Raksa

(Dilencongkan dari Merkuri)

Raksa atau merkuri merupakan salah satu unsur kimia. Nombor atom raksa ialah 80 dan simbolnya dalam jadual berkala ialah "Hg" (daripada istilah Latin hydrargyrum iaitu "cecair perak", dipinjamkan menjadi hidrargirum). Raksa merupakan satu-satunya logam yang wujud sebagai cecair pada suhu bilik. Kegunaan utama raksa adalah dalam termometer, barometer dan alat saintifik lain. Ia biasanya didapati daripada penurunan mineral sinabar.

Raksa,  80Hg
Pouring liquid mercury bionerd.jpg
Ciri-ciri umum
Rupakelabu keperakan
Raksa dalam jadual berkala
Hidrogen (bukan logam diatom)
Helium (gas adi)
Litium (logam alkali)
Berilium (logam alkali bumi)
Boron (metaloid)
Karbon (bukan logam poliatom)
Nitrogen (bukan logam diatom)
Oksigen (bukan logam diatom)
Fluorin (bukan logam diatom)
Neon (gas adi)
Natrium (logam alkali)
Magnesium (logam alkali bumi)
Aluminium (logam pascaperalihan)
Silikon (metaloid)
Fosforus (bukan logam poliatom)
Sulfur (bukan logam poliatom)
Klorin (bukan logam diatom)
Argon (gas adi)
Kalium (logam alkali)
Kalsium (logam alkali bumi)
Skandium (logam peralihan)
Titanium (logam peralihan)
Vanadium (logam peralihan)
Kromium (logam peralihan)
Mangan (logam peralihan)
Besi (logam peralihan)
Kobalt (logam peralihan)
Nikel (logam peralihan)
Kuprum (logam peralihan)
Zink (logam peralihan)
Galium (logam pascaperalihan)
Germanium (metaloid)
Arsenik (metaloid)
Selenium (bukan logam poliatom)
Bromin (bukan logam diatom)
Kripton (gas adi)
Rubidium (logam alkali)
Strontium (logam alkali bumi)
Ytrium (logam peralihan)
Zirkonium (logam peralihan)
Niobium (logam peralihan)
Molibdenum (logam peralihan)
Teknetium (logam peralihan)
Rutenium (logam peralihan)
Rodium (logam peralihan)
Paladium (logam peralihan)
Perak (logam peralihan)
Kadmium (logam peralihan)
Indium (logam pascaperalihan)
Timah (logam pascaperalihan)
Antimoni (metaloid)
Telurium (metaloid)
Iodin (bukan logam diatom)
Xenon (gas adi)
Sesium (logam alkali)
Barium (logam alkali bumi)
Lantanum (lantanid)
Serium (lantanid)
Praseodimium (lantanid)
Neodimium (lantanid)
Prometium (lantanid)
Samarium (lantanid)
Europium (lantanid)
Gadolinium (lantanid)
Terbium (lantanid)
Disprosium (lantanid)
Holmium (lantanid)
Erbium (lantanid)
Tulium (lantanid)
Yterbium (lantanid)
Lutetium (lantanid)
Hafnium (logam peralihan)
Tantalum (logam peralihan)
Tungsten (logam peralihan)
Renium (logam peralihan)
Osmium (logam peralihan)
Iridium (logam peralihan)
Platinum (logam peralihan)
Emas (logam peralihan)
Merkuri (logam peralihan)
Talium (logam pascaperalihan)
Plumbum (logam pascaperalihan)
Bismut (logam pascaperalihan)
Polonium (logam pascaperalihan)
Astatin (metaloid)
Radon (gas adi)
Fransium (logam alkali)
Radium (logam alkali bumi)
Aktinium (aktinid)
Torium (aktinid)
Protaktinium (aktinid)
Uranium (aktinid)
Neptunium (aktinid)
Plutonium (aktinid)
Amerisium (aktinid)
Kurium (aktinid)
Berkelium (aktinid)
Kalifornium (aktinid)
Einsteinium (aktinid)
Fermium (aktinid)
Mendelevium (aktinid)
Nobelium (aktinid)
Lawrencium (aktinid)
Rutherfordium (logam peralihan)
Dubnium (logam peralihan)
Seaborgium (logam peralihan)
Bohrium (logam peralihan)
Hasium (logam peralihan)
Meitnerium (ciri kimia tidak diketahui)
Darmstadtium (ciri kimia tidak diketahui)
Roentgenium (ciri kimia tidak diketahui)
Kopernisium (logam peralihan)
Nihonium (ciri kimia tidak diketahui)
Flerovium (ciri kimia tidak diketahui)
Moscovium (ciri kimia tidak diketahui)
Livermorium (ciri kimia tidak diketahui)
Tennessin (ciri kimia tidak diketahui)
Oganesson (ciri kimia tidak diketahui)
Cd

Hg

Cn
emasraksatalium
Nombor atom (Z)80
Kumpulan, kalakumpulan 12, kala 6
BlokBlok d
Kategori unsur Kadangkala dikelaskan sebagai logam peralihan
Konfigurasi elektron[Xe] 4f14 5d10 6s2
Bil. elektron per petala/cengkerang
2, 8, 18, 32, 18, 2
Ciri-ciri fizikal
Takat lebur234.3210 K ​(−38.8290 °C, ​−37.8922 °F)
Takat didih629.88 K ​(356.73 °C, ​674.11 °F)
Ketumpatan suhu bilik hampir13.534 g/cm3
Takat tigaan234.3156 K, ​1.65×10−7 kPa
Titik genting1750 K, 172.00 MPa
Haba pelakuran2.29 kJ/mol
Haba pengewapan59.11 kJ/mol
Muatan haba molar27.983 J/(mol·K)
Tekanan wap
T (Pa) 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada S (K) 315 350 393 449 523 629
Ciri-ciri atom
KeelektronegatifanSkala Pauling: 2.00
Tenaga pengionanpertama: 1007.1 kJ/mol
ke-2: 1810 kJ/mol
ke-3: 3300 kJ/mol
Jejari atomempirik: 151 pm
Jejari kovalen132±5 pm
Jejari van der Waals155 pm
Rampaian
Struktur hablurrombohedron
Struktur hablur rhombohedral bagi raksa
Kelajuan bunyiliquid: 1451.4 m/s (at 20 °C)
Pekali pengembangan terma60.4 µm/(m·K) (pada 25 °C)
Daya pengaliran terma8.30 W/(m·K)
Kerintangan elektrik961 nΩ·m (at 25 °C)
Sifat kemagnetanDiamagnet[1]
Kerentanan magnet (χmol)−33.44·10−6 cm3/mol (293 K)[2]
Nombor CAS7439-97-6
Sejarah
PenemuanMesir Purba (sebelum 1500 SM)
Isotop utama bagi raksa
Iso­top Kelim­pahan Separuh hayat Mod reputan Pro­duk
194Hg sin 444 y ε 194Au
195Hg syn 9.9 h ε 195Au
196Hg 0.15% adalah stabil dengan 116 neutron
197Hg syn 64.14 h ε 197Au
198Hg 10.04% adalah stabil dengan 118 neutron
199Hg 16.94% adalah stabil dengan 119 neutron
200Hg 23.14% adalah stabil dengan 120 neutron
201Hg 13.17% adalah stabil dengan 121 neutron
202Hg 29.74% adalah stabil dengan 122 neutron
203Hg syn 46.612 d β 203Tl
204Hg 6.82% adalah stabil dengan 124 neutron
| rujukan | dalam Wikidata

SejarahSunting

Raksa dijumpai di kawasan makam Mesir Purba yang wujud sejak sekitar 1500 SM.[3] Amalgam mula dihasilkan sejak kira-kira 500 SM.[4] Raksa digunakan sebagai penawar penyakit sejak zaman purba hingga abad ke-20. Raksa ialah salah satu logam-logam utama dalam alkimia.

Raksa berjaya dibekukan oleh ahli-ahli sains Mikhail Lomonosov dan Joseph Adam Braun pada 1759 dan mereka melakukan kajian-kajian awal terhadap raksa yang dibekukan.[5] Pada 8 April 1911, saintis Belanda, Heike Kamerlingh Onnes mendapati bahawa rintangan elektrik raksa pepejal (yang direndam dalam cecair helium) menjadi sifar pada suhu kira-kira 4.2 K yang menjadi penemuan terawal kesuperkonduksian.[6]

Ciri-ciriSunting

Raksa secara relatifnya merupakan pengalir haba yang buruk tetapi pengalir elektrik yang baik. Ia boleh membentuk aloi dengan kebanyakan logam biasa seperti emas, aluminium dan perak tetapi bukan besi. Aloi raksa dipanggil amalgam.

Takat lebur dan takat didih raksa masing-masing ialah −38.83 °C dan 356.73 °C,[7] takat-takat terendah bagi sebarang unsur logam stabil, meskipun eksperimen awal terhadap kopernisium dan flerovium, unsur-unsur di bawah raksa dalam jadual berkala menunjukkan unsur-unsur tersebut mungkin memiliki takat-takat yang lebih rendah berbanding raksa.[8]

Takat-takat yang rendah ini dapat dihuraikan dengan fizik kuantum dan teori kerelatifan. Elektron-elektron pada atom raksa bergerak pada kelajuan menghampiri kelajuan cahaya, menyebabkan elektron secara relatifnya merasai jisim yang besar lalu menyebabkan jejari orbital menjadi kecil. Elektron-elektron, khususnya pada orbital 6s menjadi semakin dekat dengan nukleus atom, menyebabkan daya tarikan nukleus atom raksa terhadap elektron-elektronnya menjadi kuat.[9]

Ciri ini, serta sifat orbital 6s yang dipenuhi elektron menyebabkan elektron-elektron raksa sukar dilepaskan (untuk menyumbang kepada ikatan logam),[9] dan oleh itu, atom-atom raksa memiliki sifat seperti atom gas adi lalu membentuk ikatan yang lemah sesama atom-atom raksa yang menjurus kepada takat yang rendah.[10]

IsotopSunting

Rencana utama: Isotop raksa

Raksa memiliki tujuh buah isotop stabil. Selain itu, terdapat radioisotop-radioisotop dengan julat jisim atom dari 170 ke 216.

PenghasilanSunting

Raksa diperoleh melalui pemanasan sinabar. Kemudian, wap-wap raksa diperoleh.

HgS + O2 → Hg + SO2

Setakat 2005, China mendominasi kira-kira dua per tiga penghasilan raksa di seluruh dunia. Sepanjang sejarah, pemerolehan raksa tertumpu di lombong-lombong di Almadén (Sepanyol), Monte Amiata (Itali), and Idrija (Slovenia) sejak 2,500 tahun lalu sehingga lombong-lombong baharu ditemui pada abad ke-19.[11]

Kesihatan dan persekitaranSunting

Rencana utama: Keracunan raksa

Raksa merupakan bahan yang amat beracun dan digunakan sebagai penyukat dalam jangka suhu. Ia boleh menyebabkan kerosakan otak dan hati jika dimakan, disentuh atau dihidu.

Raksa sering digunakan dalam perlombongan emas yang menyebabkan pencemaran air.

 
Raksa pada suhu bilik

Raksa wujud dalam deposit di seluruh dunia terutamanya sebagai sinabar (merkuri sulfid), yang merupakan punca pewarna merah "vermilion", dan biasanya dihasilkan dengan menghancurkan sinabar. Sinabar amat beracun melalui penghadaman atau penghiduan debunya. Keracunan raksa juga boleh diakibatkan daripada dedahan kepada bentuk raksa boleh larut (seperti merkuri klorid atau metilmerkuri), penghiduan wap raksa, atau pemakanan ikan yang dicemari raksa.

Raksa digunakan dalam jangka suhu, barometer, manometer, sfigmomanometer, injap terapung ("float valve"), dan pelbagai peralatan saintifik lain, sungguhpun kebimbangan mengenai keracunan unsur raksa mendorong kepada jangka suhu dan sfigmomanometer raksa kebanyakannya dihentikan dalam persekitaran klinikal dan digantikan dengan isian alkohol, digital, atau peralatan berasaskan termistor. Ia kekal digunakan dalam pelbagai cara lain dalan penggunaan saintifik dan penyelidikan saintifik, dan dalam bahan amalgam bagi pemulihan gigi. Ia digunakan dalam lampu: elektrik melalui wap raksa dalam tiub fosforus menghasilkan cahaya lembayung ungu gelombang-pendek yang menyebabkan fosforus bersinar, menghasilkan cahaya tampak.

RujukanSunting

  1. ^ "Magnetic Susceptibility of the Elements And Inorganic Compounds" (PDF). www-d0.fnal.gov. Fermi National Accelerator Laboratory: DØ Experiment (lagacy document). Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 2004-03-24. Dicapai pada 18 Februari 2015.
  2. ^ Weast, Robert (1984). CRC, Handbook of Chemistry and Physics. Boca Raton, Florida: Chemical Rubber Company Publishing. halaman E110. ISBN 0-8493-0464-4.
  3. ^ "Mercury and the environment — Basic facts". Environment Canada, Federal Government of Canada. 2004. Diarkib daripada yang asal pada 16 September 2011. Dicapai pada 27 Mac 2008.
  4. ^ Hesse R W (2007). Jewelrymaking through history. Greenwood Publishing Group. m/s. 120. ISBN 978-0-313-33507-5.
  5. ^ Lomonosov M.V. Meditations on Solidity and Fluidity of Bodies (1760) / terjemahan oleh Vladimir Shiltsev (2018); https://arxiv.org/abs/1801.00909
  6. ^ van Delft, Dirk; Kes, Peter (September 2010). "The Discovery of Superconductivity" (PDF). Physics Today. 63 (9): 38–43. Bibcode:2010PhT....63i..38V. doi:10.1063/1.3490499.
  7. ^ Senese, F. "Why is mercury a liquid at STP?". General Chemistry Online at Frostburg State University. Diarkib daripada yang asal pada 4 April 2007. Dicapai pada 1 Mei 2007.
  8. ^ "Dynamic Periodic Table". www.ptable.com. Diarkib daripada yang asal pada 20 November 2016. Dicapai pada 22 November 2016.
  9. ^ a b Jogalekar, Ashutosh (31 Julai 2013). "What does mercury being liquid at room temperature have to do with Einstein's theory of relativity?". Scientific American (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 April 2020.
  10. ^ Petrucci, R. H.; Harwood, W. S. General Chemistry: Principles & Modern Applications (dalam bahasa Inggeris). m/s. 347. ISBN 9780023949319.
  11. ^ Eisler, R. (2006). Mercury hazards to living organisms. CRC Press. ISBN 978-0-8493-9212-2.

Pautan luarSunting

  •   Kategori berkenaan Raksa di Wikimedia Commons