Nasrizal Ngasri

Pelakon, pengacara dan pelawak Malaysia
(Dilencongkan dari Ngasrizal Ngasri)

Nasrizal Ngasri (lahir 30 Ogos 1980) lebih dikenali sebagai Bell Ngasri ialah seorang pelakon, pelawak dan pengacara Malaysia.[2][3] Prolifik dalam televisyen dalam filem di Malaysia sejak 1980-an, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak, seterusnya memperluaskan bakatnya apabila menginjak dewasa sekaligus dikenali dengan keupayaanya bermain dengan emosi penonton menerusi pelbagai watak lakonannya.[4][5]

Bell Ngasri
Nasrizal ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 6 Januari 2015.
Kelahiran
Nasrizal bin Ngasri

(1980-08-30) 30 Ogos 1980 (umur 43)
PendidikanDiploma Penyiaran
Pusat pendidikanInstitut Media Integratif Malaysia (MIIM)
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara
Tahun aktif1986–kini
PasanganNur Farhana binti Mahamad Fauri (k. 2007)[1]
Anak-anak3
Ibu bapa
Saudara

Antara filem-filem yang pernah dibintanginya seperti Puteri Impian (1997), Cinta 200 Ela (2002), Castello (2006), Tolong Awek Aku Pontianak (2011), Cicakman 3 (2015), Bulan dan Pria Terhebat (2020) dan 18 Puasa Di Kampong Pisang (2021). Nasrizal juga telah berlakon dalam beberapa siri drama TV termasuk Idaman (1998–2001), KL Menjerit The Series (2008), Ahmad Durrah (2010), Pengembaraan Jason Murad (2015), Bibik-Bibikku (2016) dan Kampong Pisang Bersiri-siri (2020–2021). Beliau merupakan anak kepada penyiar terkenal, Ngasri Sain dan adik kepada Naszeli Ngasri serta abang kepada Anne Ngasri dan Darling Ngasri.[6][7][8]

Kehidupan awal

sunting

Beliau dilahirkan pada 30 Ogos 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.[2] Beliau ialah anak ketiga daripada 6 beradik kepada ibu bapanya, bekas penyampai radio dan artis rakaman suara Ngasri Sain[9][10] dan isterinya, pelakon veteran Habibah Jaafar (kakak kepada Rashidah Jaafar).[2] Adik-beradiknya, Nasliza, Naszeli, Nasreen, Naszriah dan Nassuhada turut berkecimpung dalam bidang lakonan. Selepas memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nasrizal melanjutkan pelajarannya ke peringkat Diploma dalam bidang penyiaran di Akademi TV3 (kemudian dikenali sebagai Institut Media Integratif Malaysia atau MIIM).[2]

Kerjaya

sunting

Mewarisi bakat seni daripada bapanya, Ngasri yang merupakan bekas juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan ibunya, Habibah Jaafar (adik pelakon Rashidah Jaafar) yang juga aktif dalam bidang lakonan, Nasrizal memulakan kerjaya lakonan ketika zaman prasekolahnya. Beliau pertama kali diperkenalkan di layar perak dalam filem Yassin (1988) arahan Tan Sri Kamarul Ariffin ketika berusia 7 tahun.[2]

Pada tahun 1988, beliau bersama dua adik-beradiknya, Nasreen (Darling) dan Naszriah (Anne) membintangi iklan sebelum bakat mereka dikesan oleh penerbit drama di RTM dan TV3. Pada tahun 1992, Nasrizal berlakon dalam drama Dam Dam Dum dan Cinta Mastura yang kedua-duanya disiarkan di TV1. Untuk persembahannya dalam Cinta Mastura, beliau dicalonkan bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 1992. Beliau memegang watak tambahan sebagai Kassim dalam filem Perempuan, Isteri & .....? (1993) lakonan Sofia Jane dan Nasir Bilal Khan. Ia turut dibintangi oleh dua adiknya, Darling dan Anne.

Beliau juga berlakon dalam filem Cinta Kita (1995) dengan memegang watak sebagai Epi dan menjadi pelakon undangan dalam sitkom IQ Genius. Pada tahun 1997, Nasrizal berlakon bersama Shaheizy Sam dalam telefilem Pa'e arahan Shaharuddin Sulaiman dengan memegang watak sebagai pelajar sekolah nakal yang bernama Ajoy. Persembahan beliau dalam telefilem ini melayakkan beliau meraih trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1998. Dari 1998 sehingga 2001, kerjaya lakonan Nasrizal diteruskan apabila beliau meningkat usia remaja dengan membintangi drama Idaman bersama barisan pelakon lain termasuk Jalaluddin Hassan, Deanna Yusoff, Janet Khoo, Kartina Aziz, Dian P. Ramlee, Sean Ghazi dan Nana Nurgaya.

Beliau juga berlakon bersama Khalid Salleh dengan memegang watak sebagai Shamsul dalam filem Kaki Bakar arahan U-Wei Haji Saari berdasarkan daripada novel Barn Burning karya penulis Amerika Syarikat, William Faulkner. Filem ini ditayangkan pada 1995 di Festival Filem Cannes 1995 yang berlangsung di Perancis, namun tidak ditayangkan di Malaysia sehingga 6 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2001. Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[11]

Pada tahun 2004, beliau berlakon dalam filem Bisikan Remaja, diikuti oleh telefilem VCD, See You di IPT lakonan kumpulan nasyid UNIC. Nasrizal berlakon dalam dua filem pada tahun 2006, iaitu Castello sebagai Nik dan Cinta sebagai Amin. Dalam filem 1957: Hati Malaya (2007) arahan Shuhaimi Baba, beliau melakonkan watak sebagai bekas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Sardon Jubir. Pada tahun 2007 juga, beliau membintangi drama web Kerana Karina dengan memegang watak sebagai Boy, seorang pendandan rambut.

2008 terus menjadi medan Bell cemerlang di kanvasnya sendiri dengan membintangi drama Ampang Medikal di ntv7, diikuti oleh drama Sutun Kembali Lagi di TV9 dan KL Menjerit The Series di Astro Ria. Tawaran berlakon filem juga diterimanya apabila beliau membintangi filem Antoo Fighter arahan Azizi "Chunk" Adnan dengan memegang watak sebagai Opie.

Beliau berlakon dalam dua filem pada tahun 2010, iaitu filem aksi komedi Kecoh Betul lakonan bersama Saiful Apek, Nabil Ahmad, Diana Danielle dan Yatt Hamzah. Beliau memegang watak sebagai Joe, seorang penghantar pesanan makanan di sebuah restoran makanan segera di ibu kota. Selepas Kecoh Betul, beliau muncul pula dalam filem aksi adiwira Kapoww!! Atoi The Ajaib Boy lakonan bersama Zizan Razak dan Lisa Surihani.

Nasrizal tidak berlakon dalam sebarang drama TV dalam tahun 2012 dan 2013. Bagaimanapun, beliau membintangi beberapa telefilem sepanjang tempoh itu. Antaranya ialah siri telefilem Bedah Tong Gas, Anakku Ghazali dan Mana Kuali Opah?. Satu-satunya filem lakonan beliau dalam tahun 2014 ialah Amir dan Loqman Pergi ke Laut yang menyaksikan beliau pertama kali bekerja di bawah arahan Mamat Khalid. Beliau membuat penampilan khas dalam filem ini.

Beliau berlakon dalam tiga filem pada tahun 2015, iaitu Rumah Pusaka Di Simpang Jalan sebagai Markona, kemudian diikuti oleh Cicakman 3 sebagai Jojo dan Jejak Warriors sebagai Rahim. Pada tahun yang sama, beliau membintangi drama komedi Pengembaraan Jason Murad yang mana isterinya, Farhana Fauri berkhidmat sebagai salah seorang penulis skrip. Pada tahun 2017, beliau membuat penampilan khas sebagai Orang Kampung dalam filem Pak Pong arahan Fauzi Nawawi, seterusnya berlakon di samping Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Rab Khalid dan Man Kadir dalam telefilem 16 Puasa dengan memegang watak sebagai Ngas. Ditayangkan pada 8 Jun 2017 di Astro First Eksklusif, ia mengisahkan tentang sekumpulan penduduk kampung yang suka ponteng puasa dan menyembunyikan kegiatan mereka dari pengetahuan keluarga masing-masing. Beliau kembali beraksi dalam kesinambungannya, 17 Puasa pada tahun 2019.

Pada tahun yang sama juga, beliau berlakon dalam filem Hero: Jangan Bikin Panas lakonan bersama Mark Adam dan Hisyam Hamid. Pada tahun berikutnya, beliau berlakon dalam filem Bulan dan Pria Terhebat (2020) lakonan Zahirah MacWilson, diikuti dengan dua filem pendek lakonannya, iaitu Uncle Security dan Cikgu Ganti Dari Kampung. Nasrizal meneruskan kerjasamanya bersama Mamat Khalid dalam siri drama Kampong Pisang Bersiri-siri dan filem 18 Puasa di Kampong Pisang serta beberapa filem arahan Mamat yang lain dengan memegang watak sebagai Barkoba sekaligus watak lakonannya memberi tuah kepadanya dalam kerjaya lakonannya.

Beliau juga mengacarakan rancangan realiti Hijrahkan Laguku bersama Faizal Ismail yang disiarkan di TV Alhijrah dari 2021 sehingga 2022. Penampilan muzik video pertama Nasrizal ialah menerusi muzik video lagu "24434" yang dipersembahkan oleh kumpulan Floor 88. Nasrizal turut membintangi filem pendek terbitan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang bertajuk Cakaran yang disiarkan di saluran YouTube rasmi RISDA.

Kehidupan peribadi

sunting

Beliau berkahwin dengan penulis skrip, Farhana Fauri pada 30 Mac 2007.[12][13] Pasangan ini memfailkan perceraian pada 22 Oktober 2008,[14] namun merujuk semula pada Januari 2009.[15] Mereka mempunyai 3 anak, iaitu Nasfazril, Nasfarisya dan Nasfazira.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1988 Yassin Filem pertama sebagai pelakon kanak-kanak
1993 Perempuan, Isteri & .....? Kassim Pelakon tambahan
1995 Cinta Kita Epi
1997 Puteri Impian Anak yatim
2001 Kaki Bakar Kesuma
2002 Cinta 200 Ela Din
2004 Bisikan Remaja Mustafa Ayoub @ Bob
2005 Salon Asmadie
2006 Castello Nik
Cinta Amin
2007 1957: Hati Malaya Sardon Jubir
2008 Antoofighter: Amukan Drakulat! Opie
2010 Kecoh Betul Joe
Kapoww Aboo
2011 Tolong Awek Aku Pontianak Pembantu Pak Harun
Al-Hijab Pemuda 1
2013 Langgar Khairul
Tanda Putera Datuk Seri Haji Harun Idris
Balada Pencinta Jenal
2014 Amir dan Loqman Pergi ke Laut Dirinya sendiri Penampilan khas
2015 Rumah Pusaka Di Simpang Jalan Markona
Cicakman 3 Jojo
Jejak Warriors Rahim
2017 Pak Pong Orang Kampung Penampilan khas
2019 Bella & Jamie Jay
Hero: Jangan Bikin Panas Ahmad Mustar
2020 Bulan dan Pria Terhebat Arab
2021 18 Puasa Di Kampong Pisang Barkoba
Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Barkoba
Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut Pengurus Produksi
Kampung Latah Kena Kuarantin Abon
Kampong Pisang Kita Setandan Barkoba Filem pendek
2022 Gracias Barcelona Azraf
Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Barkoba
Showtime 1958 Aziz Sattar
Kampung Latah The Mummy Abon
Seratus Abang Din Penampilan khas
2023 Penanggal Mak Kiah Budin
Sumpahan Malam Raya Ujang Penampilan khas
Gui Zain
Geng Sakau Vs Hantu Ting Tong Amir
2024 Jangan Lupa Aku Cinta Padamu
Pemburu Saka
19 Puasa: Playboys Of Plestik Hitam Dak Ngas / Barkoba
Zim Zim Ala Kazim Bell
TBA 6 Jilake Pos-produksi
Harimau Malaya: The Untold Journey Badar Pos-produksi
Ice Show Dalam perancangan
Bulan dan Pria Terhebat 2 Arab Dalam perancangan
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1993 Ada Ada Saja[16] Nabil TV2
1994 Keluarga Ria: Kedai Kopi[17] Helmi TV1
1995 Sendaloka: IQ Genius[18] Yusri
1995-1997 Nur Hikmah Syafiq TV2
1998–2001 Idaman Amran Astro Ria
2004–2005 Kekawan Boy TV2
2004 Gerak Khas (Musim 6) Episod: "Buli"
Begitulah Cinta TV3 / RCTI Ditayangkan di Indonesia
2007 Kerana Karina Boy Tonton Web drama
Salam Pantai Timur TV1
2008 Novel Latifah
KL Menjerit The Series Bell Astro Ria
Pepaya Mat Senoi TV3
2009 Chef Jo Azman
Ejen 008
Senario Pelbagai watak
Nabil & Co. TV9
Tok Ketua Nassim Astro Warna Sitkom
2010 Gerak Khas (Musim 12) Sani TV2 Episod: "Suspek"
Jidin Dazur TV3
Ahmad Durrah Juki
Hani Tajul
2011 Antara Maghrib Dan Isyak
Kias Ramadan Khuzaimi Episod: "Lejen Raya"
2014 Sepai Putat TV1
Bedah Vs Joyah Syak/Zamri TV9
2015 Edisi Khas Pelbagai watak TV3
Pengembaraan Jason Murad Hamdan TV9
2016 Aku Bukan Bimbo Azrul Astro Ria
Bibik-Bibikku En Zami TV3
Diari Cinta Kita Herman TV9
2017 Gerak Khas (Musim 17) Joko TV2 Episod: "Love Scam"
Joyah The Series Syak/Zamri TV9
Ops Cinta Din Sardin Azam
Muzium Misteri Shah TV3
2018 Shah & Zam Shah
Bedah vs Joyah Syak & Zamri TV9
Suriram Akhbar Astro Prima
2018–2019 Misteri Jenazah Arman
2019 Kereta Sewa TV3
Iktibar Iqbal Episod: "Tamak Haloba"
2020 Cinta Pedia Doktor Cinta TV Okey
Uncle Security Angel D Ayu Pictures Drama pendek
Cikgu Ganti Dari Kampung Bell Loceng Astro Ceria Drama pendek
One Two Hantu Awesome TV
Ah How Putus Cinta Saidin
U-Turn Ke Syurga Rumi
Pak Kodi 5G (Musim 1) TV3 Pelakon undangan
Isteri Misteri Guard Viu
Kampong Pisang Bersiri-siri Barkoba Astro Citra
2021 Jenaka Kampung Kalut (J.K.K 6) Malik TV3 Episod: "Homestay"
Hantu Van Sewa Awesome TV
Sis Stars Hotel Baharom
Keluarga Instafamous
Geng Gajet Bob Astro Ceria
Jom Mak, Raya KL Rafiq TV3
B.T.S. – Bujang. Tampan. Selamba. Tommy TV9
Layan Lockdown Amy Awesome TV Sitkom
2022 Cinta Amnesia Latef TV3
Mem & Bibik Bibik Bibik Rocky
Melodi Raya: MELO'DRAMA'DI Raya Budin Undangan khas
Pekan Kecil Kampung Terpencil Amin J TV1
2023 Geng Daddy Daddy Iskandar TV3
Presiden Kampung Morten Man Tapau Tonton
Misi Seramedi Abu TV Okey
Bang... Maznah Datang... Wancho Awesome TV
Inspektor Babyface Helmi TV2
Hikayat Pak Belalang Pak Belalang Astro Ceria

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1992 Dam Dam Dum[19] Fikri TV1
Cinta Mastura[20] Fahmi
1993 Bunga-Bunga Pulau
1996 YB & Thuraya[21] TV3
1998 Pa'e Zulkifli @ Ajoi
2000 Ramadan Yang Lepas
2002 Demi VCD
2003 Neon Tokan
Paling Comel Wartawan
Bukan Ku Pinta TV3
Amukan Puaka VCD
2004 See You Di IPT Norman
Syurga Di Mana Hisham TV3
2005 Sutun Shamsul Astro Ria
Jalil Ju Zik TV1
2006 Anak Kerbau Mati Emak Tawil TV1
2008 Cinta Keropok Lekor Khairil TV3
Merdeka Ajis Merdeka Ajit Ajis
2011 Cinta Buta
Ku Hijrahkan Doa TV9
Sekering Jiwa Ante Hamzah
2012 Bedah Tong Gas Zamri
Bedah Tong Gas Nak Raya Zamri
Bila Joyah Masuk TV Syak Wasangka Daud
Anakku Ghazali Ghazali
Pendekar Durian Lempuk Tirikh Astro Prima
2013 Bedah Tong Gas Muflis Zamree TV9
Mana Kuali Opah? Suffian
Adi & Meon Meon TV2
2014 Tingkat Atas Tingkat Bawah Razman TV9
Bila Joyah Dah Goyah Syak
Bila Joyah Jadi Jutawan
2015 Joyah Tak Balik Malam Raya
Akhil Yang Bakhil Mat Din
Pagar Dollah TV3
Kerana Lemang Ajis TVi
2016 Cintaku Terkail TV9
Kaki Kipas Shah
Dari Asar Ke Isyak TV2
Rongples Rongtaim Akmal Astro Citra
Saka Ke Ni? Din TV9
Ok Bah Kalau Kau TV3
2017 Saling Ajun TV1
Awak Kat Mana? TV9
16 Puasa Ngas Astro First Eksklusif
Rindu Yang Tertunda Ibrahim TV1
Kalut Nak Raya Astro Ria
2018 Din Sardin Beraya Azam TV3
Wan Peah Balik Beraya
Pengantin Lari Culik Artis Astro Citra
2019 17 Puasa Ngasri Astro First Eksklusif
Saya Jual Ye Bang
Mana Ada Hantu Malam Raya TV2
Gunting Bhavana Sufian TV3
2020 Terlajak Subuh Zam TV1
2021 Lagenda Puteri Bulan Laksamana Astro Ceria
Mache Fusion Chef Menoiq Awesome TV
2022 Keranamu Ernie Mat Jan TV2
Kerusi Kecil TV1
2024 Hijab Pendosa Hijab Astro Ria
Ibu Pinjaman Rizal

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
1993 Sampaikan Specials Pengacara Jemputan TV3 Bergandingan dengan Azwan Ali[22]
2005-2006 Diari Anak Seni Pengacara TV2 Bersama Darling Ngasri
2006 Melodi Raya Pengacara Jemputan TV3
2007-2008 3 Hari Dua Balam Pengacara TV9 Bersama Intan Noorsaina
2010 Simpang 3 Pelbagai TV3
2018 Di Balik Tawa (Musim 1) Artis Jemputan Astro Warna
2020 Bukan Calang-Calang Pengacara Awesome TV Mengacara bersama Scha Alyahya
2021 Riuh Family 2 Awesome TV
Hijrahkan Laguku Pengacara TV AlHijrah Mengacara bersama Faizal Ismail
2022 Sepahtu Reunion Live Al-Raya Amin Astro Warna Episod: "Sambutan Salah Niat"
Sembang Viral (Musim 2) Artis Jemputan TV9 Episod: "Mulut Laser"
2023 MeleTOP Pengacara Jemputan Astro Ria
Inspirasi 2024 Pengacara TV2 Mengacara bersama Uyaina Arshad
2024 Melodi Pengacara Jemputan TV3
Yak Yak Yey! Pelbagai Astro Warna
I Can See Your Voice Malaysia (musim 7) Panelis TV3 bersama Naim Daniel, Riena Diana & Siti Khadijah Halim

Peserta

sunting
Tahun Tajuk Kumpulan
2011 Maharaja Lawak Mega 2011 Comel
2012 Super Spontan 2012 Beruang Comel
2014 Maharaja Lawak Mega 2014 Shake
2016 Maharaja Lawak Mega 2016
2019 Maharaja Lawak Mega 2019 Rojak
2021 Maharaja Lawak Mega 2021 Tobat

Video muzik

sunting
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2022 "24434" Floor 88

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
1992 Anugerah Sri Angkasa 1992 Aktor Pembantu Terbaik Cinta Mastura Tercalon
1998 Anugerah Skrin 1998 Aktor Pembantu Terbaik Pa'e Menang
2021 Maharaja Lawak Mega 2021 Kumpulan Tobat (bersama Ropie, Ajak yang menggantikan Shuk Sahar menarik diri minggu ke-2) Minggu ke ke-10 (Akhir) Tempat Ke-5 (Finalis)
2022 Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia[23] Aktor Versatil Pilihan Malaysia Anugerah Khas Menang
2023 Malam Healing ERA Anugerah Khas Menang
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktor Filem Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Menang
Bintang Paling Popular[24] Menang[25]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Nasrizal Ngasri (Bell) Kahwini Nur Fahana Muhamad Fauri (Syasya)". Syokkahwin.com. 2007-03-25. Dicapai pada 2008-06-09.
  2. ^ a b c d e Fariza Saidin (12 Oktober 2009). "Bangga lahir sebagai anak seni". Sinema Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2011. Dicapai pada 5 Ogos 2013.
  3. ^ "'Santapan' Bell". Kosmo!. 26 Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2008. Dicapai pada 26 Oktober 2015.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (5 September 2019). 'Saya bukan pelakon cerewet' Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  5. ^ Ardini Sophia Sina (7 Mac 2018). Kerja jujur, ikhlas prinsip Bell Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  6. ^ Norhayati Nordin (23 Disember 2014). Guna dialog sendiri Harian Metro. Diperoleh pada 29 September 2014.
  7. ^ Ardini Sophia Sina (8 Mac 2018). Bell suka melawak Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2018.
  8. ^ Nor Eryani Yusop (1 Oktober 2019). "Bell Ngasri tidak terkilan jadi tempelan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2019. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  9. ^ Norhayati Nordin (25 Julai 2023). "'Ayah saya paling popular' - Bell Ngasri". Harian Metro. Dicapai pada 27 Julai 2023.
  10. ^ "#Showbiz: My father is the most popular artiste - Bell Ngasri". NST Entertainment (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 26 Julai 2023. Dicapai pada 27 Julai 2023.
  11. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  12. ^ "Nasrizal, Nur Farhana langsung perkahwinan". Berita Harian. 31 Mac 2007. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
  13. ^ "Bell, Shasha selamat diijab kabul". Harian Metro. 31 Mac 2007. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
  14. ^ Norhashimah Mohd Radzali (25 November 2008). "Pelakon sah cerai talak satu". Berita Harian. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
  15. ^ SS (17 Mac 2009). "Bell, Sasha sudah rujuk". Harian Metro. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
  16. ^ Zulkefli Ali (31 Mei 1993). "Ada Ada Saja papar unsur kekeluargaan". Berita Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  17. ^ Ainul Zaharah (19 September 1994). "Two family dramas bow in on TV1". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  18. ^ Marina Abdul Ghani (17 Oktober 1995). "New series about a boy genius". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  19. ^ Azwani Abdul Ghani (9 Mac 1992). "Dam! Dam! Dum! mula ambil tempat di RTM". Harian Metro. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  20. ^ Ainul Zaharah (2 September 1992). "Nuke bomb hostages". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  21. ^ Hartati Hassan Basri (3 Jun 1996). "YB & Thuraya penuh simbolik". Harian Metro. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  22. ^ "Sampaikan special". New Straits Times. 22 Mac 1993. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  23. ^ "Bell Ngasri, Sheikh Muszaphar dinobat personaliti industri pilihan di APIUM 2022". Niaga Times. 4 Ogos 2022. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  24. ^ Farihad Shalla Mahmud (31 Julai 2023). "Bell Ngasri menerima hadiah kereta jenis Mini Cooper Clubman S sumbangan pengedar kenderaan import milik Bumiputera, DTC Motors Sdn Bhd di premis syarikat berkenaan di Jalan Ampang". Berita Harian. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  25. ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Julai 2023). "Rakyat Malaysia pilih Bell Ngasri Bintang Paling Popular". Berita Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2023.

Pautan luar

sunting