Kerajaan Malaysia 2008

Kerajaan Malaysia 2008 dibentuk semula parti pemerintahan Barisan Nasional yang menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008. Barisan Nasional memang 140 kerusi Parlimen dan pembangkang menang 82 kerusi . Barisan Alternatif hasil gabungan DAP,PKR dan PAS berjaya mengurangkan majoriti 2/3 yang dipegang Barisan Nasional sejak 1955 - 2004. Barisan Nasional / Perikatan memenangi pilihan raya buat kali ke-12 dan akan bersambung sehingga pilihan raya ke-13.

Perlantikan Perdana Menteri sunting

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia ke-5 kembali menjalankan tugas sebagai perdana menteri. Pada 9 Mac , beliau mengadap Tuanku Mizan di Istana Terengganu bagi memaklumkan Barisan Nasional menang 140 dari 222 kerusi parlimen. Majoriti asas ialah 112 kerusi.

Pada 10 Mac 2008, beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Jalan Tuanku Syed Putra, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Raja Permaisuri Agong' Tuanku Nur Zahirah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad turut hadir.

Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 8 Januari 1999 bagi mengimbangi kuasa dan beliau juga berasal dari Pulau Pinang. Kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003.

Barisan Kabinet sunting

Barisan Kabinet Malaysia 2008 diumumkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 18 Mac 2008. Bilangan dikurangkan dari 90 orang kepada 69 orang sahaja. Seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri telah dilantik. 16 menteri baru telah dilantik. Jawatan Setiausaha Parlimen telah dimansuhkan. Khairy Jamaluddin yang tidak tersenarai memberi imej baik kepada integriti Pak Lah.

Banyak muka baru telah dikemukakan. Dua tokoh korporat dilantik sebagai Menteri iaitu Datuk Mohd Zaid Ibrahim dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Amirsham A. Aziz yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

8 Menteri digugurkan. Antaranya ialah Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Abdullah Md Zin, Datuk Seri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Seri Azmi Khalid, Datuk Seri Samy Vellu dan Datuk Seri M. Kayveas serta Datuk Abdul Aziz Shamsuddin. 

Negeri Johor, Sabah dan Sarawak banyak menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional. Oleh itu, Johor mendapat 7 Menteri dan 7 Timbalan Menteri. Sabah mendapat 2 menteri dan 4 timbalan menteri. Sarawak pula kekal 2 menteri dan 7 timbalan menteri.

Menteri baru yang dilantik ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Penerangan), Datuk Shaziman Abu Mansor (Tenaga, Air dan Komunikasi), Datuk Liow Tiong Lai (Kesihatan), Datuk Dr S. Subramaniam (Sumber Manusia), Datuk Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan), Datuk Dr Ng Yen Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Noh Omar (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Datuk Ir Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan).[1]

Beberapa tokoh kembali ke dalam kabinet seperti Shahrir Abdul Samad, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Mashitah Ibrahim .

Surat Mukhriz mengkritik Abdullah sunting

Mukhriz Mahathir selaku exco pemuda UMNO menghantar surat mengkritik Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana tidak berkesan sehingga mendapat 140 kerusi parlimen sahaja. Beliau dilihat sealiran dengan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bertubi-tubi menyelar Abdullah sebelum dan selepas pilihan raya. Dua beranak ini menjadi Abdullah sebagai bahan kecaman setiap ketika.

Pesaing utama Abdullah ialah Anwar Ibrahim. Kembalinya Anwar Ibrahim selepas dipenjarakan dan 'tidak dibenarkan bertanding' amatlah menggerunkan banyak pihak. Kini barisan kabinet terpaksa juga berhadapan dengan Anwar Ibrahim yang mungkin akan bertanding di parlimen Bandar Tun Razak atau Permatang Pauh. Seterusnya menjadi ketua pembangkang di parlimen. Pembangkang hanya memerlukan 35 kerusi 'lompat' untuk membentuk kerajaan. Tetapi Perlembagaan telah diubah apabila calon tidak boleh melompat parti kecuali calon Bebas. Sehingga kini MCA, MIC dan PPP berdiri teguh di belakang Abdullah Ahmad Badawi. Presiden Parti Progresif Rakyat(PPP) Datuk M. Kayveas mengaku pernah menerima dua tawaran dari pembangkang dan ditemui oleh Anwar Ibrahim.[2]

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku Ketua Pemuda UMNO amat berhati-hati apabila didesak untuk bertindak terhadap Mukhriz Mahathir. Mukhriz dibiarkan 'seketika' agar UMNO dilihat bersedia menerima kritikan orang dalam.


Barisan Pembangkang sunting

Sidang Dewan Rakyat Malaysia dijangka lebih mengikut peraturan dan lebih formal kerana status Dewan Rakyat Malaysia sangat tinggi. Barisan menteri yang menyerahkan tugas kepada Setiausaha Parlimen tidak lagi berlaku seperti tahun 2007 kerana jawatan Setiausaha Parlimen telah dimansuhkan.

Ketua Pembangkang yang terbaharu ialah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden PKR, DAP dan PAS telah menyetujui perlantikan itu pada 25 Mac 2008.

Siaran langsung dari Dewan Rakyat Malaysia patut diadakan agar rakyat melihat wakil mereka pembangkang bersikap profesional, akademik, berasaskan bukti dan penyelidikan dan menguasai Bahasa Melayu dengan betul. Bahasa lucah dan ejekan atas alasan 'memecahkan suasana' dan mengetuk-ngetuk meja apa lagi bergaduh dan baling kerusi seperti di Taiwan tidak patut melewati tata susila Orang Melayu / Orang Malaysia.

Mesyuarat Raja-Raja sunting

Perkembangan terbaru menunjukkan bahawa Raja dan Sultan mempamerkan kuasa melantik Menteri Besar seperti yang berlaku di Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu sejajar dengan perlembagaan negeri. Raja dan Sultan hanya menjalankan tugas sebagai Raja Berperlembagaan . Sebarang penyalahgunaan kuasa oleh sultan tidak berlaku.

Pindaan Perlembagaan pada era Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan sultan bukanlah pelindung rakyat. Sebaliknya rakyat yang menentukan kelangsungan rakyat. Di peringkat persekutuan ,sebarang akta yang dikemukakan oleh Parlimen / Perdana Menteri perlu mendapat pengesahan daripada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh dua minggu sahaja.

Dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas PRU 2008, 5 Menteri Besar/Ketua Menteri pembangkang akan turut serta menasihati Sultan masing-masing. Suasana tentu sekali berlainan dan masing-masing akan menunjukkan kehebatan, kelainan, ketelusan masing-masing. Ketika ini pembangkang akan teruji boleh dibawah ke tengah majlis atau tidak.

Majlis Kewangan Negara sunting

Selama ini Mesyuarat Majlis Kewangan Negara hanya disertai dari kalangan BN sahaja. Tetapi kini, lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang , Perak dan Selangor yang diperintah pembangkang akan mendesak pengerusi agar membuat reform dalam pembangunan kewangan. [3] Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berharap perkembangan terbaru ini membawa kebaikan kepada rakyat.

Dasar Berani Abdullah sunting

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dihunjam dengan 1001 masalah telah bangkit dengan pembaharuan-pembaharuan berani.

Memohon maaf pada Salleh Abas sunting

Datuk Zaid Ibrahim yang dilantik sebagai menteri portfolio kehakiman telah meminta agar Tun Salleh Abas dilepaskan dari tuduhan dan kerajaan mestilah meminta maaf kepadanya walaupun 20 tahun telah berlalu. Ini merupakan 'peluru pertama' disasarkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang terlalu lantang mengkritik Pak Lah selama ini.

Perdana Menteri Australia yang baru , Kevin Rudd telah memohon maaf kepada penduduk pribumi yang dianiaya oleh kerajaan Australia selama ini. Kerajaan Afrika Selatan pula memohon maf kepada masyarakat kulit hitam kerana terseksa dan dimalukan semasa dasar aparteid dilaksanakan beratus-ratus tahun. Bukan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi Pak Lah yang harus memohon maaf kerana beliau yang berkuasa sekarang.

Meminda AUKU sunting

Datuk Khaled Nordin telah menyatakan kerajaan bersedia meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang menjadikan pelajar kini tidak kreatif, kaku dan tiada wibawa jika dibanding dengan pemimpin sekarang. Sebaliknya mahasiswa cenderung menggunakan laman blog untuk melepaskan rasa amarah. Selama ini perlantikan Naib Cancelor dihalang oleh AUKU. Selepas ini universiti akan lebih kuasa autonomi sebagaimana standard universiti antarabangsa.

Akreditasi universiti Malaysia jatuh merudum dan memalukan yang didapati berpunca daripada AUKU. UM selaku universiti tertua ditewaskan oleh USM. UTM yang sepatutnya bangkit gagah tidak pernah bangkit sejak dari dahulu. UUM pula terlalu di ceruk utara. UPM terpaksa bertukar haluan dari Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia sedangkan Pak Lah mengutamakan pertanian.

Ada pihak yang menyalahkan pelajar yang manja , tidak selasak mereka dan enggan menyertai ko kurikulum. Terdapat juga perebutan jawatan antara pensyarah dan profesor , tidak menghasilkan buku ilmiah berbahasa Melayu , tesis ciplak dan sebagainya.

Selalunya mahasiswa Melayu dicerca kerana tidak fasih berbahasa Inggeris , ekstrim dalam aktiviti keagamaan dan minda politik diracun pembangkang . Kerajaan terpaksa 'support' kumpulan mahasiswa yang memihak kepada kerajaan agar mahasiswa pembangkang dikalahkan secara total. Lantaran itu diam tidak bersuara di tempat kerja tetapi 'hentam gila' di laman blog.

Sementara universiti dan kolej swasta menjadi batu loncatan kepada segelintir pelajar asing untuk mencari pekerjaan , melakukan jenayah dan pelajar. Pelajar yang keluar dari universiti dibebankan untuk membayar pinjaman PTPTN. Pelajar asing dari Barat dan Amerika tidak berhasrat belajar di Malaysia kerana sekatan AUKU. Setakat ini pelajar asing yang banyak belajar di Malaysia adalah dari Afrika , Arab dan Asia Tengah.

Pasaran Terbuka sunting

Datuk Sri Shahrir Abdul Samad yang merupakan abang kepada ahli parlimen PAS di Shah Alam , Ir Khalid Samad menegaskan kerajaan akan berbuat apa sahaja agar harga barangan Malaysia tembus dan terobos ke pasaran antarabangsa dan barangan dari luar seperti dari China, Thailand, Indonesia bebas sebebas-bebasnya ke seluruh ceruk rantau Malaysia. Pasaran terbuka ini selaras dengan AFTA dan NAFTA serta WTO. Pakar-pakar ekonomi percaya pasaran terbuka lebih menguntungkan pengguna . Pengeluar, pengilang akan tertekan untuk menurunkan harga kerana mereka terpaksa bersaing .

Malaysia mestilah percaya skil ekonomi Malaysia terlalu kecil seperti pasaran kereta dan tekstil , barangan elektrik dan elektronik . Jika kita mahu produk Malaysia diterima di luar regara seperti China, India dan Indonesia , pasaran kita juga mestilah terbuka juga, barulah tidak berat sebelah.

Sistem pasaran bebas akan ditentukan oleh asas ekonomi iaitu berapa banyak permintaan akan disediakan oleh penawaran. Sistem monopoli terhadap gula, tepung, petroleum, kereta nasional akan dipecahkan agar harganya lebih rendah dan kerajaan tidak dipersalahkan lagi.

Kebebasan media sunting

Menteri Penerangan yang pernah menyertai PAS dan Semangat 46 , Datuk Ahmad Shabery Cheek akan mengatur pertemuan dengan semua penulis blog Malaysia. Kerajaan kini akur akan peranan blog dan laman web ,SMS, email dan lain-lain berbanding semasa Datuk Seri Zainuddin Maidin menjadi Menteri Penerangan.

Pengerusi BERNAMA iaitu Datuk Mohd Annuar Zaini ketika menjadi tetamu Analisis PRU ke-12 di channel Astro 501 ada menyatakan kerajaan telah membuat 'pembohongan' dan malangnya percaya kepada pembohongannya sendiri. Sedangkan rakyat biasa telah muak dengan dakyah-dakyah kerajaan seperti harga petroleum patut dinaikkan. Pemegang konsesi lebuh raya untung berjuta-juta setiap tahun tetapi kadar tol terpaksa dinaikkan kerana adanya perjanjian 'rahsia'.

Semua projek diteruskan tetapi dinilai semula sunting

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan meneruskan semua projek pembangunan seperti WPI dan Koridor Utara walaupun Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor terlepas kepada pembangkang. Banyak negeri di Amerika Syarikat dikuasai oleh parti pembangkang tetapi pembangunan tetap berjalan terus dan tidak ada sebarang prasangka.

Kadar jenayah sunting

Pasukan polis Malaysia PDRM telah mendapat moto baru dengan azam membendung kadar jenayah . Rakyat Malaysia sinis apabila mendapat tahu banyak rumah pegawai tinggi polis dan rumah wakil rakyat dimasuki pencuri. Rumah rakyat biasa tentulah lebih teruk lagi.[4]

Pada 4 Februari 2004, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah menubuhkan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara ,Tan Sri Mohamed Dzaidin dan 15 anggota yang lain.

125 cadangan dikemukakan kepada kerajaan bagi meningkatkan imej polis. Ahli suruhanjaya telah mengadakan 'road tour' ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas / aduan daripada orang awam dan polis sendiri. Kini lencana 'Saya anti rasuah' telah diganti dengan 'Integriti amalan kita'.

Rujukan sunting