Buka menu utama

Sukan Paralimpik Musim Panas 2012 lebih dikenali sebagai Sukan Paralimpik London 2012 ialah sebuah acara sukan antarabangsa untuk atlet kurang upaya ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC). Ia berlangsung di London, England bermula 29 Ogos sehingga 9 September 2012. Sukan Paralimpik ini merupakan salah satu acara sukan terbesar yang diadakan di United Kingdom selepas Sukan Olimpik Musim Panas 2012 dan merupakan Sukan Paralimpik terbesar dalam sejarah: 4,302 atlet dari 164 negara mengambil bahagian dengan empat belas negara muncul dalam Sukan Paralimpik buat pertama kali. Sebanyak 503 acara dalam 20 sukan diadakan semasa Sukan Paralimpik ini.

Sukan Paralimpik XIV
Bandar tuan rumahLondon, United Kingdom
Cogan kataInspire a Generation
Penyertaan negara164
Penyertaan atlet4,302
Acara503 dalam 20 sukan
Upacara pembukaan29 Ogos
Upacara penutup9 September
Dirasmikan olehElizabeth II[1]

Proses bidaanSunting

Sebagai sebahagian daripada persetujuan rasmi diantara Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang ditubuhkan buat pertama kali pada tahun 2001, pemenang bidaan untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2012 juga akan menjadi tuan rumah untuk Sukan Paralimpik Musim Panas 2012.[2] Semasa Sesi IOC ke-117 di Singapura, hak untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2012 diberikan kepada London.[3][4]

Keputusan bidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012
Bandar Negara Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Pusingan 4
London   Great Britain 22 27 39 54
Paris   Perancis 21 25 33 50
Madrid   Sepanyol 20 32 31
Bandar Raya New York   Amerika Syarikat 19 16
Moscow   Rusia 15

RujukanSunting

  1. ^ "London 2012 Overview". International Paralympic Committee. Dicapai 22 April 2014. 
  2. ^ "Paralympics 2012: London to host 'first truly global Games'". BBC Sport. Dicapai 1 August 2012. 
  3. ^ "London beats Paris to 2012 Games". BBC News. 6 July 2005. 
  4. ^ Culf, Andrew (6 July 2005). "The party that never was: capital marks the games at last—Eight weeks after Olympic celebrations were cut short by bombings, London puts on a low-key spectacle to show it means business". The Guardian. Diarkibkan daripada asal pada 2 October 2008. Dicapai 22 August 2008. 

Pautan luarSunting