Persekutuan Hoki Antarabangsa

Persekutuan Hoki Antarabangsa (Fédération Internationale de Hockey sur Gazon, atau FIH) adalah organisasi sukan antarabangsa untuk sukan hoki, atau juga dikenali dengan nama hoki padang di sesetengah negara.

Persekutuan Hoki Antarabangsa
Kerangka
KependekanFIH
Jenis/bentuk sahPersekutuan sukan
Keanggotaan 127 ahli persekutuan
Anggota bagiPersatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa, Persatuan Persekutuan Antarabangsa Sukan Olimpik Musim Panas Sunting ini di Wikidata
Tapak webhttp://worldhockey.org/
Facebook: fihockey Twitter: FIH_Hockey Instagram: fihockey Youtube: UCsRwclNMmdK1Kiy2O3eL6hg Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk7 Januari 1924
Pengurusan
PresidenSepanyol Leandro Negre
Lokasi
Ibu pejabatLausanne, Switzerland
Koordinat46°32′N 6°38′E Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Negara-negara ahli

FIH telah ditubuhkan pada 7 Januari 1924 di Paris oleh Paul Léautey yang juga sebagai presiden pertama sebagai tindak balas kepada penyingkiran sukan hoki daripada program Sukan Olimpik 1924. Ketika itu, hanya tujuh negara yang terlibat dalam mengasaskan badan sukan antarabangsa tersebut. Tujuh negara itu adalah Austria, Belgium, Czechoslovakia, Perancis, Hungary, Sepanyol dan Switzerland. Kemudian FIH berkembang untuk mendapat ramai keahlian dan mencapai pengiktirafan antarabangsa. Pada tahun 1982, FIH bergabung dengan IFWHA (Persekutuan Hoki Wanita Antarabangsa), yang telah diasaskan pada tahun 1927 oleh Australia, Denmark, England, Ireland, Scotland, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan Wales.

Pertubuhan ini berpusat di Lausanne semenjak 2005, selepas berpindah dari Brussel. Presiden terkini adalah Leandro Negre dari Sepanyol, yang telah dipilih pada 29 November 2008 di Los Angeles, California.[1]

Ahli-ahli persatuan sunting

FIH terdiri daripada lima persatuan kebenuaan dan 127 ahli persatuan, di dalam kerjasama untuk mempromosi dan membangunkan sukan berkenaan. Secara geografinya, terdapat 17 dari Afrika, 30 dari Asia, 45 dari Eropah, 9 dari Oceania dan 26 dari Benua Amerika.

Afrika
  Botswana   Mesir   Ghana   Kenya   Libya
  Malawi   Maghribi   Namibia   Nigeria   Seychelles
  Afrika Selatan   Sudan   Tanzania   Togo   Uganda
  Zambia   Zimbabwe
Asia
  Afghanistan   Bangladesh   China   Iran   India
  Jepun   Kazakhstan   Korea Selatan   Malaysia   Myanmar
  Oman   Pakistan   Qatar   Sri Lanka   Kemboja
  Tajikistan   Thailand   Turkmenistan   Uzbekistan   Macau
  Brunei   Hong Kong   Emiriah Arab Bersatu   Filipina   Indonesia
  Singapura   Korea Utara   Mongolia   Taipei Cina   Nepal
Eropah
  Armenia   Austria   Azerbaijan   Belarus   Belgium
  Bulgaria   Croatia   Cyprus   Republik Czech   Denmark
  England   Estonia   Finland   Perancis   Georgia
  Jerman   Gibraltar   Greece   Great Britain[2]   Hungary
  Ireland   Israel   Itali   Latvia[2]   Lithuania
  Luxembourg   Macedonia   Malta   Moldova   Belanda
  Norway   Poland   Portugal   Romania   Rusia
  Scotland   Serbia   Slovakia   Slovenia   Sepanyol
  Sweden   Switzerland   Turki   Ukraine   Wales
Oceania
  Amerika Samoa   Australia   Fiji   Papua New Guinea   New Zealand
  Kepulauan Solomon   Tonga   Vanuatu   Samoa Barat
Benua Amerika
  Argentina   Bahamas   Barbados   Bermuda   Brazil
  Kanada   Kepulauan Cayman   Chile   Costa Rica   Cuba
  Republik Dominica   Ecuador   El Salvador   Guatemala   Guyana
  Jamaica   Mexico   Netherlands Antilles   Panama   Paraguay
  Peru   Puerto Rico   Trinidad & Tobago   Amerika Syarikat   Uruguay
  Venezuela   Mexico

Pertandingan sunting

Selaras dengan hoki sebagai salah satu sukan yang dimainkan di Sukan Olimpik, terdapat pelbagai kejohanan yang telah dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Antaranya ialah:

Selain itu juga terdapat kejohanan jemputan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Malaysia. Kejohanan tersebut adalah:

Kedua-dua kejohanan ini dianjurkan setiap tahun di dua lokasi yang berbeza di mana kejohanan Piala Sultan Azlan Shah berlangsung di Ipoh dan kejohanan Piala Sultan Johor dianjurkan di Johor Bahru.

Anugerah sunting

Seperti bola sepak, terdapat dua anugerah hoki yang diberikan secara tahun dari 1998, lelaki dan wanita. Dari 2001, dua anugerah lagi diperkenalkan untuk para pemain hoki junior (under-21) bagi lelaki dan wanita, dinamakan Lelaki Remaja dan Wanita Remaja.

Tahun Lelaki Wanita Lelaki Remaja Wanita Remaja
1998   Stephan Veen   Alyson Annan
1999   Jay Stacy   Natascha Keller
2000   Stephan Veen   Alyson Annan
2001   Florian Kunz   Luciana Aymar   Tibor Weißenborn   Angie Skirving
2002   Michael Green   Cecilia Rognoni   Jamie Dwyer   Agustina García
2003   Teun de Nooijer   Mijntje Donners   Grant Schubert   Maartje Scheepstra
2004   Jamie Dwyer   Luciana Aymar   Santi Freixa   Agustina García
2005   Teun de Nooijer   Luciana Aymar   Robert van der Horst   Maartje Goderie
2006   Teun de Nooijer   Minke Booij   Christopher Zeller   Park Mi-hyun
2007   Jamie Dwyer   Luciana Aymar   Mark Knowles   Maike Stoickel
2008   Pol Amat   Luciana Aymar   Eddie Ockenden   Maartje Paumen

Ranking dunia sunting

Ranking dunia digunakan untuk menilai kekuatan sesebuah pasukan hoki untuk kejohanan hoki antarabangsa. Kutipan mata dipungut berdasarkan kedudukan pasukan yang bertanding di dalam sesebuah kejohanan.

Senarai di bawah merupakan kejohanan-kejohanan yang terlibat di dalam pengiraan mata:

  • Sukan Olimpik
  • Piala Dunia
  • Trofi Juara-Juara
  • Cabaran Juara-Juara I
  • Cabaran Juara-Juara II
  • Liga Dunia
  • Kejohanan Benua

Jika kejohanan utama mempunyai satu pertandingan kelayakan, keputusannya nanti akan digunakan di dalam menentukan kedudukan:

  • 25 peratus dari jumlah mata di dalam tahun satu
  • 50 peratus dari jumlah mata di dalam tahun dua
  • 75 peratus dari jumlah mata di dalam tahun tiga
  • 100 peratus dari jumlah mata di dalam tahun empat
  • Kejohanan kebenuaan akan berdasarkan kepada kedudukan akhir


Bagi kejohanan untuk setiap benua, oleh kerana zon Asia, zon Eropah dan zon Oceania mempunyai piawaian pertandingan yang lebih tinggi serta saingan yang lebih kompetetif, mereka dianugerahkan 500 mata bagi tempat pertama berbanding zon Afrika dan zon Amerika yang mana hanya kedua-dua benua ini hanya dianugerahkan 375 mata bagi tempat pertama.

Lihat juga sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ "Leandro Negre elected as FIH President". FIH. 2008-11-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-04. Dicapai pada 2008-12-04.
  2. ^ a b Adherent members in International Hockey Federation

Pautan luar sunting