Pengacara TV Popular (ABPBH)

Pengacara TV Popular ialah salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang dianjurkan secara tahunan oleh Berita Harian. Anugerah ini mengiktiraf populariti pengacara TV yang telah mengacarai program televisyen yang paling digemari ramai sepanjang tahun. Pencalonan pengacara TV dalam kategori ini ditentukan oleh undian pembaca Berita Harian mahupun peminat pengacara TV kegemaran masing-masing.

Pengacara TV Popular ABPBH
PenghargaanPengacara TV yang paling digemari ramai dalam industri hiburan
NegaraMalaysia
Disampaikan olehBerita Harian
Anugerah pertama2001
Anugerah terakhir2018
Kini dipegang olehSiti Nordiana (2018)
Laman web rasmiwww.abpbh.com.my

Anugerah ini diberikan kepada pengacara harian dan mingguan, pengemudi bual bicara, pembaca berita, pengulas/pengulas sukan, chef selebriti, perantara majlis dan ahli dokumentari yang terlibat dalam sebarang program televisyen yang dipancarkan di Malaysia. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2001 setelah lebih 13 tahun ABPBH dianjurkan. Sebelum itu, pengacara TV dicalonkan ke dalam kategori Penghibur TV Popular yang dimansuhkan kategorinya pada edisi 2001. Antara pengacara yang pernah memenangi kategori Penghibur TV Popular ialah Fauziah Ahmad Daud (Melodi).

Penerima pertama anugerah Pengacara TV Lelaki Popular ialah Jalaluddin Hassan yang sebelum ini terkenal sebagai dramatis. Beliau popular dengan program kuiz Who Wants To Be A Millionaire yang disiarkan di ntv7 sejak tahun 1999. Pada peringkat awal kategori ini dipertandingkan, kebanyakan finalis datangnya daripada program candawara / kuiz seperti Halim Othman (Roda Impian) dan Chef Wan (Famili Ceria) sebelum era pengacaraan dokumentari mencuri tumpuan pada pertengahan 2000an menerusi kehadiran Zainal Ariffin Ismail (Misteri Nusantara & Jejak Rasul). Selepas itu, pengacara Aznil Nawawi memulakan fenomena bagi pengacaraan program berbentuk TV realiti. Antara pengacara program realiti yang pernah tercalon adalah Jimmy Shanley (Trek Selebriti), Ally Iskandar (Mentor), Zizan Razak & Johan Yazid Lim (Raja Lawak). Mutakhir, kategori ini dibanjiri oleh pelawak-pelawak terkenal yang diberi peluang menjadi pengacara TV berbentuk hiburan dan jenaka. Beberapa pengemudi program bual bicara juga pernah dicalonkan dalam kategori ini antaranya Afdlin Shauki (Bila Larut Malam), Azwan Ali (Cit Cat Azwan), Ally Iskandar (Ally), Aznil Nawawi (Macam-macam Aznil), AC Mizal (AC Disini & Sembang Teh Tarik), Nabil Ahmad (Lu Pikirlah Sendiri Nabil, MeleTOP & Ini Malam Kita Punya) ,Faizal Ismail (Apa Saja FBI) dan AG Selamat (Ye Ke?). Satu-satunya chef selebriti yang tercalon menerusi program masakan ialah Nik Micheal Imran kerana biarpun Chef Wan pernah tercalon pada tahun 2002, tetapi pada tempoh kelayakan itu beliau hanya mengacarakan program candawara Famili Ceria. Aznil Nawawi mengungguli kategori ini dengan sembilan (9) kemenangan daripada dua belas (12) pencalonan.

Penerima pertama anugerah Pengacara TV Wanita Popular ialah Normala Shamsuddin yang ketika itu popular dengan program Nona. Satu-satunya pembaca berita pernah dicalonkan dalam kategori ini ialah Norazlina Redzuan (Buletin Utama), manakala bagi program dokumentari pula calon-calon seperti Zakiah Anas (999), Norzie Pak Wan Chek (Majalah 3), Hazlin Hussein (999) dan Nurul Syuhada Nurul Ain (Majalah 3). Satu-satunya pengulas sukan yang pernah menerima pencalonan ialah Nurul Alis Aidil Akbar (Sukan TV1 & Sports Highlights). Program Nona banyak melahirkan pengacara wanita popular selain Normala, antara yang mendapat perhatian ialah Neelofa, Norazlina Redzuan dan Farah Fauzana. Farah Fauzana bagaimanapun terlebih dahulu popular menerusi program Melodi di TV3 yang melayakkannya memenangi anugerah ini secara berturut-turut dari 2005 hingga 2012. Antara bekas pengacara Melodi yang pernah dicalonkan ialah Raja Azura. Beberapa pengacara program hiburan, gosip dan santai kerap kali dicalonkan dalam kategori ini seperti Raja Azura (Gedik Santai), Avaa Vanja (Pop TV), Cheryl Samad (Muzik Muzik), Maria Tunku Sabri (Jalan-Jalan Cari Makan), Ary Malik (Muzik Muzik), Sharifah Shahirah (Spontan) dan Neelofa (MeleTOP). Pengemudi program bual bicara juga mendapat tempat dalam pencalonan antaranya Fauziah Ahmad Daud (Ogy & Salih), Raja Azura, Erra Fazira (Primadona) dan Linda Onn (Tanya Linda). Satu-satunya pengacara remaja yang pernah dicalonkan ialah Juliana Evans yang tercalon kerana mengacarakan program mingguan Remaja ketika berusia 17 tahun.

Pemenang dan calonSunting

Berikut merupakan senarai pemenang dan pencalonan bagi kategori Pengacara TV Popular:

2000-anSunting

Tahun Pengacara TV Lelaki Popular Pengacara TV Wanita Popular
2001 Jalaluddin Hassan Normala Shamsuddin
2002 Halim Othman Raja Azura
2003 Aznil Nawawi Normala Shamsuddin
2004 Aznil Nawawi Raja Azura
2005 Aznil Nawawi Fara Fauzana
2006 Aznil Nawawi Fara Fauzana
2007 Aznil Nawawi Fara Fauzana
2008 Aznil Nawawi Fara Fauzana
2009 Aznil Nawawi Fara Fauzana

2010-anSunting

Tahun Pengacara TV Lelaki Popular Pengacara TV Wanita Popular
2010 Aznil Nawawi Fara Fauzana
2011 Zizan Razak Fara Fauzana
2012 Aznil Nawawi Fara Fauzana
2013 AC Mizal Neelofa
2014 Aznil Nawawi Neelofa
Tahun Pengacara TV Popular
2015 Neelofa
2016 Neelofa
2017 Neelofa
2018 Siti Nordiana

Lihat jugaSunting