Sukan Paralimpik Musim Panas 2000

Sukan Paralimpik Musim Panas 2000 (bahasa Inggeris: 2000 Summer Paralympics) atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-11 (bahasa Inggeris: 11th Summer Paralympics Games) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Sydney, Australia dari 18 hingga 29 Oktober 2000.[1]

Sukan Paralimpik XI
Bandar tuan rumahSydney, New South Wales, Australia
Cogan kataPerformance, Power and Pride
(Bahasa Melayu: Keputusan, Kuasa dan Kebanggaan)
Penyertaan negara121
Penyertaan atlet3,881 (2,891 lelaki, 990 perempuan)
Acara551 dalam 18 sukan
Upacara pembukaan18 Oktober
Upacara penutupan29 Oktober
Pembukaan dirasmikan olehGabenor-Jeneral Sir William Deane
Obor paralimpikLouise Sauvage
Stadium utamaStadium Australia

Pembidaan sunting

Pada tahap awal bidaan Sydney ke atas Sukan Olimpik, Sydney tidak berniat untuk menganjurkan Sukan Paralimpik. Namun pada 1993, Presiden Persekutuan Paralimpik Australia, Ron Finneran, dengan Setiausaha Eksekutifnya, Adrienne Smith, melobi agar Sukan Paralimpik dijadikan sebagai sebahagian daripada bidaan Sydney. Mereka juga berusaha untuk menjamin atlet Paralimpik akan diberikan layanan, keadaan dan sokongan yang sama dengan atlet Olimpik.[2] Sydney akhirnya memenangi hak penganjuran Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2000.

Latar belakang sunting

Sukan Paralimpik 2000 merupakan kali terakhir Sukan Paralimpik dianjurkan sebagai sebuah acara sukan yang tersendiri dan bukan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Sukan Paralimpik 2000 dikatakan sebagai antara Sukan Paralimpik yang berjaya dan telah mengubah Pergerakan Paralimpik untuk selama-lamanya.[3] Buat kali yang pertama, penganjur Sukan Paralimpik terdiri daripada individu yang sama dengan Sukan Olimpik 2000. Selain itu, Sukan Paralimpik 2000 menggunakan kampung atlet yang sama dengan Sukan Olimpik dan mempunyai perkhidmatan yang sama kualiti, berbanding dengan keadaan kampung Sukan Paralimpik Musim Panas 1996 yang buruk.[4]

Bilangan penonton bagi edisi Sukan Paralimpik ini adalah lebih banyak berbanding dengan Sukan Paralimpik 1996 dan hampir sama dengan Sukan Paralimpik Musim Panas 1992 (kemasukan penonton ke tempat pertandingan adalah percuma pada edisi 1992).[5] Bilangan media yang diiktiraf juga bertambah pada temasya ini dan akan terus meningkat dalam temasya yang akan datang.[6]

Anggaran bilangan media yang diiktiraf di Sukan Paralimpik
Lokasi temasya Bilangan
Barcelona 1500
Atlanta 2000
Sydney 2400
Athens 3100
Beijing 5700

Temasya sunting

Acara sukan sunting

Penyertaan sunting

Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang menyertai

Jadual pingat sunting

Tuan rumah Sukan Paralimpik 2000, Australia, telah memperoleh bilangan pingat yang terbanyak pada temasya ini. Great Britiain pula memenangi bilangan pingat perak yang terbanyak (43 buah) dan bilangan pingat gangsa yang sama banyak dengan pasukan Australia (47 buah).[7]
      Tuan rumah (Australia)

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Australia *633947149
2  Great Britain 414347131
3  Kanada 38332596
4  Sepanyol 383038106
5  Amerika Syarikat 363934109
6  China 34221773
7  Perancis 30282886
8  Poland 19231153
9  Korea Selatan 187732
10  Jerman 16413895
Jumlah (10 negara)333305292930

Kontroversi sunting

Isu politik sunting

Hubungan antara penganjur Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik agak tegang semasa Sukan Paralimpik 2000 berlangsung. Penganjur Sukan Olimpik telah menurunkan simbol Olimpik yang tergantung pada Jambatan Pelabuhan Sydney dan tindakan tersebut telah dikutuk oleh pihak Sukan Paralimpik yang asalnya berharap simbol tersebut boleh dikekalkan semasa Sukan Paralimpik dianjurkan. Selain itu, pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Paralimpik 2000, Michael Knight, meletakkan jawatannya pada hari yang sama dengan permulaan larian obor. Pihak berkuasa tempatan juga menganjurkan sebuah sambutan yang besar-besaran untuk sukarelawan Sukan Olimpik semasa obor Paralimpik tiba di Sydney walaupun mereka sedar bahawa pertembungan ini akan berlaku.[8]

Penipuan dalam bola keranjang ID sunting

Pada Sukan Paralimpik 2000, pasukan bola keranjang ID (atlet berkecacatan intelektual) Sepanyol telah memasukkan atlet yang tidak mempunyai kecacatan dalam pasukannya, skandal ini telah menyebabkan atlet dalam klasifikasi kecacatan intelektual dilarangkan daripada menyertai Sukan Paralimpik selama 12 tahun.[9][10] Fernando Vicente Martin yang merupakan bekas ketua Persekutuan Sukan untuk Atlet Berkecacatan Mental Sepanyol telah membenarkan atlet yang tidak mempunyai kecacatan untuk bertanding dalam acara tersebut agar dapat memenangi pingat emas. Pasukan tersebut telah mengalahkan Rusia dan mendapat johan dalam acara tersebut dengan mata 87–63.[10][11] Seorang wartawan yang menyamar sebagai salah seorang atlet, Carlos Ribagorda, telah mendedahkan bahawa 10 daripada 12 pemain sebenarnya langsung tidak mempunyai kecacatan. Setelah menyiasat, IPC mendapati bahawa ujian IQ bagi pemain-pemain tersebut sebenarnya dilakukan oleh pihak yang lain dan bukan dilakukan oleh Pasukan Paralimpik Sepanyol.[12][13]

Akibatnya, pingat emas yang dimenangi oleh Pasukan Sepanyol telah dibatalkan. Fernando turut meletakkan jawatannya setelah hal ini terbongkar.[14] IPC telah menghentikan semua acara bagi atlet berkecacatan intelektual disebabkan oleh kesukaran untuk menentukan kelayakan atlet dalam klasifikasi tersebut.[15] Acara bagi atlet berkecacatan intelektual akhirnya diwujudkan semula pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2012/

Doping sunting

Sukan Paralimpik 2000 turut mempunyai bilangan kes positif yang tertinggi dari 1992 hingga 2008. Daripada 630 ujian yang dilakukan, 11 atlet didapati positif (10 atlet lelaki dan 1 atlet perempuan).[16] Daripada 11 atlet tersebut, 10 atlet bertanding dalam acara powerlifting.[17]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Sydney 2000", Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa
  2. ^ Han, Esther (29 Mac 2012). "A selfless heroine of the Paralympians". smh.com.au. Sydney Morning Herald. Dicapai pada 7 Oktober 2021.
  3. ^ Naar, Tony; Phillips, Murray (19 Oktober 2020). "Why the 2000 Sydney Paralympics were such a success — and forever changed the games". theconversation.com. The Conversation. Dicapai pada 7 Oktober 2021.
  4. ^ Howe, David. The cultural politics of the Paralympic movement: Through an anthropological lens. Routledge, 2008.
  5. ^ Cashman, R. (2006) The Bitter Sweet Awakening: the Legacy of the Sydney 2000 Olympic Games. Sydney: Walla Walla Press.
  6. ^ Cashman, Richard; Simon, Darcy (2008). Benchmark Games, The Sydney 2000 Paralympic Games. Petersham, NSW: Walla Walla Press. m/s. 59. ISBN 978-1-876718-05-3.
  7. ^ "Medal Standings – Sydney 2000 Paralympic Games". Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. Dicapai pada 7 Oktober 2021.
  8. ^ "Don't forget 'les autres'". Patrick Barkham. 9 October 2000. Dicapai pada 22 August 2015.
  9. ^ Tremlett, Giles (16 September 2004). "The cheats". The Guardian. Dicapai pada 8 September 2020.
  10. ^ a b "Spain ordered to return golds". BBC Sport. 14 December 2000. Dicapai pada 8 September 2020.
  11. ^ Kettle, Harry (25 April 2017). "Spain's moment of shame: The 2000 Summer Paralympics". The Versed. Dicapai pada 8 September 2020.
  12. ^ Carlos Ribagorda, Spanish Paralympic Team, Sydney 2000. https://www.youtube.com/watch?v=rMNBXU1rP9M&t=65s
  13. ^ Reilly, Rick. CNN Sports Illustrated. 5 December 2000. "Paralympic Paradox". Accessed 14 August 2007.
  14. ^ BBC News. 24 November 2000. "Spain in Paralympics scandal". Accessed 14 August 2007.
  15. ^ The New York Times. 30 January 2001. "PLUS: PARALYMPICS; Paralympic Group Orders Suspensions". Accessed 14 August 2007.
  16. ^ "Is doping a bigger problem at the Paralympic Games than the Olympic Games?". paralympicanorak. 3 May 2012. Dicapai pada 12 October 2015.
  17. ^ Vance, Nicki. European Paralympic Committee. "Doping control at the Sydney 2000 Paralympic Games Diarkibkan Oktober 7, 2007, di Wayback Machine. Accessed 15 August 2007.

Pautan Luar sunting

Didahului oleh
Atlanta
Sukan Paralimpik Musim Panas
Sydney

Sukan Paralimpik Musim Panas XI (2000)
Diikuti oleh:
Athens