Pulang (filem)

Filem Malaysia 2018 arahan Kabir Bhatia

Pulang merupakan sebuah filem drama biografi sejarah Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Kabir Bhatia[1] diilhamkan suatu kisah peristiwa benar yang berlaku pada tahun 1940-an, filem ini dibintangi Remy Ishak dan Puteri Aishah yang memegang watak utama[2] dibantu oleh Azrel Ismail, Erwin Dawson dan Jalaluddin Hassan. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara Malaysia pada 26 Julai 2018.[3][4]

Pulang
PengarahKabir Bhatia
PenulisMira Mustaffa
Ahmad Izham Omar
Dihasilkan olehIrene Mariena Mohamad
Tengku Iesta Tengku Alaudin (eksekutif)
Nor Shahila Harun Shah (eksekutif)
DibintangiRemy Ishak
Puteri Aishah
Azrel Ismail
Erwin Dawson
Alvin Wong
Jalaluddin Hassan
SinematografiZambree Harras
Disunting olehKabir Bhatia
Muzik olehAubrey Suwito
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
26 Julai 2018
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM6 juta
Pecah panggungRM2.3 juta

Harian Metro menyenaraikan Pulang sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.[5]

Sinopsis sunting

Sekitar tahun 1940-an semasa Jepun menakluk Tanah Melayu,[6] Othman, seorang kelasi kapal yang ingin mengubah nasib dan kehidupan keluarganya dengan mengikuti pengembaraan berlayar ke merata dunia. Sebelum berlayar, dia telah berjanji yang dia akan pulang dengan membawa kekayaan untuk isterinya Che Thom dan anak lelaki mereka, Omar. Dengan penuh kesabaran, isterinya akur dengan kepergiannya dan setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun.

Barisan pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Remy Ishak sebagai Othman
Puteri Aishah sebagai Che Tom

Pelakon pembantu sunting

  • Azrel Ismail sebagai Omar
  • Erwin Dawson sebagai Ahmad
  • Juliana Evans sebagai Alia
  • Rahim Razali sebagai Jamil (90an)
  • Aida Khalida sebagai Jaybah
  • Syazuwan Hassan sebagai Cikgu Hassan
  • Alvin Wong sebagai Lum
  • Sherry Al Jeffry sebagai Thom (70an)
  • Winnie Thye sebagai Mamasan
  • Doppo Watanabe sebagai Pegawai Jepun
  • Sean Allan Perry sebagai Kapten Inggeris
  • Akmal Ahmad sebagai Karim
  • Nur Akhtar Mohamad Amin sebagai Salmah
  • Naza Abdul Manas sebagai Taib
  • Rosli Sako sebagai pemberi maklumat
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Pelayar

Pembikinan sunting

Penerbitan sunting

Pulang berdasarkan dari satu kisah benar seorang kelasi kapal pada 1940-an. Ia diarahkan oleh Kabir Bhatia, pengarah filem kelahiran India yang terkenal dengan filem seperti Cinta (2006), Setem (2009) dan Nur Kasih The Movie (2011).[7] Skrip filem ini ditulis oleh isteri Kabir, Mira Mustaffa. Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM 6 juta, manakala kos bagi imej janaan komputer dilaporkan berjumlah RM2 juta.[8][9]

Idea asal filem ini telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Izham Omar yang mana ia berdasarkan suatu peristiwa sebenar memuatkan unsur-unsur dramatik dan turut menampilkan kisah yang pastinya cukup tragis dalam zaman yang berbeza, ia turut menampilkan zaman penaklukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.[6]

Pemilihan pelakon sunting

Semua pelakon yang terlibat menjalani sesi uji bakat yang dijalankan oleh Kabir bagi memilih pelakon yang sesuai melakonkan watak masing-masing. Azrel Ismail yang terkenal dengan peranan drama dan telefilem, memegang watak sebagai Omar; Azrel mengakui impian berlakon bersama Remy Ishak menjadi kenyataan dalam filem ini dan teruja kerana dapat bekerja di bawah arahan Kabir. Bekas alumni Dewi Remaja 2014/15, Puteri Aishah memegang watak sebagai Che Thom; Pulang ialah filem sulung lakonannya.[10] Puteri berkata: "Berpeluang bergandingan dengan Remy juga satu pengalaman yang cukup berharga buat saya. Malah, saya memang memberi komitmen 100 peratus terhadap pembikinan cerita ini dan sentiasa terbawa-bawa watak saya ketika penggambaran Pulang,".[11] Remy yang sebelum ini berlakon dalam beberapa filem arahan Kabir, memegang watak sebagai Othman; beliau pada mulanya merasakan skripnya bagus dan masih tidak dapat membayangkan bagaimana teknik imej janaan komputer (CGI) akan digunakan. Untuk filem ini, beliau berkampung selama dua minggu di Terengganu.[12]

Keluaran sunting

Promosi sunting

Sebelum tayangan perdana rasmi, treler rasmi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Primeworks Studios pada 27 Jun 2018.[13] Manakala, di belakang tabir filem ini disiarkan di TV3 dan TV9.

Bagi mempromosikan filem ini, rancangan dokumentari TV3, Majalah 3 menyiarkan kisah sebenar di sebalik penerbitan filem ini pada 6 Ogos 2018.[14][15]

Sambutan sunting

Kutipan panggung sunting

Pulang ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 26 Julai 2018. Dalam tempoh kurang seminggu tayangan rasminya, Pulang berjaya mencatat kutipan panggung melebihi RM1 juta.[16]

Ulasan kritis sunting

Pulang menerima ulasan positif dan bercampur-campur. Mohd Haikal Isa dari Kosmo! mendapati kekuatan sinematografi filem ini terletak pada kekuatan persembahan setiap pelakonnya. Beliau turut memuji kebijakan Kabir yang menggunakan "magis sinematografinya dari pembukaan hingga penamat filem".[17] Haizir Othman dari Malaysiakini mendapati filem ini merupakan "kisah misteri perasaan orang Melayu yang kompleks dan sukar diduga seperti dalamnya lautan" dan mempunyai persamaan dengan kegagalan komunikasi antara Zainuddin dengan Hayati selepas kematian Aziz dalam kisah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka.[18] Salman Sazali dari The Vocket berkata: "Pulang akan mengajar anda erti penantian, di mana satu pihak terpaksa menunggu insan yang disayanginya hari demi hari tanpa mengetahui bila kekasih hatinya akan pulang."[19] Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online pula berkata: "Memang tidak dinafikan kekuatan cerita filem Pulang tetapi disebabkan kelemahan aspek teknikal menyebabkan ia menjadi sedikit cacat.[20]

Maklum balas sunting

Menurut Ahmad Izham Omar, beliau merasa sebak kerana sambutan positif daripada penonton tempatan di laman sosial. Filem ini berjaya menduduki tangga kelima teratas di Twitter menerusi tanda pagar #PulangTheMovie.[21]

Adaptasi novel sunting

Sebuah novel adaptasi filem dengan tajuk sama telah ditulis oleh novelis terkenal, Lily Haslina Nasir, dan diterbitkan oleh hasil kerjasama Primeworks Studios dan Penerbitan Karyaseni. Novel ini dikeluarkan pada Mei 2018 dan telah dikeluarkan sebanyak 8,000 cetakan dan boleh dibeli menerusi aplikasi Karyaseni dan Lazada.[22][23]

Muzik sunting

Komposer dan penerbit muzik terkenal, Aubrey Suwito diberi kepercayaan mencipta skor muzik.[24]

"Layarlah Kembali"
Single oleh Dayang Nurfaizah
daripada album Dayang Nurfaizah
Dilancarkan pada7 April 2017
Dirakamkan pada2017
GenreBalada
Panjang4:31
SyarikatMonkey Bone Records
PenulisAd Samad
PenerbitAubrey Suwito
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Runut bunyi rasmi bagi filem Pulang ialah "Layarlah Kembali" nyanyian Dayang Nurfaizah,[25] dikeluarkan pada 7 April 2017 oleh Monkey Bone Records dan boleh didapati untuk muat turun digital di iTunes[26] dan penstriman digital di Spotify.[27]

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital[26]
No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Layarlah Kembali"Aubrey Suwito, Ad SamadDayang Nurfaizah4:31


Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 7 April 2017 Muat turun digital[26]
Penstriman digital[27]
Monkey Bone Records

Anugerah dan pencapaian sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Filem Terbaik Pulang Tercalon
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Lelaki Terbaik Remy Ishak Tercalon
Pelakon Wanita Harapan Puteri Aishah Tercalon
Sinematografi Terbaik Zambere Haras Tercalon
Cerita Asal Terbaik Ahmad Izham Omar & Omar Othman Tercalon
Kostum/Busana Terbaik Hasnan Yaakob Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Imaginex Studio Sdn Bhd Menang
Penataan Seni Terbaik Tunku Tommy Mansur & David Manjit Tercalon
Penyunting Terbaik Kabir Bhatia, A. Samad Hassan & Naeim Ghalili Tercalon
Skor Muzik Terbaik Aubrey Suwito Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2019 Filem MeleTOP Pulang Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Arina Azlan (3 Julai 2018). "Kisah cinta 61 tahun dalam Pulang". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-29. Dicapai pada 29 Julai 2018.
  2. ^ Aqmar Mustaza (19 Jun 2018). "Pulang, satukan Remy Ishak & Puteri Aishah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (3 November 2016). Inspirasi kisah benar kelasi kapal Diarkibkan 2018-07-08 di Wayback Machine Harian Metro. Diperoleh pada 8 Julai 2018.
  4. ^ Filem Pulang temui peminat di pawagam hari ini Utusan Borneo (26 Julai 2018). Diperoleh pada 2 Ogos 2018.
  5. ^ Amirul Haswendy Ashari (24 Disember 2018). "Filem tempatan pecah panggung 2018". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2018.
  6. ^ a b Salma Syahbuddin (5 Februari 2018). "Pulang, filem berprofil tinggi 2018". XTRA. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  7. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (7 Oktober 2016). Indian director Kabir Bhatia returns with new Malaysian film, Pulang New Straits Times. Diperoleh pada 8 Julai 2018.
  8. ^ Nur Asyikin Ayudin (19 Julai 2018). "Kos CGI 'Pulang' telan belanja RM2 juta". mStar Online. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  9. ^ Ridzwan Abdul Rahman (26 Jun 2018). "CGI 'Pulang' dinanti peminat". Harian Metro. Dicapai pada 26 Julai 2018.
  10. ^ "Filem kisah sebenar seorang kelasi kapal". Kosmo!. 13 Ogos 2017. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  11. ^ "Remy Ishak, Puteri Aishah berdebar nantikan sambutan filem 'Pulang'". Berita Harian Singapura. 20 Jun 2018. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  12. ^ Arini Saleh (26 Jun 2018). "Berdasarkan Kisah Benar, Ini 5 Fakta Korang Wajib Tahu Sebelum Tonton Pulang". Oh! Bulan. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  13. ^ Pulang (Official Trailer HD): Di pawagam 26 Julai 2018. YouTube. Diperoleh pada 8 Julai 2018.
  14. ^ "Majalah 3 singkap kisah sebenar Pulang". Berita Harian. 5 Ogos 2018. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  15. ^ "Kisah di sebalik Pulang". Harian Metro. 5 Ogos 2018. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  16. ^ Mohd Haikal Isa (31 Julai 2018). "Pulang sudah kutip lebih RM1 juta". Kosmo!. Dicapai pada 2 Ogos 2018.
  17. ^ Mohd Haikal Isa (25 Julai 2018). "Kekuatan sinemtografi Pulang". Kosmo!. Dicapai pada 26 Julai 2018.
  18. ^ Haizir Othman (7 Ogos 2018). "Pulang dan misteri perasaan orang Melayu". Malaysiakini. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  19. ^ Salman Sazali (7 Ogos 2018). "'Pulang' Filem Kabir Bhatia Yang Boleh Buat Mata Anda Berkaca". The Vocket. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  20. ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Ogos 2018). "Di sebalik kehebatan 'Pulang' terselit jua celanya". mStar Online. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  21. ^ Amirul Haswendy Ashari (29 Julai 2018). "Terima kasih kerana komen Pulang". Harian Metro. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  22. ^ Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). "Pulang mampu angkat martabat filem tempatan". Berita Harian. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  23. ^ "Novel adaptasi filem Pulang di pasaran pertengahan bulan ini". Utusan Borneo. 16 Mei 2018. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  24. ^ Alif Fadli Mohd. Sori (23 Julai 2018). "Pulang: Garapan cinta penuh emosi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  25. ^ "Lagu tema filem Pulang, 'Layarlah Kembali' nyanyian Dayang Nurfaizah runtun emosi". Hijab n' Heels. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  26. ^ a b c "Layarlah Kembali (Single)". iTunes Store (MY). Apple. 7 April 2017. Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  27. ^ a b "Layarlah Kembali, a song by Dayang Nurfaizah". Spotify. 7 April 2017. Dicapai pada 8 Ogos 2018.

Pautan luar sunting