2009 di Malaysia
2009 di Malaysia merupakan ulang tahun kemerdekaan negara ke-52.
| |||||
Dekad: | |||||
---|---|---|---|---|---|
Lihat juga: |
Penjawat kini
suntingPeringkat persekutuan
sunting- Yang di-Pertuan Agong: Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu
- Raja Permaisuri Agong: Sultanah Nur Zahirah dari Terengganu
- Perdana Menteri:
- Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (sehingga 3 April)
- Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak (sejak 3 April)
- Timbalan Perdana Menteri:
- Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak (sehingga 3 April)
- Tan Sri Muhyiddin Yassin (sejak 9 April)
Peringkat negeri
sunting- Sultan Johor: Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
- Menteri Besar Johor: Datuk Seri Abdul Ghani Othman
- Sultan Kedah: Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Timbalan Yang di-Pertuan Agong)
- Menteri Besar Kedah: Datuk Seri Azizan Abdul Razak
- Sultan Kelantan: Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra
- Menteri Besar Kelantan: Nik Aziz Nik Mat
- Raja Perlis: Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail
- Menteri Besar Perlis: Datuk Seri Dr Md Isa Sabu
- Sultan Perak: Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah
- Menteri Besar Perak:
- Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (sehingga 4 Februari)
- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (sejak 18 Februari)
- Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (sehingga 11 Mei)
- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (sejak 12 Mei)
- Sultan Pahang: Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
- Menteri Besar Pahang: Datuk Seri Adnan Yaakob
- Sultan Selangor: Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
- Menteri Besar Selangor: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
- Sultan Terengganu: Tengku Muhammad Ismail (pemangku raja)
- Menteri Besar Terengganu: Datuk Seri Ahmad Said
- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz
- Menteri Besar Negeri Sembilan: Datuk Seri Mohamad bin Haji Hasan
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Pulau Pinang: Tun Abdul Rahman Abbas
- Ketua Menteri Pulau Pinang: Lim Guan Eng
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Melaka: Tun Mohd Khalil Yaakob
- Ketua Menteri Melaka: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Peristiwa
suntingJanuari
sunting- 1 Januari
- RTM sekali lagi menukar nama RTM1 dan RTM2 kepada TV1 dan TV2 dengan penstrukturan semula saluran-saluran TVnya. TV1 tampil dengan tema 'Saluran Informasi' manakala TV2 pula tampil dengan 'Dunia Ria'.
- Penggunaan wajib tali pinggang keledar belakang dikuatkuasakan.[1]
- Badan Pencegah Rasuah (BPR) dinamakan semula sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).[2]
- Imej grafik pada kotak rokok yang menonjolkan kesan buruk jangka panjang, akibat merokok berlebihan, diperkenalkan.[3]
- 2 Januari – Sepuluh orang terbunuh dan lima orang cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Gua Musang berhampiran Bukit Sejuk, Gua Musang, Kelantan.[4]
- 12 Januari – Ahli parlimen daripada kedua-dua kerajaan dan pihak pembangkang bergabung untuk mengutuk serangan Israel terhadap Gaza. Parlimen meluluskan 10 ketetapan dalam sidang Parlimen khas pada hari Isnin terhadap kekejaman Israel di Genting Gaza yang ditujukan kepada Kongres Amerika Syarikat, Parlimen United Kingdom dan Kesatuan Eropah.[5]
- 12 Januari – Sam Poh Tong, kuil agama Buddha yang dibina pada sebuah gua di negeri Perak, mengalami gelongsoran batu yang membunuh seorang, dengan melebihi 12 orang terperangkat buat berjam-jam berhampiran Ipoh, Perak.[6]
- 7-17 Januari – Pilihan raya kecil Kuala Terengganu: Calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Mohd Abdul Wahid Endut menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Wan Farid Wan Salleh, dengan majoriti sebanyak 2,631 undi, dengan itu memenangi pilihan raya tersebut.[7]
- 18 Januari – "Lagu Untukmu" nyanyian Meet Uncle Hussain menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-23.
- 23 Januari – Kugan Ananthan (berumur 22 tahun) yang disyaki mencuri kereta, mati selepas ditahan oleh pihak polis di Subang Jaya. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengelaskan kematian Kugan sebagai pembunuhan.[8]
Februari
sunting- 3 Februari – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meraikan Jubli Perak pemerintahan baginda di negeri Perak.[9]
- 4 Februari – Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Perak runtuh, dengan Barisan Nasional (BN) menuntut penguasaan Perak serta pembentukan kerajaan baharu.[10]
- 6 Februari – ADUN Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (UMNO) mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.[11] Polis Malaysia menembak penyokong Pakatan Rakyat (PR) dengan gas pemedih mata apabila mereka membantah perampasan kuasa kerajaan di negeri Perak.[12]
- 9 Februari – V. Arumugam, ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Kedah dan ahli Dewan Undangan Negeri untuk Bukit Selambau meletakkan kedua-dua jawatannya.[13]
- 14 Februari – Pemungutan tol plaza PJS 2 (yang menuju ke Kuala Lumpur) di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) berhampiran Petaling Jaya, Selangor dimansuhkan.[14]
- 17 Februari – Elizabeth Wong, penggubal undang-undang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Bukit Lanjan, Selangor meletakkan jawatannya selepas gambar foto yang menonjolkannya tidur telanjang tersebar luas menerusi MMS.[15]
- 18 Februari – Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung jawatannya selama 18 bulan kerana menyertai Dewan Undangan Negeri.[16]
- 24 Februari – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) dilancarkan secara rasmi.
- 25 Februari – Pemungutan tol plaza Salak Jaya (menuju ke selatan) di Lebuhraya Sungai Besi dimansuhkan, dengan perluasan masa depan lebuh raya Besraya ke Jalan Pekeliling 2 Kuala Lumpur berhampiran Pandan diumumkan.[17][18]
Mac
sunting- 3 Mac – Tiga rakyat Malaysia adalah antara tujuh orang yang dibunuh dalam kebakaran hotel di Taipei, Taiwan, kebakaran yang paling teruk dalam tempoh 15 tahun.[19]
- 3 Mac – Beribu-ribu orang terkandas, baik di dalam bangunan, stesen bas, atau stesen aliran rel ringan, akibat banjir kilat selepas hujan lebat turun sejak pukul 3.00 petang.[20]
- 7 Mac – Polis rusuhan menembak gas pemedih mata pada beratus-ratus orang yang berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara di Kuala Lumpur untuk membantah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains.[21]
- 16 Mac
- Muzik Aktif, saluran ketiga RTM, dilancarkan di Angkasapuri, Kuala Lumpur.[22]
- Daerah Limbang menjadi sebahagian rasmi Malaysia apabila Brunei menggugurkan tuntutannya yang lama terhadap daerah tersebut sebagai salah satu penyelesaian untuk berbagai-bagai pertikaian wilayah daratan dan wilayah laut.[23]
- 17 Mac – Datuk Seri Wira Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, digantung daripada menyertai pertandingan naib presiden UMNO apabila beliau didapati melanggar Artikel 10.1 dalam Tataetika Anggota UMNO, akibat kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejen-ejennya.[24]
- 28 Mac – Perhimpunan Agung UMNO: Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Presiden manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin memenangi pemilihan Timbalan Presiden UMNO dengan 1,575 undi, menewaskan Tan Sri Muhammad Taib yang memperoleh 916 undi.[25]
- 28 Mac – Lampu Menara Kembar Petronas di Kuala Lumpur, menara kembar yang tertinggi di dunia, serta lampu di bandar raya Putrajaya ditutup sewaktu kempen Jam Bumi.[26]
April
sunting- 5 April – Konsep "1Malaysia" dilancarkan.[27]
- 3 April – Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, menggantikan Abdullah bin Ahmad Badawi.
- 4 April – Mahathir Mohamad menyertai semula UMNO.[28]
- 5 April – Grand Prix Malaysia 2009 dihentikan separuh jalan akibat hujan lebat.
- 7 April – Pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai: Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya Batang Ai, dengan Pakatan Rakyat (PR) memenangi kedua-dua pilihan raya Bukit Selambau dan Bukit Gantang.[29]
- 9 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.[30]
- 13 April – 5 orang penumpang dibunuh dalam kemalangan bas ekspres dua tingkat di Km. 443, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Rawang, Selangor.[31]
- 14 April – Kota Iskandar di Nusajaya menjadi ibu negeri pentadbiran yang baharu untuk negeri Johor, selepas Johor Bahru.[32]
- 15 April – Proton Exora, MPV Proton yang pertama, dilancarkan.[33]
- 16 April – Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli Dewan Undangan Negeri untuk Penanti, meletakkan kedua-dua jawatannya, akibat tuduhan rasuah serta prestasi kerja yang tidak memuaskan.[34]
- 24 April – Lumut, pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), diisytiharkan sebagai "Bandar Tentera Laut".[35]
- 25 April – Selangor FA menewaskan Kelantan FA menerusi sepakan penalti untuk memenangi Piala FA Malaysia 2009.
- 27 April – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meraikan Jubli Intan (hari ulang tahun ke-75) pengasasannya.
Mei
sunting- 2 Mei – Anugerah Industri Muzik ke-16 diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.
- 7 Mei – Dewan Undangan Negeri Perak dalam keadaan huru-hara, dengan Speaker daripada Pakatan Rakyat (PR) V. Sivakumar diheret ke luar dari Dewan. Datuk S. Ganesan, bekas ADUN Sungkai, kemudian mengangkat sumpah sebagai Speaker yang baharu. Pihak polis menangkap berdozen-dozen pembantah, termasuk tiga orang Ahli Parlimen dalam pertentangan berhampiran Bangunan Sekretariat Negeri Perak di Ipoh.[36]
- 8 Mei – Tiga pemimpin Pasukan Tindakan Hak Hindu (HINDRAF) dibebaskan.[37]
- 8 Mei – Mas Selamat Kastari, pelarian yang paling dikehendaki oleh pihak polis Singapura dan juga pemimpin Jemaah Islamiyah (JI), ditangkap di Skudai, Johor.[38]
- 11 Mei – Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah. Meskipun demikian, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masih mempertahankan jawatannya sebagai Menteri Besar.[39]
- 15 Mei – Wabak Influenza A H1N1:
- Kementerian Kesihatan mengesahkan kes pertama jangkitan influenza A (H1N1) terhadap pelajar lelaki berusia 21 tahun yang tiba di KLIA pada 13 Mei melalui penerbangan Malaysia Airlines (MH091) dari Newark dan transit di Lapangan Terbang Stockholm-Arlanda.[40]
- 17 Mei – Pasukan badminton Malaysia mendapat pingat gangsa buat pertama kali dalam Piala Sudirman.
- 18 Mei – Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei.[41]
- 22 Mei – Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ialah Menteri Besar Perak yang sah.[42]
- 23 Mei – Malaysia merancang untuk membina jambatan lintasan ketiga yang menghubungkaitkan Pengerang di Johor Timur dengan Changi di Singapura.[43]
- 26 Mei – Mogok lapar Pakatan Rakyat: Kesemua 19 orang ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat (PR) serta juga penyokong mereka yang ditangkap pada hari Selasa dibebaskan.[44]
- 28 Mei – Bangunan Jaya Supermarket di Petaling Jaya, Selangor runtuh dengan tiba-tiba semasa dirobohkan untuk pembangunan semula dan membunuh 7 pekerja, dengan kebanyakan mereka merupakan orang Indonesia.[45]
- 31 Mei – Pilihan raya kecil Penanti 2009: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mansor Othman memenangi pilihan raya dengan majoriti sebanyak 1,048 undi, dengan itu menewaskan tiga calon bebas, iaitu Aminah Abdullah, Nai-Khan Ari, dan Kamarul Ramizu Idris.[46]
Jun
sunting- 1 Jun – TV3 meraikan hari ulang tahunnya yang ke-25.[47]
- 2 Jun – Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu runtuh.[48]
- 3 Jun – Mohd Najib bin Abdul Razak melawat China buat kali pertama dan bermesyuarat dengan Perdana Menteri Wen Jiabao.[49]
- 6 Jun – Arwah isteri Perdana Menteri Malaysia kelima Abdullah bin Ahmad Badawi, Endon Mahmood, dianugerahkan Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran "Tun" oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.[50]
- 16 Jun – "Jeneral" dan pemimpin kepada pertubuhan haram Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM), Nor Azami Ahmad Ghazali ditangkap di Taman Gombak Jaya, Selangor, bersama-sama dengan 42 orang.[51]
- 17 Jun – Wabak Influenza A H1N1:
- Jangkitan setempat pertama influenza A (H1N1) dilaporkan melibatkan kes ke-19 kerana orang itu tidak mempunyai riwayat perjalanan ke negara yang mengalami selesema.[52]
- 18 Jun – Wabak Influenza A H1N1:
- Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan bahawa semua pelawat dan warga Malaysia yang pulang dari luar negara perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan berikutan pandemik influenza A (H1N1) di seluruh dunia.[53]
- 21 Jun – Lee Chong Wei, pemain badminton terbaik di dunia dari Malaysia, memenangi Siri Super Indonesia selepas menewaskan Taufik Hidayat, pemain handalan Indonesia.[54]
- 22 Jun – Wabak Influenza A H1N1:
- SJKC Jalan Davidson, sebuah sekolah rendah aliran Cina di Kuala Lumpur, menjadi sekolah pertama ditutup, akibat virus influenza A (H1N1).[55]
- 22 Jun – Satelit MEASAT-3a dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan.[56]
- 26 Jun-28 Jun – Datuk Siti Nurhaliza mengadakan persembahannya di konsert SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya.[57]
Julai
sunting- 1 Julai – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kedah memutuskan untuk keluar dari Pakatan Rakyat, akibat apa yang dikatakan sebagai "janji tak tertunai" oleh kerajaan negeri, antara alasan utamanya.[58]
- 8 Julai – Kabinet memutuskan bahawa semua sekolah rendah dan sekolah menengah negara akan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, dengan semua sekolah rendah jenis kebangsaan mengajar kedua-kedua mata pelajaran itu dalam bahasa ibunda, mulai dari 2012.[59]
- 11 Julai – Najib Razak menandakan 100 hari pemerintahannya sebagai Perdana Menteri dan mengumumkan 11 langkah ramah rakyat untuk semua warga Malaysia, termasuk diskaun tol untuk pengguna kerap dan sebuah dana amanah yang baharu untuk mengatasi ketidakpuasan hati orang awam yang berlarutan.[60]
- 14 Julai – Pilihan raya kecil Manek Urai 2009: Calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Fauzi Abdullah menewaskan calon Barisan Nasional Tuan Aziz Tuan Mat, dengan majoriti 65 undi dan dengan itu, mempertahan kerusi DUN Manek Urai bagi PAS.[61]
- 14 Julai – Mulai dari 1 September, rebet tol lebuh raya yang diberikan kepada pemandu kereta yang membayar yuran tol melebihi 80 kali sebulan boleh dikekalkan sehingga 6 bulan. Rebet itu boleh ditebus di 126 buah lokasi yang akan diumumkan kelak.[62]
- 14 Julai – Satelit mikro Malaysia yang kedua, Razak SAT dilancarkan ke dalam orbit.[63]
- 16 Julai – Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Seri Kembangan, didapati mati di kawasan pejabat induk negeri Selangor Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) di Plaza Masalam, Shah Alam.[64]
- 19 Julai – Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009 berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak.
- 22 Julai – Selangor FA memenangi Liga Super Malaysia 2009.
- 23 Julai – Wabak Influenza A H1N1:
- Lelaki Indonesia berusia 30 tahun menjadi korban pertama akibat influenza A (H1N1), namun Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai mendedahkan bahawa selesema bukanlah penyebab langsung korban maut yang menyebabkan lelaki ini mengalami banyak keadaan medis, termasuk obesiti dan jantung yang diperbesarkan.[65]
- 25 Julai – Pengarah dan penulis skrip Yasmin Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara akibat angin ahmar dan darah tinggi.[66] Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.[67]
- 26 Julai – Keruntuhan jalan raya di Lorong Gelugor berhampiran Jalan San Peng, Kuala Lumpur memaksa pengosongan penghuni yang tinggal di dalam 22 buah unit rumah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).[68]
- 27 Julai – Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak baharu di Kuching, Sarawak dibuka secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.[69]
- 29 Julai – Suruhanjaya diraja dan inkues kes Teo Beng Hock ditubuhkan berikutan kematian Teoh Beng Hock.
- 29 Julai – Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya, Sarawak.
- 31 Julai – Skim Amanah Sahah 1Malaysia (AS1M) dilancarkan.[70]
Ogos
sunting- 1 Ogos – Polis rusuhan menembak meriam air dan gas pemedih mata lalu menangkap berdozen-dozen penunjuk perasaan dalam perhimpunan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur.[71]
- 8 Ogos – Festival Filem Malaysia ke-22 berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.
- 9 Ogos – Wabak Influenza A H1N1:
- Jumlah kematian yang diakibatkan oleh influenza A (H1N1) mencecah 26 orang. Kerajaan mempertimbangkan langkah-langkah yang drastik untuk mengawal keadaan itu.[72]
- 9 Ogos – Pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dilanjutkan sehingga 2014. Pelajar-pelajar kini yang belajar kedua-dua mata pelajaran dalam bahasa Inggeris boleh berbuat demikian sehingga mereka tamat sekolah menengah.
- 11 Ogos – Wabak Influenza A H1N1:
- Kes disahkan jumlah influenza A (H1N1) telah mencapai 2,253.[73]
- 14 Ogos – Wabak Influenza A H1N1:
- Jumlah kematian influenza A (H1N1) mencecah 56 orang.
- 15 Ogos - Sukan Para ASEAN 2009:
- Majlis perasmian Sukan Para ASEAN 2009 diadakan di Stadium Tertutup Putra. Dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.[74]
- Ini kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah temasya dan kali pertama sejak 2001.[74]
- Sekitar 980 atlet dari 10 negara peserta mengambil bahagian di Sukan, yang menampilkan 409 acara dalam 11 sukan.[74]
- 16 Ogos – Seorang juruterbang yang sedang membuat penerbangan ujian terbunuh apabila pesawatnya jatuh terhempas semasa mendarat di Padang Terbang Tekah di Taiping, negeri Perak.[75]
- 17 Ogos – Wabak Influenza A H1N1:
- Jumlah kematian yang diakibatkan oleh influenza A (H1N1) mencecah 64 orang. Kerajaan mempertimbangkan pengisytiharan kecemasan kesihatan negara.[76]
- 19 Ogos – 9 orang anak kapal Cina di dalam MT Formosa Product Brick, kapal tangki berdaftar Liberia, terbunuh apabila berlanggar dengan sebuah kapal kargo pukal di Selat Melaka berhampiran Port Dickson, Negeri Sembilan.[77]
- 19 Ogos - Sukan Para ASEAN 2009:
- Majlis penutupan Sukan Para ASEAN 2009 diadakan di Stadium Tertutup Putra. Temasya ini ditutup oleh Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek.[78]
- Malaysia membentuk 94 pingat emas, pingat 81 perak dan pingat 71 gangsa dalam temasya ini dan pangkat keseluruhan di tempat kedua.[78]
- 20 Ogos – Wabak Influenza A H1N1:
- Malaysia mencatat bilangan kes influenza A (H1N1) yang tertinggi di dunia dalam satu hari, dengan 69 jangkitan.
- 20 Ogos – Sebuah kenderaan pemacu empat roda yang dimiliki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rosak apabila seorang yang tidak diketahui membaling bom Molotov ke arah kenderaan itu yang semasa itu, diletakkan di Pejabat Daerah dan Tanah lama di Klang, Selangor.[79]
- 23 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas Mohd Razhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi anggota bebas Dewan Undangan Negeri Kedah.[80]
- 25 Ogos – Pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009: Calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Mohd. Salleh Man mengekalkan kerusi DUN itu untuk PAS dengan majoriti sebanyak 4,551 undi dan dengan itu, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman.[81]
- 27 Ogos – Timbalan presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) Chua Soi Lek dipecat daripada partinya.[82]
- 28 Ogos – Demonstrasi kepala lembu diadakan di Shah Alam, Selangor sebagai tanda protes terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat.
- 31 Ogos – Perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-52 diadakan di Majlis Parlimen Malaysia buat kali pertama.[83]
- 31 Ogos – Sebuah kereta api ekspres dari Kuala Lumpur ke Singapura yang mengangkut 243 penumpang tergelincir di Batu Enam berhampiran Segamat, Johor, dan mencederakan 17 penumpangnya, termasuk 3 orang Singapura.[84]
September
sunting- 1 September – Harga petrol RON 97 naik 25 sen, manakala penjualan petrol RON 92 dihentikan dan digantikan dengan RON 95.
- 1 September – "Spiderman" Perancis Alain Robert ditangkap selepas berjaya memanjat Menara Petronas dalam percubaannya yang ketiga pada struktur tertinggi negara.[85]
- 3 September – Kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang, Selangor.[86]
- 9 September - Kempen Rakyat Malaysia Bersatu untuk Keselamatan Jalan Raya (MUFROS) 090909 dilancarkan.[87]
- 11 September – Sebuah pesawat terbang ringan jatuh terhempas semasa mendekati Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi untuk mendarat di Pulau Langkawi, Kedah, membunuh kedua-dua juruterbangnya.[88]
- 14 September – 19 buah rumah di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang dirobohkan.[89]
- 15 September – Pasukan Formula 1 Malaysia tersendiri "Pasukan F1 1Malaysia", dilancarkan.
- 15 September – Wabak Influenza A H1N1 :
- Jumlah korban kematian influenza A (H1N1) mencapai 76 orang.[90]
- 17 September – Pengganas dan pemimpin militan wilayah Noordin Mohammad Top dibunuh dalam serbuan polis di Solo, Jawa Tengah, Indonesia.[91]
- 25 September – Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan diperkenalkan untuk semua jalan raya dan lebuh raya di Malaysia.
Oktober
sunting- 1 Oktober – "Bulan Bahasa Kebangsaan" dilancarkan.[92][93]
- 2 Oktober – Mayat Noordin Mohammad Top dihantar balik ke Malaysia dan dikebumikan di Kampung Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor.[94]
- 4 Oktober – Mohd Najib bin Abdul Razak melawat Perancis buat kali pertama dan bermesyuarat dengan presiden Nicolas Sarkozy.[95]
- 8 Oktober – Kapal KD Sri Inderapura terbakar di Pangkalan Tentera Laut Lumut, negeri Perak.[96]
- 11 Oktober – Pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009: Calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti sebanyak 5,435 undi, dengan itu memenangi pilihan raya tersebut.[97]
- 19 Oktober – Hari Malaysia diisytihar sebagai cuti umum mulai 2010.[98]
- 23 Oktober – Belanjawan Malaysia 2010 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat.
- 26 Oktober – Tuanku Muhriz ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.[99]
- 26 Oktober – Jambatan Sungai Kampar runtuh dua minggu selepas siap dibina, mengorbankan dua orang pelajar.[100]
- 28 Oktober – Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah meletak jawatan sebagai naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah..[101]
- 29 Oktober – Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah berhenti dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan segera menjadi wakil bebas menyokong Barisan Nasional (BN).[102]
- 30 Oktober – Pesawat Eagle Selangor Flying Club (RSFC) terhempas berhampiran Kelab Golf Beringin di Lembah Beringin dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor, membunuh juruterbang pelatih yang terbang solo dari Ipoh ke Subang.[103]
November
sunting- 1 November – Bekas mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin ditahan kerana mengajar tanpa permit daripada JAIS.[104]
- 3 November - Tanah runtuh besar-besaran di Selayang, Selangor mengarah penutupan Lebuhraya Kuala Lumpur-Rawang.[105]
- 4 November - Kelantan menerima "Wang Ehsan" daripada kerajaan pusat hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu mulai tahun depan.[106]
- 7-23 November - Banjir besar melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang. 2 mati dan 5,000 orang telah dipindahkan.
- 10 November - Presiden China, Hu Jintao melawat Malaysia buat kali pertama.[107]
- 16 November - Kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi.[108]
- 18 November - Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengaku tidak bersalah di Timur Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Selangor terhadap pertuduhan pengajaran aspek yang berkaitan dengan Islam tanpa pensijilan awal bulan ini.[109]
- 21 November - Mayat setiausaha politik Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock digali semula dari Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, Selangor untuk bedah siasat kedua di Hospital Sungai Buloh..[110]
- 23 November - Perodua Alza, MPV Perodua pertama dilancarkan.[111]
- 24 November - Mayat setiausaha politik Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock disemadikan buat kali kedua, tiga hari selepas mayatnya telah digali semula untuk bedah siasat kedua di Hospital Sungai Buloh.[112]
- 25 November - Kerajaan negeri Selangor mengeluarkan larangan melarang hamba-hamba-negara awam, pekerja anak syarikat kerajaan negeri dan pelajar di institusi milik kerajaan negeri daripada menghadiri kursus Biro Tata Negara (BTN).[113]
- 29 November - Satu letupan kuat meletup di restoran mamak di Stulang, berhampiran Johor Bahru, Johor, berpuluh-puluh penduduk yang berhampiran dari tidur mereka. Tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu, yang dipercayai berpunca daripada bom yang kuat yang diperbuat daripada bahan letupan plastik.[114]
Disember
sunting- 4 Disember - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan meletak jawatan.[115]
- 6 Disember - Dua pelajar kejururawatan di sebuah kolej swasta di sini terbunuh dan empat yang lain cedera apabila sebuah kereta terjunam dari tempat letak kereta tingkat tiga kompleks membeli-belah KB Mall dan mendarat di kawasan membeli-belah di Kota Bharu, Kelantan.[116]
- 9 Disember - Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Narathiwat di Selatan Thailand.[117]
- 10 Disember - Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Datin Paduka O.C. Phang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang terhadap tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah sebanyak RM254mil atas skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).[118]
- 14 Disember
- Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib meletak jawatan.[119]
- Satu letupan gas di Pusat Beli-belah AEON Bandaraya Melaka yang berharga RM288 juta, Jalan Lagenda, di Bachang, Melaka, tidak lama lagi akan dibuka membunuh kontraktor dan mencederakan lebih 20 yang lain, termasuk enam kritikal.[120]
- 17 Disember - Pingat emas pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia menang menamatkan kemarau emas 20 tahun selepas menewaskan Vietnam 1-0 pada 2009 Sukan SEA lelaki bola sepak perlawanan akhir di Vientiane, Laos.[121]
- 18 Disember - Malaysia berharap untuk membida penganjuran Sukan Asia 2019 di Kuala Lumpur, selepas dua kali gagal.[122]
- 19 Disember - Dua enjin jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) F-5E, bernilai 29 juta dolar yang hilang dicuri dari Pangkalan Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur.[123]
- 24 Disember - Dua enjin jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) F-5E, bernilai 29 juta dolar yang hilang ditemui di Argentina.[124]
- 26 Disember - Sepuluh penumpang terbunuh dan dua cedera selepas bas dua tingkat Sani Express tergelincir dan melanda pembahagi jalan raya di Km 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan ketika menuju utara, kira-kira 8 km dari plaza tol Ipoh Selatan berhampiran Ipoh, Perak.[125]
- 27 Disember – Mulai 1 Januari 2010, harga minimum rokok ialah RM6.40 untuk pek 20-batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan rokok minimum dan larangan harga promosi melalui Peraturan Kawalan Produk Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009.[126]
- 28 Disember – Penerbit The Herald telah memfailkan saman dan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan pengakuan yang sesuai penggunaan "Allah".[127]
- 31 Disember – Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitan mingguan Katoliknya dan bahawa perintah Menteri Dalam Negeri yang melarang penggunaannya adalah haram, batal dan tidak sah.[128]
Hari Kebangsaan
suntingTema utama
sunting1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Perbarisan Hari Kebangsaan
suntingMajlis Parlimen Malaysia
Sukan
sunting- 9-15 Februari – Le Tour de Langkawi 2009
- 7-17 Jun – Piala Dunia Bahagian Rendah Hoki Lelaki Malaysia-Singapura 2009
- 18-20 Julai – Lawatan Permainan Asia Manchester United 2009:
- 15-19 Ogos – Permainan Ke-5 Pelumpuh ASEAN 2009 di Kuala Lumpur
- 28 September-4 Oktober – Kejohanan Terbuka ATP Proton Malaysia 2009
Kelahiran
sunting- 20 Januari - Muhammad Ridzuan Abdullah - pengarah filem
- 12 Februari - Nurul Fatihah Zainudin - penyanyi
- 21 Februari - Muhamad Iqbal Ariffin - penerbit filem
- 30 Mac - Engku Aleesya Adalah anak kepada Erra Fazira
- 16 September - Ainin Batrisya - pelakon
- 28 September - Indah Emeerlda - pelakon
- 7 Disember - Muhammad Lokman Hakim Shah Abdullah - pelakon
Kematian
sunting- 5 Januari - Azmi Kamaruddin – bekas Hakim Mahkamah Agung (1988)
- 22 Januari - Tan Sri S.O.K Ubaidulla Kadir Basha – ahli perniagaan dan bekas ahli politik
- 25 Januari - Arena Wati – Sasterawan Negara
- 9 Februari - Roslan Shaharum – Ahli Parlimen Bukit Gantang
- 19 Februari - Ibrahim Hussein – pelukis
- 6 Mac - Zubir Ali – penyanyi
- 4 April - Abdullah Sani – pelakon veteran
- 27 April - Oo Gin Sun – bekas Ahli Parlimen Alor Setar (1974-1990) dan timbalan menteri
- 29 April - Laila Taib – isteri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak (bekas)
- 21 Mei - Ismail Yaacob – Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Manek Urai, Kelantan
- 10 Jun - Shukery Hashim – pelakon
- 25 Julai - Yasmin Ahmad – pengarah filem
- 31 Julai - Mohd Hamdan Abdul Rahman – Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Permatang Pasir, Pulau Pinang
- 13 Ogos - Ustaz Asri – penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani
- 14 Ogos - P. Paramasivam – pelakon, pelawak veteran
- 1 September - Abdul Hamid Omar – Hakim Besar Tanah Melayu, Hakim Besar Mahkamah Agung, serta Ketua Hakim Negara
- 24 September - Dato' Abdul Rahim Abu Bakar – bekas Menteri Besar Pahang
- 30 September - Abdullah Salleh – pejuang kemerdekaan dan bekas senator
Tarikh tidak diketahui
sunting- James Yakub – penyerang bola sepak
- Dublin Unting Ingkot – Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Batang Ai, Sarawak
- Mohamed Yusoff Mohamed – bekas Hakim Mahkamah Agung (1988-1992)
- Tunku Datuk Dr Ismail Jewa – dekan Universiti Sains Malaysia (USM)
- Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh – senator kehilangan upaya yang pertama dalam Dewan Negara
- Azman Mohd Noor – Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Bagan Pinang, Negeri Sembilan
- Tan Sri Jaafar Abdul – bekas Timbalan Ketua Polis Negara (1976 - 1989) dan pengerusi Cosway Corporation Berhad
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Move to enforce seatbelt laws". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Satu era baru bagi SPRM". Utusan Online. Dicapai pada 2017-08-02.[pautan mati kekal]
- ^ "Impact of the New Malaysian Cigarette Pack Warnings on Smokers' Awareness of Health Risks and Interest in Quitting Smoking (PDF Download Available)". ResearchGate. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ Zulkifly, C. a. "Archives | The Star Online". Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Malaysian Parliament Passes Resolution against Israeli Attacks on Gaza". english.cri.cn. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "One dead, 2 injured after rock fall at Malaysia Buddhist cave". www.ChinaPost.com.tw. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "PAS wins KT by 2,631 votes". Malaysiakini. 2009-01-17. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Post-mortem: Kugan 'starved and beaten' to death". Malaysiakini. 2009-03-03. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Stamps commemorating Sultan Azlan's reign launched". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Perak gov't collapses - BN claims power". Malaysiakini. 2009-02-04. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Zambry sworn in as new BN Perak MB (Updated 5pm) | The Nut Graph". www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Perak MB sworn in as protest raged". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Arumugam quits; by-election in Bkt Selambau, Kedah | The Nut Graph". www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ Kong, Lester. "Toll on part of NPE abolished - Nation | The Star Online". Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "NUDE PICTURES: Elizabeth Wong offers to resign". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Perak speaker suspends MB and entire exco | The Nut Graph". www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Salak Jaya toll collections abolished". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "No more toll at Salak Jaya | Ministry of Works". www.kkr.gov.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Three Malaysian women killed in Taipei fire". www.asiaone.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Flash floods wreak havoc in KL; thousands stranded". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Crowd disperses; 124 arrested, police on standby (Update 5) - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Variasi muzik di Muzik Aktif". Utusan Online. Dicapai pada 2017-08-02. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Limbang officially part of Malaysia". s3.zetaboards.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "#Updated* Mohd Ali Rustam barred from DP race, KJ given warning". The Edge Markets. 2009-03-17. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Umno's new leadership (Updated 12:38am) | The Nut Graph". www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "World switches off to save planet in "Earth Hour"". Reuters. 29 Mac 2009. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia mencapai 86.4 peratus". Utusan Online. Dicapai pada 2017-08-02. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Dr Mahathir rejoins Umno (Updated) | The Nut Graph". www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "BN retains Batang Ai, loses Bukit Gantang and Bukit Selambau". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Muhyiddin seen as ideal No. 2 for Najib - Nation | The Star Online". Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Double-decker bus driver charged with reckless driving". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Nusajaya City - The World In One City". www.nusajayacity.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Proton Exora
Menanti 14 April". Utusan Online. Dicapai pada 2017-08-02. Cite has empty unknown parameter:|dead-url=
(bantuan) - ^ "Mohammad Fairus quits Penanti seat (Updated 4.31pm) | The Nut Graph". www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Lumut Port". World Port Source. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "#Update* Sivakumar physically removed amid pandemonium". The Edge Markets. 2009-05-07. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Three Hindraf leaders and 10 others released | The Nut Graph". www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Mas Selamat JI leader nabbed in Skudai - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "High court declares Nizar rightful MB (Updated 8.32pm) | The Nut Graph". www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Malaysia confirms first case of A(H1N1) flu (Update 2)". The Star. 15 May 2009. Dicapai pada 20 August 2009.
- ^ "BN not contesting in Penanti (Updated 7.57pm) | The Nut Graph". www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Zambry rightful menteri besar, rules appeal court - UPDATED". www.mysinchew.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Malaysia proposes third bridge link to Singapore". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Archives | The Star Online". Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Jaya Supermarket collapses - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Spinning the Penanti victory | The Nut Graph". www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "'Green day' birthday celebration for TV3 - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "The collapsed roof of the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium in Kuala Terengganu". ABC News. 2009-06-03. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Najib following in dad's footsteps". www.chinadaily.com.cn. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Tuanku Mizan sampai darjah kebesaran". Utusan Online. Dicapai pada 2017-08-02. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ ""General" Azami arrested - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "H1N1 CRISIS: 19th victim is also first local case". New Straits Times. 17 June 2009. Dicapai pada 20 August 2009.
- ^ "Mandatory now to fill health declaration form". Malaysian Insider. 18 June 2009. Dicapai pada 20 August 2009.
- ^ "www.tournamentsoftware.com". www.tournamentsoftware.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "A(H1N1) :School in KL closed - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ Hill, Jeffrey (2009-06-23). "Measat-3a Launched by Land Launch Rocket - Via Satellite -". Via Satellite. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ Konsert eksklusif 'SATU' Siti Nurhaliza di IB! Diarkibkan 2016-11-04 di Wayback Machine Siti Azira Abdul Aziz. mStar (20 Mei 2009).
- ^ "DAP upset with PAS leadership in Kedah | The Nut Graph". www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Muhyiddin: Cabinet to decide on use of English tomorrow". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Najib marks 100 days with people-friendly measures". www.asiaone.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Manek Urai: PAS wins by 65 votes". Kalam Perantau. 2009-07-14. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "20% discount for toll users who pay more than 80 times a month from September". Paul Tan's Automotive News. 2009-07-12. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ spacexcmsadmin (2009-07-15). "Spacex's Falcon 1 Successfully Delivers RazakSAT Satellite to Orbit". SpaceX. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "What happened to Teoh Beng Hock? | The Nut Graph". www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "First H1N1-related death in Malaysia". News Straits Times. 24 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-10. Dicapai pada 30 August 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Li Ee Kee (26 Julai 2009). "Yasmin Ahmad Kembali Ke Rahmatullah". gua.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-18. Dicapai pada 26 Julai 2009.
- ^ "Yasmin Ahmad selamat dikebumikan". Berita Harian. 26 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-30. Dicapai pada 26 Julai 2009.
- ^ "Emergency evacuation as road caves in - Community | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Cahya Mata Sarawak | New Sarawak State Legistative Assembly (DUN) Building Officially Opened". www.cmsb.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "PressReader.com - Connecting People Through News". www.pressreader.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Anti-ISA Rally: Live Coverage & Urgent Appeal". PSM. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Malaysia's swine flu-related deaths jump by 8 to 26: reports". www.terradaily.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Six More Deaths Raises H1N1 Toll To 38". Bernama. 11 Ogos 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-10. Dicapai pada 30 August 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c "KL'09 - 5th Asean Para Games". 2009-09-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-13. Dicapai pada 2017-08-17.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ Association, Press (2009-08-16). "UK aviation entrepreneur dies in Malaysia plane crash". The Guardian. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Two more die of swine flu, death toll in Malaysia touches 64 - Indian Express". archive.indianexpress.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Nine still missing after tanker-bulk carrier collision". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ a b "KL'09 - 5th Asean Para Games". 2009-09-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-13. Dicapai pada 2017-08-17.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "Gerakan Youth condemns 'bomb' attack Gerakan Youth secretary-general Dr Dominic Lau". Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "PKR Lunas rep Radzhi quits - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Permatang Pasir By Election: The Official results". Wanita KEADILAN. 2009-08-25. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Chua Soi Lek sacked from MCA". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ Hock, Teh Eng; Noordin, Zalinah; Ho, Shaun; Shyamala, R. k. "Archives | The Star Online". Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "PressReader.com - Connecting People Through News". www.pressreader.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "French Spiderman scales Petronas Towers". DAWN.COM. 2009-09-01. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Malaysia's first submarine arrives at Pulau Indah - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "PressReader.com - Connecting People Through News". www.pressreader.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Two pilots killed in light aircraft crash". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "High drama as Kg Buah Pala is torn down - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Influenza A(H1N1): Death toll now 76". News Straits Times. 16 September 2009. Dicapai pada 16 September 2009.
- ^ "Terror mastermind Noordin dead: Indonesian cops (Update 3) - Nation | The Star Online". Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ Oktober diisytihar bulan bahasa
- ^ "National Language Month launched". BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News. 2012-10-07. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "PressReader.com - Connecting People Through News". www.pressreader.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Najib arrives in Paris for four-day visit". BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News. 2009-10-06. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "PressReader.com - Connecting People Through News". www.pressreader.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Bagan Pinang by-election result as early as 8pm". www.mysinchew.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Sabah's journey through Malaysia". www.mysinchew.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Tuanku Muhriz pledges to carry out his duties as new Yamtuan justly - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "BBC NEWS | World | Asia-Pacific | Malaysian bridge fall kills one". news.bbc.co.uk. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "PKR Sabah rocked as VP Jeffrey quits". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Port Klang adun resigns, becomes independent (Updated 7:48pm) | The Nut Graph". www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "PressReader.com - Connecting People Through News". www.pressreader.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Seven questions on the arrest of Asri". Malaysiakini. 2009-11-04. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "PENUTUPAN JALAN KERANA TANAH RUNTUH | Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)". www.kkr.gov.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "PM: 'Wang Ehsan' for Kelantan from next year". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ Times, Global. "President Hu Jintao in Malaysia to boost relations - Global Times". www.globaltimes.cn. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Court declares Umno's Kota Siputeh seat vacant". Malaysiakini. 2009-11-16. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Ex-Perlis mufti Dr Asri claims trial (Update 2) - Nation | The Star Online". Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Teoh Beng Hock exhumed for second autopsy (Update) - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ TheGunner (2009-11-24). "Pictures from Perodua Alza launch, KLCC - Autoworld.com.my". Autoworld.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Teoh laid to rest for the final time". Malaysiakini. 2009-11-24. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Selangor boycotts BTN courses". The Edge Markets. 2009-11-25. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ Benjamin, Nelson. "Plastic explosives wreck soon-to-be opened restaurant - Nation | The Star Online". Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "MACC chief quits - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Schoolgirl and man detained in probe on KB Mall crash - Nation | The Star Online". Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "PressReader.com - Connecting People Through News". www.pressreader.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Phang among trio charged with RM380mil fraud in PKFZ scandal case - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Taib: My son resigned for personal reasons, not politics - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "One dead in Malacca mall blast". Malaysiakini. 2009-12-14. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Malaysian football team wins gold medal after beating Vietnam 1-0 in the 2009 SEA Games - Google Search". www.google.com. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Malaysia hopes third time lucky for Asian Games bid". DAWN.COM. 2009-12-20. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Malaysian fighter jet engine stolen from airbase". DAWN.COM. 2009-12-21. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Alleged jet engine thieves face jail". UPI. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "10 killed in bus crash; Perak MB wants night express buses stopped - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Minimum pricing in January 2010". The Edge Markets. 2009-12-30. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "Herald sues govt for prohibiting use of word 'Allah'". www.thesundaily.my. Dicapai pada 2017-08-02.
- ^ "High Court grants Catholic publication Herald the right to use 'Allah' word again". www.asiaone.com. Dicapai pada 2017-08-02.
Didahului oleh 2008 di Malaysia |
Tahun di Malaysia 2009 |
Diikuti oleh: 2010 di Malaysia |