Senarai lawatan antarabangsa Perdana Menteri oleh Ismail Sabri Yaakob

rencana senarai Wikimedia

Berikut ialah senarai lawatan antarabangsa oleh perdana menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9. Sejak dari November 2021, Dato Sri Ismail Sabri telah melakukan beberapa lawatan antarabangsa sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 21 Ogos 2021.

Ringkasan sunting

Bilangan lawatan bagi setiap negara:

2021 sunting

Negara Tempat Tarikh Butiran Gambar
  Indonesia Jakarta,

Bogor, Bandung

9–11 November Lawatan sulung Ismail Sabri. Bertemu dengan komuniti perniagaan Indonesia, ketua pengarang media Indonesia dan diaspora Malaysia.[1] Diberikan sambutan rasmi daripada Presiden Joko Widodo di Istana Bogor.[2] Kedua-dua pemimpin menyaksikan pemeteraian lima MoU dan perjanjian antara kedua-dua negara.[3] Melakukan lawatan ke kemudahan pengeluaran peralatan ketenteraan, PT Pindad di Bandung.[4]  
  Singapura Woodlands,

Kawasan Tengah

29 November Bersama-sama dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong melancarkan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) di Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk perjalanan antara kedua-dua negara.[5] Diberikan sambutan rasmi di Istana dan bertemu Presiden Halimah Yacob.[6][7]

2022 sunting

Negara Tempat Tarikh Butiran Gambar
  Brunei Bandar Seri Begawan 14–15 Februari Diberikan sambutan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Mengadakan perbincangan dan perjanjian dengan Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah dan bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi memulih ekonomi dan pengurusan COVID-19 dengan mewujudkan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) melalui udara dan darat serta pengiktirafan sijil vaksinasi digital MySejahtera dan BruHealth[8].
  Kemboja Phnom Penh 23–24 Februari Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh dan disambut oleh Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Othsman Hassan, mewakili Kerajaan Kemboja. Diberikan sambutan rasmi di Peace Palace, pejabat rasmi Perdana Menteri Kemboja, Melawat tugu peringatan kemerdekaan Kemboja dan Tugu Peringatan Preah Borom Ratanak Kaudh[9]. Kedua-dua negara komited memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan dan peluang pekerjaan[10].
  Thailand Bangkok 24–26 Februari Membincangkan cadangan membuka sempadan negara, mengiktiraf sijil pevaksinan, bekerjasama dalam penyelidikan vaksin, projek infrastruktur di sempadan negara dan perkukuh hubungan ekonomi dan kerjasama antara dua negara. Berpeluang mengadakan sesi pertemuan dengan diaspora Malaysia, menghadiri majlis minum petang bersama-sama anggota Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand. Bertemu dengan Perdana Menteri, Prayut Chan-ocha di Rumah Kerajaan.[11]
  Vietnam Hanoi 20–22 Mac Berpeluang mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia. Bertemu beberapa pemimpin Vietnam termasuk Perdana Menteri, Pham Minh Chinh dan President Nguyen Xuan Phuc. Berbincang bagi memperkukuh kerjasama antara dua negara pascapandemik COVID-19. Membincangkan beberapa isu semasa termasuk mengenai Myanmar, dan kesan perang di Ukraine. Kedua-dua pemimpin juga menyaksikan beberapa pertukaran memorandum persefahaman.
  Qatar Doha,

Al Khor

27–29 Mac Melawat ladang Baladna, pusat penghasilan susu lembu Holstein berkualiti Baladna, ladang udang, cendawan dan sayuran organik Agrico di Al Khor. Berpeluang mengadakan sesi pertemuan dengan diaspora Malaysia. Bertemu Pemerintah Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani di Diwan Amiri. Bertukar pandangan mengenai isu antarabangsa berkepentingan bersama, membuka jalan untuk kerjasama ekonomi sebagai usaha pemulihan pascapandemik.
  Emiriah Arab Bersatu Dubai 29–31 Mac Menyaksikan penandatanganan beberapa memorandum persefahaman di Kelab Emaar. Melawat Pavilion Malaysia di EXPO Dubai 2020. Menghadiri Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2022 dan bertemu Perdana Menteri Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Menghadiri makan malam bersama diaspora Malaysia.
  Indonesia Jakarta 1 April Bertamu Presiden Joko Widodo di Istana Merdeka. Menyaksikan penandatanganan memorandum persefahaman melibatkan pengambilan dan perlindungan pekerja domestik Indonesia di Malaysia.
 
  United Kingdom Luton,

London

10 Mei Melawat pameran "Tenun Pahang: Menyulam Harapan" bersempena Minggu Kraf London di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Medan Belgrave.[12] Bertemu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.[12] Menghadiri sambutan Aidilfitri bersama diaspora Malaysia.[13]
  Amerika Syarikat Maryland,
Washington, D.C.
10–13 Mei Bertemu beberapa pemimpin terkemuka yang mewakili syarikat-syarikatFortune 500 Amerika Syarikat dan pegawai-pegawai kanan dari syarikat utama A.S. Menyaksikan beberapa pertukaran dokumen memorandum persefahaman. Bertemu Presiden Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris, bersama-sama pemimpin ASEAN yang lain, di Rumah Putih bagi Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.
 
  Jepun Tokyo 23–28 Mei Menerima Ijazah Kedoktoran Perubatan Kehormat dari Universiti Nihon.[14] Melawat Dewan Bandaraya Itabashi untuk menyaksikan penandatanganan sebuah jaminan bagi memperkasa matlamat pembangunan mapan. Menyertai sesi kerjasama antara usahawan Malaysia dan komuniti mereka di Itabashi. Bertemu dengan wakil-wakil pengurusan tertinggi daripada 14 syarikat Jepun di Itabashi. Menyampaikan ucaptama sulungnya di Persidangan Nikkei ke-27.[15]
 
  Turki Istanbul,
Ankara
5–8 Julai

Melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen Istanbul yang diuruskan MAHB.[16] Menghadiri sesi pertemuan bisnes dengan syarikat besar Malaysia serta syarikat-syarikat utama Turiki.[17] Bertemu dengan diaspora Malaysian.[18] Melawat syarikat pertahanan Korporasi Makine ve Kimya dan Turkish Aerospace Industries di Ankara.[19] Bertemu dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan sambil berbincang tentang pengukuhan hubungan dua hala, serta kerjasama ekonomi dan isu-isu tempatan dan antarabangsa.[20]

  Amerika Syarikat New York 22– September Menghadiri dan memberi ucapan dalam Perhimpunan Agung Ke-77 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[21] Mengadakan pertemuan dengan Presiden Palestin Mahmud Abbas dan memeterai beberapa perjanjian.[22]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "PM Ismail Sabri arrives in Jakarta for three-day official visit to Indonesia". Bernama (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail. 9 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
  2. ^ "Ismail Sabri accorded grand welcome by Indonesian president Jokowi in first official visit as PM". Bernama (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail. 10 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
  3. ^ "Malaysia expands investments in Indonesia with signing of MoUs, agreements worth US$3.1b". Bernama (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail. 10 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
  4. ^ "National defence and security industry policy to be launched in one-two months, says PM Ismail Sabri". Bernama (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail. 11 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
  5. ^ "Ismail Sabri arrives for first official visit to S'pore, officiates VTL-Land with S'pore PM Lee". Bernama (dalam bahasa Inggeris). The Star. 29 November 2021. Dicapai pada 29 November 2021.
  6. ^ "PM Ismail Sabri describes first official visit to S'pore as a success". Bernama (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 29 November 2021. Dicapai pada 29 November 2021.
  7. ^ "OFFICIAL VISIT OF YAB PRIME MINISTER TO THE REPUBLIC OF SINGAPORE" (dalam bahasa Inggeris). MOFA Malaysia. 28 November 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
  8. ^ Bernama (16 Februari 2022). "Lawatan Ismail Sabri bukti hubungan akrab Malaysia-Brunei: Saifuddin". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  9. ^ Bernama (Februari 24, 2022). "PM Ismail Sabri diberi sambutan rasmi di Peace Palace". Berita Harian. Dicapai pada Februari 26, 2022.
  10. ^ Bernama (Februari 25, 2022). "Malaysia, Kemboja komited pertingkat hubungan dua hala, perdagangan". Astro Awani. Dicapai pada 26 Februari 2022.
  11. ^ "PM Ismail Sabri's visit to Thailand expected to bring 'good news' on reopening land borders, says envoy". Bernama (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail. 2022-02-20. Dicapai pada 2022-02-20.
  12. ^ a b "Tenun Pahang kebanggaan negara di London – Ismail". mykmu.net. 11 May 2022. Dicapai pada 24 May 2022.
  13. ^ "Exciting Keluarga Malaysia Aidilfitri celebration for Malaysians in UK". The Star (dalam bahasa Inggeris). BERNAMA. 11 May 2022. Dicapai pada 24 May 2022.
  14. ^ "PM Ismail Sabri receives honorary doctorate from Nihon University". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). BERNAMA. 24 May 2022. Dicapai pada 24 May 2022.
  15. ^ Imahashi, Rurika (26 May 2022). "Malaysia's Ismail Sabri says war, friction causing 'negative ripples'". Nikkei Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 May 2022.
  16. ^ D. Arul Rajoo (5 Julai 2022). "PM Ismail Sabri visits MAHB's Sabiha Gokcen International Airport". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). BERNAMA. Dicapai pada 11 Julai 2022.
  17. ^ Azil, Firdaus (6 Julai 2022). "Perdana Menteri saksikan pertemuan perniagaan antara syarikat Malaysia, Turkiye". Astro Awani. Dicapai pada 11 Julai 2022.
  18. ^ "Rakyat Malaysia di Turkiye turut terkesan kenaikan harga barang keperluan". Harian Metro. BERNAMA. New Straits Times Press. 6 Julai 2022. Dicapai pada 11 Julai 2022.
  19. ^ "PM lawat syarikat utama pertahanan aeroangkasa Turkiye". Sinar Harian. BERNAMA. 6 Julai 2022. Dicapai pada 11 Julai 2022.
  20. ^ Ahmad, Mohd Rasdan (7 Julai 2022). "Ismail Sabri disambut Erdogan di Kompleks Presiden Turkiye" [Ismail Sabri was greeted by Erdogan at the Turkish Presidential Complex]. Kosmo!. Utusan Group. Dicapai pada 11 Julai 2022.
  21. ^ "UNGA ke-77: Perdana Menteri tiba di New York untuk ketuai delegasi Malaysia". Astro Awani. 22 September 2022. Dicapai pada 23 September 2022.
  22. ^ Huda, Nailah (24 September 2022). "Malaysia dan Palestin meterai empat MoU, perkukuh kerjasama". Astro Awani. Dicapai pada 24 September 2022.