Nabil Ahmad

Pelawak, pengacara, penyampai radio, penyanyi, pengarah dan pelakon Malaysia
(Dilencongkan dari Nabil)
"Nabil Raja Lawak" dilencongkan di sini.

Haji Ahmad Nabil bin Ahmad (lahir 26 September 1983) ialah seorang pelawak, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan pelakon Malaysia.[1] Beliau terkenal sejak menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak Astro, oleh itu beliau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak.

Nabil Ahmad
NabilAhmad.JPG
Nabil semasa sidang media rancangan HBO Sentral.
Nama samaranNabil Raja Lawak, Nabil
Nama lahirAhmad Nabil bin Ahmad
Kelahiran (1983-09-26) 26 September 1983 (umur 36)
Mambau, Negeri Sembilan, Malaysia
MediaTelevisyen, filem, radio
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Tahun aktif2008–kini
GenreKomedi, sketsa, satira
PasanganNazirah Ayub (k. 2011)
Anak3
Hasil kerja dan peranan

Beliau mengacarakan rancangan hiburan MeleTOP (sejak 2012) dan Gegar Vaganza (sejak 2014) serta melibatkan diri dalam lakonan filem dan siri TV tempatan. Nabil juga boleh dikatakan sebagai pelawak berdiri yang paling popular di Malaysia. Beliau juga telah menubuhkan syarikat penerbitan sendiri yang bernama Nabil Production dan kemudian menubuhkan KMN Productions.[2]

Kehidupan awal

Nabil dilahirkan pada 26 September 1983 di sebuah kawasan perkampungan di Mambau, Negeri Sembilan, di mana beliau sekeluarga hidup serba kekurangan. Beliau ialah anak ketiga daripada tujuh beradik, bapanya ialah seorang pemandu lori dan ibunya ialah seorang guru tadika bahasa Inggeris.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nabil membuat pelbagai pekerjaan demi kelangsungan hidup dan membantu ibu bapanya. Antara kerja dilakukannya ialah penghantar surat dan barangan di Seremban, menjual nasi lemak di Mambau, bekerja kilang di Rasah dan bengkel di Kayu Ara. Sepanjang lima tahun bekerja sebagai penghantar surat, pendapatan bulanannya ialah sebanyak RM600.[3]

Kerjaya

Pelawak berdiri

Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2008 dan terpilih sebagai salah seorang peserta Raja Lawak Astro musim kedua, yang turut disertai oleh Along Cham dan Azrul Zaidi. Persembahan beliau berjaya menarik perhatian juri sekaligus dinobatkan sebagai juara.

Televisyen

Sejak 2012, beliau bersama bekas pengacara bersama, Neelofa menggalas tugas sebagai pengacara rancangan hiburan Astro Ria, meleTOP.[4][5] Beliau menjadi pengacara HBO Sentral musim kedua pada 2015 menggantikan Lisa Surihani yang mengacarakan musim pertama.[6] Menurut Ketua Jualan dan Pemasaran Ahli Gabungan HBO Asia, Jacelyn Kek: "Kejayaan yang dicapainya berjaya mengangkat dirinya menjadi hos pelbagai program televisyen. Dia juga pelakon drama dan filem. Lantaran itu, kami berasakan Nabil amat sesuai untuk mengambil alih tempat Lisa (Surihani),".[7][8]

Melengkapkan portfolio kerjaya seni beliau, Nabil menggalas peranan sebagai penerbit rancangan televisyen sitkom Bas Stop. Ia merupakan sebuah sitkom yang mengetengahkan isu semasa berkaitan kehidupan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Setiap episod membawa mesej yang tersendiri dan disampaikan dalam suasana santai.[9][10][11]

Nabil telah dianugerahkan Hos/Penyampai Hiburan Terbak di Anugerah Kreatif Akademi Asia yang diadakan di Cannes, Perancis pada 15 Oktober 2018.[12]

Filem

Selepas Raja Lawak tamat, Nabil memulakan kerjaya lakonannya dalam filem sulungnya Sifu & Tongga pada awal tahun 2009, diikuti Lu Pikirlah Sendiri de Movie setahun berikutnya, sebuah filem separa autobiografi mengenai perjalanan dirinya ke arah keternamaan sebagai seniman. Bagaimanapun, perihal ini dicemari oleh kenyataan Nabil sendiri yang mengeluarkan kenyataan negatif mengenai filem berkenaan sebaik sahaja menonton pratayangnya. Keluhnya, filem itu "tidak memenuhi piawaian yang saya kehendaki. Saya tak nampak graf ceritanya. Ke mana jalan ceritanya, saya langsung tak faham".[13] Tindakan beliau meluahkan kenyataan tersebut mengundang saman RM 2 juta dari syarikat penerbitan SDAF Pictures.[14]

Nabil berlakon bersama Johan As'ari dalam filem Bo-Peng (2016) arahan Helmi Yusof di mana beliau memegang watak Bo. Ia menjadi filem terakhirnya bersama syarikat penerbitan filem lain, beliau berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Ini adalah filem terakhir lakonan saya untuk produksi orang lain. Akan ada filem yang saya terbitkan sendiri dan skripnya juga saya buat sendiri."[15][16]

Beliau menduduki kerusi pengarah menerusi telefilem komedi seram The Hantus arahan bersama Helmi dibintangi oleh Faizal Hussein, Alif Satar dan pelakon Singapura, Hannah Delisha yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Telefilem ini bersiaran di Astro First Eksklusif pada 15 Jun 2018.[17][18]

Muzik

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik apabila secara rasmi melancarkan single dan muzik video lagu, "Pening" di saluran YouTube Mixology Music pada 23 Januari 2019.[19][20][21]

Perniagaan

Nabil melengkapkan portfolio kerjayanya dengan membina empayar perniagaan sebagai jaminan masa depan. Beliau bersama rakan kongsi, Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman, menubuhkan syarikat penerbitan KMN Production Sdn Bhd pada hujung 2018.[22]

Kehidupan peribadi

Nabil berkahwin dengan bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub pada 30 September 2011[23] dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan—Nayla Mikayla (lahir 2012),[24] Leyla Medyna (lahir 2015)[25] dan Mishall Imani (lahir 2019).[26] Beliau sebelum ini dilaporkan bakal menimang cahaya mata lelaki.[27]

Nabil sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan bekas pelakon, Irma Hasmie sekitar 2009.[28]

Penerimaan umum

Jenama humor dan gaya komedi Nabil dilihat oleh masyarakat sebagai menghiburkan penonton di pentas rancangan realiti yang mengumpulkan penyanyi berpengalaman dan mengalihkan perhatian penonton dengan jenaka spontan yang berada di sekeliling pentas.[29] Nabil menyifatkan bahawa "setiap tindakan yang dilakukan ada kesannya".[30]

Kontroversi

Nabil turut berdepan dengan kritikan dan kontroversi sepanjang kerjayanya sebagai pelawak. Semasa menjayakan Muzikal Lawak Superstar pada 12 Julai 2019, Nabil dikritik banyak pihak akibat tindakannya mencampakkan tanjak yang dipakai ke atas lantai pentas. Perbuatan beliau telah mendapat teguran dari Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa. Tok Cindai menyifatkan perbuatannya yang dengan sengaja mencampak tanjak ke lantai membawa erti menjatuhkan maruah keseluruhan bangsa Melayu kerana tanjak adalah pemakaian yang paling teratas dalam adat Melayu. Nabil membuat permohonan maaf menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya dan tidak berniat untuk memperlekehkan adat pemakaian busana Melayu.[31] Beliau turut dikritik kerana menjadikan penyanyi Alyah sebagai bahan jenaka di pentas konsert Gegar Vaganza. Beliau telah memohon maaf secara terbuka di hadapan Alyah ekoran tindakannya yang sering mengusik beliau dan Ramli M. S.. Alyah dilaporkan berkata tidak pernah berkecil hati dengan sikap Nabil dan pengacara bersama, Jihan Muse.[32]

Filemografi

Filem

 
Nabil (tengah) di pentas Maharaja Lawak Mega.
Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Sifu & Tongga Tongga Filem pertama
Jin Notti Pusher
Momok The Movie Jefri
Pisau Cukur Host / Enrique Pelakon undangan
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Nabil
Kecoh Betul Aiman
Magika Orang Minyak
2012 Bujang Terlajak Nabil
Berani Punya Budak Adik John
Uncle Usin Uncle Usin
Cinta Beruang Nabu
Pontianak vs Orang Minyak Ponti
2013 Lawak Ke Der 2 Pengacara Majlis
2015 Romeo Kota Detektif Fakhrul
2016 Bo-Peng Bo

Teater

Tahun Tajuk
2012 Lawak Ke Der?

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008 Raja Lawak Peserta (Juara) Astro Prima
2009 Lu Pikirlah Sendiri Pengacara
Ewah-Ewah Pengacara bersama Raja Azura TV3
Hartamania Pengacara TV9
Pondok-Pondok Pengacara
Studio Nabil Pengacara
2011 Maharaja Lawak Peserta Solo (Tempat Ketiga) Astro Warna
2012 Pentas Dikir Pengacara RTM
Maharaja Lawak Mega 2012 Kumpulan Boboi (Tempat Keempat) Astro Warna
2012 — kini MeleTOP Pengacara Astro Ria
2013 Siti Ooosom Pengacara Astro Maya HD
Super Spontan 2013 Peserta (Tempat Ketiga) Astro Warna
Maharaja Lawak Mega 2013 Peserta Solo (Tempat Kelima)
Anugerah Industri Muzik ke-20 Pengacara Astro Ria
Ceria Popstar 2 Pengacara Astro Ceria
2014 Anugerah MeleTOP Era Pengacara Astro Ria
Anugerah Planet Muzik Pengacara
Maharaja Lawak Mega 2014 Peserta Solo (Tempat Ketiga) Astro Warna
2014-15 Gegar Vaganza (musim 1) Pengacara bersama Jihan Muse Astro Ria
2015 Anugerah MeleTOP Era Pengacara
Ini Malam Kita Punya Pengacara Astro Mustika HD
Festival Filem Malaysia ke-27 Pengacara Astro Ria
Gegar Vaganza (musim 2) Pengacara bersama Jihan Muse
2016 Anugerah MeleTOP Era Pengacara
Festival Filem Malaysia Pengacara
Gegar Vaganza (musim 3) Pengacara bersama Jihan Muse
2017 Anugerah MeleTOP Era Pengacara
Gegar Vaganza (musim 4) Pengacara bersama Jihan Muse
2018 Anugerah MeleTOP Era Pengacara
Jom Berbuka Dirinya sendiri TV3
Arena Panggang Dirinya sendiri Astro Warna
Gegar Vaganza (musim 5) Pengacara bersama Jihan Muse Astro Ria
2019 Gegar Vaganza (musim 6)

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Sonata Labu Labi Labu Astro Prima
Kuih Goyang Seha Shafiq TV3
2012 Asmara Pontianak K-POP Ejal
2013 Elly Dan Epit Astro Ceria
Kain, Jarum & Gunting Fauzi Astro Warna
2014 Nangnok Ali Astro Ria
Uncle Grandpa Uncle Grandpa Astro Ceria Alih suara BM
Strawberry Karipap Sesat Kat Paris Uncle Faris Astro First Eksklusif
2015 Bila Kau Datang Arman Astro Ria
2018 The Hantus Astro First Eksklusif Pengarah
2019 “Dato” S
Gostan

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Kuih Goyang Shafiq Shafiq TV3
Sonata Labu Labi The Series Labu Astro Warna
2011 You Saka...Pergi Jauh-Jauh Adrus TV3
2012 Oh My English! (musim pertama) Abang Nabil Astro TVIQ Episod: "Kelas 3 Merah Cungkil Bakat!"
2013 Geng Bas Sekolah Astro Ceria Episod 6
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Fitri TV3
Goyang Shafiq... Jom Pi Cuti Shafiq
2014 Cakap Melayulah Daud Astro Warna

Diskografi

  • Lagu Untuk Bos
  • Dulu Aku Jutawan
  • Papa Kedana
  • Ok Lah ! (Nabil ft Tegar)
  • Anugerah MeleTOP Era
  • Lagu-lagu yang dinyanyikan pada Gegar Vaganza
  • Pening

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2008 Raja Lawak Musim 2 Juara Nabil Ahmad Menang
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Bintang Paling Popular Menang
Artis Komedi Lelaki Popular Menang
Artis Baru Lelaki Popular Menang
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Artis Komedi Lelaki Popular Menang
Pengacara TV Lelaki Popular Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Harapan Lelaki Nabil Ahmad (Sifu & Tongga) Dicalonkan
2011 Maharaja Lawak Tempat Ketiga Nabil Ahmad Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Artis Komedi Lelaki Popular Dicalonkan
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Dicalonkan
Maharaja Lawak Mega 2012 Tempat ke-4 Kumpulan Boboi (Nabil Ahmad, Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik) Menang
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Artis Komedi Lelaki Popular Nabil Ahmad Dicalonkan
Penyampai Radio Lelaki Popular Nabil Ahmad (Era FM) Dicalonkan
Super Spontan 2013 Tempat ketiga Nabil Ahmad Menang
Maharaja Lawak Mega 2013 Tempat kelima Menang
2014 Anugerah MeleTOP Era 2014 Couple MeleTOP Nabil Ahmad & Zira Ayub Menang
Penyampai Radio Baru MeleTOP Nabil Ahmad (Era FM) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Pengacara TV Lelaki Popular Nabil Ahmad Dicalonkan
Anugerah Lawak Warna Artis Lawak Lelaki Paling Popular Dicalonkan
Maharaja Lawak Mega 2014 Tempat ke-3 Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Pengacara TV MeleTOP Nabil Ahmad (Anugerah MeleTOP Era) Dicalonkan
Fesyen MeleTOP Nabil Ahmad Dicalonkan
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Hos MeleTOP Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2015) Dicalonkan
Couple MeleTOP Nabil Ahmad & Zira Ayub Dicalonkan
Fesyen MeleTOP Nabil Ahmad Dicalonkan
2017 Anugerah MeleTOP Era 2017 Hos MeleTOP Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2016) Dicalonkan
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Hos MeleTOP Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2017) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular N/A Dicalonkan
Artis Versatil Popular N/A Dicalonkan
Asian Academy Creative Awards Pengacara Hiburan Terbaik Nabil Ahmad (Gegar Vaganza) Menang

Rujukan

  1. ^ Haji Nabil bukan ustaz Kosmo! (7 Oktober 2015). Diperoleh pada 7 Oktober 2015.
  2. ^ Tahir Alhamzah (4 Oktober 2018). #Showbiz: Nabil Ahmad to quit showbiz? New Straits Times. Dicapai pada 16 Disember 2018.
  3. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (12 Oktober 2019). Kerja biasa-biasa sebelum popular Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  4. ^ Rudy Imran Shamsudin (22 Mei 2018). "Tak 'meletup' kalau tinggalkan MeleTOP!". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2018.
  5. ^ Dennis Chua (22 Mei 2018). "#Showbiz: Leave MeleTop? No way, says host Nabil Ahmad". New Straits Times. Dicapai pada 6 Disember 2018.
  6. ^ "Nabil Ahmad is the new host of HBO Sentral". The Star Online. 8 April 2015. Dicapai pada 8 Disember 2015.
  7. ^ Nor Akmar Samudin (12 April 2015). "HBO Sentral: Nabil ganti Lisa". Harian Metro. Dicapai pada 8 Disember 2015.
  8. ^ "HBO Sentral banyak mengubah diri saya - Nabil Ahmad". Astro Awani. 20 April 2017. Dicapai pada 8 Disember 2017.
  9. ^ Kamaruddin Razal (29 Mei 2017). Nabil Ahmad jadi penerbit, muncul dengan sitkom sendiri Astro Gempak. Dicapai pada 18 Januari 2018.
  10. ^ Mohd Al Qayum Azizi (21 Mei 2017). Nabil Ahmad bawa bas masuk studio mStar Online. Dicapai pada 18 Januari 2018.
  11. ^ Nabil Ahmad pertaruhkan Bas Stop! kembalikan era kegemilangan sitkom Utusan Borneo (31 Mei 2017). Dicapai pada 18 Januari 2018.
  12. ^ Nabil awarded ‘best host in Asia’ The Star Online (20 Oktober 2018). Dicapai pada 11 Disember 2018.
  13. ^ Haswari Ali (3 Feb 2010). "Nabil Kecewa Dengan Filem Pertamanya". Murai.com.my. Dicapai pada 31 Mac 2010.
  14. ^ Thani Hasbullah (3 Mac 2010). "Nabil Hadapi Tuntutan Saman RM2 Juta". Murai.com.my. Dicapai pada 31 Mac 2010.
  15. ^ Syafil Syazwan Jefri (13 Disember 2016). Filem terakhir Nabil Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  16. ^ Bo-Peng filem terakhir Nabil Agenda Daily (12 Disember 2016). Dicapai pada 1 Januari 2017.
  17. ^ Zaidi Che (20 Jun 2018). The Hantus - filem komedi seram pertama arahan Nabil Ahmad STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2018.
  18. ^ Michelle Gun (12 Jun 2018). Sisi berbeza makhluk halus Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2018.
  19. ^ Nabil dah bergelar penyanyi Harian Metro. Dicapai pada 16 Disember 2019.
  20. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (27 Mac 2019). ‘Pening’ punya hal, Nabil Ahmad ditawar jadi duta produk sakit kepala mStar Online. Dicapai pada 16 Disember 2019.
  21. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (5 Februari 2019). 'Kutuk-kutuk pun tengok juga' Berita Harian. Dicapai pada 16 Disember 2019.
  22. ^ Ramlah Zainal (15 Jun 2019). Bina empayar niaga - Nabil Ahmad Harian Metro. Dicapai pada 15 Jun 2019.
  23. ^ Nabil Raja Lawak sah bergelar suami kepada Nazirah mSTAR Online (30 September 2011). Dicapai pada 18 Ogos 2013.
  24. ^ Nabil namakan anak perempuannya Naira Mikayla Perak Today (1 Disember 2012). Dicapai pada 20 Ogos 2013.
  25. ^ Nabil Ahmad selesai majlis aqiqah Leyla Medyna Rotikaya (17 Mei 2015). Dicapai pada 20 Ogos 2015.
  26. ^ Nabil Ahmad timang cahaya mata perempuan ketiga Sinar Harian (25 April 2019). Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  27. ^ Najiy Jefri (11 September 2018). Nabil harap anak lelaki Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  28. ^ Peluk Irma tak jejas ekonomi negara - Nabil Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Ogos 2010.
  29. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (1 Disember 2019). Tidak mudah nak jentik hati Harian Metro. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  30. ^ Syafil Syazwan Jefri (1 Februari 2020). ‘Setiap tindakan ada kesannya’: Nabil Ahmad Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  31. ^ Saya amat malu dengan perbuatan saya - Nabil mohon maaf Astro Awani (14 Julai 2019). Dicapai pada 18 Januari 2020.
  32. ^ Hasimi Muhammad (10 November 2019). Nabil Ahmad mohon maaf kepada Alyah secara langsung Astro Awani. Dicapai pada 18 Januari 2020.

Pautan luar