Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Malaysia & Sultan Johor
(Dilencongkan daripada Tunku Ibrahim Ismail)


Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj (Jawi: سلطان إبراهيم ابن المرحوم سلطان اسكندر; diputerakan pada (1958-11-22)22 November 1958) merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Sultan Johor era moden ke-5. Pada 27 Oktober 2023, baginda telah dipilih oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya dan istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan telah diadakan di Istana Negara pada 31 Januari 2024.

Sultan Ibrahim
سلطان ابراهيم
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVII
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
Sultan Ibrahim pada tahun 2019
Yang di-Pertuan Agong ke-17
Pemerintahan31 Januari 2024 – kini
(9 bulan dan 14 hari)
Pertabalan20 Julai 2024
Didahului olehSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
TimbalanSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Perdana Menteri
Lihat semua
Sultan Johor
Pemerintahan23 Januari 2010 – kini
(14 tahun, 9 bulan dan 22 hari)
Kemahkotaan23 Mac 2015
Didahului olehSultan Iskandar
Tunku MahkotaTunku Ismail
Menteri Besar
Pemangku SultanTunku Ismail
Tunku Mahkota Johor
Tempoh3 Julai 1981 – 23 Januari 2010
Didahului olehTunku Mahmood Iskandar
Diikuti olehTunku Ismail
KeputeraanTunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar
(1958-11-22) 22 November 1958 (umur 65)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaya
PasanganRaja Zarith Sofiah (k. 1982)
Anakanda
Nama diraja
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
AyahandaSultan Iskandar
BondaEnche’ Besar Hajah Khalsom (Josephine Ruby Trevorrow)
AgamaSunni Islam
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
 Johor
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Askar Timbalan Setia
Tahun perkhidmatan1977–kini
Pangkat Fil Marsyal
Laksamana Armada
Marsyal Tentera Udara
(Panglima Angkatan Tentera)
Komando (JMF)
UnitAskar Timbalan Setia

Sultan Ibrahim merupakan pengasas kepada acara jelajah bermotosikal, Kembara Mahkota Johor disebabkan oleh minat baginda terhadap sukan pemotoran berkuasa tinggi. [1] Pada 20 Julai 2024, Baginda ditabalkan di Istana Negara, untuk tempoh 5 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Biografi

Kehidupan awal

Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaya ketika pemerintahan paduka nenda moyang baginda, Sultan Ibrahim. Baginda merupakan anakanda ketiga dan putera sulung daripada 10 adik-beradik kepada Sultan Iskandar bersama bondanya iaitu Josephine Ruby Trevorrow, seorang wanita Inggeris dari Torquay, England.[2][3][4] Mereka berdua bertemu ketika Sultan Iskandar (sebelum itu Tunku Mahmood) melanjutkan pelajarannya di England. Trevorrow kemudiannya memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Kalsom binti Abdullah setelah berkahwin dengan Tunku Mahmood.

Nenda Moyangnya, Sultan Ibrahim mangkat di London pada 8 Mei 1959, oleh itu, nendanya Tunku Ibrahim Ismail, Sultan Ismail berjaya menjadi Sultan Johor. Sultan Ibrahim Ismail naik ke tangga kedua sejajar dengan takhta, selepas ayahandanya.

Seperti kanak-kanak yang lain, Tunku Ibrahim juga melanjutkan pelajaran. Sekolah pertama baginda ialah Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1. Setelah itu, baginda kemudiannya menyambung pelajarannya di Trinity Grammar School di Australia pada 1968 selama dua tahun. Sekembalinya baginda ke Johor, baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Di samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama Islam.

Beberapa tahun kemudian, Tunku Ibrahim telah dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan dan kemudiannya ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat. Di situ, baginda telah mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Setelah berada di situ, baginda kemudiannya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat.[5] Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sebagai Tunku Mahkota Johor

Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan telah bersemayam di Istana Pasir Pelangi sejak itu.[5][6][7] Baginda pernah menjadi pemangku raja Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 ketika ayahandanya, Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan.[5] Dalam beberapa tahun belakangan ini, Tunku Ibrahim secara beransur-ansur mengambil alih beberapa tugas negeri dan fungsi dari ayahandanya yang telah lanjut usia termasuklah ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-211 dimana Tunku Ibrahim bersama Tunku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang telah mewakili ayahanda masing-masing dalam mesyuarat itu.[8][9]

Sebagai Sultan Johor

Pemasyhuran

Beberapa jam sebelum kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010, Tunku Ibrahim Ismail sekali lagi dilantik sebagai pemangku sultan berikutan laporan perubatan mengenai kemangkatan Sultan Iskandar yang masih belum disahkan.[10] Pada waktu malam hari yang sama, Sultan Iskandar telah mangkat dan Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada esoknya berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dengan gelaran Sultan Ibrahim.[11][12] Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan pemasyhuran itu di Istana Besar Johor Bahru dan mengumumkan tentang musim perkabungan bagi kerabat diraja Johor yang terdekat adalah selama 40 hari manakala bagi rakyat Johor pula ialah 7 hari. Semasa musim itu juga, Sultan Ibrahim pertama kalinya ke mesyuarat Majlis Raja-Raja sebagai Sultan Johor.

Kemahkotaan

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diperkenalkan oleh Sultan Johor Moden yang pertama iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 selepas baginda mendapat ilham daripada lawatan baginda Empayar British dan Empayar Uthmaniyah. Baginda memperkenalkan konsep mahkota kepada raja-raja Melayu yang kemudiannya diikuti oleh Kelantan, Selangor dan Terengganu.

Pada tahun 2013, kerja-kerja penaiktarafan Istana Besar Johor dan Istana Bukit Serene telah mula dilangsungkan atas perkenan baginda yang berkehendaki agar Istiadat Kemahkotaan baginda diadakan pada 5 Mei 2014, sempena baginda menjadi Sultan Johor yang ke-5. Walau bagaimanapun, disebabkan kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, Istiadat tersebut ditangguh.[13]

Pada Januari 2015, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli menyampaikan perkenan baginda untuk melangsungkan Istiadat Kemahkotaan baginda. Kali terakhir Istiadat tersebut dilangsungkan ialah pada tahun 1960 iaitu Kemahkotaan Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim. Sultan Iskandar pula tidak berkehendakkan Istiadat Kemahkotaan buat dirinya.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kali-4 ini diadakan pada 23 Mac 2015 dan disambut secara besar-besaran yang bermula dari Istiadat Meletak Kerja pada 16 Mac 2015 dan diisi dengan 9 istiadat utama dan keraian di seluruh negeri Johor sehingga bulan April 2015.[14]

Sebagai Yang di-Pertuan Agong

Pada 27 Oktober 2023, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024. Istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan telah dilangsungkan pada 31 Januari 2024 di Istana Negara.

Istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong berlangsung pada 20 Julai 2024.[15]

Kehidupan peribadi

Sultan Ibrahim telah berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah, puteri kepada Sultan Perak, Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah pada tahun 1982.[16][17] Baginda berdua dikurniakan 6 orang anakanda iaitu:

Kerabat damping

Putera

Gelaran Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Usia Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Anakanda Cucunda
Pemangku Sultan Johor & Tunku Mahkota Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (1984-06-30)30 Jun 1984 Johor 40 tahun, 4 bulan dan 15 hari N/A 24 Oktober 2014 Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam Tunku Khalsom Aminah Sofiah
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
Tunku Abu Bakar Ibrahim
Tunku Zahrah Zarith Aziyah
Raja Muda Johor Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) (2017-10-14)14 Oktober 2017 Johor 7 tahun dan 1 bulan N/A N/A N/A
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) (2019-07-17)17 Julai 2019 Johor 5 tahun, 3 bulan dan 28 hari N/A N/A N/A
Tunku Temenggong Johor Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (1987-12-25)25 Disember 1987 Johor 36 tahun, 10 bulan dan 20 hari N/A N/A N/A
Tunku Aris Bendahara Johor Yang Amat Mulia Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
(Adinda Sultan Ibrahim)
(1970-07-20)20 Julai 1970 Johor 54 tahun, 3 bulan dan 25 hari N/A 13 Januari 2006 Tunku Teh Mazni Binti Tunku Yusuf Tunku Mahmood Iskandar
Tunku Aisha Menjalara Iskandar
Tunku Abdul Marteen Idris Ismail Ibrahim Iskandar
Tunku Laksamana Johor Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar (1990-07-05)5 Julai 1990 Johor 5 Disember 2015(2015-12-05) (umur 25) Johor Bahru Tidak pernah berkahwin N/A
Tunku Panglima Johor Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri (1993-02-05)5 Februari 1993 Johor 31 tahun, 9 bulan dan 9 hari N/A N/A N/A
Tunku Putera Johor Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (2001-05-30)30 Mei 2001 Johor 23 tahun, 5 bulan dan 15 hari N/A N/A N/A

Puteri

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Usia Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Anakanda Cucunda
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah (1986-04-08)8 April 1986 Johor 38 tahun, 7 bulan dan 6 hari N/A 14 Ogos 2017 Dato' Dennis Muhammad Abdullah Layla Sofiah
Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) (2016-06-25)25 Jun 2016 Johor 8 tahun, 4 bulan dan 20 hari N/A N/A N/A
Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah binti Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) (2021-04-21)21 April 2021 Johor 3 tahun, 6 bulan dan 24 hari N/A N/A N/A
Yang Amat Mulia Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar
(Kekanda Sultan Ibrahim)
(1956-07-11)11 Julai 1956 Johor 68 tahun, 4 bulan dan 3 hari N/A 2 Mei 1972 Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Tengku Haji Shakirin Al-Amin Mahmud Ismail Ahmad Shah
Tengku Indera Bijaya Diraja Selangor Tengku Salehuddin Ismail Shah
Tengku Shahrain Ismail Ibrahim Iskandar Hishamuddin Shah
Tengku Sharifuddin Ibrahim Ismail Iskandar Abdul Aziz Shah
Tengku Kathira Zanariah Ihsan Maimunah Aminah Iskandar Putri
Yang Amat Mulia Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar
(Kekanda Sultan Ibrahim)
(1957-10-20)20 Oktober 1957 Johor 67 tahun dan 25 hari N/A N/A N/A N/A N/A

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

Gelaran hormat bagi
Sultan Ibrahim
 
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaran

  • 22 November 1958 – 11 Mei 1981: Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar
  • 11 Mei 1981 – 3 Julai 1981: Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar
  • 3 Julai 1981 – 26 April 1984: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor
  • 26 April 1984 – 25 April 1989: Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Pemangku Sultan Johor
  • 25 April 1989 – 23 Januari 2010: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor
  • 23 Januari 2010 – 30 Januari 2024: Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim
  • 31 Januari 2024 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim[23]

Kurniaan Johor

  •   Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I)
  •   Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato' (28 Oktober 1980)
  •   Pangkat Pertama, Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) – Dato' (8 April 1990)[24]
  •   Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) – Dato' (30 Mac 2015)[25]
  •   Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PSI, Pangkat Pertama) (10 Februari 1960)
  •   Pingat Kemahkotaan Sultan Iskandar (11 Mei 1981)
  •   Pangkat Pertama Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PIS I) (23 Mac 2015)
  •   Pangkat Pertama Pingat Sultan Ibrahim (PSI I)

Kurniaan Malaysia

Kurniaan luar negara

  •   Bahrain :
    •   Order of Sheikh Isa ibn Salman Al Khalifa (Wisam al-Shaikh ‘Isa bin Salman Al Khalifa), First Class (2017)[38]

Ijazah kehormat

Catatan

  1. ^ "Tunku Mahkota to lead tour for 10th year" (dalam bahasa Inggeris). 16 Julai 2010. Dicapai pada 21 Julai 2010.
  2. ^ Facts on File Yearbook, Published by Facts on File, inc., 1957, Phrase: "Married: Prince Tengku Mahmud, 24, grandson of the Sultan of Johore, & Josephine Ruby Trevorrow, 21, daughter of an English textile..."
  3. ^ Morais (1967), m/s 198
  4. ^ Morris (1958), m/s 244
  5. ^ a b c Karim, Tate (1989), pp. 572
  6. ^ Fauziah Ismail. "Magnificent abode for royals". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ TEH ENG HOCK and MEERA VIJAYAN (15 Oktober 2007). "Day of fun and feasting". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ Thanam Visvanathan, Ruler with deep concern for people–Sultan Iskandar revered as protective guardian and helpful to all his subjects, pg 1, 8 April 2001, New Sunday Times Special (Sultan of Johor's Birthday)
  9. ^ Conference of Rulers meeting begins, 26 July 2007, The Star (Malaysia)
  10. ^ "Tunku Mahkota Johor Appointed Regent Effective Today". Bernama. 22 Januari 2010.
  11. ^ "Tengku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor" (berita dalam talian) (dalam bahasa Melayu). malaysiakini.com. 23 Januari 2010. Dicapai pada 1 Mac 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Tunku Ibrahim Ismail Proclaimed As Sultan Of Johor". Bernama. 22 Januari 2010.
  13. ^ Blog "Kesultanan Johor": Kerja Pengubahsuaian dan Pembaikan Istana Berjalan Lancar
  14. ^ "Istiadat pemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac" (berita dalam talian). Sinar Harian (dalam bahasa Melayu). Sinar Harian. 6 Januari 2015. Dicapai pada 17 Mac 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Istiadat pertabalan Agong ke-17 di Istana Negara 20 Julai ini - Fahmi". Bernama. 16 Mei 2024. Dicapai pada 21 Mei 2024.
  16. ^ "Tribute to mothers' caring nature". The Star. 14 Mei 2008.
  17. ^ BEH YUEN HUI (29 Ogos 2008). "Raja Zarith: Education more important than popularity". The Star.
  18. ^ "Tunku Mahkota's son named Raja Muda of Johor". The Star Online. 9 April 2006.
  19. ^ "Tunki Ismail Dimasyhur Sebagai Tunku Mahkota Johor - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-01-28. Dicapai pada 2023-12-13.
  20. ^ Kisah Mawar Merah Kelapan - Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Aminah, Puteri Emas Sultan Johor, 11 Oktober 2011. Dicapai pada 8 Julai 2012.
  21. ^ Royals visit special people[pautan mati kekal], JohorBuzz, New Straits Times
  22. ^ Impian puteri raja, AZIMI MUSTAPHA, Rencana Utama, 13 November 2008, KOSMO!
  23. ^ "Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim". Harian Metro. 31 January 2024.
  24. ^ See photo
  25. ^ "Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Dicapai pada 24 February 2020.
  26. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1987" (PDF).
  27. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan".
  28. ^ a b c d Penerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan.
  29. ^ DKNS - Articles in Malay 1 : 1 Diarkibkan 2013-12-13 di Wayback Machine, 3. Utusan (with photo)
  30. ^ "Maintenance Page".
  31. ^ King confers DK Pahang Award on Johor Sultan, receives DK Johor Award The Star
  32. ^ Sultan of Perak 82nd birthday honours list The Star
  33. ^ DK (Perlis) - Article in Malay : 1
  34. ^ "DK I 2010". awards.selangor.gov.my.
  35. ^ Johor Sultan Heads Terengganu Honours List
  36. ^ DK (Kedah) The Star
  37. ^ Tunku Mahkota Johor dahului senarai penerima darjah kebesaran Sarawak Mstar
  38. ^ "Johor Ruler receives Bahrain's highest award". The Star Online. 26 November 2017. Dicapai pada 23 November 2019.
  39. ^ 柔佛苏丹依布拉欣 获陛下颁赠DKMB勋章, Article in Chinese Diarkibkan 2014-11-12 di Wayback Machine
  40. ^ "Their Majesties in Johor for DKMB Conferment Ceremony". Borneo Post. 9 November 2014. Dicapai pada 23 November 2019.
  41. ^ "Brunei sultan to mark 50 years on throne with lavish celebrations". New Straits Times. AFP. 5 October 2017. Dicapai pada 23 November 2019.
  42. ^ "Sultan of Johor receives order of Sikatuna from Philippine President". Bernama. 10 July 2019. Dicapai pada 23 November 2019.
  43. ^ Shah, Mohd Farhaan (2023-12-02). "Johor Sultan receives honorary PhD from UTHM". The Star. Dicapai pada December 2, 2023.
  44. ^ Mohan, Matthew (2022-07-21). "Johor Sultan awarded honorary degree by NUS during visit to Singapore". Channel NewsAsia. Dicapai pada July 22, 2022.

Rujukan

  • Ali, Abdullah, Malaysian Protocol and Correct Forms of Address, published by Times Books International, 1986, ISBN 9971653702
  • Cheong, Mei Sui, Information Malaysia: 1985 Year Book,published by Berita Publishing, 1985
  • De Ledesma, Charles; Lewis, Mark; Savage, Pauline, Malaysia, Singapore and Brunei, published by Rough Guides, 2003, ISBN 1843530945
  • Karim, Gulrose; Tate, Desmond Muzaffar, Information Malaysia, published by Berita Publ. Sdn. Bhd., 1989
  • Kershaw, Roger, Monarchy in South-East Asia: The Faces of Tradition in Transition, published by Routledge, 2001, ISBN 0415185319
  • Morais, John Victor, The Who's who in Malaysia, published by Solai Press., 1967
  • Morris, Ira J., My East was Gorgeous, by Ira J. Morris, published by Travel Book Club, 1958
  • Nadarajah, K. N, Tengku Ahmad Rithauddeen: His Story, Pelanduk Publications, 2000, ISBN 9679787095
  • Nadarajah, Nesalamar, Johore and the Origins of British Control, 1895-1914, published by Arenabuku, 2000, ISBN 9679703185
  • Rahman, Abdul; Solomon, J. S., Challenging Times, published by Pelanduk Publications, 1985, ISBN 9679780945
  • The International Who's Who 2004: Book with Single-User Online Access, by Elizabeth Sleeman, published by Europa Publications, Published by Routledge, 2003, ISBN 1857432177
  • Towards Relevant Education: A General Sourcebook for Teachers, published by Education Forum (Philippines), Alternative Instructional Materials Project, Education Forum, 1986, ISBN 9719100605

Pautan luar

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdullah
Yang di-Pertuan Agong ke-17
31 Januari 2024
Diikuti oleh:
tiada
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Iskandar
Sultan Johor ke-25
23 Januari 2010 - kini
Diikuti oleh:
tiada