Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional

(Dilencongkan dari BNBBC)

Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (bahasa Inggeris: Barisan Nasional Parliamentary Council; atau disingkatkan BNPC) merupakan sebuah kelab ahli Parlimen Malaysia yang terdiri daripada Ahli Parlimen parti Barisan Nasional yang bertanggungjawab menyokong dan memantau Kerajaan, dan membangunkan serta mengangkat dasar parti mereka dalam Parlimen.

Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional
Kerangka
KependekanBNPC
Pengurusan
PengerusiMohd Najib bin Abdul Razak
Organisasi indukBarisan Nasional
Maklumat lain
Dahulunya dikenali sebagaiKelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (Sehingga 2018)
Lokasi
Ibu pejabatPWTC Kuala Lumpur
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis ini dipengerusikan oleh Mohd Najib Tun Abdul Razak yang dipilih pada November 2020.[1]

Kelab Penyokong Kerajaan sunting

BNPC pada mulanya dikenali sebagai Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (bahasa Inggeris: Barisan Nasional Backbenchers Club, atau BNBBC). Ia merupakan sebuah kaukus ahli Dewan Rakyat dari parti pemerintah, Barisan Nasional yang tidak menggangotai jemaah menteri kabinet. Istilah "penyokong kerajaan" (Backbencher) berasal dari Parlimen British, yang menandakan seseorang ahli Parlimen dari parti pemerintah yang tidak menggangotai Kabinet, atau menjadi sebahagian daripada Pemerintah dengan memegang jawatan-jawatan lain seperti Setiausaha Parlimen atau pengerusi lembaga agensi-agensi kerajaan.

Pada asalnya, BNBBC tidak menonjol dalam urusan Ahli Parlimen. Walau bagaimanapun, pada 2005, ia menarik perhatian apabila Pengerusinya, Shahrir Abdul Samad secara terbuka meminta Akta Perkhidmatan Parlimen diwujudkan semula supaya Parlimen dapat kebebasan dalam menjalankan urusannya sendiri. Ahli penyokong kerajaan menyokong Shahrir, namun tidak banyak didengar lebih lanjut selepas hal tersebut berlalu.

Kemudian pada 2006, Shahrir meletak jawatan Pengerusi BNBBC selepas tidak menerima sokongan daripada penyokong kerajaan dalam undian menyokong satu usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).[2] Timbalan pengerusi, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dipilih memangku jawatan Pengerusi.

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008 berlangsung, Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing dari Parti Demokratik Progresif Sarawak dilantik menjadi Pengerusi, manakala Bung Moktar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan sebagai timbalan pengerusi.

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013 berlangsung, Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru dilantik semula sebagai Pengerusi.

Kelab Penyokong Kerajaan BN digantikan dengan Majlis Ahli Parlimen BN selepas berlangsungnya pilihan raya umum Malaysia 2018 yang menyaksikan kekalahan BN mengekalkan pemerintahan. Barisan Nasional melantik Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Bera sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen.

Selepas BN menyertai semula kerajaan Persekutuan pada 2020, Mohd Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Pekan pula dilantik mempengerusikan Majlis.

Senarai anggota semasa sunting

Barisan Nasional mempunyai 43 anggota Parlimen dalam Dewan Rakyat. 21 orang daripadanya dilantik menggangotai Kabinet manakala 22 yang lain tidak dilantik.

Negeri No. Kawasan persekutuan Nama Parti Status
  Perlis P001 Padang Besar Zahidi Zainul Abidin UMNO Eksekutif
P003 Arau Dr. Shahidan Kassim UMNO Penyokong
  Kedah P007 Padang Terap Mahdzir Khalid UMNO Penyokong
P016 Baling Abdul Azeez Abdul Rahim UMNO Penyokong
  Kelantan P026 Ketereh Annuar Musa UMNO Eksekutif
P029 Machang Ahmad Jazlan Yaakub UMNO Penyokong
P032 Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah UMNO Penyokong
  Terengganu P033 Besut Idris Jusoh UMNO Penyokong
  Pulau Pinang P041 Kepala Batas Reezal Merican Naina Merican UMNO Eksekutif
  Perak P054 Gerik Hasbullah Osman UMNO Meninggal dunia
P055 Lenggong Shamsul Anuar Nasarah UMNO Eksekutif
P061 Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz UMNO Penyokong
P067 Kuala Kangsar Mastura Mohd. Yazid UMNO Eksekutif
P069 Parit Mohd. Nizar Zakaria UMNO Penyokong
P072 Tapah Saravanan Murugan MIC Eksekutif
P073 Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman UMNO Penyokong
P075 Bagan Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi UMNO Penyokong
  Pahang P078 Cameron Highlands Ramli Mohd Nor UMNO Penyokong
P079 Lipis Abdul Rahman Mohamad UMNO Eksekutif
P081 Jerantut Ahmad Nazlan Idris UMNO Penyokong
P084 Paya Besar Mohd. Shahar Abdullah UMNO Eksekutif
P085 Pekan Mohd. Najib Abdul Razak UMNO Penyokong
P086 Maran Ismail Abdul Muttalib UMNO Eksekutif
P087 Kuala Krau Ismail Mohamed Said UMNO Eksekutif
P090 Bera Ismail Sabri Yaakob UMNO Eksekutif
P091 Rompin Hasan Arifin UMNO Penyokong
  Selangor P095 Tanjong Karang Noh Omar UMNO Penyokong
  Putrajaya P125 Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor UMNO Penyokong
  Negeri Sembilan P126 Jelebu Jalaluddin Alias UMNO Penyokong
P127 Jempol Mohd. Salim Shariff UMNO Penyokong
P131 Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar UMNO Eksekutif
  Melaka P139 Jasin Ahmad Hamzah UMNO Eksekutif
  Johor P147 Parit Sulong Noraini Ahmad UMNO Eksekutif
P148 Ayer Hitam Wee Ka Siong MCA Eksekutif
P153 Sembrong Hishammuddin Hussein UMNO Eksekutif
P155 Tenggara Adham Baba UMNO Eksekutif
P156 Kota Tinggi Halimah Mohd. Sadique UMNO Eksekutif
P157 Pengerang Azalina Othman Said UMNO Parlimen
P164 Pontian Ahmad Maslan UMNO Penyokong
P165 Tanjung Piai Wee Jeck Seng MCA Eksekutif
  Sabah P176 Kimanis Mohamad Alamin UMNO Penyokong
P182 Pensiangan Arthur Joseph Kurup PBRS Eksekutif
P187 Kinabatangan Bung Moktar Radin UMNO Penyokong

Pengerusi sunting

Pengerusi Parlimen Timbalan Parlimen Tahun
Shahrir Abdul Samad Johor Bahru Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar Larut 2004-2006
Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar Larut 2006-2008
Tiong King Sing Bintulu Bung Moktar Radin Kinabatangan 2008-2013
Shahrir Abdul Samad Johor Bahru Bung Moktar Radin Kinabatangan 2013-2018
Ismail Sabri Yaakob Bera 2018-2020
Mohd Najib Tun Abdul Razak Pekan 2020-kini

Kontroversi sunting

Lawatan sambil belajar ke Taiwan sunting

Pada September 2008, BNBBC telah menganjurkan lawatan mengejut ke Taipei, Taiwan. Lawatan pada bulan puasa itu diadakan dengan tujuan meningkatkan pengetahuan berkaitan teknologi pertanian di Taiwan. Seramai 49 orang ahli parlimen telah menyertai lawatan ini. Ini termasuklah 10 dari Sabah, 12 dari Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung Malaysia. Lawatan mereka selama lapan hari ke Taiwan tersebut, telah dipersoalkan, kerana mereka akan berada di sana sehingga 16 September - tarikh yang didakwa Penasihat PKR, Anwar Ibrahim akan menyaksikan ahli-ahli Parlimen BN melompat menyertai Pakatan Rakyat[3].

Lihat juga sunting

Rujukan dan nota sunting

  1. ^ "Laporan: Najib dilantik pengerusi kelab MP BN menjelang belanjawan". Malaysiakini. 1 November 2020. Dicapai pada 9 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Shahrir wants BN to shine" Diarkibkan Mac 11, 2007, di Wayback Machine. (May 9, 2006). The Sun.
  3. ^ "49 MP BN ke Taiwan mulai hari ini". Malaysiakini. 8 September 2008. Dicapai pada 9 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting