Wikipedia:GP arkib atas

Minggu 1 2011 sunting

 

Zvartnots (Armenia: Զվարթնոց) merupakan sebuah bandar yang terletak di Wilayah Armavir, Armenia, kira-kira 10 km di sebelah barat Yerevan. Katedral Zvartnots dan Lapangan Terbang Zvartnots terletak berhampiran bandar ini.

Hayk

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 2 2011 sunting

 

Zvartnots (Armenia: Զվարթնոց) merupakan sebuah bandar yang terletak di Wilayah Armavir, Armenia, kira-kira 10 km di sebelah barat Yerevan. Katedral Zvartnots dan Lapangan Terbang Zvartnots terletak berhampiran bandar ini.

Hayk

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 3 2011 sunting

 

Debunga ialah serbuk halus hingga kasar yang mengandungi mikrogametofit benih tumbuhan, yang menghasilkan gamet jantan (sel sperma). Butiran debunga mempunyai lapisan keras yang melindngi sel sperma semasa proses pemindahan dari stamen ke pistil tumbuhan berbunga atau dari kon jantan ke kon betina tumbuhan konifer.

Artis: Dartmouth Electron Microscope Facility

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 4 2011 sunting

 

Pelantar separa tenggelam adalah sejenis pelantar minyak yang direka khas dan memiliki kestabilan dan ciri-ciri keselamatan di laut yang baik. Pelantar separa-tenggelam biasanya digunakan dalam beberapa peranan khas di luar pantai seperti sebagai sebuah pelantar gerudi luar pantai, kapal penyelamat, pelantar pengeluaran minyak dan kren bagi tugas angkatan berat.

Agência Brasil

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 5 2011 sunting

 

Lava ialah cairan larutan magma pijar yang mengalir keluar dari perut bumi melalui kawah gunung berapi. Semasa keluar, lava merupakan cecair dengan suhu antara 700 °C dan 1,200 °C. Meskipun kelikatan lava adalah kira-kira 100,000 kali lebih tinggi dari air, ia boleh mengalir agak jauh sebelum sejuk dan membeku, disebabkan sifat tiksotropi dan penipisan ricihnya.

J.D. Griggs

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 6 2011 sunting

 

Lava ialah cairan larutan magma pijar yang mengalir keluar dari perut bumi melalui kawah gunung berapi. Semasa keluar, lava merupakan cecair dengan suhu antara 700 °C dan 1,200 °C. Meskipun kelikatan lava adalah kira-kira 100,000 kali lebih tinggi dari air, ia boleh mengalir agak jauh sebelum sejuk dan membeku, disebabkan sifat tiksotropi dan penipisan ricihnya.

J.D. Griggs

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 7 2011 sunting

 

Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.

Luca Galuzzi

Minggu 8 2011 sunting

 

Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.

Luca Galuzzi

Minggu 9 2011 sunting

 

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien adalah sebuah masjid yang terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Reka bentuknya menggabungkan seni bina Mughal dan Itali. Ciri pada masjid ini yang paling terkenal adalah kubahnya yang diselaputi oleh emas tulen. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong.

sam garza

Minggu 10 2011 sunting

 

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien adalah sebuah masjid yang terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Reka bentuknya menggabungkan seni bina Mughal dan Itali. Ciri pada masjid ini yang paling terkenal adalah kubahnya yang diselaputi oleh emas tulen. Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan menjadi tarikan pelancong.

sam garza

Minggu 11 2011 sunting

 

Rambutan adalah sejenis buah yang berasal dari Kepulauan Melayu dan banyak dijumpai di Asia Tenggara. Nama rambutan dipercayai berasal dari perkataan bahasa Melayu rambut. Isi buahnya adalah lutsinar, berwarna keputihan atau merah jambu pucat, manis dan berasa agak masam. Pokok rambutan boleh ditanam melalui bijinya ataupun melalui cantuman.

Kredit gambar: Muhammad Mahdi Karim


Minggu 12 2011 sunting

 

Menara Eiffel ialah sebuah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel merupakan bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia dengan lebih 200 juta orang telah melawatnya sejak ia siap dibina.

Kredit gambar: Benh LIEU SONG


Minggu 13 2011 sunting

 

Eyjafjallajökull ialah salah sebuah glasier kecil di Iceland yang terletak di utara Skógar dan di barat glasier Mýrdalsjökull yang lebih besar. Litupan ais glasier ini melitupi sebuah gunung berapi yang kerap meletus sejak Zaman Air Batu. Pada 2010, letusan gunung berapi ini menyebabkan gangguan teruk lalu lintas udara di seluruh Eropah Utara.

Kredit gambar: Andreas Tille


Minggu 14 2011 sunting

 

Eyjafjallajökull ialah salah sebuah glasier kecil di Iceland yang terletak di utara Skógar dan di barat glasier Mýrdalsjökull yang lebih besar. Litupan ais glasier ini melitupi sebuah gunung berapi yang kerap meletus sejak Zaman Air Batu. Pada 2010, letusan gunung berapi ini menyebabkan gangguan teruk lalu lintas udara di seluruh Eropah Utara.

Kredit gambar: Andreas Tille


Minggu 15 2011 sunting

 

Eyjafjallajökull ialah salah sebuah glasier kecil di Iceland yang terletak di utara Skógar dan di barat glasier Mýrdalsjökull yang lebih besar. Litupan ais glasier ini melitupi sebuah gunung berapi yang kerap meletus sejak Zaman Air Batu. Pada 2010, letusan gunung berapi ini menyebabkan gangguan teruk lalu lintas udara di seluruh Eropah Utara.

Kredit gambar: Andreas Tille


Minggu 16 2011 sunting

 

Dalam pengangkutan jalan raya, persimpangan bertingkat adalah sejenis simpang jalan yang mengaplikasikan prinsip pengasingan aras melalui penggunaan jejambat serta beberapa jalan susur untuk membolehkan pemandu melintasi persimpangan tanpa melangkau aliran trafik yang lain. Pembinaan persimpangan ini dapat mengurangkan kejadian kemalangan jalan raya yang mudah berlaku di simpang jalan konvensional.


Minggu 17 2011 sunting

 

Bolak-balik angkasa lepas Discovery (OV-103) adalah salah satu daripada lima bolak-balik angkasa lepas yang digunakan dalam armada NASA. Selepas penerbangan terakhirnya pada Mac 2011, Discovery telah berjaya menjalankan 39 misi dalam tempoh 27 tahun, dengan 365 hari daripadanya di angkasa lepas.



Minggu 18 2011 sunting

 

Bolak-balik angkasa lepas Discovery (OV-103) adalah salah satu daripada lima bolak-balik angkasa lepas yang digunakan dalam armada NASA. Selepas penerbangan terakhirnya pada Mac 2011, Discovery telah berjaya menjalankan 39 misi dalam tempoh 27 tahun, dengan 365 hari daripadanya di angkasa lepas.



Minggu 19 2011 sunting

 

Padi teres adalah teknik pertanian yang biasa diamalkan di kawasan-kawasan bergunung seperti di China, Indonesia dan Filipina bagi menanam padi. Pesawah padi terpaksa berbuat demikian kerana keluasan tanah yang sempit, kecil dan amat bergantung kepada tenaga manusia, tidak ada jentera pembajak digunakan.


Minggu 20 2011 sunting

 

Seri Pagi (bahasa Inggeris:Morning glory) ialah nama biasa untuk lebih 1,000 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Convolvulaceae. Kelopaknya mengembang atau terbuka sepenuhnya pada waktu pagi, satu keadaan yang mana bunga ini mendapat namanya.



Minggu 21 2011 sunting

 

Bembicini atau penyengat pasir (bahasa Inggeris: Sand wasp) adalah satu puak besar penyengat Crabronidae yang mengandungi 20 genus. Penyengat pasir ialah pemangsa kepada pelbagai serangga, dengan jenis serangga agak tekal bagi setiap genus.


Minggu 22 2011 sunting

 

Plogoff ialah komun di jabatan Finistère di wilayah Brittany, barat-laut Perancis. Di sini terdapat tiga pelabuhan yang sesuai untuk kapal kecil: Pors-Loubous, Feunten-Aod dan Bestrée. Industri tempatan termasuklah pelancongan, biskut tradisional, pertanian dan penangkapan ikan.


Minggu 23 2011 sunting

Belum dicalonkan

Minggu 24 2011 sunting

 

Salzburg ialah sebuah bandar di barat Austria dan merupakan ibu negeri kepada negeri Salzburg. Pada tahun 2006, bandar ini memiliki penduduk seramai lebih kurang 150,000 orang. Bandar Tapak Warisan Dunia ini adalah salah satu gerbang ke Pergunungan Alp dan juga menjadi bandar kelahiran Wolfgang Amadeus Mozart.



Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 25 2011 sunting

 

Cakera keras merujuk kepada komponen storan capaian rawak tidak meruap yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera padat, CD-ROM atau pita.


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 26 2011 sunting

 

Sakura ialah nama yang diberikan bagi merujuk kepada bunga pokok ceri hiasan Prunus serrulata. Buah ceri (dikenali sebagai sakuranbo) yang boleh dimakan pula muncul daripada spesies yang berbeza. Selain itu, Sakura juga merupakan nama yang seringkali digunakan masyarakat Jepun.

WPPilot

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 27 2011 sunting

 

Teratai ialah sejenis tumbuhan akuatik dalam genus Nelumbo menyerupai telepok. Biji teratai boleh dimakan. Berasal dari Asia, ia banyak ditanam, dan digunakan dalam perubatan dan masakan Cina. Teratai merupakan bunga rasmi India, Mesir dan Vietnam.


Minggu 28 2011 sunting

Belum dicalonkan

Minggu 29 2011 sunting

 

Kebakaran merupakan sesuatu bencana yang disebabkan oleh api atau pembakaran tidak terkawal, membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi. Ia boleh jadi sengaja atau tidak sengaja. Kebakaran lazimnya akan menyebabkan kerosakan pada binaan dan kecederaan atau kematian kepada manusia. Kebakaran kadangkala turut menyebabkan ribut kebakaran atau kebakaran liar.

Sylvain Pedneault

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 30 2011 sunting

Belum dicalonkan

Minggu 31 2011 sunting

Belum dicalonkan

Minggu 32 2011 sunting

 

Kupu-kupu adalah sejenis serangga terbang daripada order Lepidoptera, sama seperti rama-rama. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai kepak dengan warna yang terang dan menarik. Seperti serangga holometabolisme lain, kitaran hidup kupu-kupu terdiri daripada empat bahagian, telur, larva, pupa dan dewasa.


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 33 2011 sunting

Belum dicalonkan

Minggu 34 2011 sunting

 

Indre-et-Loire (berasal dari nama Sungai Indre dan Loire) adalah sebuah jabatan di barat-tengah Perancis. Jabatan ini termasuk dalam kawasan Centre, bersempadan dengan Loir-et-Cher, Indre, Vienne, Maine-et-Loire dan Sarthe. Indre-et-Loire memiliki banyak château menonjol yang dibuka kepada awam.


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 35 2011 sunting

Belum dicalonkan

Minggu 36 2011 sunting

 

Takbir (تَكْبِير) adalah tindakan menyebut frasa Allahu Akbar (الله أكبر). Biasanya diterjemahkan sebagai "Tuhan itu Besar" atau "Tuhan Maha Besar," ia adalah ungkapan biasa Bahasa Arab, digunakan sebagai suatu luahan kepercayaan tidak formal dan dalam pengisytiharan rasmi. Ia digunakan ketika solat, dalam kebimbangan, sebagai laungan perang dan dalam bantahan Islamisme.


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 37 2011 sunting

 

New York merupakan bandar raya yang teramai penduduknya di Amerika Syarikat, dan juga pusat kawasan metropolitan New York, salah sebuah kawasan metropolitan yang teramai penduduknya di dunia. Sebagai bandar raya global utama, New York memancarkan pengaruh hebat terhadap perdagangan, kewangan, media, kebudayaan, kesenian, fesyen, penyelidikan, pendidikan dan hiburan sedunia.



Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 38 2011 sunting

Belum dicalonkan

Minggu 39 2011 sunting

 

Eilean Donan (Gaelik Scotland: Eilean Donnáin) merupakan sebuah pulau kecil di Loch Duich yang terletak di sebelah barat Tanah Tinggi Scotland. Pulau ini dihubungkan dengan pulau Great Britain melalui sebuah jambatan batu yang menuju ke istana di situ dan istana tersebut memenuhi sebahagian besar pulau itu.


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 40 2011 sunting

Belum dicalonkan

Minggu 41 2011 sunting

 

Ciutat de les Arts i les Ciències (Kota Seni dan Sains) adalah nama sebuah kompleks muzium berasaskan hiburan yang terletak di bandar Valencia, Sepanyol. Ia merupakan tarikan pelawat moden paling penting di bandar ini. Muzium ini mula dibangunkan pada tahun 1996, oleh seorang arkitek Valencia yang bernama Santiago Calatrava.


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 42 2011 sunting

 

Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat.


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 43 2011 sunting

 

Skandinavia daripada segi geografi, merujuk kepada sebuah semenanjung yang terletak di utara Eropah. Semenanjung tersebut terdiri daripada negara Norway dan Sweden. Daripada segi budaya pula, konsep ini turut merangkumi negara Denmark memandangkan ketiga-tiganya mempunyai bahasa yang hampir serupa.


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 44 2011 sunting

 

Mengerjakan haji (حج Ḥajj "ziarah") merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji ke Makkah sekali seumur hidup. Ibadah haji berlangsung dari 8 hingga 12 Zulhijjah setiap tahun Hijrah. Hari-hari terakhir haji turut disambut sebagai Hari Raya Aidiladha.


Minggu 45 2011 sunting

Belum dicalonkan

Minggu 46 2011 sunting

 

Masjidil Haram, kadangkala juga disebut Masjid al-Haram ataupun Al-Masjid al-Ḥarām (Arab: المسجد الحرام), ialah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah al-Mukarramah, di mana masjid ini dibina mengelilingi Kaabah iaitu kiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 47 2011 sunting

Belum dicalonkan

Minggu 48 2011 sunting

 

Anggur adalah sejenis buah-buahan yang tumbuh daripada pokok menjalar. Terdapat dalam pelbagai warna seperti ungu, hitam dan hijau, pohon ini tumbuh dalam bentuk gugusan 6 hingga 300 tangkai. Anggur boleh dimakan secara mentah atau dijadikan sebagai kismis, wain dan jeli. Buah ini juga kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kalium.


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 49 2011 sunting

Belum dicalonkan

Minggu 50 2011 sunting

 

Seni khat Islam, atau khat Arab, adalah amalan artis penulisan, atau seni khat, dan secara tambahan, berkait dengan penjilidan, di kawasan yang berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk kesenian ini berasaskan tulisan Arab, yang untuk tempoh yang lama digunakan oleh semua Muslim dalam bahasa masing-masing.


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 51 2011 sunting

 

Peribahasa Belanda (Belanda: Nederlandse Spreekwoorden) merupakan sebuah lukisan berasaskan minyak yang dihasilkan pada tahun 1559 oleh Pieter Bruegel, seorang pelukis Zaman Pembaharuan di Eropah. Lukisan ini memaparkan lebih kurang 80 jenis peribahasa Flanders Belanda yang dilambangkan melalui perwatakan seseorang di sesebuah kawasan. Sesetengah peribahasa itu masih digunakan sehingga kini.


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 52 2011 sunting

Belum dicalonkan

Wikipedia:GP arkib bawah