Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (Malaysia)

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia ialah sebuah kempen vaksinasi kebangsaan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia di negara ini sebagai satu pendekatan untuk membendung penularan penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) serta menamatkan pandemik penyakit pernafasan ini di Malaysia apabila berjaya mencapai keimunan kelompok dalam kalangan rakyat dan juga penduduk bukan warganegara yang sedang menetap di negara ini.[1] Program vaksinasi ini merupakan program imunisasi terbesar yang pernah dilaksanakan dalam sejarah negara ini dan sedang diuruskan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sejak awal tahun 2021.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Tarikh24 Februari 2021 (2021-02-24)kini
Juga dikenali sebagai
PICK
Tema"Lindung Diri, Lindung Semua."
PenyebabPandemik COVID-19 di Malaysia
SasaranSasaran awalnya adalah untuk mencapai keimunan kelompok dengan sekurang-kurangnya 80% penduduk di Malaysia diberi vaksin sepenuhnya terhadap COVID-19 tetapi kerajaan kemudian mengalihkan tumpuannya untuk mencapai kadar vaksinasi sebanyak mungkin di dalam negara kerana keimunan kelompok mungkin tidak dapat dicapai akibat penyebaran varian-varian baru seperti varian Delta
Dianjurkan olehKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)
Hadirin22,715,503 orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin
22,715,503 orang telah melengkapkan vaksinasi dengan kedua-dua dos vaksin
42,106,397 jumlah dos vaksin yang diberi (jumlah setakat 25 September 2021)
HasilJumlah penduduk
  • 69.6% populasi Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin
  • 59.7% populasi Malaysia telah melengkapkan vaksinasi

Dewasa (berumur 18 tahun keatas)

  • 93.7% populasi dewasa Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin
  • 83.1% populasi dewasa Malaysia telah melengkapkan vaksinasi
Laman sesawangwww.vaksincovid.gov.my

Walaupun program ini berjalan lancar, ia dilanda banyak kontroversi dan isu seperti masalah kadar pemberian vaksin yang perlahan akibat kekurangan bekalan vaksin walaupun kerajaan Malaysia telah membeli lebih daripada cukup untuk penduduk Malaysia, kelemahan dalam menentukan keutamaan terima vaksin, masalah logistik dengan sistem janji temu dan sijil vaksinasi digital MySejahtera, berita palsu mengenai vaksin, letusan wabak dan kesesakan orang ramai di pusat vaksinasi, dan juga layanan buruk daripada para sukarelawan dan pihak berkuasa terhadap pekerja asing.[2][3][4][5][6][7][8][9][10] Video-video penerima yang mendapat suntikan kosong juga menjadi perhatian dan kerajaan mendakwa bahawa perkara tersebut berlaku akibat kecuaian manusia yang berpunca daripada keletihan yang dihadapi para jurusuntik vaksin yang terlibat.[11][12] Selain itu, terdapat khabar angin mengenai slot janji temu vaksin yang dijual oleh para sukarelawan, namun perkara ini tidak dapat disahkan.

Pendekatan keseluruhan-kerajaan dan keseluruhan-masyarakat dilaksanakan dalam membantu program ini, yang melibatkan sejumlah kementerian dan agensi kerajaan, kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan anggota masyarakat untuk memastikan bahawa program ini mencapai sasarannya. YB Haji Khairy Jamaluddin, yang juga bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik sebagai Menteri Penyelaras bagi program imunisasi ini setelah pelantikan beliau dipersetujui oleh Jemaah Menteri hingga peletakan jawatan beliau pada 16 Ogos 2021.[13][14]

Program imunisasi ini dilaksanakan secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 hingga Februari 2022 yang bermula dengan fasa pertama yang terdiri daripada petugas kesihatan dan barisan hadapan. Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di Malaysia yang menerima vaksin COVID-19 keluaran Pfizer–BioNTech ketika disiarkan secara langsung di seluruh negara.[15] Berdasarkan laporan dari minggu ketiga bulan September 2021, Malaysia secara purata memberikan sekitar 244,588 dos vaksin setiap hari dan pada kadar tersebut, akan memerlukan 27 hari lagi untuk memberikan dos yang cukup untuk 10 peratus populasi lagi.[16]

Jawatankuasa yang bertanggungjawabSunting

JKJAVSunting

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan bersama oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah ditubuhkan untuk memastikan perolehan bekalan vaksin COVID-19 untuk negara dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Anggota jawatankuasa ini terdiri daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Peguam Negara dan Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri mengikut struktur-struktur kerajaan untuk program vaksinasi kebangsaan tersebut.[1][17]

SejarahSunting

Kajian dan pemerolehan bekalan vaksinSunting

Pada pertengahan bulan Mac 2020, Malaysian Vaccines and Pharmaceuticals (MVP) Sdn. Bhd. dilaporkan meminta kerjasama dan sokongan dari kerajaan persekutuan, dengan pengarah eksekutifnya mendakwa bahawa pihaknya menghadapi banyak pertemuan tertangguh dalam usaha bertemu Menteri Kesihatan untuk meminta sampel daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Malaysia.[18] IMR akan mula menguji vaksin tempatan yang ada dengan kerjasama MVP dan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika Universiti Malaya (TIDREC UM) pada 25 Mac. Ujian vaksin tempatan akan dilakukan di makmal TIDREC UM, yang merupakan salah satu prasarana-prasarana dengan biokeselamatan modular tahap 3 (BSL3) di Malaysia yang sebelumnya digunakan untuk mengkaji agen sangat patogenik seperti koronavirus MERS dan virus Nipah dengan vaksin akan mula-mula diuji pada virus bronkitis berjangkit (IBV), sejenis koronavirus burung, memandangkan penyelidikan sebelumnya menunjukkan bahawa IBV pada haiwan unggas mempunyai persamaan genetik yang tinggi dengan koronavirus manusia.[19][20]

Pada 18 November, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menandatangani perjanjian dengan Menteri Sains dan Teknologi China, Wang Zhigang agar Malaysia diberi akses keutamaan terhadap vaksin COVID-19 yang dibangunkan di China.[21] Pada 19 Disember, Menteri Kesihatan, Adham Baba mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia akan membuat perjanjian dengan pihak syarikat farmaseutikal Britain, AstraZeneca untuk membeli vaksin COVID-19 mereka pada 21 Disember. Ini ialah perjanjian ketiga yang telah dimeterai oleh kerajaan Malaysia dengan para pembekal vaksin termasuk COVAX dan Pfizer untuk memenuhi keperluan vaksin negara.[22]

Pada 22 Disember, pihak kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan pihak AstraZeneca untuk mendapatkan tambahan 6.4 juta dos vaksin COVID-19, kira-kira 10% bekalan vaksin di negara ini. Ketika itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa Malaysia telah memperoleh anggaran 40% bekalan vaksin yang diperlukan melalui perjanjian bersama dengan COVAX, Pfizer, dan AstraZeneca.[23]

Penerimaan dan pelaksanaan (2021)Sunting

Pada 16 Februari 2021, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa pesawat MASKargo akan mengangkut vaksin Pfizer-BioNTech pertama ke Malaysia pada 21 Februari.[24] Dengan itu, kumpulan vaksin COVID-19 pertama Malaysia daripada jenis Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia pada hari tersebut dari kilang Pfizer di Puurs, Belgium melalui kapal terbang kargo MH 604 yang berlepas dari Lapangan Terbang Leipzig-Halle, Jerman.[25] Kumpulan pertama vaksin COVID-19 CoronaVac pula tiba pada 27 Februari 2021.[26]

 
Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ialah antara individu pertama di Malaysia yang menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer–BioNTech pada 24 Februari 2021.[27]

PICK dimulakan secara rasmi pada 24 Februari 2021, dengan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi penerima vaksin pertama dalam acara perasmian PICK di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya bersama-sama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai kesihatan awam terpilih.[28]

Pada 17 Mac 2021, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis yang sama iaitu jenis Pfizer-BioNTech selepas 21 hari beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada 24 Februari sebelumnya.[29]

Pada 27 April, Adham Baba mengumumkan bahawa Malaysia akan menggunakan vaksin AstraZeneca setelah pihak berkuasa kesihatan meluluskan penggunaannya setelah kajian mendalam terhadap penilaian dan data klinikal.[30] Keesokan harinya, pihak berkuasa kesihatan Malaysia keluarkan vaksin AstraZeneca daripada senarai vaksin utama dipakai negara akibat kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan vaksin itu berikutan laporan pembekuan darah dari negara-negara luar. Dengan itu, 268,600 dos awal akan dialihkan ke Selangor dan Kuala Lumpur.[31] Menjelang awal Mei, lebih sejuta orang penduduk Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.[32]

Pada 23 Mei, Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa pihak kerajaan akan membeli sejumlah 8.2 juta dos vaksin Sinovac pada akhir bulan Jun dengan 3.8 juta daripadanya diperoleh melalui proses pengisian di Malaysia oleh Pharmaniaga Life Science Sdn Bhd.[33] Pada 27 Mei, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa vaksin AstraZeneca akan diletakkan di bawah PICK, dan oleh itu, tidak lagi diberikan melalui permohonan atas talian.[34] Ghows Azzam, penasihat Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi mengumumkan bahawa pihak kerajaan telah membeli 12.8 juta dos tambahan Pfizer, bermula dengan sejumlah 2,223,000 dos yang bakal tiba pada bulan Jun dengan kadar penghantaran 444,600 dos seminggu.[35] Pada 1 Jun, satu lagi syarikat farmaseutikal negara, Duopharma memeterai perjanjian dengan pihak Rusia berkenaan pemerolehan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V daripada negara itu.[36]

Pada 13 Jun, Datuk Seri Dr Adham Baba memberitahu bahawa Malaysia sedang mengembangkan dua vaksin tempatan; vaksin pertama adalah vaksin asid ribonukleik atau pengutus, dan vaksin kedua adalah vaksin virus dinyahaktif.[37] Pada 14 Jun, Khairy Jamaluddin mengumumkan fasa keempat bagi PICK. Fasa ini dikhususkan kepada para pekerja "industri kritikal", seperti industri makanan, pembuatan, peruncitan, pembinaan, pertanian, dan perhotelan. Fasa ini akan dilakukan dengan pusat pemberian vaksin khusus yang dikoordinasikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan fasa ini bermula pada 16 Jun.[38] Para pekerja akan menerima vaksin secara percuma, dan pihak majikan akan membayar pembelian vaksin tersebut ke tempat kerja mereka. Oleh kerana lonjakan kes COVID-19 di Labuan, pihak kerajaan juga akan memberikan 30,000 vaksin kepada pihak Labuan.[39]

Sementara itu, pada 15 Jun, Noor Hisham Abdullah mengumumkan kelulusan bersyarat penggunaan vaksin dos tunggal daripada CanSino dan Johnson & Johnson bagi kegunaan umum. Di samping itu, vaksin Pfizer juga diluluskan untuk digunakan pada orang yang berumur 12 tahun ke atas (berbanding orang berumur 18 tahun ke atas sebelum ini).[40] Tidak lama kemudian, Khairy Jamaluddin mengumumkan rancangan pemvaksinan para pelajar Tingkatan Lima dan Enam pada sekurang-kurangnya bulan Julai sebagai persiapan mereka untuk menghadapi peperiksaan-peperiksaan awam.[41] Sungguhpun begitu, rancangan pemvaksinan kepada remaja disahkan dibatalkan pada Julai atas faktor risiko sampingan.[42] Di samping itu, pada 21 Jun, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa komuniti pelarian di Malaysia akan divaksin dengan vaksin Convidecia buatan Cansino, dengan penghantaran pertama dijadualkan tiba pada akhir Julai.[43] Beliau juga memberi kenyataan bahawa pihaknya sedang mengkaji penggunaan vaksin dua dos secara bercampur (daripada segi jenis/jenama) seperti yang dilakukan oleh beberapa buah negara luar.[44] Dengan kadar pemvaksinan semasa, Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa Malaysia dijangka akan mencapai status keimunan kelompok (sekurang-kurangnya 80%) menjelang November atau Disember.[45]

Pada awal Julai, Malaysia menerima sumbangan khas sejuta dos vaksin Astra-Zeneca serta sejuta dos vaksin Pfizer daripada kerajaan Jepun dan Amerika Syarikat masing-masing.[46] Dengan mengambil kira bekalan vaksin, Khairy Jamaluddin mengumumkan pengurangan tempoh antara pemvaksinan dos-dos Astra-Zeneca menjadi sembilan minggu (daripada 12 minggu).[47]

Pada 16 Julai, Khairy telah mengumumkan bahawa warga berusia 60 tahun ke atas dibenarkan hadir ke PPV tanpa pendaftaran awal untuk divaksin.[48] Khairy Jamaluddin juga mengumumkan Operasi Lonjakan Kapasiti yang akan diadakan dari 26 Julai hingga 1 Ogos dengan matlamat pemvaksinan semua orang dewasa di Lembah Klang menjelang 1 Ogos dalam situasi pandemik yang amat meruncing di situ. Pihaknya merancang untuk meningkatkan kadar pemvaksinan mencecah 272,000 dos sehari kepada penduduk Lembah Klang.[49] Selepas 1 Ogos, warga Lembah Klang yang belum divaksin (terutamanya yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau MySejahtera) boleh terus ke PPV untuk menerima dos mereka.[50]

PengurusanSunting

Pendaftaran dan pengesahanSunting

Beberapa laluan pendaftaran pemvaksinan COVID-19 telah ditubuhkan kepada orang ramai. Kaedah paling umum ialah pendaftaran melalui aplikasi maklumat COVID-19 rasmi negara, MySejahtera, di samping pembukaan pendaftaran melalui laman rasmi program imunisasi. Bagi pendaftaran secara manual, laluan-laluan pendaftaran termasuk melalui talian pusat, kehadiran ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta, serta program-program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.[51] Sebagai pengesahan, rakyat yang selesai memperoleh vaksin secara lengkap akan diberikan sijil serta pasport pengesahan untuk memudahkan proses-proses tertentu seperti urusan imigresen.[52][53]

Fasa pengagihanSunting

PICK dibahagikan kepada tiga fasa yang melibatkan kumpulan penerima vaksin yang berlainan, iaitu:

Fasa-fasa pengagihan vaksin dalam PICK[54]
Fasa Kumpulan penerima Tempoh pengagihan Jumlah anggaran

penerima sasaran

Fasa 1 Pegawai perubatan, pertahanan dan perkhidmatan penting Februari - April 2021 500 ribu orang
Fasa 2 Warga emas, golongan berpenyakit dan Kehilangan upaya (OKU) April - Ogos 2021 9.7 juta orang
Fasa 3 Orang awam lain secara umum Jun 2021[55] - Februari 2022 13.7 juta orang
Fasa 4 Para pekerja sektor ekonomi kritikal Mulai Jun 2021 Tidak diketahui
Fasa 5 Fasa Remaja Mulai September 2021 Tidak diketahui
Fasa 6 Fasa Endemik Mulai Oktober 2021 Tidak diketahui

Fasa IISunting

Fasa II PICK memberi tumpuan kepada golongan berisiko, yakni golongan warga emas serta individu dengan penyakit-penyakit tertentu. Senarai golongan berpenyakit yang diutamakan bagi fasa kedua PICK adalah seperti yang berikut:[56]

Fasa IIISunting

Fasa III PICK berfokuskan kepada orang awam Malaysia secara keseluruhan. Berdasarkan rancangan JKJAV, sesebuah negeri dibolehkan menjalankan fasa III sekiranya hampir kesemua golongan yang termasuk dalam fasa II sudah mendapat dos pertama vaksin atau sekurang-kurangnya mendapat tarikh janji temu bagi pemvaksinan diri.[57]

Fasa IVSunting

Bermula Jun 2021, fasa khas keempat bagi PICK dimulakan oleh pihak kerajaan. Fasa IV bagi program ini berfokuskan para buruh dan pekerja bagi sektor-sektor industri khusus termasuk perkilangan, pembinaan, makanan/minuman, peruncitan, pertanian dan hospitaliti.[58] Fasa IV melibatkan pusat-pusat pemberian vaksin khusus yang ditubuhkan atas kerjasama antara pihak kerajaan dengan syarikat-syarikat swasta, PIKAS, dan melibatkan penglibatan sukarela oleh pihak majikan.[59]

Jenis vaksinSunting

Jenis-jenis vaksin yang digunakan oleh kerajaan Malaysia dan pihak swasta dalam program imunisasi ini ialah seperti di bawah:

Vaksin-vaksin COVID-19 yang digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan[60][61][62][63]
No Vaksin Pengeluar Dos Pengesahan Penggunaan
1 Vaksin COVID-19 Pfizer–BioNTech Pfizer, BioNTech 2   Ya   Ya
2 Vaksin COVID-19 Oxford–AstraZeneca Universiti Oxford, AstraZeneca 2   Ya   Ya
3 CoronaVac Sinovac Biotech 2   Ya   Ya
4 Ad5-nCoV CanSino Biologics 1   Ya   Ya
5 Vaksin COVID-19 Johnson & Johnson Janssen Vaccines (anak syarikat Johnson & Johnson) 1   Ya   Belum
6 BBIBP-CorV[a] China National Pharmaceutical Group 2   Ya   Ya
7 Vaksin COVID-19 Moderna[b] Moderna 2   Ya   Belum
8 Gam-COVID-Vac (Sputnik V) Institut Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya 2 Menunggu   Belum
9 ZF2001[c] Anhui Zhuifei, Akademi Sains China 3 Menunggu   Belum

Selain itu, beberapa vaksin baharu juga diuji di Malaysia seperti di bawah:

Vaksin-vaksin COVID-19 yang diuji di Malaysia
Vaksin Jenis Tahap ujian Ruj.
Nama Pengeluar Fasa I Fasa II Fasa III
ZF2001 Anhui Zhuifei, Akademi Sains China Subunit protein   Siap   Siap   Siap [66]
Vaksin COVID-19 Akademi Sains Perubatan China Akademi Sains Perubatan China Dinyahaktif   Siap   Siap Sedang berjalan [67]
KCONVAC Shenzhen Kangtai Dinyahaktif   Siap   Siap Sedang berjalan [68]
Tiada nama Universiti Putra Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan RNA Praklinikal [69]

Pusat pemvaksinanSunting

Sempena PICK, pusat-pusat kesihatan di seluruh negara dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).[70] Pelbagai langkah juga dilakukan pihak kerajaan dalam membanyakkan serta merancakkan lagi sistem PPV di seluruh Malaysia. Selain pusat kesihatan kerajaan, pusat-pusat kesihatan swasta turut terlibat sebagai PPV;[71] setaakat akhir Mei, lebih 2,500 klinik swasta serta 116 hospital swasta telah berdaftar dengan pihak kerajaan sebagai bakal PPV.[72] Selain itu, kemudahan-kemudahan awam seperti stadium, dewan orang ramai dan pusat konvensyen juga diubah suai menjadi PPV buat sementara waktu.[73] Berkenaan hal ini, pihak kerajaan juga menubuhkan beberapa PPV bersaiz besar (lazimnya dirujuk sebagai "PPV mega") sebagai langkah meningkatkan lagi kadar pemvaksinan.[74]

Cabaran, isu dan kontroversiSunting

Pelanggaran giliranSunting

Satu kontroversi utama dalam program imunisasi ini ialah dakwaan sesetengah pihak kenamaan yang sengaja melanggar giliran pemerolehan vaksin untuk divaksin secepat mungkin, atau dalam istilah lazim, "memotong barisan" untuk memperoleh vaksin tanpa menghiraukan pihak barisan hadapan yang sepatutnya didahulukan. Satu kes utama ialah dakwaan ahli Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK) yang memotong barisan giliran pemvaksinan lalu menyebabkan sesetengah pegawai perubatan dipinggirkan daripada divaksin terlebih dahulu; dakwaan ini disahkan sebagai berita palsu oleh pihak kerajaan negeri tersebut.[75][76] Selain itu, pihak selebriti media sosial juga didakwa diberi ruang awal untuk divaksin secara tidak adil.[77] Meskipun begitu, pihak kerajaan berusaha dalam menangani isu ini sama ada dengan denda sebanyak RM50,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali dan dikenakan kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan tindakan sedemikian.[78][79]

Pengaruh antivaksinSunting

Pegangan dan penyebaran fahaman antivaksin oleh sesetengah pihak menjadi isu utama dalam program imunisasi ini, dan mereka kerap menggunakan platform atas talian untuk menyebarkan fahaman sebegitu. Lazimnya, penyebaran fahaman antivaksin ini dibuat untuk memberi ruang kepada sesetengah pihak untuk mempromosikan produk-produk alternatif yang didakwa dapat memberi perlindungan kepada seseorang daripada COVID-19.[80] Oleh itu, pihak berkuasa bercadang menetapkan tindakan terhadap penyebar fahaman antivaksin berdasarkan undang-undang hasutan dan maklumat palsu atas talian.[81][82] Satu lagi isu yang berkaitan ialah masalah media yang memaparkan berita-berita sensasi dengan konotasi antivaksin seperti dalam kes artikel Harian Metro yang seolah-olah mengaitkan seorang jururawat yang meninggal dunia akibat sakit jantung dengan vaksin COVID-19 yang diterimanya seminggu sebelum kematiannya lalu dijadikan sebagai 'bukti' oleh golongan antivaksin bagi mengukuhkan hujah-hujah mereka.[83]

Kadar pemvaksinan pada awal PICKSunting

Pada awal PICK, kadar pemvaksinan rakyat negara yang rendah menjadi kebimbangan dan mendapat kritikan oleh beberapa pihak. Kiraan pada awal PICK menjangkakan bahawa sasaran pemvaksinan 80% penetap negara hanya boleh dicapai dalam tempoh kira-kira 5 tahun. Sungguhpun begitu, pelbagai faktor luaran menyumbang kepada kadar perlahan ini. Pengurus PICK Khairy Jamaluddin menyatakan faktor-faktor seperti penghantaran vaksin yang lewat serta isu pembolotan vaksin oleh negara-negara maju sebagai punca kadar pemvaksinan perlahan, dan menjagka bahawa jumlah vaksin diperoleh akan mula seiring dengan permintaan mulai bulan Jun.[84][85] Di samping itu, segelintir pihak pula merujuk kepada kelewatan pengesahan dan proses meluluskan vaksin oleh pihak kerajaan sebagai punca pemerolehan vaksin yang lewat lalu membawa kepada kadar pemvaksinan yang rendah.[85]

Walau bagaimanapun, kadar pemvaksinan dijangka meningkat ke tahap yang memberangsangkan susulan rancangan oleh pihak kerajaan untuk menyertakan golongan pengamal perubatan swasta dalam usaha pemvaksinan.[86] Menjelang akhir Mei, kadar pemvaksinan mula meningkat dengan ketara susulan peningkatan bilangan PPV dibuka serta penghantaran vaksin ke Malaysia yang semakin kerap dan melimpah. Pada 1 Jun, Khairy Jamaluddin berkata bahawa pihanya merancang untuk meningkatkan lagi sasaran kadar pemvaksinan daripada 150 ribu ke 200 ribu dos per hari menjelang Julai.[72] Menjelang Julai, Malaysia menikmati antara kadar pemvaksinan tertinggi dunia (1.09 dos per 100 orang per hari); hanya Kanada yang memiliki kadar yang lebih tinggi berdasarkan kiraan pada 12 Julai.[87]

Pengurusan PPV dan penerima vaksinSunting

Satu cabaran utama dalam PICK ialah menguruskan penerima vaksin untuk memastikan proses PICK berjalan lancar. Satu masalah utama ialah kegagalan sebilangan penerima vaksin untuk menghadiri janji temu pada waktu yang ditetapkan. Dengan itu, pihak kerajaan bercadang untuk mengenakan hukuman terhadap mereka yang tetap enggan menghadiri janji temu sungguhpun pujukan telah diberi.[88] Selain itu, pengurusan kelompok penerima di PPV juga menjadi cabaran, dengan masalah-masalah termasuk penerima tiba pada waktu yang salah serta PPV menjadi sesak dengan jumlah hadirin yang ramai.

Pada 14 Julai, kerajaan Malaysia menutup sebuah PPV besar Ideal Convention Centre, Shah Alam setelah 204 orang kakitangan perubatan dan sukarelawan di sana diuji positif COVID-19. Hal ini berlaku sejurus Khairy Jamaluddin memerintahkan ujian semua 453 orang kakitangan di sana setelah dua sukarelawan diuji positif COVID-19 sebelumnya. Meskipun begitu, Khairy mengesahkan bahawa mereka yang positif mempunyai muatan virus yang rendah, bererti jumlah virus di dalam badan mereka adalah kecil; kebanyakan kakitangan di sana sudah divaksin, dan yang belum lagi merupakan kakitangan baharu.[89] Isu ini membawa kepada kebimbangan orang ramai tentang keselamatan kesihatan di PPV serta seruan terhadap penguatkuasaan SOP yang lebih baik di PPV seluruh negara.[90]

Vaksin "kosong"Sunting

Pada Julai 2021, isu "vaksin kosong" atau diperdaya diterima dos vaksin di PPV oleh juruvaksin sedangkan tidak mendapat perhatian susulan beberapa kes yang menjadi tular di media sosial, membawa kepada penyiasatan oleh pihak-pihak berkuasa.[91] Dengan itu, pihak KKM menjelaskan bahawa mereka yang terbukit ditipu oleh insiden tersebut akan dipanggil semula untuk divaksin dengan sebetul-betulnya.[92] Sungguhpun begitu, ada dalam kes-kes ini hanya merupakan salah maklumat.[93] Terdapat dakwaan bahawa muslihat ini dilakukan untuk menyimpan dos vaksin bagi tujuan jualan di pasaran gelap, tetapi dibantah oleh Khairy Jamaluddin.[94]

Masalah teknikal dan lain-lainSunting

Pada awal bulan Mac 2021, satu pengubahsuaian terhadap antaramuka aplikasi MySejahtera menyebabkan kekeliruan rakyat berkenaan pendaftaran pemvaksinan.[95][96] Para pakar teknologi berpendapat bahawa isu-isu ini adalah lazim bagi MySejahtera memandangkan aplikasi tersebut dibangunkan tanpa sebarang bayaran.[97] Sistem pendaftaran pemvaksinan AztraZeneca di laman rasmi PICK yang terpalit dengan beberapa isu teknikal juga mendapat kritikan orang ramai, tertamanya berkenaan dana sebanyak RM70 juta yang digunakan untuk membangunkan sistem perisian yang terlibat.[98] Satu isu lain ialah tindakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengutuk sebarang kritikan terhadap program vaksinasi tersebut oleh penjawat-penjawat awam kementerian itu sendiri.[99]

StatistikSunting

Data pada graf-graf di bawah adalah setakat 4 September 2021; data diambil dan dikira berdasarkan maklumat rasmi oleh JKJAV.

Jumlah penduduk Malaysia divaksin mengikut negeri, setakat 1 Ogos 2021[100][101][102][103]
Negeri/Wilayah Persekutuan Kekerapan suntikan satu dos Jumlah penerima
suntikan penuh
Penduduk divaksin Peratusan Penduduk divaksin Peratusan
Keseluruhan Dewasa Keseluruhan Dewasa
  Johor 1,146,936 22.4% 42.3% 458,476 12.1% 16.9%
  Kedah 596,223 27.3% 38.7% 305,817 14.0% 19.9%
  Kelantan 454,986 23.9% 36.8% 253,245 13.3% 20.5%
  Labuan 65,116 65.4% 95.1% 55,809 56.0% 81.5%
(Lembah Klang)

  Selangor

  Kuala Lumpur

  Putrajaya

5,961,204 70.8% 96.7% 2,311,706 27.4% 37.5%
  Melaka 334,861 35.9% 49.4% 182,995 19.6% 27.0%
  Negeri Sembilan 590,552 52.3% 72.5% 304,864 27.0% 37.4%
  Pahang 498,845 29.7% 42.4% 263,830 15.7% 22.4%
  Perak 767,755 30.6% 41.2% 474,013 18.9% 25.4%
  Perlis 112,734 44.2% 62.2% 77,300 30.3% 42.7%
  Pulau Pinang 768,912 43.3% 56.2% 305,817 17.2% 22.3%
  Sabah 874,834 22.4% 31.7% 402,675 10.3% 14.8%
  Sarawak 1,728,936 61.4% 84.6% 1,341,416 47.6% 65.7%
  Terengganu 346,387 26.7% 42.8% 215,311 17.1% 26.6%
Jumlah 14,247,659 43.6% 60.9% 6,952,814 21.3% 29.7%


NotaSunting

  1. ^ Dirancang bagi penggunaan di negeri Sabah.
  2. ^ Bukan sebahagian PICK, tetapi boleh diperolehi pihak swasta serta kerajaan negeri memandangkan sudah diluluskan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[64]
  3. ^ Dirancang untuk digunakan oleh MyEG.[65]

RujukanSunting

  1. ^ a b PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PDF). Malaysia: URUSETIA JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19. 2021. m/s. 26. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-02-18. Dicapai pada 2021-02-25.
  2. ^ Noh, Mohamed Farid (2021-06-22). "'Bekalan vaksin dibeli, masih belum tiba'". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-22. Dicapai pada 2021-08-29.
  3. ^ HIBRAHIM, MUHAMMAD AMNAN (2021-02-28). "Vaksin: Kerajaan ambil serius, pantau isu potong barisan". Sinarharian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-28. Dicapai pada 2021-08-29.
  4. ^ Rashid, Zainal AS (2021-06-03). "MySejahtera: Sesetengah pengguna mungkin mengalami kesulitan akses kerana trafik tinggi". BebasNews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-03. Dicapai pada 2021-08-29.
  5. ^ "Lagi isu MySejahtera: Janji temu pula lesap". Malaysiakini. 2021-06-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-03. Dicapai pada 2021-08-29.
  6. ^ KAMARUDIN, HAZELEN LIANA (2021-02-26). "Tindakan tegas sebar berita palsu vaksin Covid-19". Sinarharian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-27. Dicapai pada 2021-08-29.
  7. ^ Daud, Ridauddin (2021-07-13). "204 petugas di PPV IDCC Shah Alam positif COVID-19". www.astroawani.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-13. Dicapai pada 2021-08-29.
  8. ^ JAAFAR, NORAFIZA (2021-05-17). "Pusat Pemberian Vaksin Stadium Titiwangsa sesak". Sinarharian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-17. Dicapai pada 2021-08-29.
  9. ^ FADZIL, MOHD HARIS FADLI MOHD (2021-07-29). "PPV KLCC sesak: Pekerja asing dihantar tidak ikut janji temu". Sinarharian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-29. Dicapai pada 2021-08-29.
  10. ^ "Kena perli sibuk rekod video, ramai kasihan lihat warga asing disindir frontliner". OH MY MEDIA. 2021-08-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-27. Dicapai pada 2021-08-29.
  11. ^ Rahman, Abdul Hakim (2021-07-23). "Polis terima 13 laporan vaksin kosong". www.astroawani.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-06. Dicapai pada 2021-08-29.
  12. ^ Ibrahim, Mohd Iskandar (2021-07-23). "Hanya 1 kes suntikan vaksin kosong akibat kecuaian". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-23. Dicapai pada 2021-08-29.
  13. ^ Azman, Fareez (4 Februari 2021). "Khairy dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan - Muhyiddin". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-05. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  14. ^ "Kabinet sudah letak jawatan, kata KJ". 2021-08-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-16. Dicapai pada 2021-08-29.
  15. ^ Hamid, Amir Abd (24 Februari 2021). "Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula [METROTV]". MyMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-24. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  16. ^ "Malaysia: the latest coronavirus counts, charts and maps". graphics.reuters.com. Dicapai pada 2021-08-30.
  17. ^ "The Special Committee On COVID-19 Vaccine Supply (JKJAV)". The Special Committee On COVID-19 Vaccine Supply (JKJAV). Dicapai pada 2021-09-01.
  18. ^ Loheswar, R. (20 March 2020). "With Malaysian-made Covid-19 vaccine a possibility, firm pleads for Putrajaya's backing". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2020. Dicapai pada 9 April 2020.
  19. ^ "IMR begins testing to develop vaccines for Covid-19". New Straits Times. 25 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2020. Dicapai pada 9 April 2020.
  20. ^ "Institute For Medical Research Malaysia Begins Testing Local Vaccines To Treat COVID-19". RojakDaily. 30 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2020. Dicapai pada 9 April 2020.
  21. ^ Babulal, Veena (18 November 2020). "Malaysia, China ink agreement for vaccine access". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2020. Dicapai pada 19 November 2020.
  22. ^ "Dr Adham: Govt to seal vaccine purchase with AstraZeneca on Monday". Malay Mail. Bernama. 19 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2020. Dicapai pada 19 Disember 2020.
  23. ^ "M'sia inks agreement with AstraZeneca to procure 6.4 million doses of Covid-19 vaccine". The Star. 22 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 22 Disember 2020.
  24. ^ Bedi, Rashvinjeet (16 Februari 2021). "Khairy: First shipment of Covid-19 vaccine to be 312,390 doses". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Februari 2021. Dicapai pada 16 Februari 2021.
  25. ^ "Vaksin COVID-19 pertama untuk Malaysia tiba pagi ini". Berita Harian. 2 Februari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-21. Dicapai pada 1 Mac 2021.
  26. ^ Mohd. Husni Mohd. Noor (26 Februari 2021). "Malaysia terima vaksin Covid-19 jenis Sinovac esok". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-26. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  27. ^ hermesauto (2021-02-24). "PM Muhyiddin receives first Covid-19 vaccine as Malaysia kicks off mass inoculation campaign". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-18.
  28. ^ "PM Muhyiddin terima suntikan vaksin COVID-19, Program Vaksinasi di Malaysia bermula". Pejabat Perdana Menteri Malaysia. 24 Februari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-26. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  29. ^ "PM Muhyiddin selesai terima dos kedua suntikan vaksin COVID-19". Pejabat Perdana Menteri Malaysia Laman Web Rasmi. BERNAMA. 17 Mac 2021. Dicapai pada 16 April 2021.
  30. ^ "M'sia to start using AstraZeneca". The Star. 27 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-27. Dicapai pada 27 April 2021.
  31. ^ Tan, Vincent (28 April 2021). "AstraZeneca removed from Malaysia's mainstream COVID-19 immunisation programme due to public concerns: Khairy". Channel News Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2021. Dicapai pada 28 April 2021.
  32. ^ "Lebih 1 juta sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin". Malaysiakini. 8 Mei 2021. Dicapai pada 9 Mei 2021.
  33. ^ "Ismail Sabri: Govt to acquire 8.2 million doses of Sinovac vaccine by end of June". The Star. 23 May 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 May 2021. Dicapai pada 23 May 2021.
  34. ^ Arumugam, Tharanya. "AstraZeneca vaccine to be part of NIP, no more opt-ins". New Straits Times. Dicapai pada 27 May 2021.
  35. ^ "Ghows Azzam". Twitter. Dicapai pada 27 May 2021.
  36. ^ Bernama. "Duopharma Biotech meterai perjanjian dengan Malaysia untuk bekalkan vaksin COVID-19 Rusia". Berita Mediacorp.
  37. ^ Arumugam, Tharanya. "Malaysia developing own Covid-19 vaccines". New Straits Times. Dicapai pada 14 June 2021.
  38. ^ Mohamad Radhi, Nor Ain; Harun, Hana Naz. "Phase 4 for NIP activated". New Straits Times. Dicapai pada 14 June 2021.
  39. ^ Mohamad Radhi, Nor Ain; Harun, Hana Naz. "Labuan to get 30,000 vaccine doses, following surge in Covid-19 cases". New Straits Times. Dicapai pada 14 June 2021.
  40. ^ "Malaysia grants conditional approval for CanSino, J&J COVID-19 vaccines". Reuters. 15 June 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2021. Dicapai pada 15 June 2021.
  41. ^ "Khairy: Form Five students to get first dose of Pfizer Covid-19 vaccine in July". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 18 Jun 2021. Dicapai pada 18 Jun 2021.
  42. ^ Aizat Sharif (14 Julai 2021). "Remaja bawah 18 tahun, calon SPM tidak diberikan vaksin [METROTV]". Dicapai pada 15 Julai 2021.
  43. ^ Timbuong, Jo (21 June 2021). "Covid-19: Refugees in Malaysia to get CanSino vaccine, says Khairy". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 June 2021. Dicapai pada 22 June 2021.
  44. ^ Fareez Azman (21 Jun 2021). "Pemberian vaksin COVID-19 berbeza hanya jika Jawatankuasa Teknikal berpuas hati - Khairy". Astro Awani. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  45. ^ Choong, Jerry (20 June 2021). "Report: Dr Noor Hisham expects Malaysia to achieve herd immunity by end 2021". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-20. Dicapai pada 20 June 2021.
  46. ^ Daud, Ridauddin (30 Jun 2021). "Malaysia terima dua juta vaksin COVID-19 sumbangan Jepun, AS Julai ini - Khairy". Astro Awani. Dicapai pada 2 Julai 2021.
  47. ^ Noorshahrizam, Shahrin Aizat (2 Julai 2021). "Malaysia receives 586,700 doses of AstraZeneca Covid-19 vaccine". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Julai 2021.
  48. ^ Suleiman, Noor Atiqah. "Walk-in vaccination for senior citizens kicks off". New Straits Times. Dicapai pada 16 July 2021.
  49. ^ Paraswamy, Yiswaree. "Khairy: 'Operation Surge Capacity' to ensure every Klang Valley adult gets first Covid-19 jab by Aug 1". The Malay Mail. Dicapai pada 16 July 2021.
  50. ^ Chung, Nicholas. "All adults in Selangor, KL to get first jab by Aug 1". Free Malaysia Today. Dicapai pada 16 July 2021.
  51. ^ Bernama (16 Februari 2021). "5 kaedah pendaftaran dapatkan vaksin Covid-19". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-25. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  52. ^ "Sijil vaksinasi pintar sebagai pengesahan terima suntikan COVID-19". Bernama. 3 Mac 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-03. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  53. ^ Muhammad Yusri Muzamir (22 Februari 2021). "Beberapa kaedah pendaftaran sertai program imunisasi akan dibuka kepada umum". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-22. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  54. ^ "Fasa-Fasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. 22 Februari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-27. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  55. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/141071/KHAS/Covid-19/Suntikan-vaksin-fasa-ketiga-dijangka-bermula-Jun-Dr-Noor-Azmi
  56. ^ Su-Lyn, Boo (5 Mac 2021). "Malaysia Lists Covid-19 Vaccination Priority Groups". CodeBlue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2021.
  57. ^ "Menteri: Fasa 3 vaksinasi Covid-19 di Lembah Klang bermula esok". Malaysiakini. 20 Jun 2021. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  58. ^ Mohamad Radhi, Nor Ain; Harun, Hana Naz. "Phase 4 for NIP activated". New Straits Times. Dicapai pada 14 June 2021.
  59. ^ Ashman Adam (12 Jun 2021). "Miti announces 'phase four' of Malaysia's Covid-19 vaccine drive for manufacturing sector starting June 16". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Jun 2021.
  60. ^ "Vaksin Covid-19". Laman rasmi COVID-19 Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-03. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  61. ^ "Malaysia grants conditional approval for CanSino, J&J COVID-19 vaccines". Reuters. 2021-06-15. Dicapai pada 2021-06-15.
  62. ^ "Malaysia approves China's Sinopharm vaccine for emergency use". Reuters. 2021-07-16. Dicapai pada 2021-07-16.
  63. ^ Abdullah, Noor Hisham (5 Ogos 2021). "Kenyataan Akhbar KPK 5 Ogos 2021 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kali Ke-362 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19". Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  64. ^ Yusof, Amir (2021-06-03). "Malaysia's state governments and private hospitals can buy their own WHO-approved COVID-19 vaccines: Khairy". Channel News Asia. Dicapai pada 2021-06-22.
  65. ^ Naqib Idris, Ahmad (2021-06-25). "MYEG inks letter of intent with China vaccine supplier for initial 10 mil doses". The Edge. Dicapai pada 2021-06-29.
  66. ^ Ying TP (2020-12-07). "MYEG to conduct phase 3 clinical trial for China's Covid-19 vaccine in Msia | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-27.
  67. ^ Mat Ruzki, Rafidah (2021-01-27). "Covid-19 vaccine phase 3 clinical trial begins today". New Straits Times. Dicapai pada 2021-06-18.
  68. ^ "Vaksin baru China diuji kaji di Malaysia". Malaysiakini. 5 Jun 2021. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  69. ^ BERNAMA (2021-06-21). "Health minister: Malaysian mRNA vaccine against Covid-19 under development". Malay Mail. Dicapai pada 2021-06-22.
  70. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/02/16/health-ministry-lists-605-covid-19-vaccination-centres/
  71. ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/06/health-minister-2448-private-facilities-in-malaysia-registered-as-vaccinati/1972229
  72. ^ a b Wong, Alexander (1 Jun 2021). "Khairy: Malaysia to ramp up COVID-19 vaccinations to 200,000 per day by July". SoyaCincau (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Jun 2021.
  73. ^ https://www.vaksincovid.gov.my/pdf/National_COVID-19_Immunisation_Programme.pdf
  74. ^ Engku Shariful Azni (31 Mei 2021). "Selangor buka PPV besar-besaran Jun ini". Sinar Harian. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  75. ^ "Polis terima laporan berhubung dakwaan 'potong barisan'". Bernama. 3 Mac 2021. Dicapai pada 5 Mac 2021.
  76. ^ "Vaksin: Ahli SUK Kelantan 'potong barisan' fitnah". Harakah Daily. 28 Februari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-01. Dicapai pada 5 Februari 2021.
  77. ^ Aidila Razak, Hariz Mohd & Martin Vengadesan (25 Februari 2021). "'Influencer' terima vaksin awal adalah ketua jabatan klinikal - Dr Noor Hisham". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-25. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  78. ^ "Sabah tidak layan pihak berhasrat 'potong barisan' dapatkan vaksin COVID-19". Astro Awani. 2 Mac 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-01. Dicapai pada 5 Mac 2021.
  79. ^ "Potong barisan vaksin: Denda RM50,000, penjara 6 bulan - Dr Adham". Malaysiakini. 4 Mac 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-04. Dicapai pada 5 Mac 2021.
  80. ^ "Jual produk ganti vaksin antara objektif kumpulan antivaksin". Sinar Harian. 23 Februari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-23. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  81. ^ Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (1 Mac 2021). "Golongan antivaksin akan diambil tindakan jika menghasut". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-01. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  82. ^ "COVID-19: Polis Labuan pantau gerakan antivaksin". Berita Harian. 26 Februari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-27. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  83. ^ Palansamy, Yiswaree (19 Mac 2021). "Khairy calls up Harian Metro editor after headline deemed 'damaging' to Covid-19 vaccine rollout". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2021.
  84. ^ "Khairy Explains Malaysia's Slow Covid-19 Vaccination Rate". Code Blue (dalam bahasa Inggeris). 14 April 2021. Dicapai pada 24 Mei 2021.
  85. ^ a b "Special Report: Why is Malaysia lagging behind in the vaccination rollout?". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). 6 Mei 2021. Dicapai pada 24 Mei 2021.
  86. ^ Imran Ariff (6 Mei 2021). "Is the vaccine rollout as slow as it seems? Yes and no". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mei 2021.
  87. ^ Barrett, Chris (15 July 2021). "Crushed by COVID, Malaysia now has one of the world's fastest vaccination rates". The Sydney Morning Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2021. Dicapai pada 15 July 2021.
  88. ^ Ahmad, Amree (27 Mei 2021). "Tak hadir temu janji vaksin mungkin dikompaun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Mei 2021.
  89. ^ Ng, Eileen (14 July 2021). "Malaysia shuts vaccination center after 204 staff infected". ABC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2021. Dicapai pada 14 July 2021.
  90. ^ Ainaa Aiman (14 Julai 2021). "Mega PPVs still needed – but with better SOPs, say doctors". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Julai 2021.
  91. ^ BERNAMA (19 Julai 2021). "CITF siasat dakwaan individu disuntik picagari kosong". Harian Metro. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  92. ^ Halid, Suzalina (20 Julai 2021). "Individu terbukti terima vaksin 'kosong' akan disuntik semula". Harian Metro. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  93. ^ Raja Rahim, Raja Noraina (20 Julai 2021). "Dakwaan disuntik picagari kosong di PPV BACC hanya salah faham". Harian Metro. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  94. ^ "Kes suntikan 'vaksin kosong' tiada kaitan dengan sindiket - Khairy". Astro Awani. 25 Julai 2021. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  95. ^ "MySejahtera tambah baik proses pendaftaran vaksin". Berita Harian. 4 Mac 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-04. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  96. ^ "KJ: Dah daftar tak perlu daftar lagi vaksin Covid-19". Malaysiakini. 4 Mac 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-03. Dicapai pada 2021-03-12.
  97. ^ Wong Ka Hui (5 Mac 2021). "Techies not surprised by glitches in freebie MySejahtera app". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-10. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  98. ^ Diana Surya Abd Wahab (26 Mei 2021). "Vaksin Covid-19: Jangan layan rakyat seperti pengemis". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Jun 2021.
  99. ^ Yiswaree Palansamy (4 Mac 2021). "Health Ministry issues gag order against staff after public complaints on Covid-19 vaccine rollout". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-10. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  100. ^ "Total Registered". The Special Committee On COVID-19 Vaccine Supply (JKJAV). Dicapai pada 26 Mei 2021.
  101. ^ "Malaysia: the latest coronavirus counts, charts, and maps". Reuters. Dicapai pada 24 May 2021.
  102. ^ "Coronavirus (COVID-19) Vaccinations Statistics and Research". Our World In Data. Dicapai pada 26 Mei 2021.
  103. ^ "Malaysia COVID19 Updates". Twitter. Dicapai pada 26 Mei 2021.

Pautan luarSunting