Julia Farhana Marin

Pelakon wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Julia Farhana)

Julia Farhana Marin (lahir 5 Disember 1994) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.[1]

Julia Farhana
Kelahiran
Julia Farhana binti Marin

(1994-12-05) 5 Disember 1994 (umur 29)
PendidikanKomunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2011–kini
Ketinggian170 cm (5 ka 7 in)
PasanganDr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum (k. 2022)

Kerjaya sunting

Julia Farhana mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada usia 12 tahun, namun tidak direstui ibunya yang mahu Julia meneruskan pelajaran sehingga menerima graduan. Berkat kesabaran, beliau berjaya menamatkan pelajaran bagi memenuhi hajat ibunya. Julia pernah hadir ke sesi uji bakat filem Ratu The Movie arahan A. Razak Mohaideen pada tahun 2011 tanpa pengetahuan ibunya dan mendapat tawaran watak sebagai pelakon pembantu.[2]

Beliau mula diperkenalkan kepada umum dalam bidang lakonan menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran di TV3. Bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar, beliau berlakon bersama Remy Ishak dalam drama Rumi & Jawi.[3] Beliau juga pernah membintangi filem pendek bertajuk Lifeline arahan Michael Lourdes yang melayakkan beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Asia Peace Film Festival 2017.[4] Kejayaan beliau hadir pada 2018 apabila memegang dua watak, iaitu Anna dan Maria dalam drama Salon yang bersiaran serentak di Viu dan ntv7. Persembahan beliau dalam drama ini mendapat pujian sekaligus melonjakkan profil beliau sebagai pelakon.[5]

Kehidupan peribadi sunting

Julia Farhana berdarah kacukan Melayu dan Itali, dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradik beliau ialah Razali Antonio dan Suzana Ornella.[6] Beliau membesar di Australia dan belajar di SMJK Chong Hwa Gombak merupakan lulusan dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Ibu bapanya bercerai ketika Julia berusia 15 tahun.[7]

Julia mendedahkan pada September 2018 yang beliau pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika menghadiri uji bakat pencarian pelakon baru.[8][9][10]

Beliau berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 14 Disember 2022. Suaminya, Dr. Che Hafiz merupakan bekas suami selebriti, Lufya Omar.[11]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 Kaki Kitai Inspektor Polis Filem pertama
2016 Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi Maya
Warna Cinta Impian
Zack Kapcai Tasha
2017 Dorm Melati Melati
Hospital Farah
Lifeline Vera Filem pendek
Kolestrol vs Cinta
2018 Langsuir Dewi
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Leftenan (Maritim) Melati

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Syurga Tanpa Cinta TV1
Ella Fitra TV2
Lari Mira Ika TV3
2015 Asam Pedas Untuk Dia Syafinaz
2016 Cinta Roller Coaster Batrisya
Rumi & Jawi Aisya Astro Prima
Sweetie Nanie Baizura TV3
Satu Cinta Naina TV1
Hantu Punya Bos Diela TV3
2017 Sumpah Ibu TV9
Ku Kirim Cinta Liyana TV3
Lelaki Itu Pemilik Hatiku Andrea
2018 Melankolia Latifah
Cinta Fatamorgana Farah
Doa Ku Mohon Julia
Salon Anna Viu
Terima Aku Seadanya Sahara ntv7
Gantung The Series PA Ustaz MZ Tribe, Astro First Eksklusif
Seribu Rindu TV3
Petua Nenek Zati
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Insyirah
Entiti Mistik Astro Prima
Cikgu, Papa Kirim Salam Atia TV3
Puteri Yang Ditukar Miesya Astro Prima
Mama Papa Ekspres Fiona TV3
2020 Syurga Untukmu Lestari
Dia Bidadari Dari Syurga Maisarah TV Okey
2021 Single Terlalu Lama Jasmine TV3
Malaysian Ghost Stories Muizzah Astro Ria Episod: “Jenglot”
Jangan Pernah Lupakan Aku Ariana TV2
2022 Love In Lockdown Sooka
Harith Fayyadh Shila TV3
2023 Akira Khan Liyana Astro Ria
Geng Daddy Daddy Farzana TV3
Persepsi Nadia Astro Ria
Seloka Asmara Buat Kemboja Kemboja TV1

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Syahadah Yang Hilang Astro Citra
2017 Izinkan Aku Menebus Dosa TV9
Aku, Mawar & Makhluk Asing Astro Citra
Famili Tuan Ihsan Astro Ria
2018 Teksi Love Astro Citra
Sebilah Pusaka TV2
2019 Jubah Dari Mekah TV3
2020 Cik Petir Putrajaya
2022 Jodoh Buat Mia Mia TV Okey

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Pesona Suri Pengacara TV Okey

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2017 Asia Peace Film Festival 2017 Pelakon Wanita Terbaik Dirinya sendiri Menang

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Julia Farhana Marin". Azhan.co. 5 November 2017. Dicapai pada 5 November 2017.
  2. ^ Nurul Fadila Awaluddin (22 Jun 2015). "Julia ratu raja Kapcai". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-16. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  3. ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2016). "Julia tidak menang tangan". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  4. ^ Ramlah Zainal (11 Januari 2019). Julia laris di luar negara Harian Metro. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  5. ^ Ardini Sophia Sina (2 Mac 2019). Salon lonjak kerjaya Julia Harian Metro. Dicapai pada 7 Jun 2018.
  6. ^ Ramlah Zainal (21 Mei 2019). Kemanisan mula bertandang Harian Metro. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  7. ^ Siti Athirah Dzulkifly (29 Julai 2018). "Pengertian cinta Julia Farhana". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  8. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 September 2018). "Julia Farhana nyaris jadi mangsa gangguan seksual". Berita Harian. Dicapai pada 13 Oktober 2018.
  9. ^ Aref Omar (6 September 2018). "#Showbiz: Sexual harrassment scare for Julia Farhana Marin". New Straits Times. Dicapai pada 13 Oktober 2018.
  10. ^ Nurul Fadila Awaludin (5 September 2018). "Julia Farhana hampir jadi mangsa gangguan seksual". Kosmo!. Dicapai pada 13 Oktober 2018.
  11. ^ Najiy Jefri (20 Disember 2022). "Julia Farhana Marin, Dr Che Hafiz dah nikah". Harian Metro. Dicapai pada 31 Disember 2022.

Pautan luar sunting