Wikipedia:Bengkel/Rencana contoh/Diana Danielle
Diana Danielle | |
---|---|
Kelahiran | Diana Danielle Danny Beeson 22 November 1991 |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pengacara |
Tahun aktif | 2002–kini |
Pasangan | Farid Kamil (k. 2012) |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa | Danny Beeson (bapa) Norsiah Ramli (ibu) |
Saudara | Halley Hayden (adik) Fadzil Zahari (adik ipar) Yana Samsudin (biras) |
Diana Danielle Danny Beeson (lahir 22 November 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat.[1] Beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola (2002) dan telah membintangi beberapa drama TV termasuk Airmata Maria (2007) dan Raisha (2017-2018).[2]
Kehidupan awal
suntingBeliau dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat[3] pada 22 November 1991.[4] Diana merupakan anak tunggal kepada pasangan Norsiah Ramli yang berketurunan Melayu dan Danny Beeson yang juga merupakan warganegara Amerika Syarikat.[5] serta mempunyai ketinggian 170 sentimeter. Beliau kembali ke Malaysia pada usia awal selepas ibu bapanya bercerai; Diana dibesarkan di George Town, Pulau Pinang, iaitu kampung halaman ibunya. Beliau mempunyai seorang adik perempuan tiri bernama Hailee Hayden yang dilahirkan pada 1993.[6]
Kerjaya
suntingDiana memulakan kerjaya lakonan secara kebetulan dan memenuhi permintaan untuk pelbagai pekerjaan seperti peragaan, nyanyian dan muncul dalam iklan televisyen. Bakat beliau dikesan oleh pelakon Norman Hakim ketika beliau mengunjungi keluarganya ketika Diana berusia 9 tahun, dan seterusnya muncul bersama filem pertama lakonannya, Idola (2002) arahan Aziz M. Osman yang mana Diana menjayakan peranan sebagai Mira Melissa Muqriz.[7] Diana paling dikenali menerusi peranannya sebagai Maria dalam drama TV3 Airmata Maria terbitan Skop Productions. Diana ketika itu hanya berusia 14 tahun ketika beliau diberi peranan yang berumur 20 tahun.[8]
Beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Gol & Gincu The Series (2006-07), Farah Syakira (2008) dan Di Sebalik Wajah dan beberapa lain lagi.[9]
Beliau berlakon di samping Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Farid Kamil dan Fasha Sandha menerusi filem aksi perlumbaan kereta, Evolusi KL Drift arahan Syamsul.[10] Pada tahun 2009, beliau muncul dalam filem kerohanian arahan Bade Hj. Azmi Malaikat Maut bersama Liyana Jasmay.[11][12] Juga pada tahun sama, beliau muncul sebagai Aisyah dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam lakonan Syamsul, Shaheizy Sam, Nabila Huda dan Salina Saibi.[13] Diana mengumumkan menarik diri dari membintangi Evolusi KL Drift 2, turut menarik diri ialah Fasha Sandha.[14]
Pada tahun 2010, Diana memegang watak utama sebagai Ayu dalam filem fantasi Magika arahan Edry Abdul Halim.[15] Pada tahun 2012, beliau memegang watak sebagai Jameela dalam filem Hantu Gangster arahan Namewee yang turut menyaksikan kali kedua beliau berlakon bersama pelakon sampingannya, Farid Kamil (kemudian menjadi suaminya).[16][17]
Di hadapan umum, Diana tetap dekat dengan peminatnya di Facebook dengan kemas kini teratur (dalam bahasa Melayu dan Inggeris) mengenai perkembangan kerjayanya dan banyak lagi. Beliau mempunyai lebih 1.1 juta peminat (dan mengira) mengikutinya di Facebook. Diana baru-baru ini berpindah ke Australia pada awal 2013 untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang seni halus. Beliau ialah pelajar di Institut Seni Dramatik Kebangsaan di Sydney, Australia.[18]
Bersama Nad Zainal, Mila Jirin dan Sara Ali, Diana membintangi filem komedi muzikal seram, Kami Histeria arahan Shamyl Othman terbitan Redfilms yang ditayangkan pada 6 Februari 2014. Diana memegang watak sebagai Laila, salah seorang ahli kumpulan Histeria.[19]
Pada 24 November 2016, Diana memegang watak sebagai Nina dalam filem Hanyut arahan U-Wei Hj Saari adapatasi dari novel tulisan Joseph Conrad yang bertajuk, Almayer's Folly.[20] Dalam satu temuramah, Diana mengakui beliau sedar bahawa sesetengah orang melihatnya menjaringkan bahagian itu kerana penampilannya.[20]
Pada April 2017, Diana melancarkan single terbaru bertajuk "Tentang Kita".[21][22] Beliau membintangi bersama Aliff Aziz dalam drama Di Sebalik Wajah sebagai Nadia, seorang wanita yang bangkit dari kemalangan tanpa memori identiti atau masa lalu.[23]
Diana memegang watak tajuk dalam siri drama Raisha yang bersiaran di TV3 pada 13 September 2017. Ia mengisahkan Raisha, seorang gadis materialistik yang dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan.[24][25] Beliau kembali menjayakan wataknya dalam kesinambungannya yang ditayangkan di TV3 pada 2018.[26][27]
Diana mengacarakan rancangan Kata Serasi bersama Nazrudin Habibur Rahman yang bersiaran di ntv7.[28] Beliau menjayakan watak utama bersama Ummi Nazeera dan pelakon asal filem Gol & Gincu Sazzy Falak dan Sharifah Amani dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 yang ditayangkan pada 25 Oktober 2018.[29][30]
Kehidupan peribadi
suntingSekitar tahun 2007, Diana yang pada masa itu masih berumur 16 tahun pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof ketika sama-sama membintangi filem Evolusi KL Drift, namun berpisah pada 2009 akibat ketetapan perundangan dan kontroversi yang menyelubungi mereka.[31] Beliau kemudiannya berkahwin dengan pelakon sampingannya dalam filem itu, Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak—Muhammad dan Nur Aurora.[32][33] Beliau mengabadikan gambar lama mereka sekeluarga ketika meraikan Aidilfitri bersama Farid yang tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama selepas dijatuhi hukuman penjara.[34] Diana dan Farid telah bercerai pada Mac 2023 akibat perselisihan faham. Mereka secara sah berpisah pada 10 Ogos 2023. Pada 31 Ogos 2023, Farid dan Diana kembali rujuk sebagai suami isteri.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2002 | Idola | Melissa | Filem pertama |
2008 | Evolusi KL Drift | Sara | |
2009 | Maut[35] | Umi | |
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam[36] | Aishah | ||
Setem[37] | Suraya | ||
2010 | Kecoh Betul[38] | Dayana | |
Magika | Ayu | ||
2011 | ...Dalam Botol[39] | Tina | |
2012 | Jiwa Taiko | Trisya | |
Hantu Gangster | Jameela | ||
2013 | Sembunyi: Amukan Azazil | Aishah | (pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik FFM |
2014 | Kami Histeria | Laila | |
Supersquad The Movie | Elly (suara) | ||
2016 | Hanyut[40] | Nina Almayer | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASK Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM |
2018 | Gol & Gincu Vol. 2 | Zakiah / Zak | Pelakon Wanita Terbaik ASK (pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik FFM |
2021 | Hanya Namamu Laila | Laila | |
2022 | Spilt Gravy on Rice | Jackie | |
2023 | Imaginur | Nur | |
TBA | Baran | Asmara | Pra-produksi |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Janji Diana | Elly | TV2 | |
Gol & Gincu The Series | Ratu | 8TV | ||
2007 | Airmata Maria | Maria | TV3 | |
Farah Syakira | Farah Syakira | TV2 | ||
2008 | Rahsia Di Sebalik Wajah | Jasmin | ||
2017 | Di Sebalik Wajah | Nadia | Hypp Sensasi | |
Cerita Dari Mastika | Astro Prima | Episod: "Wanita Kaya Mati Terbakar Dalam Koma" | ||
Episod: "Aku Sudah Mati" | ||||
Raisha | Raisha | TV3 | ||
My Coffee Prince | Mariam | Astro Ria | ||
2018 | Raisha 2 | Raisha | TV3 | |
2019 | Ombak Rindu The Series | Mila | Iflix | |
2020 | Camelia | Mariam/Camelia | TV3 | |
Syurga Untukmu | Atikah | |||
Janda Kosmopolitan | Marwin | Awesome TV | ||
2021 | Ganjil | Nabila | Viu | |
2022 | She Was Pretty | Nadia Rahman |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Takbir Terakhir | Astro Prima | |
2011 | Di Telapak Kaki Bonda | Fairuz | TV3 |
2012 | Satu Malam Perawan | Aisyah | Astro Ria |
2014 | Perempuan Lindungan Kaabah | Hanan | Astro First Eksklusif |
2015 | Talak | Yasmin | TV3 |
Kapal Kertas | Cikgu Aira | ||
Pengantin Gila | Dania | ||
Lara Perindu | Fuza | Astro Prima | |
2016 | Sedikit Waktu | Liza | Astro Ria |
Anak Mat Salleh Tapi Melayu | Amelia | TV3 | |
Kalau Jodoh Tak Ke Mana | TV1 | ||
2017 | Pergilah Cinta | Liyana | TV3 |
Nora Bam Boom | Nora | TV2 | |
2020 | Mencari Mardhatillah | Salina | TV Okey |
Line Puaka | Watie | Astro Citra |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Project N.S | Pengacara | 8TV | |
2018 | Kata Serasi | ntv7 | Bersama Nazrudin Rahman | |
2020 | Sepahtu Reunion Live | Umairah | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod "Korban Kasih" |
2024 | MeleTOP | Pengacara Jemputan | Astro Ria |
Diskografi
suntingTahun | Tajuk lagu | Catatan |
---|---|---|
2010 | "Penyembuh Rindu" duet bersama Mawi | OST Magika |
2015 | "Pujaan" | OST Kami Histeria |
2016 | "Luar Biasa" | OST Ainur Mardhiyah |
"Tentang Kita" | ||
2022 | "Heaven" duet bersama Calum Scott | |
2023 | "Bersama Dengan Rindu" |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2008 | Pelakon TV Wanita Popular | — | Tercalon | |
2009 | Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon | ||
2010 | Tercalon | |||
2011 | Tercalon | |||
2014 | Pelakon Wanita Komedi Terbaik Filem (bersama Fazura) | Kami Histeria | Tercalon | |
Pelakon Wanita Terbaik | Sembunyi: Amukan Azazil | Tercalon | ||
2015 | Pelakon Wanita Terbaik Drama | Talak | Tercalon | |
2017 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Hanyut | Menang | |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem | Menang | |||
2019 | Antagonis Pilihan | Raisha 2 | Tercalon | |
Pelakon Wanita Terbaik | Gol & Gincu Vol. 2 | Tercalon | ||
Pelakon Wanita Terbaik Filem | Menang |
Rujukan
sunting- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/12/360564/diana-danielle-rindu-berlakon-filem
- ^ Angelin Yeoh (13 Oktober 2017). "How does actress Diana Danielle deal with negativity". Star2. Dicapai pada 14 Oktober 2017.
- ^ Beauty Diana Danielle set to hit the high notes Diarkibkan 2011-07-28 di Wayback Machine theStar Online. Diperoleh pada 21 Mei 2011.
- ^ "Making waves Kering". The Star. 29 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-19. Dicapai pada 2021-09-25.
- ^ (Melayu) Diana Danielle tolak gelaran bakal Ratu filem Melayu 2010. Diarkibkan 2017-10-07 di Wayback Machine
- ^ "Some kind of magic for Diana". Ecentral.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2010. Dicapai pada 19 Disember 2013.
- ^ "Filem Malaysia". www.filemkita.com. Dicapai pada 19 December 2013.
- ^ Tiga azam Diana Danielle Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (4 Disember 2008). Dicapai pada 25 April 2012.
- ^ Nicholas & Diana muda dan popular
- ^ Budiey (3 March 2008). Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production? Sensasi Selebriti. Retrieved 5 October 2012.
- ^ Utusan Malaysia: Maut Bawa Mesej Ketuhanan[pautan mati kekal]
- ^ Berita Harian: Maut Bukan Filem Seram[pautan mati kekal]
- ^ Hizreen Kamal (2009-04-22). "When broken youths turn bad". New Straits Times. Dicapai pada 2009-05-07.
- ^ Nurul Ain Mohd Hussain (7 Januari 2009). Diana letak syarat untuk ditemuduga, digugurkan dari Evolusi KL Drift 2 mStar Online. Dicapai pada 11 April 2018.
- ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Magika - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-19. Dicapai pada 19 December 2013.
- ^ Kenneth Chau (4 August 2016). "Diana Danielle says it was scary working with her husband". Star2. Dicapai pada 19 December 2016.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-07. Dicapai pada 2017-10-07.
- ^ "Malaysia's Résumé - Diana Danielle". www.malaysiaresume.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-27. Dicapai pada 2015-12-01.
- ^ "'Kami Histeria' Komedi Seram Luar Biasa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-18. Dicapai pada 2017-10-21.
- ^ a b Angelin Yeoh (25 November 2016). "Diana Danielle works hard to prove she is more than just a beautiful face". Star2.com. Dicapai pada 1 December 2016.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (19 Oktober 2016). Diana nyanyi lagu reggae Retrieved 21 March 2017
- ^ Bibi Nurshuhada Ramli (11 April 2017). "The multitalented Diana Danielle". The New Straits Times. Dicapai pada 12 April 2017.
- ^ Angelin Yeoh (29 April 2017). "Diana Danielle is out for revenge in new TV drama Di Sebalik Wajah". Star2. Dicapai pada 1 May 2017.
- ^ Nor Eryani Yusup (20 April 2017). "Hala tuju karier, hidup Diana Danielle". Kosmo!. Dicapai pada 1 May 2017.
- ^ Ifqdar Rahman (20 April 2017). "Kempunan undangan nyanyian". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 May 2017.
- ^ Faten Saphilla Mohamed Isa (26 Ogos 2018). "Raisha 2 lebih dramatik". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-19. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ Faten Saphilla Mohamed Isa (15 Disember 2018). "Raisha 2 kembali dengan musim baharu". Media Permata. Dicapai pada 15 Disember 2018.
- ^ Dennis Chua (30 Mac 2018).#Showbiz: Positive vibes Diana and gang on new ntv7 shows New Straits Times. Diperoleh pada 10 April 2018.
- ^ Mumtaj Begum (14 September 2018). "'Gol & Gincu' is all set to score again with Vol. 2 in October". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-15. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
- ^ Syahirah Mokhtazar (19 September 2018). "#Showbiz: Diana Danielle takes on Puteri". New Straits Times. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
- ^ Haryati Karim (30 Jun 2009). "Masihkan ada cinta?". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-15. Dicapai pada 18 May 2016.
- ^ Diana Danielle and Farid Kamil welcome baby girl The Malay Mail. 25 November 2015.
- ^ Bibi Nurshuhada Ramli (26 November 2015). Farid Kamil and Diana Dianielle name their daughter Nur Aurora New Straits Times. Retrieved November 27, 2015.
- ^ Georgie Joseph (5 Jun 2019). Farid Kamil segala-galanya buat Diana Danielle Harian Metro. Dicapai pada 22 Jun 2019.
- ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Maut - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2011. Dicapai pada 19 Disember 2013.
- ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-19. Dicapai pada 19 December 2013.
- ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Setem - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2012. Dicapai pada 19 Disember 2013.
- ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Kecoh Betul - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-05. Dicapai pada 19 December 2013.
- ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-25. Dicapai pada 19 December 2013.
- ^ I-Insan Multimedia Sdn Bhd. "Hanyut (Almayer's Folly) - Cinema Malaysia". Sinemamalaysia.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-11. Dicapai pada 19 December 2013.