Rencana ini adalah mengenai peristiwa yang berlaku pada tahun 1990 di Malaysia, yang menandakan ulang tahun kemerdekaan negara ke-33.

1990
di
Malaysia

Dekad:
Lihat juga:
Dataran Merdeka di tengah Kuala Lumpur
Bendera yang digunakan pada 14 Mei 1990 sempena sambutan ulang tahun ke-100 pihak bekuasa tempatan

Perjawatan Sunting

Peringkat Persekutuan Sunting

Peringkat Negeri Sunting

Peristiwa Sunting

  • 1 Januari - Petrol tidak berplumbum di Malaysia telah diperkenalkan.
  • 1 Januari - Tahun Melawat Malaysia 1990 telah diadakan secara rasmi.
  • 1 Januari - Dataran Merdeka telah dibuka secara rasmi.
  • 5 Januari - Pelakon, Mustaffa Noor meninggal dunia pada usia 37 tahun.[1]
  • 1 Februari – Lembaga Letrik Negara (LLN) telah dikorporatkan sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB).[2][3]
  • 21 Februari - Penyanyi Zaiton Sameon terbabit dengan kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali yang turut meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun.[4]
  • 28 Februari - 17 orang termasuk 11 anggota peribadi rusuhan polis FRU terbunuh dalam pertembungan antara kenderaan polis rusuhan FRU, lori tangki, bas penumpang dan 10 kereta di kilometer 31 daripada Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak tidak jauh dari Terowong Genting Sempah di Gombak, Selangor.[5][6][7]
  • 14 Mei - Kuala Lumpur meraikan 100 tahun kerajaan tempatan. Bendera dan lagu kebangsaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang baru diperkenalkan.
  • 29 Mei - Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 meninggal dunia. Jenazahnya dimakamkan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
  • 1 Jun - Mesyuarat Kemuncak G15 Pertama Berkecuali diadakan buat kali pertama di Kuala Lumpur.
  • 2 Jun – P. Ramlee dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (DPSM) dengan membawa gelaran Tan Sri.[8]
  • 5 Jun - Buletin TV3 telah menukar nama sebagai Buletin Utama adalah berita malaysia yang pertama berita ini disiarkan pada waktu malam menggantikan Berita TV3 sejak bermula pada 1 Januari 1985.
  • 11 Jun - Eksekutif bank, Aman Shah Ahmad didakwa atas tuduhan penyelewengan wang RM4 juta milik Hock Hua Bank.
  • 16 Jun - Pemuzik veteran Alfonso Soliano meninggal dunia pada usia 65 tahun.[9][10][11]
  • 2 Julai – Rempuhan di dalam terowong pejalan kaki (Terowong Al-Ma'aisim) dari luar Mekah menuju ke Mina dan Plains of Arafat membawa kepada kematian 1,426 para jemaah termasuk 122 rakyat Malaysia.
  • 11 Julai – Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam telah dibuka kepada umum.
  • 3 Ogos – Proton Saga dengan enjin Megavalve telah dilancarkan.
  • 1 September – Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas Malaysia (JBE) telah ditubuhkan.
  • 9 September – Penyenaraian Telekom Malaysia Berhad di Bursa Saham Kuala Lumpur.
  • 17 Oktober – Perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dan Biro kedua Kalimantan Parti Komunis Utara ditandatangani di Kuching, Sarawak.
  • 21 Oktober – Pilihan Raya Umum Malaysia. Kelantan kini dibawah parti PAS.
  • 22 Oktober - Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan, menggantikan Datuk Seri Mohamed Yaacob.[12][13]
  • 1-5 November - Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menerima kunjungan daripada Pemimpin Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), Nelson Mandela dalam lawatan kerja Mandela selama 5 hari ke Malaysia.
  • 7 Disember – Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama atau lebih dikenali sebagai "Bapa Kemerdekaan” meninggal dunia. Jenazah beliau dibawa pulang ke Kedah dan disemadikan di Makam Diraja Kedah, Langgar.[14][15][16]

Hari Kebangsaan Sunting

Tema Sunting

Berjaya

Kelahiran Sunting

Tarikh tidak diketahui Sunting

Kematian Sunting

Tarikh tidak diketahui Sunting

Lihat juga Sunting

Rujukan Sunting

  1. ^ "Pelakon Mustaffa Noor meninggal dunia", Utusan Malaysia, 6 Januari 1990.
  2. ^ "Lembaga Letrik Negara kini Tenaga Nasional", Berita Harian, 2 Februari 1990.
  3. ^ "National Electricity Board is now Tenaga Nasional", New Straits Times, February 2, 1990.
  4. ^ "Singer Zaiton Sameon accident", New Straits Times, February 21, 1990.
  5. ^ "Mohd Azhari – 15 deaths including 11 cops in memories". Utusan Malaysia. 2003-06-26. Dicapai pada 2009-03-23.
  6. ^ "15 die in highway crash". New Straits Times. 1990-03-01. Dicapai pada 2010-08-03.
  7. ^ "Nahas terburuk KL-Karak". Utusan Malaysia. 2012-03-17. Dicapai pada 2013-08-14.
  8. ^ "P. Ramlee dikurniakan Tan Sri", Berita Harian, 3 Jun 1990, ms. 4.
  9. ^ "Alfonso Soliano meninggal dunia". Berita Harian (17 Jun 1990).
  10. ^ "Veteran musician Alfonso Soliano passes away". New Straits Times (17 Jun 1990).
  11. ^ "Alfonso Soliano meninggal dunia akibat angin ahmar". Utusan Malaysia (17 Jun 1990).
  12. ^ "Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan", Berita Harian, 22 Oktober 1990, ms. 3.
  13. ^ "Nik Aziz appointed as Kelantan Menteri Besar", New Straits Times, 22 Oktober 1990, ms. 5.
  14. ^ "Tunku Abdul Rahman, 87, Dead; First Prime Minister of Malaysia". New York Times. 7 December 1990. Dicapai pada 25 June 2015.
  15. ^ "Malaysia’s First Prime Minister passed away", The Straits Times, 8 December 1990.
  16. ^ "Father of Malaysian Independence, Tunku Abdul Rahman dies", Reuters, 7 December 1990.
Didahului oleh
1989 di Malaysia
Tahun di Malaysia
1990
Diikuti oleh:
1991 di Malaysia