P. Ramasamy

(Dilencongkan dari Ramasamy Palanisamy)

Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy (Tamil: பேராசிரியர் ராமசாமி; lahir 10 Mei 1949) merupakan seorang ahli politik yang pernah menganggotai Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP.

Prof. Dr.

P. Ramasamy
பேராசிரியர் ராமசாமி
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
Dalam jawatan
Mac 2008 – Ogos 2023
Berkhidmat dengan Mohammad Fairus Khairuddin (2008-2009), Mansor Othman (2009-2013), Mohd Rashid Hasnon (2013-2018), Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (2018-2023)
Ketua Menteri
Didahului oleh Abdul Rashid Abdulah
Digantikan oleh Jagdeep Singh Deo
Kawasan pilihan rayaPerai
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
2018–2023
PortfolioPerancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi
Ketua MenteriChow Kon Yeow
Kawasan pilihan rayaPerai
Dalam jawatan
2013–2018
PortfolioPerancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi Dan Inovasi
Ketua MenteriLim Guan Eng
Kawasan pilihan rayaPerai
Dalam jawatan
2008–2013
PortfolioPerancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi
Ketua MenteriLim Guan Eng
Kawasan pilihan rayaPerai
Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang
untuk Perai
Dalam jawatan
2008–2023
Didahului oleh Rajapathy Kuppusamy
Digantikan oleh Sundarajoo Somu
Majoriti
  • 9,049 (2018)
  • 7,959 (2013)
  • 5,176 (2008)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batu Kawan
Dalam jawatan
Mac 2008 – Mei 2013
Didahului oleh Huan Cheng Guan
Digantikan oleh Kasthuriraani Patto
Majoriti9,381
Butiran peribadi
Lahir (1949-05-10) 10 Mei 1949 (umur 74)
Sitiawan, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Bebas (sejak 2023)
Parti Tindakan Demokratik (sehingga 2023)
PekerjaanAhli politik

Pendidikan sunting

Ramasamy lahir pada 10 Mei 1949 di Sitiawan, Perak. Ayahnya Palaniyammal Palanichany dan ibunya bekerja di ladang-ladang Malaya pada tahun 1920 dan berhijrah dari Tamil Nadu. Beliau mempunyai enam beradik. Ramasamy bersekolah di Sekolah Rendah Anglo-China pada akhir 1950-an.

Beliau mendapat pendidikan awal di Teluk Intan, Perak seterusnya mendapat Ijazah Pertama dalam bidang Kewartawanan di New Zealand kemudian menyambung pelajaran dalam bidang Sains Politik di Indian University Amerika Syarikat (1977) dan di peringkat Ijazah Sarjana di McGill Unversity, Kanada (1980) seterusnya mendapat PhD di Universiti Malaya pada tahun 1991. Mula berkhidmat sebagai pensyarah pada tahun 1981 sehingga 2005 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sains Politik.

Kerjaya sunting

Beliau pernah berkhidmat sebagai Prof Pelawat Universiti Castle Singapura dalam bidang Pendidikan Politik Asia Tenggara. Sejak awal lagi beliau telah terlibat sebagai aktivis yang memperjuangkan isu-isu buruh bermula tahun 1980an menerusi INSAN (Institut Analisa Sosial) Kuala Lumpur.

Beliau berpengalaman selama 25 tahun sebagai pensyarah sains politik, pernah menjadi penasihat dan perunding keamanan kepada beberapa usaha damai antarabangsa seperti di Acheh, Sri Lanka, Filipina dan Colombia .Ramasamy pernah bertugas sebagai penasihat kepada Global Labour University Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) selama setahun pada 2004.[1][2]

Kerjaya politik sunting

Ramasamy aktif sebagai aktivis yang memperjuangkan nasib minoriti di Sri Langka dan Acheh Merdeka. Kedua-dua pihak yang bertelingkah di Acheh akhirnya setuju menandatangani perjanjian damai pada 5 Ogos 2005. Pada 26 Ogos 2005 beliau dipecat dari UKM tanpa sebarang sebab. Selepas itu beliau mengajar di Jerman dan Singapura dan mula terlibat dengan aktiviti DAP.

Mula menyertai DAP secara rasmi pada September 2005. Menulis beberapa buah buku dan banyak artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Beliau berjaya menumbangkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Tan Sri Koh Tsu Koon bagi Parlimen Batu Kawan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang N16 Perai. Dalam tahun 2008, itu kerajaan BN tumbang kepada PR kerana DAP mendapat 19 kerusi , PKR 9 kerusi dan PAS hanya 1 kerusi. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan merupakan orang India pertama dilantik ke jawatan itu.

Dalam barisan exco kerajaan Pulau Pinang, beliau bertanggungjawab mengenai perancangan ekonomi negeri, pendidikan dan sumber manusia, sains, teknologi dan inovasi.[3]

Isu dan kontroversi sunting

Saman 10 juta terhadap The Star sunting

Pada 13 Februari 2012, P Ramasamy memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap wartawan The Star . Saman itu didaftarkan di Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan A Sivanesan & Co dan menamakan wartawan, Ian McIntyre dan Star Publications (M) Bhd sebagai defendan. Artikel bertajuk "Distress in DAP continues" pada 23 Disember 2011, dan "What Ramasamy said in the interview with The Star" pada 27 Disember 2011.Makna semulajadinya membawa maksud beliau adalah pemimpin DAP yang mengamalkan rasuah, menyalahgunakan kuasa dan jawatan serta tidak berwibawa. McIntyre mengadakan satu wawancara di pejabatnya di Pulau Pinang dan artikel itu diterbitkan pada 23 Disember. [4]

Anak mengundi di Semenyih sunting

Pada 6 Februari 2013, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan anak Ramasamy bernama Sri Vaitheki didaftarkan di daerah mengundi Kampung Tanjung, DUN Semenyih dalam Parlimen Hulu Langat oleh penolong pendaftar pemilih sebuah parti politik. Sebenarnya wakil parti politik pun SPR lantik jadi penolong pendaftar pemilih. Sebelum itu P Ramasamy menuduh pendaftaran anak perempuannya sebagai pemilih di Semenyih pada 2011 sebagai satu lagi projek pendaftaran pengundi palsu di bandar.

Ramasamy mula sedar perkara itu ketika pulang ke rumah keluarganya di Kajang dan mendapati ada sepucuk surat bertemakan 'Sayangi Selangor' yang didakwa daripada Perdana Menteri dan dialamatkan kepada Vaitheki, namun anaknya kemudian mengaku tidak pernah mendaftar sebagai pemilih. Sri Vaitheki, 25, yang sambung belajar peringkat PhD di London mendaftar menggunakan Borang A SPR pada 21 Februari 2011 dengan mengemukakan kad pengenalan beralamat di Kg Tanjung, Semenyih.[5]

Tidak gentar 13 Mei berulang sunting

Pada 9 Julai 2014, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohamed Zaman Khan Rahim Khan membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy atas kenyataannya yang berbaur hasutan. Beliau patut didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan ucapan tidak gentar sekiranya peristiwa 13 Mei 1969 berulang . Ucapan itu sebagai reaksi daripada amaran peringatan daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Pulau Pinang (Pembela) Mohd Hafiz Nordin turut melihat kenyataan Ramasamy dilihat seolah-olah mencabar undang-undang negara. Beliau membuat laporan polis di laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Peguam Negara sepatutnya lebih tegas.[6]

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[7][8]
Tahun Perlambagaan Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 P46 Batu Kawan, Penang P. Ramasamy (DAP) 23,067 62.94% Koh Tsu Koon (Gerakan) 13,582 37.06% 37,292 9,485 78.71%
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[7][8][9]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 N16 Perai, P46 Batu Kawan, Penang P. Ramasamy (DAP) 7,668 71.99% Krishnan Letchumanan (MIC) 2,590 24.32% 10,651 5,176 75.14%
Ulaganathan a/l K.A.P Ramasamy (IND) 311 2.92%
2013 P. Ramasamy (DAP) 10,549 78.29% Krishnan Letchumanan (MIC) 2,590 19.22% 13,474 7,959 83.90%
Muhammad Ridhwan bin Sulaiman (IND) 184 1.37%

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "DAP cadang letak lebih ramai wanita di Pulau Pinang". MStar. 14 Feb 2008.
  2. ^ "Dua timbalan ketua menteri Pulau Pinang muka baru dalam politik". MStar. 12 Mac 2008.
  3. ^ "Penang 'exco 2.0' sworn in, newcomer Rashid and Ramasamy made DCMs". FZ. 9 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2014-07-09.
  4. ^ "Ramasamy fail saman RM10 juta terhadap The Star, wartawan". Berita Harian. 13 Feb 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2014-07-09.
  5. ^ "SPR jawab isu undi anak Ramasamy". Berita Harian. 6 Feb 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2014-07-09.
  6. ^ "Zaman Khan Buat Laporan Polis Terhadap P.Ramasamy Didakwa Menghasut". MStar. 9 Julai 2014.
  7. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 27 May 2010. Percentage figures based on total turnout.
  8. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 5 May 2014. Results only available from the 2004 election.
  9. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.

Pautan luar sunting