My Starz LG (Musim 3)

My Starz LG adalah sebuah program realiti TV berkonsepkan nyanyian yang diterbitkan oleh syarikat Media Prima dan disiarkan di TV3 untuk musim ketiga. Pemenang pada musim kali ini ialah Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih dikenali sebagai Tom yang berusia 23 tahun dan beliau berasal dari Taiping, Perak.[1]

My Starz LG
FormatPertandingan Nyanyian,
Realiti TV
PengacaraNaz Habibur
JuriAzmeer
Lagu pembukaan"Gemuruh" nyanyian Faizal Tahir
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12
Penerbitan
PenerbitMuhd Sufian Che Isa
LokasiUjibakat
Queensbay (Pulau Pinang),
Center Point Kota Kinabalu (Sabah),
Aeon Bukit Indah (Johor Bahru),
Tun Jugah Mall Kuching (Sarawak),
Kuala Lumpur
Konsert Mingguan
Sri Pentas 2 Plaza Sentral
(Shah Alam)
Tempoh siaran1 jam per episode
Syarikat penerbitan
LG Electronics House (Malaysia)
Media Prima Berhad
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal08 November 2009 – 31 Januari 2010
Kronologi
MengikutiMy Starz LG 2
Diikuti olehVokal 2011

FormatSunting

Lokasi ujibakatSunting

1000 orang peserta telah menghadiri uji bakat yang dijalankan di lima lokasi iaitu Pulau Pinang, Sabah, Johor Bahru, Sarawak dan Kuala Lumpur. Hasil ujibakat, daripada 24 orang peserta telah melalui peringkat saringan dan hanya 10 orang peserta akhir yang dipilih untuk masuk ke LG House dan mengikuti kelas dan pembelajaran di rumah tersebut.

Format undianSunting

Persembahan kesemua peserta akan dinilai dari semua aspek yang akan memantapkan mereka sebagai bintang baru termasuk format undian SMS yang menyaksikan hanya 40 peratus undian SMS dan 60 peratus lagi dinilai juri tetap, Azmeer bersama dengan juri jemputan setiap minggu.

Masa siaranSunting

Penonton boleh menyaksikan gelagat para peserta dan proses sesi latihan serta pembelajaran peserta setiap minggu di My Starz LG Starlives yang diacarakan oleh penyampai radio Anne (Hot FM) bermula jam 7:30 malam di TV3 yang disiarkan setiap hari Sabtu. Manakala konsert mingguan My Starz LG yang diacarakan oleh Naz Habibur akan diadakan pada Ahad keesokan harinya bermula jam 10:30 yang disiarkan di TV3.

PesertaSunting

  • Umur dicatat sewaktu pertandingan.
Peserta Umur Asal
Muhammad Hafidz Kamal
(Apiz)
22 Kuala Lumpur
Ahmad Azam Pit
(Azam)
23 Sarawak
Senisah Majilin
(Chind)
21 Sabah
Noor Syaiful Md. Zalaludin
(Epul)
21 Kuala Lumpur
Muhammad Farid Anuar
(Farid)
22 Johor Bahru
Jaymeral Henry Monis
(Jay)
19 Sabah
Nor Lydazura Abdul Aziz
(Lyda)
23 Kuala Lumpur
Maisarah Ismail
(Sarah)
22 Kuala Lumpur
Nor Shahida Jamaluddin
(Sha)
19 Kuala Lumpur
Raja Farah Afzal Raja Ikram
(Tom)
23 Perak

Konsert mingguanSunting

Konsert Pengenalan 1Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 08 November 2009
Peserta Lagu
Epul "Sampai Syurga" nyanyian Faizal Tahir
Azam "Mimpi Yang Tak Sudah" nyanyian Ibnor Riza
Farid "Aku Penghibur" nyanyian Jamal Abdillah
Jay "Sunday Morning" nyanyian Maroon 5 /
"Diari Seorang Lelaki" nyanyian Pretty Ugly
Apiz "Bingkisan Untukmu" nyanyian Jamal Abdillah


Konsert Pengenalan 2Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 14 November 2009
Peserta Lagu
Lyda "Di Bawah Pohon Asmara" nyanyian Jaclyn Victor
Sha "Ku Berserah" nyanyian Amylea
Tom "My Immortal" nyanyian Evanescence
Sarah "Jelingan Manja" nyanyian Saloma
Chind "Kesal" nyanyian Ella


Konsert 3Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 22 November 2009
Peserta Lagu
Jay "Yang Pernah" nyanyian Estranged
Apiz "Lama Tak Jumpa" nyanyian Zur Eda
Farid "Tapi Bukan Aku" nyanyian Kerispatih
Epul "Dan Sebenarnya" nyanyian Yuna
Azam "Madu Tiga" nyanyian P. Ramlee /
"Jatuh Cinta Lagi" nyanyian Matta
  • Juri Jemputan : Zainal Abidin
  • 3 Terbawah : Apiz, Jay & Farid
  • Tersingkir : Farid


Konsert 4Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 29 November 2009
Peserta Lagu
Sha "Hey Ladies" nyanyian Rossa
Tom "Maha Karya Cinta" nyanyian Faizal Tahir
Chind "Pelangi Petang" nyanyian Dato' Sudirman
Lyda "Tak Mungkin Kerana Sayang" nyanyian Alyah
Sarah "Killing Me Softly" nyanyian Roberta Flack /
"Rembulan" nyanyian Krisdayanti
  • Juri Jemputan : Mas Idayu
  • 3 Terbawah : Tom, Sarah & Chind
  • Tersingkir : Chind


Konsert 5Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 13 Disember 2009
Peserta Lagu Solo Lagu Duet
Apiz "Bukti" nyanyian Fiq Halim "Juwita Citra Terindah" nyanyian M. Nasir

(duet Fiq Halim)

Epul "Khatimah Cinta" nyanyian 6ixth Sense "Umbrella" nyanyian Rihanna ft. Jay Z

(duet Dia Fadila)

Azam "Aku Cinta Kau dan Dia" nyanyian Ahmad Dhani "Khayal" nyanyian Alif Satar

(duet Alif Satar)

Jay "Situasi" nyanyian Bunkface "Aku, Dia dan Kamu" nyanyian D_Va

(duet Ezlynn)

  • Juri Jemputan : Cat Farish
  • 3 Terbawah : Epul, Azam & Jay
  • Tersingkir : Jay


Konsert 6Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 20 Disember 2009
Peserta Lagu Solo Lagu Duet
Lyda "Hanya Di Mercu" nyanyian Ayu Damit "Nilai Cinta" nyanyian Saloma & Ahmad Daud

(duet Black)

Tom "What's Up?" nyanyian 4 Non Blondes "Sejati" nyanyian Wings

(duet Alyah)

Sha "Rawan" nyanyian Azharina "Ku Pinjam Satu Bintang" nyanyian Alyah

(duet Riz)

Sarah "Akhirnya Kini Pasti" nyanyian Anita Sarawak "Penasaran" nyanyian Emilia Contessa

(duet Shila Amzah)

  • Juri Jemputan : Nurul Wahab
  • 3 Terbawah : Sarah, Lyda & Sha
  • Tersingkir : Sha


Konsert 7Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 27 Disember 2009
  • Tema : AJL24
Peserta Lagu
Tom "Bengang" nyanyian Akim
Azam "Kau Aku" nyanyian Aizat Amdan
Sarah "Pakai Buang" nyanyian Stacy
Epul "Bencinta" nyanyian Faizal Tahir
Lyda "Masih Jelas" nyanyian Hafiz Suip
Apiz "Aku Rindu Sayang Kamu" nyanyian Black
  • Juri Jemputan : Lah Ahmad
  • 3 Terbawah : Tom, Sarah & Apiz
  • Tiada penyingkiran.


Konsert 8Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 03 Januari 2010
Peserta Lagu
Epul "Asmara" nyanyian Anneke Gronloh
Tom "Lagu Untukmu" nyanyian Meet Uncle Hussain
Lyda "I Have Nothing" nyanyian Whitney Houston
Apiz "Srikandi Cintaku" nyanyian Bloodshed
Sarah "Destinasi Cinta"nyanyian Dato' Siti Nurhaliza
Azam "Pagi Yang Gelap" nyanyian Hujan
  • Juri Jemputan : Hattan
  • 3 Terbawah : Tom, Lyda & Azam
  • Tersingkir : Azam
  • My Starz LG tidak bersiaran pada 10 Januari 2010 disebabkan ingin memberi laluan kepada Anugerah Juara Lagu ke-24 dan kembali bersiaran pada 17 Januari 2010.


Konsert 9 (Suku Akhir)Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 17 Januari 2010
Peserta Lagu
Apiz "Tiga Malam Tanpa Bintang" nyanyian Fiq Halim
Epul "Berhenti Berharap" nyanyian Sheila on 7
Sarah "One Night Only" nyanyian Dreamgirls
Lyda "Fantasia Bulan Madu" nyanyian Search
Tom "Objection" nyanyian Shakira
  • Juri Jemputan : Liza Hanim
  • 3 Terbawah : Epul, Sarah & Lyda
  • Tersingkir : Lyda


Konsert 10 (Separuh Akhir)Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 24 Januari 2010
Peserta Lagu
Sarah "Nobody" nyanyian Wonder Girls /
"Bunyi Gitar" nyanyian P. Ramlee
Apiz "Merisik Khabar" nyanyian Dato' Sudirman
Epul "21 Guns" nyanyian Green Day
Tom "Sepi Sekuntum Mawar Merah" nyanyian Ella
  • Juri Jemputan : Syafinaz Selamat
  • 3 Terbawah : Apiz, Sarah & Epul
  • Tersingkir : Epul


Konsert 11 (Akhir)Sunting

  • Tarikh Disiarkan : 31 Januari 2010
Peserta Lagu Pertama Lagu Kedua
Tom "Isabella" nyanyian Search /
"Revolusi" nyanyian Bunkface
"Senja Man Merah" nyanyian Awie & Ziana Zain

(duet Mus May)

Apiz "Patri" nyanyian Jinbara

(duet Tiar Jinbara)

"Suci Dalam Debu" nyanyian Iklim /
"Terharu" nyanyian Mawi & Jamal Abdillah
Sarah "Joget Lambak" nyanyian Adam AF2 /
"Gelora" nyanyian Saloma & P. Ramlee

(duet Adam AF2)

"Bunga-Bunga Cinta" nyanyian Misha Omar /
"Senggol-Senggolan Cubit-Cubitan" nyanyian Mas Idayu
  • Juri Jemputan : Ajai & Mas Idayu
  • Juara : Tom
  • Naib Juara : Apiz
  • Tempat Ketiga : Sarah

Carta penyingkiranSunting

Keputusan Undian & Markah Mengikut Kedudukan
Ked. Minggu 3 Minggu 4 Minggu 5 Minggu 6 Minggu 7 Minggu 8 Minggu 9 Minggu 10 Minggu Akhir
1 Azam Sha Apiz Tom Epul Epul Apiz Tom Tom
2 Epul Lyda Epul Sarah Azam Apiz Tom Apiz Apiz
3 Apiz Tom Azam Lyda Lyda Sarah Epul Sarah Sarah
4 Jay Sarah Jay Sha Tom Tom Sarah Epul
5 Farid Chind Sarah Lyda Lyda
6 Apiz Azam

Trivia

  • Konsert 1 adalah konsert pengenalan peserta lelaki manakala konsert 2 adalah konsert pengenalan peserta wanita. Jadi penyingkiran tidak dilakukan dikedua-dua konsert tersebut. Ini kerana markah akan diberikan oleh juri dan undian untuk kesemua peserta dibuka bermula pada konsert ketiga.
  • Bermula konsert ke-3 hingga konsert ke-6 peserta lelaki dan wanita akan diasingkan setiap konsert. Bagaimanapun mereka kemudian digabungkan dalam konsert ke-7 hingga konsert akhir.

Klu

  •      Peserta yang menjadi juara pertandingan.
  •      Peserta yang menjadi naib juara.
  •      Peserta yang menjadi pemenang tempat ketiga.
  •      Peserta yang terselamat daripada penyingkiran.
  •      Peserta yang tersingkir daripada pertandingan.

PenglibatanSunting

  • Pengacara Konsert : Nazrudin Rahman
  • Pengacara Star Lives : Anne (Hot FM)
  • Juri Tetap : Azmeer
  • Guru Vokal :
  • Guru Seni Persembahan :

HadiahSunting

  • Juara My Starz LG 3 : Wang tunai RM 100,000, televisyen LCD jenama LG 42 inci, serta kontrak rakaman bersama syarikat Warner Music (Malaysia).
  • Naib Juara My Starz LG 3 : Wang tunai RM15,000, serta telefon bimbit chocolate jenama LG.
  • Pemenang Tempat Ketiga : Wang tunai RM5,000 serta set teater rumah HT964PZ jenama LG.

RujukanSunting

  1. ^ Kemalia Othman (2 Februari 2010). [1] mStar. Dicapai pada 2 Februari 2010.