisis Kewangan Asia serta keadaan-keadaan cuaca yang buruk. Pertumbuhan jatuh sehingga -0.5% pada tahun 1998 daripada 5% pada tahun 1997, tetapi berpulih kepada 2.9% menjelang tahun 1999. Presiden Joseph Estrada mencuba menentang langkah-langkah yang bersifat perlindungan, dengan usaha-usaha untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan yang dimulakan oleh pentadbiran Ramos mencapai kemajuan yang ketara. Suatu kegagalan bank yang utama pada April 2000 serta pendakwaan dan peninggalan Presiden Estrada yang kemudian pada permulaan tahun 2001 mengakibatkan pertumbuhan yang lebih perlahan. Pentadbiran Filipina terkini di bawah Presiden Gloria Macapagal-Arroyo sedang mengajukan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Pada tahun 2004, ekonomi Filipina bertumbuh sebanyak 6.1% dan mengatasi kebanyakan anggaran para penganalisis serta juga anggaran kerajaan. Pada tahun 2005, peso Filipina mencapai kadar kenaikan nilai sebanyak 6%, suatu kenaikan yang paling cepat di wilayah Asia pada tahun tersebut. Bagaimanapun, kedatangan harga-harga minyak yang tinggi memudarkan anggaran-anggaran pertumbuhan kerajaan pada tahun yang sama dan tahun 2005 berakhir dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak hanya 5.1%. Semasa tahun 2006, ekonomi Filipina mencapai pertumbuhan 5.4% selepas dipudarkan oleh dua buah taufan yang mengakibatkan kemusnahan teruk pada sektor pertanian. Kerajaan Filipina merancang untuk memperkukuh infrasktrutur negara dengan kenaikan perbelanjaan sebanyak sepuluh kali pada tahun 2007, dan menyasarkan pertumbuhan ekonomi tercepat sebanyak 7% pada tahun 2007, 8% pada tahun 2008, dan 9% pada tahun 2009. [4].
Sejak Februari 2007, pasaran saham Filipina kini berhampiran peringkat yang tertinggi, dan mata wang peso telah naik nilainya sehingga 48.07 bagi setiap dolar Amerika Syarikat.
Walaupun terdapat harapan ekonomi yang positif, kerajaan Filipina masih menghadapi berbagai-bagai cabaran dalam banyak bidang, termasuk agihan kekayaan yang tidak serata, serta kemiskinan yang masih tinggi. Amalan rasuah masih merupakan suatu masalah besar dan ketakstabilan politik masih merupakan suatu kenyataan.
Angka-angka 2006
suntingPada tahun 2006, ekonomi Filipina berkembang pada kadar 5.4%, suatu kadar yang lebih cepat berbanding kadar tahun sebelumnya. Kerajaan Filipina merancang untuk menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 7% pada tahun 2007, walalupun unjuran rasmi adalah pada sekitar 6.1%-6.7%. Ia juga bertujuan untuk menumbuhkan ekonomi sebanyak 9% pada tahun 2009 sebagai sebahagian sasaran terunjur kerajaan melalui penambahan pelaburan awam untuk menarik modal asing serta juga untuk memperbaik negara. [25].
Arah aliran makroekonomi
suntingYang berikut ialah jadual arah aliran Keluaran Dalam Negara Kasar Filipina pada harga pasaran, sebagaimana yang dianggarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa. Semua angka adalah dalam juta peso Filipina, dengan satu peso sama dengan AS$0.78.
Tahun | KDNK | Pertukaran Dolar Amerika Syarikat |
---|---|---|
1980 | 243,749 | 7.51 peso |
1985 | 571,883 | 18.60 peso |
1990 | 1,074,510 | 24.32 peso |
1995 | 1,905,951 | 25.23 peso |
2000 | 3,354,727 | 44.19 peso |
2005 | 5,379,251 | 55.08 peso |
2006 | 6,048,297 | 49.28 peso |
Untuk pembandingan pariti kuasa beli, dolar Amerika Syarikat ditukarkan pada kadar 11.91 peso sahaja.
Sektor
suntingPengeluaran perindustrian tertumpu kepada operasi-operasi pemprosesan dan pemasangan seperti yang berikut: makanan, minuman, tembakau, keluaran-keluaran getah, tekstil, pakaian dan kasut, bahan farmaseutik, cat, papan lapis dan venir, kertas dan keluaran kertas, perkakas kecil, serta elektronik. Industri-industri yang lebih berat dikuasai oleh pengeluaran simen, kaca, bahan kimia perindustrian, baja, besi dan keluli, serta keluaran petroleum tertapis.
Sektor perindustrian tertumpu di kawasan-kawasan bandar, khususnya di kawasan metropolitan Manila dan hanya mempunyai hubungan-hubungan yang lemah dengan ekonomi luar bandar. Infrastruktur, pengangkutan, dan komunikasi yang tidak sempurna telah menghalang pertumbuhan perindustrian yang lebih cepat setakat ini.
Pertanian
suntingFilipina kini merupakan tuan rumah untuk Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) yang mengkaji kelainan-kelainan padi berhasil tinggi. Ia telah memainkan peranan yang utama dalam Revolusi Hijau dan dapat menambahkan hasil padi dan pengeluaran beras semasa dekad 1970-an. [26]
Kereta
suntingSistem Brek Cegah Kunci (ABS) yang digunakan oleh kereta-kereta Mercedes-Benz, BMW, dan Volvo dibuat di Filipina. Dengan ihsan Syarikat Motor Ford, tahun 2005 merupakan tahun pertama yang negara Filipina mengeksport kereta pada jumlah yang besar,
Elektronik
suntingIntel telah berada di Filipina selama 28 tahun sebagai pengeluar utama keluaran-keluaran termaju Intel, termasuk pemproses Pentium 4. Sebuah kilang Texas Instruments di Baguio telah beroperasi selama 20 tahun dan merupakan pengeluar terbesar cip DSP di dunia. [27]. Kilang Texas Instruments di Baguio mengeluarkan kesemua cip yang digunakan oleh telefon bimbit Nokia, serta 80% daripada semua cip yang digunakan oleh telefon bimbit Ericsson di dunia. Sehingga tahun 2005, komputer riba Toshiba dikeluarkan di Santa Rosa, Laguna, tetapi tumpuan kilang tersebut pada masa ini ialah pengeluaran cakera keras.
Perisian
suntingSalah satu syarikat perisian yang ditubuhkan di Filipina ialah Trend Micro, pembuat perisian anti virus dengan PC-Cillin sebagai keluaran utamanya. Syarikat itu berpusat di Bandaraya Eastwood, Libis, Bandaraya Quezon [28]
Penggunaan sumber luar
suntingSebahagian besar daripada sepuluh syarikat sumber luar proses perniagaan yang terbesar di Amerika Syarikat beroperasi di Filipina. Jumlah pekerjaan dalam industri ini bertumbuh sehingga 100,000, dengan jumlah hasilnya mencapai AS$960 juta pada tahun 2005.
Pelombongan
suntingFilipina kaya dengan galian-galian serta sumber-sumber tenaga terma. Ia mengeluarkan elektrik berasaskan sumber geoterma sebanyak 1931 MW (27% daripada pengeluaran elektrik), dan merupakan pengeluar elektrik geoterma yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. [5] Diarkibkan 2005-03-09 di Wayback Machine Penemuan simpanan gas asli baru-baru ini di Medan Malampaya, berhampiran dengan pulau Palawan, telah dipergunakan oleh tiga buah loji berkuasa gas untuk menjanakan elektrik.
Lapisan-lapisan emas, nikel, tembaga, dan kromit adalah antara lapisan-lapisan terbesar di dunia. Galian-galiannya yang lain termasuk logam perak, batu arang, gipsum, dan sulfur. Filipina juga mempunyai mendapan-mendapan tanah liat, batu kapur, marmar, silika, dan fosfat. Lebih kurang 60% daripada jumlah pengeluaran pelombongan terdiri daripada galian-galian bukan logam yang memberikan sumbangan yang penting kepada pertumbuhan pengeluaran yang tetap antara tahun 1993 hingga tahun 1998, dengan nilai pengeluaran bertumbuh sebanyak 58%. Bagaimanapun pada tahun 1999, pengeluaran galian merosot sebanyak 16% sehingga AS$793 juta. Eksport galian umumnya telah menjadi lembap sejak tahun 1996. Berpuncakan katod tembaga, eksport galian Filipina yang bernilai AS$650 juta pada tahun 2000 hampir tidak mencapai tingkat tahun 1999. Harga logam yang rendah, kos pengeluaran yang tinggi, kekurangan pelaburan dalam infrastruktur, serta cabaran terhadap sebuah undang-undang pelombongan yang baru telah mengakibatkan kemerosotan industri pelombongan pada seluruhannya.
Industri pelombongan Filipina berbalik mulai dari akhir tahun 2004 ketika Mahkamah Agung memutuskan bahawa sebuah undang-undang yang membenarkan pemilikan asing sepenuhnya syarikat-syarikat pelombongan Filipina adalah sah di sisi perlembagaan.
Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi (DENR) tidak berupaya menangani minat pelombongan yang baru. Adanya beberapa syarikat di bawah Pelombongan Skala Kecil (SSM) yang sepatutnya dikelaskan dan dicukai di bawah undang-undang pelombongan skala besar. DENR kini sedang mengambil masa untuk memaklumkan syarikat-syarikat tersebut bahawa mereka telah mencabuli undang-undang SSM dengan melombong melebihi 50,000 tan bijih setiap tahun.
DENR masih belum meluluskan pindaan Perintah Pentadbiran Jabatan (DAO) yang akan membekalkan Peraturan Pelaksanaan untuk Perjanjian Bantuan Teknik (FTAA), bahagian khusus Akta Pelombongan 1994 yang membenarkan pemilikan asing sepenuhnya lombong-lombong Filipina. DAO 99-56 terkini adalah tidak sempurna kerana ia mengelirukan serta terdedah kepada penyalahgunaan.
Pengangkutan
suntingPenduduk-penduduk Filipina menggunakan kereta, kapal, kapal terbang, kereta api, basikal tiga roda, dan sebagainya untuk pengangkutan.
Statistik
sunting- KDNK: pariti kuasa beli - $430.6 bilion (anggaran 2004)
- KDNK - kadar pertumbuhan sebenar: 6.1% (anggaran 2004)
- KDNK - per kapita: parti kuasa beli - $5,100 (anggaran 2005)
- KDNK - kandungan mengikut sektor:
- pertanian: 14.5%
- industri: 32.3%
- perkhidmatan: 53.2% (anggaran 2003)
- Jumlah penduduk di bawah garis kemiskinan: 24.7% (anggaran 2003)
- Pendapatan atau penggunaan isi rumah mengikut bahagian peratusan:
- 10% terendah: 1.7%
- 10% tertinggi: 38.4% (2000)
- Kadar inflasi (harga pengguna): 3.9% (Januari 2007)
- Tenaga buruh: 34.56 juta (2003)
- Tenaga buruh mengikut pekerjaan: (anggaran 2003)
- pertanian: 45%
- industri: 15%
- perkhidmatan: 40%
- Kadar pengangguran: 7.3% (Oktober 2006)
- Belanjawan:
- hasil: $11.56 bilion
- perbelanjaan: $15.25 bilion, termasuk perbelanjaan modal sebanyak $2.4 juta (2003)
- Industri: tekstil, bahan farmaseutik, bahan kimia, keluaran kayu, pemprosesan makanan, pemasangan elektronik, penapisan petroleum, perikanan
- Kadar pertumbuhan pengeluaran perindustrian: -0.1% (anggaran 2003)
- Pengeluaran elektrik: 45,21 GWh (2001)
- Pengeluaran elektrik mengikut sumber:
- bahan api fosil: 70.12%
- hidro: 10.75%
- nuklear: 0%
- geoterma: 19.13% (1998)
- Elektrik - penggunaan: 42,040 GWh (2001)
- Elektrik - eksport: 0 kWh (2001)
- Elektrik - import: 0 kWh (2001)
- Pertanian - keluaran: beras, kelapa (kopra), jagung, tebu, pisangs, nanas, mangga; daging babi, telur, daging lebuh; ikan
- Eksport: $3.681 bilion (2006)
- Komoditi eksport: pelengkapan elektronik, jentera dan pelengkapan pengangkutan, pakaian, keluaran kelapa, bahan kimia
- Eksport - rakan-rakan: Amerika Syarikat 20.1%, Jepun 15.9%, Hong Kong 8.5%, Belanda 8.1%, Taiwan 6.9%, Malaysia 6.8%, Singapura 6.7%, China 5.9% (2003)
- Import: $4.508 bilion (2006)
- Import - komoditi: bahan mentah dan barang perantaraan, barang modal, barang pengguna, bahan api
- Import - rakan-rakan: Jepun 20.4%, Amerika Syarikat 19.8%, Singapura 6.8%, Korea Selatan 6.4%, Taiwan 5%, China 4.8%, Hong Kong 4.3% (2003)
- Hutang - luar: $56.16 bilion (2003)
- Bantuan ekonomi - penerima: tanggungan ODA, $1.2 bilion (2002)
- Mata wang: 1 peso Filipina (P) = 100 centavos
- Kadar pertukaran: Peso Filipina (P) per AS$1 = 49.28 (2006), 53.10 (2005), 56.052 (2004), 54.203 (2003), 40.427 (Januari 2000), 39.089 (1999), 40.893 (1998), 29.471 (1997), 26.216 (1996), 25.714 (1995)
- Tahan fiskal: Tahun takwim
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Compare currencies in South East Asia". aroundtheworldinaday.com. Dicapai pada July 15, 2014.
- ^ "Employment in agriculture (% of total employment)". Dicapai pada March 3, 2015.
- ^ Republic of the Philippines. National Statistical Coordination Board. "Third Quarter 2009 Gross National Product and Gross Domestic Product by Industrial Origin". Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 29, 2011. Dicapai pada Disember 11, 2009.
- ^ a b c Philippine Statistics Authority (October 2009). "Quickstat" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada July 11, 2012. Dicapai pada December 11, 2009.
- ^ "Philippines jobless rate eases to 6% in October". MarketWatch. December 10, 2014. Dicapai pada December 14, 2014.
- ^ "Philippine Unemployment Rate Falls In October". RTTNews. December 10, 2014. Dicapai pada December 14, 2014.
- ^ Denis Somoso. (September 30, 2013). "$83.201 Billion – Philippines GIR now Rank 26th World's highest International Reserves" Diarkibkan Oktober 13, 2013, di Wayback Machine. Philippines, ASIA and the Global Economy Site. Retrieved September 30, 2013.
- ^ "Debt-to-gov't ratio hits 38.1% in end-March". Rappler. September 23, 2014. Dicapai pada December 14, 2014.
- ^ Dela Peña, Zinnia B. (September 24, 2014). "Debt-to-GDP ratio continues to improve". The Philippine Star. Dicapai pada December 14, 2014.
- ^ Mendoza, Ronlad U. (June 25, 2012). "Debt free?". Rappler. Dicapai pada December 14, 2014.
- ^ "From butt of jokes in 1986, Philippines has risen to creditor nation, says ex-finance chief". Newsinfo.inquirer.net. February 28, 2012. Dicapai pada March 3, 2014.
- ^ The Filipina sisterhood. (December 20, 2001). The Economist. Retrieved November 9, 2009.
- ^ a b c Ure, John (2008). Telecommunications Development in Asia. Hong Kong University Press. m/s. 301–302. ISBN 978-962-209-903-6.
- ^ "Philippines". International Monetary Fund. Dicapai pada April 20, 2012.
- ^ Felix, Rocel. (January 25, 2008). 2007 GDP seen growing at fastest rate in 30 years. The Philippine Daily Inquirer. Retrieved May 29, 2010. (archived from the original on February 22, 2015)
- ^ United Nations Development Programme (2009). "Table G: Human development and index trends, Table I: Human and income poverty". ISBN 978-0-230-23904-3. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Reddel, Paul (May 27, 2009). Infrastructure & Public-Private Partnerships in East Asia and the Philippines [PowerPoint slides]. Presentation in Manila to the American Foreign Chambers of Commerce of the Philippines. Retrieved February 13, 2010 from the Public-Private Infrastructure Advisory Facility (PPIAF) Website.
- ^ "Report for Selected Countries and Subjects". Imf.org. September 14, 2006. Dicapai pada October 23, 2011.
- ^ Sakib Sherani. "Pakistan's remittances". dawn.com. Dicapai pada December 17, 2015.
- ^ "OFW remittances to increase by 8.5% in 2014—Standard Chartered". Philippine Daily Inquirer. January 13, 2014. Dicapai pada September 21, 2014.
- ^ "Why PH improves in competitiveness ranking". Rappler. Aug 22, 2013. Dicapai pada September 21, 2014.
- ^ "Poverty and regional development imbalance". Philippine Daily Inquirer. March 5, 2014. Dicapai pada September 21, 2014.
- ^ Llorito, David (May 10, 2006). "Help wanted for Philippines outsourcing". Asia Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-12. Dicapai pada December 11, 2009.
- ^ Uqbah Iqbal, Sejarah Ringkas Hubungan Ekonomi Filipina-Jepun, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2015.
- ^ Laman web Forbes: Filipina Bertujuan untuk Merangsangkan Pertumbuhan Menjelang Tahun 2009 – dicapai pada 22 Februari 2007
- ^ "Pengeluaran beras mengikut negara dan kawasan geografi, 1961-2004" (PDF). Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa. Dicapai pada 2006-08-27. Cite has empty unknown parameters:
|accessyear=
,|month=
,|accessmonthday=
, dan|coauthors=
(bantuan) - ^ Laman web Philnews – dicapai pada 7 Mac 2007
- ^ Firma-firma Taman Siber Bandaraya Eastwood Diarkibkan 2007-04-17 di Wayback Machine – dicapai pada 7 Mac 2007
Pautan luar
sunting- Keadaan Kepulauan Filipina[pautan mati kekal] – sebuah buku yang ditulis oleh seorang anak Sepanyol pada awal dekad 1800-an. Buku ini mengkaji keadaan-keadaan ekonomi Filipina yang ketika itu merupakan sebuah tanah jajahan Sepanyol. Versi buku dalam talian diterbitkan oleh Filipiniana.net
- Bangko Sentral ng Pilipinas (Bank Pusat Filipina)
- Lembaga Penyelerasan Statistiks Negara
- Pejabat Statistik Negara
- Jabatan Perdagangan dan Industri
- Bursa Saham Filipina
- Forum Bursa Saham Filipina
- Persekutuan Peladang Tebu Negara Diarkibkan 2012-04-02 di Wayback Machine
- Jabatan Pelancongan
- Bank Union Filipina
Belanda (untuk Kemaharajaan di Eropah dan Antilles Belanda) • Belize • Benin • Bolivia • Botswana • Brazil • Brunei • Burkina Faso • Burundi • Cameroon • Chad • Chile • Colombia • Costa Rica • Cote d'Ivoire • Croatia • Cuba • Djibouti • Dominica • Ecuador • El Salvador • Emiriah Arab Bersatu • Fiji • Filipina • Gabon • Gambia • Georgia • Ghana • Grenada • Guatemala • Guinea • Guinea Bissau • Guyana • Haiti • Honduras • Hong Kong • Iceland • India • Indonesia • Palestin • Jamaica • Jepun • Jordan • Kanada • Kemboja • Kenya • Kepulauan Solomon • Komuniti Eropah1 • Korea, Selatan • Kuwait • Kyrgyztan • Lesotho • Liechtenstein • Lubnan • Macau • Madagascar • Maghribi • Malawi • Malaysia • Maldives • Mali • Mauritania • Mauritius • Mesir • Mexico • Moldova • Mongolia • Mozambique • Myanmar • Namibia • Nepal • New Zealand • Nicaragua • Niger • Nigeria • Norway • Oman • Pakistan • Panama • Papua New Guinea • Paraguay • Peru • Republik Afrika Tengah • Republik Demokratik Congo • Congo • Republik Dominika • China • Qatar • Rwanda • Santa Kitts dan Nevis • Santa Lucia • Santa Vincent & Grenadines • Senegal • Sierra Leone • Singapura • Sri Lanka • Suriname • Swaziland • Switzerland • Tanzania • Thailand • Togo • Trinidad dan Tobago • Tunisia • Turki • Uganda • Uruguay • Venezuela • Vietnam • Wilayah Kastam Berasingan Taiwan, Penghu, Kinmen, dan Matsu • Zambia • Zimbabwe
1 Kesemua 27 ahli negara Kesatuan Eropah juga merupakan ahli-ahli WTO pada diri sendiri:
Austria • Belgium • Bulgaria • Cyprus • Denmark • Estonia • Finland • Greece • Hungary • Ireland • Itali • Jerman • Latvia • Lithuania • Luxembourg • Malta • Perancis • Poland • Portugal • Republik Czech • Romania • Sepanyol • Slovakia • Slovenia • Sweden • United Kingdom