TV9

Saluran televisyen Malaysia
(Dilencongkan dari Channel 9)

TV9 merupakan sebuah saluran televisyen percuma ke udara Malaysia yang dilancarkan pada 22 April 2006 sebagai anak syarikat Media Prima Berhad. Ia menyiarkan pengaturcaraan yang kebanyakannya menjurus kepada demografi Melayu. Saluran itu dahulunya wujud sebagai Channel 9 dari 9 September 2003 hingga 3 Februari 2005 kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh pengendali. TV9 mula bersiaran 24 jam sehari pada 6 Mei 2019.

TV9
Logo sejak 9 September 2021
NegaraMalaysia
Kawasan siaran
SloganDekat di Hati
(2006-2008)

Di Hatiku
(2009-2021)

Janji Happy
(Sejak 2021)
Ibu pejabatSri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
16:9 SDTV (576i)
Pemilikan
PemilikMedia Prima Berhad
(Ch-9 Media Sdn Bhd)
Orang penting
Saluran kembar
Sejarah
Dilancarkan
  • 2003; 21 tahun yang lalu (2003)
    (sebagai Channel 9)
  • 2006; 18 tahun yang lalu (2006)
    (sebagai TV9)
Ditutup
  • 2005; 19 tahun yang lalu (2005)
    (sebagai Channel 9)
Nama dahuluChannel 9
(09.09.2003 - 03.02.2005)
Pautan
Laman webwww.xtra.com.my
Ketersediaan
Terestrial
MYTVSaluran 109
Satelit
Astro/NJOISaluran 149
IPTV
Unifi TVSaluran 109 (HD)
Media penstriman
TontonTonton secara langsung
Dalam Berdefinisi Tinggi (HD)
Unifi TVUnifi TV
Logo Channel 9, iaitu Logo TV9 yang lama sebelum menyertai Media Prima.

TV3, TV9, NTV7, 8TV dan stesen radio dikawal oleh Media Prima yang mana siarannya berpusat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman Media Prima, Tonton dan Unifi TV.

Sejarah sunting

Sebagai Channel 9 sunting

Pada tahun 1997, TV3 telah merancang untuk memulakan saluran kedua dengan nama TV9, tidak berkaitan dengan rangkaian televisyen masa kini dengan nama yang sama. Permohonan itu masih belum diterima oleh Kementerian Penerangan. Rancangan itu kemudian dibatalkan.

Enam tahun kemudian, pada 2003, stesen TV swasta ketiga, akan memulakan siaran ujiannya di Lembah Klang pada awal Ogos, mendedahkan nama Channel 9 kepada umum, bukannya TV9 dan dijangka dilancarkan pada awal September. Saluran ini dimiliki dan dikendalikan oleh Medanmas dan dijangka meningkatkan keuntungannya menjelang September 2004. Logo korporat baharu dan portal web Channel 9 telah dilancarkan pada 12 Ogos 2003 dan dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Leo Moggie. Saluran TV yang akan datang akan memenuhi keperluan penonton muda dan menawarkan program dalam pelbagai genre seperti drama dan rancangan pelbagai.

Banyak pertubuhan bukan kerajaan, termasuk Majlis Belia Malaysia menuntut Channel 9 memberi peluang kepada anak muda Malaysia untuk menghasilkan lebih banyak program TV dan filem. Channel 9 akan membelanjakan RM35 juta secara keseluruhan daripada pelaburan RM50 juta dalam ICT sebagai sebahagian daripada persediaannya untuk beralih ke penyiaran digital.

 
Pesanan perpisahan Channel 9.
 
Ibu Pejabat Lama Channel 9 di Shah Alam, Selangor

Channel 9 telah menangguhkan latihan tune-innya, yang dijadualkan bermula pada 16 Ogos, dan disambung semula pada 2 September, sebelum pelancaran rasminya. Kelewatan itu dibuat untuk memastikan "penonton menerima perkhidmatan yang memuaskan".

TV9 yang bermula sebagai Channel 9 (Bahasa Melayu sebagai Saluran 9 selalunya dikenali sebagai Nine atau dipendekkan kepada C9 digayakan dalam tajuk huruf kecil) beroperasi pada 9 September 2003 jam 6:00 pagi. [1] Ia memfokuskan rancangan muzik dan hiburan berbahasa Kantonis, Mandarin, Hokkien, Taiwan, Inggeris, Tamil, Malayam, Telugu, Hindi. Rancangan muzik dan hiburan bahasa Inggeris rasmi ehsan Hallmark Entertainment Network dan AXN Entertainment disiarkan dari jam 6:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Rancangan muzik dan hiburan bahasa Hindi rasmi ehsan Astro Vaanavil (kecuali warta berita) disiarkan dari jam 12:00 tengahari hingga 4:00 petang. Rancangan muzik dan hiburan bahasa Tamil, Malayam dan Telugu rasmi ehsan Astro Vaanavil (kecuali warta berita) disiarkan dari jam 4:00 petang hingga 8:00 malam. Rancangan siaran berita berbahasa Melayu dan Sinetron Indonesia rasmi ehsan Perdana 12/Prime 12 di Singapura disiarkan dari jam 8:00 hingga 9:30 malam. Rancangan muzik dan hiburan berbahasa Kantonis, Mandarin, Hokkien dan Taiwan rasmi ehsan Astro AEC (kecuali warta berita), Astro Shuang Xing 1 (kini Astro Shuang Xing), Astro Shuang Xing 2 (kini Astro Shuang Xing), Astro Wah Lai Toi, TVB8 dan TVB Xing He disiarkan dari jam 9:30 malam hingga 3:00 pagi.

Pada 1 Mei 2004, THR.fm sebahagian daripada Anaza Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Datuk Abdul Rashid Manaff mengawal hak milik majoriti oleh Ch-9 Media Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Medanmas). Rentetan daripada itu, Channel 9 atau Nine melancarkan cogan kata "Malaysia…lah!" pada Jun 2004.

Slot "Treats" untuk rancangan muzik dan hiburan bahasa Inggeris rasmi ehsan Hallmark Entertainment Network dan AXN Entertainment disiarkan setiap hari dari jam 6:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Slot "Hindi Power" untuk rancangan muzik dan hiburan bahasa Hindi rasmi ehsan Astro Vaanavil (kecuali warta berita) disiarkan setiap hari dari jam 12:00 tengahari hingga 4:00 petang. Slot "Raaga" untuk rancangan muzik dan hiburan bahasa Tamil, Malayam dan Telugu rasmi ehsan Astro Vaanavil (kecuali warta berita) disiarkan setiap hari dari jam 4:00 petang hingga 8:00 malam. Berita "Liputan 9" merupakan rancangan siaran berita bahasa Melayu untuk perempuan di Channel 9 yang disiarkan selama setengah jam atau 30 minit setiap hari bermula jam 8:00 malam hingga 8:30 malam. Slot "Gegar" untuk rancangan siaran berita bahasa Melayu untuk perempuan dan Sinetron Indonesia rasmi ehsan Perdana 12/Prime 12 di Singapura disiarkan pada waktu perdana setiap hari iaitu selepas siaran berita bahasa Melayu pada jam 8:00 hingga 9:30 malam iaitu Dendam Asmara (RCTI, 1997), Bunga Bunga Kehidupan (RCTI, 1993-1994), JCM, Sentuh Hatiku (1996), Jangan Rebutmu Suamiku (Indosiar, 1998-1999), Rahasia Perkhawinan (SCTV, 2002) dan Bukan Perempuan Biasa (RCTI 1997) dan Slot "Zhong Hua Shi Jie" untuk rancangan muzik dan hiburan bahasa Kantonis, Mandarin, Hokkien dan Taiwan rasmi ehsan Astro AEC (kecuali warta berita), Astro Wah Lai Toi, Astro Shuang Xing 1 (kini Astro Shuang Xing), Astro Shuang Xing 2 (kini Astro Shuang Xing), TVB8 dan TVB Xing He disiarkan setiap hari dari jam 9:30 malam hinnga 3:00 pagi dengan siaran 21 jam dari 6:00 pagi hingga 3:00 pagi setiap hari.

Channel 9 majlis penutupan rasmi sehingga penutupan utama pada 3 Februari 2005 mula tepat sejak sekitar jam 3:00 pagi untuk setelah sepenuhnya dibeli oleh Media Prima syarikat media terbesar di Malaysia sehingga Channel 9 telah rasmi melancarkan nama baharu TV9 dan Bukhari Che Muda dilantik sebagai rasmi Ketua Pegawai Operasinya yang baharu.

Nama baharu sebagai TV9 sunting

TV9 memulakan ujian transmisi sehingga siaran percubaan pada hari Sabtu, 1 April 2006 mula tepat sejak sekitar jam 8:00 malam Waktu Piawai Malaysia dengan siaran 4 jam dari 8:00 malam hingga 12:00 tengah malam setiap hari dan menyiarkan rasmi video muzik golongan muda dan remaja bahasa Melayu sebelum 21 hari dari 1 April 2006 hingga 21 April 2006 dengan siaran pembukaan atau stesen dibuka biasanya kira detik, lagu kebangsaan (logo TV3 dan TV9 tamat) (siaran bersama TV3), stesen ID dan menyiarkan rasmi video muzik golongan muda dan remaja bahasa Melayu.

TV9 majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula komersial swasta secara nasional sebagai stesen televisyen terestrial swasta bersiaran percuma nasional untuk golongan muda dan remaja pada hari Sabtu, 22 April 2006 mula tepat sejak sekitar jam 12:00 tengah hari Waktu Piawai Malaysia dengan dengan siaran pembukaan atau stesen dibuka biasanya kira detik, lagu kebangsaan (logo TV3 dan TV9 tamat) (siaran bersama TV3), stesen ID dan TV interaktif, TV9 memulakan siaran rasmi dengan rancangan Majlis Pelancaran Dirasmikan Stesen TV9 – Dekat di Hati mula tepat sejak sekitar jam 8:30 malam hingga 12:00 tengah malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 30 minit dan 3 jam selepas pelancaran rasmi ini rancangan pertama yang disiarkan adalah slot "Nick di 9" untuk rancangan kanak kanak yang dialih suara dalam bahasa Melayu disiarkan setiap hari dari jam 3:00 petang hingga 6:00 petang dan bermula siaran 12 jam dari 12:00 tengah hari hingga 12:00 tengah malam setiap hari dan telah rasmi melancarkan cogan kata baharu Dekat di Hati meliputi seluruh Semenanjung Malaysia. Pada masa ini, TV9 menjadi rasmi saluran berbahasa Melayu yang tersendiri sehingga rasmi semua rancangan Islam, muzik Melayu, siri Melayu dan hiburan tempatan dalam berbahasa Melayu. TV9 rasmi semua rancangannya menumpukan kepada semua Bangsa Melayu. Slot "Nick di 9" untuk rancangan kanak kanak yang dialih suara dalam bahasa Melayu disiarkan setiap hari dari jam 3:00 petang hingga 6:00 petang.

TV9 tidak mempunyai sebarang slot masa siaran berita utama sama ada buatan saluran ini atau daripada saluran televisyen siaran lain dari 22 April 2006 hingga 31 Disember 2006.

Buletin TV9 sunting

Sejak 1 Januari 2007, TV9 menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu "Buletin TV9". Semenjak dari TV9 memulakan siarannya pada 22 April 2006 ia menyiarkan Warta Nasional NTV7 dengan ehsan NTV7. Liputan 9 ialah rancangan berita waktu perdana semasa ia dalam siaran sebelumnya ehsan Bernama. Slot berita "Warta Nasional NTV7" selama 30 minit yang pertama ehsan NTV7 juga disiarkan beberapa bulan sebelum penyiaran tamat. Mereka dipilih daripada 5000 orang yang diujibakat. Buletin TV9 dibawakan secara langsung dari Studio C di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor.

Pada 1 Ogos 2021, Buletin TV9 telah menukar waktu siarannya pada jam 7:00 malam hingga jam 7:30 malam setiap hari sehingga 31 Disember 2022.

Pada 1 Januari 2023, Buletin TV9 menjadi berita 50 minit bermula jam 7:00 malam hingga 7:50 malam merupakan sebuah rancangan berita 50 minit pertama di Malaysia. Pada hari yang sama, sepanjang Buletin TV9 semasa iklan masih kekal bersiaran azan maghrib di TV9.

TV Pendidikan sunting

Pada 1 Januari 2007 hingga 31 Disember 2008, TV9 berkongsi masa siaran dengan TV Pendidikan, rangkaian televisyen pendidikan negara, pada waktu persekolahan selepas mengambilalihnya dari RTM dan Astro. Selepas TV Pendidikan diberhentikan siarannya pada 31 Disember 2008, TV9 bersiaran sepenuhnya pada waktu pagi mulai 1 Januari 2009.

TV Interaktif sunting

TV9 juga menonjolkan perkhidmatan TV Interaktif yang bermain video muzik dan pada waktu yang sama, penonton-penonton boleh bersembang melalui SMS dari pukul 12:00 hingga 3:00 tengah hari dan juga dari 12:00 tengah malam hingga 1:00 pagi.

Waktu Siaran sunting

Penyiaran harian bermula dari 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam pada hari minggu, 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam pada hari Jumaat hingga Ahad dan cuti kecuali pada bulan Ramadan dimana ia bersiaran 24 jam sehari sedangkan penyiaran rasmi bermula dari pukul 12:00 tengah hari sehingga 12:00 tengah malam. TV9 bersiaran dari pukul 7:30 pagi (Isnin - Jumaat, 7:00 pagi pada Sabtu dan Ahad) sehingga pukul 12:00 tengah malam hari berikutnya.

Mulai 6 Mei 2019, TV9 kini bersiaran 24 jam sehari.

Slot TV9 sunting

Kanak-kanak akan dihiburkan dari pukul 2:00 petang hingga 6:00 petang setiap hari (blok Nick di 9) dengan kartun Nickelodeon yang dialih suara dalam bahasa Melayu. Animasi-Animasi tersebut adalah seperti Spongebob Squarepants, Hey Arnold, Chalkzone, Dora the Explorer, CatDog, Winx Club, Avatar: The Legend of Aang dan banyak lagi. Selain itu siri animasi dari Jepun juga ditayangkan seperti Beyblade, Inuyasha, Dragon Ball, Digimon dan Mirmo Zibang!. Slot ini ditamatkan pada 31 Disember 2018 tetapi kembali menyiar di TV9 pada 1 September 2021 setiap Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang hingga 6:55 petang.

Pada awal tahun 2011, TV9 melancarkan tiga slot drama bersiri iaitu Slot "Aurora", Slot "Oh! Mari Gelak" dan Slot "Ratu" serta sebuah slot telefilem iaitu "Skrin Di 9" yang membariskan telefilem-telefilem terbitan tempatan. Pada tahun yang sama juga semua jenis rancangan keagamaan di saluran ini dijenamakan semula sebagai Slot "Raudhah".

Penamatan Berita TV9 Tengah Hari sunting

Pada 1 November 2020, TV9 telah menamatkan Berita TV9 Tengah Hari dan mula menyiarkan 2 berita dari TV3, iaitu "Berita Terkini" dan "Buletin 1:30".

TV9 Bersiaran Serentak Dari Kool 101 sunting

Pada 4 Mei 2021, TV9 telah bersiaran serentak dari Kool 101 pada pukul 3:30 pagi - 4:30 pagi setiap hari sehingga Disember 2023.

Semasa bulan Ramadan, slot "Kool 101" di TV9 direhatkan sementara dan digantikan dengan siaran langsung solat tarawih dari Masjidi Haram sehingga 30 April 2022.

TV9 Menamatkan Buletin 1:30 Dari TV3 sunting

TV9 telah ditamatkan penyiarannya dari TV3 iaitu Buletin 1:30 pada 1 Ogos 2021.

TV9 Menyiarkan Slot Wow Shop sunting

TV9 akan menyiarkan slot "Wow Shop" pada jam 8:30 pagi - 12:30 tengah hari dan 2:00 - 5:00 petang setiap hari.

Waktu Perdana TV9 sunting

Dahulunya waktu perdana TV9 bermula jam 6 petang sehinggalah bermula 1 Februari 2022 waktu perdana TV9 diubah dari jam 6 ke 5 petang.

Liga Super kembali di TV9 sunting

Pada 10 Ogos 2022, TV9 kembali menyiarkan semula perlawanan "Liga Super Malaysia" buat pertama kalinya. Ia siarkan perlawanan semula di antara Terengganu menentang Johor Darul Ta'zim. Disebabkan pada Februari 2018, perlawanan Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah di antara Johor Darul Ta'zim menentang Kedah Darul Aman yang disiarkan secara langsung di TV3 tetapi dibatalkan. Perlawanan itu akan diambil alih secara langsung di Unifi Sports sahaja.

Waktu perdana dan Wow Shop di TV9 sunting

Siaran Wow Shop di TV9 kini bersiaran jam 8:30 pagi-12:00 tengah hari. Kemudian, slot Wow Shop direhatkan dan akan disambung semula jam 1:00 tengah hari-2:00 petang pada hari Sabtu-Khamis dan 1:00 tengah hari-3:00 petang pada hari Jumaat. Ini bertujuan untuk memberi laluan kepada "My Qurantime 2.0" yang bersiaran jam 12:00 tengah hari. Waktu perdana TV9 kini adalah pada pukul 2:00 petang pada hari Sabtu-Khamis dan pukul 3:00 petang pada hari Jumaat.

Penamatan segmen serentak Kool 101 di TV9 sunting

Pada Disember 2023, TV9 menamatkan segmen serentak Kool 101 disebabkan jumlah pendengar merosot ke 79,000 kurang pendengar dan digantikan oleh "Hot FM" pada waktu yang sama sehingga Januari 2024, Kool 101 serentak semula di TV9 pada Januari 2024.

Kritikan sunting

Pada 1 April 2016, satu siaran blok teleshopping Wow Shop telah disiarkan di seluruh saluran Media Prima. Waktu sinetron di TV9 yang dulu pada pukul 5:30 petang kini diubah pada pukul 5:00 petang sehingga pada petengahan bulan Jun 2018, slot Mutiara Hati diberhentikan dan diambil alih oleh Wow Shop.[2][3][4] Beberapa saluran Media Prima (terutama ntv7 dan TV9) lebih dipengaruhi oleh perubahan. Blok ini telah menarik kritikan yang besar di media sosial sebagai sebahagian besar daripada jadual waktu siang telah digantikan dengan Wow Shop yang slot ini sebelum ini telah berjalan kebanyakannya ditayang program agama dan kanak-kanak.[5]

Senarai rancangan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Channel ID (2003): Channel 9 (Malaysia)
  2. ^ "TV3 Malaysia". 1 April 2016. Dicapai pada 6 April 2016.
  3. ^ "TV9 di Hatiku". 1 April 2016. Dicapai pada 6 April 2016.
  4. ^ "Log masuk atau daftar untuk melihat". 1 April 2016. Dicapai pada 6 April 2016.
  5. ^ "CJ WOW SHOP mula 1 April". Harian Metro. 1 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-17. Dicapai pada 6 April 2016.

Pautan luar sunting