Keelektronegatifan

Keelektronegatifan (simbol χ) ialah satu sifat kimia yang menjelaskan kecenderungan suatu atom atau kumpulan berfungsi menarik elektron (atau kepadatan elektron) ke arahnya.[1] Keelektronegatifan suatu atom dipengaruhi oleh nombor atomnya dan jarak elektron valens daripada nukleus atom. Semakin tinggi nombor keelektronegatifan, semakin banyak suatu atom atau sebatian menarik elektron ke arahnya. Ia pertama kali dicadangkan oleh Linus Pauling pada 1932 sebagai pembangunan teori ikatan valens[2] dan berkaitan dengan beberapa ciri-ciri kimia yang lain. Keelektronegatifan tidak boleh diukur secara terus dan perlu dikira daripada ciri-ciri atom atau molekul yang lain. Beberapa kaedah pengiraan telah dicadangkan, dan walaupun setiap satunya mempunyai sedikit perbezaan dalam nilai angka keelektronegatifannya, semuanya menunjukkan trend berkala antara unsur-unsur kimia.

Peta keupayaan elektrostatik ini menunjukkan yang dalam satu molekul air, atom oksigen mempunyai lebih banyak cas negatif (merah) daripada atom hidrogen (biru).

Cara pengiraan keelektronegatifan yang paling biasa digunakan ialah cara yang asalnya dicadangkan oleh Linus Pauling. Ini memberikan satu kuantiti tidak berdimensi di atas skala relatif (yang dikenali sebagai skala Pauling) daripada kira-kira 0.7 hingga 3.98 (hidrogen = 2.20). Walaupun kaedah pengiraan lain digunakan, sudah menjadi kelaziman (walaupun tidak wajib) untuk menggunakan skala yang meliputi julat nilai angka yang sama: ini dikenali sebagai keelektronegatifan dalam unit Pauling.

Keelektronegatifan, seperti yang biasa dikira, bukanlah satu ciri atom, tetapi lebih kepada ciri atom dalam satu molekul.[3] Ciri-ciri atom bebas termasuklah tenaga pengionan dan afiniti elektron. Keelektronegatifan suatu unsur juga telah dijangka akan berubah mengikut persekitaran kimianya,[4] tetapi ia biasanya dianggap sebagai sejenis ciri boleh pindah, dengan erti kata lain, nilai-nilai yang sama boleh digunakan dalam pelbagai situasi.

Dalam tahap yang paling asas, keelektronegatifan ditentukan oleh faktor-faktor seperti cas nuklear (lebih banyak proton suatu atom ada, lebih banyak "tarikan" ia akan beri kepada elektron bercas negatif) dan bilangan atau kedudukan elektron-elektron lain dalam petala-petala elektron (lebih banyak elektron satu atom ada, elektron-elektron valensnya akan berada lebih jauh daripada nukleus. Kesannya, elektron-elektron valens akan dikenakan kurang cas positif kerana jaraknya yang lebih jauh daripada nukleus dan kerana elektron-elektron bertenaga rendah yang lebih hampir dengan nukleus bertindak sebagai pelindung cas positif daripada mencapai elektron-elektron valens.)

Lawan bagi keelektronegatifan ialah keelektropositifan: satu ukuran kebolehan suatu atom memberikan elektron.

Keelektronegatifan unsur-unsur kimia sunting

Jadual berkala keelektronegatifan menggunakan skala Pauling
Jejari atom menurun → Tenaga pengionan bertambah → Keelektronegatifan bertambah →
Kumpulan → 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
↓ Kala
1 H
2.20
He
 
2 Li
0.98
Be
1.57
B
2.04
C
2.55
N
3.04
O
3.44
F
3.98
Ne
 
3 Na
0.93
Mg
1.31
Al
1.61
Si
1.90
P
2.19
S
2.58
Cl
3.16
Ar
 
4 K
0.82
Ca
1.00
Sc
1.36
Ti
1.54
V
1.63
Cr
1.66
Mn
1.55
Fe
1.83
Co
1.88
Ni
1.91
Cu
1.90
Zn
1.65
Ga
1.81
Ge
2.01
As
2.18
Se
2.55
Br
2.96
Kr
3.00
5 Rb
0.82
Sr
0.95
Y
1.22
Zr
1.33
Nb
1.6
Mo
2.16
Tc
1.9
Ru
2.2
Rh
2.28
Pd
2.20
Ag
1.93
Cd
1.69
In
1.78
Sn
1.96
Sb
2.05
Te
2.1
I
2.66
Xe
2.60
6 Cs
0.79
Ba
0.89
*
 
Hf
1.3
Ta
1.5
W
2.36
Re
1.9
Os
2.2
Ir
2.20
Pt
2.28
Au
2.54
Hg
2.00
Tl
1.62
Pb
2.33
Bi
2.02
Po
2.0
At
2.2
Rn
2.2
7 Fr
0.7
Ra
0.9
**
 
Rf
 
Db
 
Sg
 
Bh
 
Hs
 
Mt
 
Ds
 
Rg
 
Cn
 
Nh
 
Fl
 
Mc
 
Lv
 
Ts
 
Og
 

Lantanida  La
1.1
Ce
1.12
Pr
1.13
Nd
1.14
Pm
1.13
Sm
1.17
Eu
1.2
Gd
1.2
Tb
1.1
Dy
1.22
Ho
1.23
Er
1.24
Tm
1.25
Yb
1.1
Lu
1.27
** Aktinida  Ac
1.1
Th
1.3
Pa
1.5
U
1.38
Np
1.36
Pu
1.28
Am
1.13
Cm
1.28
Bk
1.3
Cf
1.3
Es
1.3
Fm
1.3
Md
1.3
No
1.3
Lr
1.3
Lihat juga: Keelektronegatifan unsur kimia (halaman data)

Rujukan sunting

  1. ^ Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "Electronegativity". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.
  2. ^ Pauling, L. (1932). "The Nature of the Chemical Bond. IV. The Energy of Single Bonds and the Relative Electronegativity of Atoms". Journal of the American Chemical Society. 54 (9): 3570–3582. doi:10.1021/ja01348a011.
  3. ^ Pauling, Linus (1960). Nature of the Chemical Bond. Cornell University Press. m/s. 88–107. ISBN 0-8014-0333-2.
  4. ^ Greenwood, N. N.; Earnshaw, A. (1984). Chemistry of the Elements. Pergamon. m/s. 30. ISBN 0-08-022057-6.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Lihat juga sunting