1973 di Malaysia
1973 di Malaysia
16 tahun kenegaraan
| |||||
Dekad: | |||||
---|---|---|---|---|---|
Lihat juga: |

Makam Pahlawan, berdekatan Masjid Negara, Kuala Lumpur, di mana pemimpin Malaysia disemadikan di sini.
PenyandangSunting
Peringkat persekutuanSunting
- Yang di-Pertuan Agong: Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Kedah
- Raja Permaisuri Agong: Sultanah Bahyah Kedah
- Perdana Menteri: Tun Abdul Razak
- Timbalan Perdana Menteri:
- Tun Dr Ismail (sehingga 2 Ogos)
- Tun Hussein Onn (dari 2 Ogos)
Peringkat kebangsaanSunting
- Sultan Johor: Sultan Ismail
- Sultan Kedah: Tunku Abdul Malik (Raja Muda)
- Sultan Kelantan: Sultan Yahya Petra (Timbalan Yang di-Pertuan Agong)
- Raja Perlis: Tuanku Syed Putra
- Sultan Perak: Sultan Idris Shah II
- Sultan Pahang: Sultan Abu Bakar
- Sultan Selangor: Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Sultan Terengganu: Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan: Tuanku Jaafar
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Pulau Pinang: Tun Syed Sheikh Barabkh
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Melaka: Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid (dari Ogos)
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Sarawak: Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Sabah:
- Pengiran Tun Ahmad Rafee (sehingga Mac)
- Tun Fuad Stephens (dari Mac)
PeristiwaSunting
- Februari - KFC Malaysia membuka cawangan pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
- 15 Mac - Ampang Park, pusat beli-belah pertama Malaysia dibuka kepada umum.[1][2]
- 21 Mei - Pembukaan rasmi Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
- 29 Mei - P. Ramlee meninggal dunia.[3][4][5]
- 6 Julai - Pembukaan rasmi Kuala Lumpur Hilton oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
- 2 Ogos - Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail meninggal dunia. Beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Beliau adalah pemimpin negara pertama yang disemadikan di sini.
- 3 Ogos - Dato' Hussein Onn dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
- 18 Oktober - Sekurang-kurangnya 42 orang, kebanyakannya kaum India, telah terkorban apabila 200 kaki panjang batu kapur papak jatuh dari tebing runtuh dan terhempas ke sebuah kampung di Gunung Cheroh, Ipoh, Perak.[6]
- 5 November - Pada jam 6:30 pagi, KL FM bermula sebagai Radio Malaysia Ibu Kota majlis pelancaran secara rasmi memulakan penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke-3, Yaakob Latiff memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Hiburan Pagi. Ia adalah untuk menyesuaikan dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang mengandungi lebih kurang 2 juta penduduk terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta corak kehidupan dan pekerjaan. Radio Malaysia Ibu Kota beroperasi setiap hari mulanya menerusi gelombang sederhana gelombang sederhana 800 KHz dalam dua sesi iaitu jam 6:30 pagi sehingga 9:00 pagi dan 4:00 petang sehingga 7:00 malam. Waktu siaran ketika itu seolah-olah ditujukan kepada pemandu kenderaan, penumpang bas dan kenderaan awam yang minta dihiburkan kerana menghadapi kesesakan lalu lintas. Atas sokongan dan minat orang ramai waktu siarannya telah dilanjutkan selama 9 jam bermula dari jam 6:00 pagi sehingga 9:00 pagi dan 1:00 tengah hari sehingga 7:00 malam dan siaran dari Kuala Lumpur. Kawasan penyiaran ini hanya terhad kepada Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sahaja dan bersiaran di Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan yang dinamakan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebelum ini, ia merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.
Masa Siaran | Segmen |
---|---|
06:30 - 07:00 | Hiburan Pagi |
07:00 - 07:10 | Berita |
07:10 - 07:17 | Berita Ibu Kota dan Cuaca Kuala Lumpur |
07:17 - 08:00 | Sambil Sarapan |
08:00 - 08:05 | Harga Barang-Barang |
08:00 - 08:59 | Sambil Sarapan |
16:00 - 17:00 | Hiburan Rancak |
17:00 - 17:10 | Berita |
17:10 - 17:15 | Selingan |
17:15 - 17:22 | Berita Ibu Kota dan Cuaca Kuala Lumpur |
17:22 - 17:30 | Harga Barang-Barang |
17:30 - 18:00 | Bincang Pujaan |
18:00 - 18:59 | Hiburan Petang |
Hari KebangsaanSunting
TemaSunting
Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
KelahiranSunting
- 1 Januari - Lokman Noor Adam – ahli politik
- 1 Januari - Salleh bin Ramli - penyanyi nasyid (meninggal dunia 2001)
- 11 Januari - Syafinaz Selamat – penyanyi
- 18 Januari - Umie Aida - pelakon
- 24 Februari - Aie - pelukis, penulis, kartunis (meninggal dunia 2021)
- 6 Mac - Janet Khoo — Pelakon
- 7 Mac - Fauzi Nawawi – Pelakon
- 7 Mac - Zul Yahya – Pelakon
- 9 Mac - Rozita Che Wan – pelakon
- 12 Mac - Khir Rahman - pelakon
- 21 Mac - Kenchana Dewi - pelakon, pelawak
- 22 Mac - Tuanku Zara Salim Davidson — Raja Permaisuri Perak
- 14 April - Asheed (Def-Gab-C) - penyanyi kumpulan Def Gab C
- 18 April - Rina Mohd Harun - ahli politik
- 19 April - Suhaizan Kayat - ahli politik
- 5 Mei - Nazrin Hassan – ahli perniagaan (meninggal dunia 2018)
- 17 Mei - Zizan Nin — Pelakon
- 6 Jun - V. Ganabatirau - ahli politik
- 15 Jun - Yusry KRU — Penyanyi, pelakon dan ahli kumpulan KRU
- 19 Jun - Gobind Singh Deo — Ahli politik, peguam dan Ahli Parlimen Puchong, Selangor
- 25 Jun - Tengku Zafrul Tengku Aziz - eksekutif perniagaan, ahli politik
- 26 Julai - Nora - penyanyi
- 26 Ogos - Edrie Hashim - pemuzik, komposer
- 8 September - Ezany Nizariff – pelakon
- 13 September - Kuza - pelakon
- 14 September - Tam Spider – penyanyi, komposer, vokalis Kumpulan Spider
- 23 September - Wilma Muhammad – pelakon
- 1 Oktober - Vanidah Imran - pelakon
- 24 Oktober - Rashidi Ishak — Pelakon
- 5 November - Rabia Abdul Salam - atlet lari pecut (meninggal dunia 1994)
- 13 November - Zarul Umbrella – penyanyi, pramugara, pelakon, vokalis Kumpulan Umbrella
- 13 November - Mas Anizan - pelakon
- 23 November - Qazem Nor - pelakon
- 26 November - Watt Marcus — Pemuzik, ahli kumpulan Masterpiece
- 2 Disember - Saiful Rizla Kamarudin — bekas drummer kumpulan XPDC
- 3 Disember - Adam Hamid — pelakon, pengarah
- 7 Disember - Tuanku Nur ZahirahTerengganu dan Raja Permaisuri Agong ke-13
- 13 Disember - James Lee – pengarah filem
- 13 Disember - Nana Nurgaya – penyanyi, pelakon
- 15 Disember - Azadan bin Abdul Aziz - penyanyi nasyid
- 25 Disember - Chong Sin Woon - ahli politik
Tarikh tidak diketahuiSunting
- Z Chen — Penyanyi Cina Malaysia
- Angie Cheung — Pelakon Cina Malaysia dan bekas Miss Chinese Malaysia
- Bernard Chauly — pengarah filem
- Joey Daud — pelakon
- Acong Sweetchild — penyanyi
- Osman Ali — pengarah filem, penulis skrip
- Shajiry — penyanyi, pelakon
- Audi Mok — pemuzik, penggubah lagu, penerbit muzik
KematianSunting
- 30 Januari - AR Tompel — Pelakon dan pelawak veteran
- 31 Januari - Tun Mohamed Salleh Ismael — Ketua Polis Negara
- 8 April - Tengku Ampuan Jemaah Selangor — Raja Permaisuri Agong kedua
- 29 Mei - Tan Sri P. Ramlee — Pelakon, penyanyi dan pengarah veteran
- 23 Oktober - Zaaba — Tokoh cendekiawan Melayu
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Chan, Richard (28 August 2004). "Knowing the retailer's mind". New Straits Times. Dicapai pada 9 March 2008.
- ^ "Pusat beli-belah Ampang Park dibuka kepada umum", Berita Harian, 16 Mac 1973.
- ^ "Actor P. Ramlee dies", The Straits Times, May 30, 1973.
- ^ "P. Ramlee meninggal dunia", Berita Harian, 30 Mei 1973.
- ^ "P. Ramlee meninggal dunia akibat serangan jantung", Utusan Malaysia, 30 Mei 1973.
- ^ "Mereka akan terus bersemadi di sini". Berita Harian. 20 Oktober 1973. m/s. 1. Dicapai pada 27 Oktober 2020.